HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, September 30, 2009

DPPP: Sokong Penuh & Kerja Kuat

1. Tahniah ... Dewan Pemuda PAS Pusat ucapkan selamat berjuang dengan penuh taqwa dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi kepada Tuan Hj. Zulkefli Mohd Omar Pesuruhjaya PAS Negeri 9 yang diamanahkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat .

2. Bakal berhadapan dengan calon UMNO dan BN dalam pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang bermula 3 hb Oktober ini dan penentuannya pada 11 Oktober kelak .

3. Cabaran kini agak sengit dengan adanya jumlah undi pos yang hampir mencecah angka 5000 . Namun bagi kami pemuda menghadapi realiti ini dengan semangat juang yang tinggi dan optimis untuk sekali lagi membawa pulang tropi kemenangan insyaallah .

4. Kesukaran dan cabaran yang semakin sengit menjadikan pemuda lebih proaktif dan progresif . Kami bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dan telah siap menggerakkan strategi mencongak kemenangan berganda di Bagan Pinang .

5. Buat pertama kalinya Jentera Pilihanraya Pemuda PAS menubuhkan skuad khas untuk menangani undi pos yang diketuai oleh sdr Suhaizan kaiat Ketua Penerangan DPPP . Pelbagai startegi dan taktikal telah diambil dan kita yakin Pakatan Rakyat mampu menang lagi dalam pilihanraya kecil kali ini .

6. Justeru itu , tanpa mengabaikan segala aktiviti dan agenda perjuangan yang telah ditetapkan , semua pemuda diharap memberikan komitmen tinggi dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi guna mengulangi kecemerlangan yang telah dilakar .

7. Kemenangan PAS mewakili Pakatan Rakyat kali ini adalah sangat penting untuk membetul arah laluan Pakatan Rakyat menuju garis destinasi sebagai sebuah Kerajaan Menanti . Namun janganlah pula dipengaruhi oleh bisikan syaithan yang membuatkan kita over confident lalu bertindak sambil lewa .

8. Kepada yang mampu turun bertugas , hadhirlah dengan segala keupayaan tenaga yang bersisa untuk menggarap aktiviti dan mengolah strategi memburu kemenangan bersama petunjuk Allah swt . Mereka yang diberi kelebihan wang ringgit , hulurkan lah sebanyak yang boleh untuk membiayai gerakkerja dakwah dan bahan - bahannya . Ianya boleh disalurkan terus kepada Bendahari DPPP saudara Adram Musa [ 013 384 5555 ] .

9. Tanpa lupa doa dan munajat untuk mengundang Nusrah Allah swt agar kemenangan yang diperkaya dengan petunjuk Allah swt berjaya dirangkul .

10. Selamat berjuang Hj. Zul , semoga Allah swt bersama saudara memberi pedoman dan kekuatan diri mengharung medan yang getir guna membawa pulang harapan rakyat yang menanti sejak 50 tahun yang lalu . Dewan Pemuda PAS akan memberikan komitmen yang tinggi . Siiru A'la Barakatillah !

Bagan Pinang bukan kubu UMNO dan BN , justeru itu tiada sebab UMNO dan BN tidak boleh ditumpaskan .

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara nasaruddin,
minal a'ideen wal faiziin.
Selamat berjuang di bagan pinang.

Namun dalam sibuk berpilihanraya, saya harap DPPP fokus dan tegar dalam matlamat utama, memahamkan dan menanam smangat cintakan islam dlm jiwa para remaja terutamanya.

Cabaran dihadapi DPPP sangat berat. Asakan luaran dan dalaman begitu ketara sekali. Dengan menjadikan siasah sebagai landasan, agar sukar sekali dalam menumpukan kepada tarbiah dan siasah sekaligus.

Namun, saya amat impikan DPPP memacu proses pentarbiahan bukan sahaja kepada ahli2 PAS, malah dapat fokus kepada bukan ahli terutamanya golongan remaja. Ahli2 PAS mungkn sudh faham dan cintakan Islam, namun remaja2 Malaysia ramai terumbng ambing.
Jika al-fatihah pun dibaca tunggang langgang, puasa yang yok, bagaimana generasi ini dapat mendepani cabaran Islam?

Isu kartika sebagai contoh, alhamdulillah beliau sedar dan sanggup dihukum. Namun,kecelaruan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman mencacatkan lagi hukum islam. Kartika terkeliru, mahkamah syariah bercelaru, wal jahilu yajhal. Fal bathilu yatabayyan!

Persoalannya, dalam usaha memartabatkan hukum Islam, adakah Pas sudah bersedia?
Draf Undang-undang Hudud sudahkah disediakan oleh Pas? Jika ada, apakah usaha PAS untuk memahamkan masyarakat tentang keindahan hukum islam? Jika para ulama pun bersengketa dalam hukum hudud, bagaimana pula nak memahamkan remaja yang rata2nya tidak tahu langsung tentang agama. Ingatlah, sewaktu ayat mengharamkan arak turun,balang2 arak dipecahkan secara sukarela oleh ummat Islam kerana takutnya mereka melakukan dosa dan cintanya mereka pada Allah.

Kita kini seperti dalam suasana jahiliyyah. Nabi Muhammad mengambil masa 13 tahun dalam memahamkan ummat kepada Allah dan menanam cinta kepadaNya. Jadi, jika ummat tidak cinta pada Allah dan tidak faham akan agamaNya, tiada guna cuba memaksa mereka menerima hukumNya. Jika ummat Islam sendiri menolak hukum Allah, bagaimana orang bukan Islam akan suka padanya?

Jadi, saya berharap agar DPPP dapat menfokuskan kepada aspek pentarbiahan terutamanya di kalangan remaja. Jangan hanya buat program yang tertumpu kepada ahli PAS sahaja supaya kita tidak syok sendiri. Sederhana di dalam merencanakan aktiviti dan beradvokasi. Jangan jadikan ummat Islam selain PAS sebagai musuh tetapi datangilah mereka sebagai sahabat. Mungkin mereka benar2 jahil kerana itu mereka menentang.

Berdakwahlah cara Nabi yang penuh variasi. Adakalanya Nabi kita berkhutbah, ada masa baginda menghunus pedang, ada masa baginda bergusti dan beriadhah dengan kawan2, ada masa baginda berjogging dengan Aishah, ada masa baginda berdakwah dengan bergurau penuh hemah. Tunjukkanlah pelbagai sisi Nabi kepada masyarakat!

Kita sebgai orang muda, damaikan lah orang2 tua yang bersengketa. Kalau bapa bermasam muka dengan emak, jangan kita menyebelahi sesiapa. Kita damaikan rumahtangga kita, baru dapat kita damaikan masyarakat.

Apa yang penting, turunlah kepada masyarakat. Bukan hanya berceramah kepada orang2 yang sama. Mungkin jemaah tabligh lebih terdahulu dalam berdakwah pintu ke pintu. Apa kata samakan fikrah di antara jemaah, supaya senang melaksana gerak kerja?

Renungi ayat 48 surah As-Syura.
Berusahalah agar Islam terus di hadapan dan mendepani kemenangan.
Allahu Akbar!!

Radzi Ahmad

INFO MAJLIS ILMU said...

Salam wbt.

Nice web for knowledge seeker at www.infomajlisilmu.blogspot.com

Anonymous said...

Salam. Ana nak bagi sedikit andaian tntg pemilihan ISA SAMAD sebagai calon UMNO.

1. Umno dah x ada calon bersih sehingga terpaksa pilih seorg kaki RASUAH (politik wang)

2. Atau umno memang sukakan rasuah dan dah anggap ia satu perkara biasa bukannya satu kesalahan.

3.Umno lebih mementingkan org yg berpengaruh walau jahat mana sekalipun, ini bercanggah dgn konsep pmpnan dlm Islam.

4. Menjaga kesatuan umno lebih baik dari mengelak laknat Allah, (rasuah mengundang laknat Allah)

5 dll.

Untuk mengelak laknat Allak tolaklah calon Rasuah ISA SAMAD.

Takbiiiir

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive