HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, September 7, 2009

Pilihanraya : Ni'mat dan Nikmah

1. Ketika saya menulis mengenai Pilihanraya : UMNO dan BN Nak Lari Ke Mana ? , bukan kerana saya mahu mendabik dada jauh sekali mendidik anak buah menjadi angkuh dan sombong .

2. Sebaliknya saya ingin mendedahkan hikmah besar dari fenomena yang sungguh luar biasa . Justeru apa yang berlaku itu tidaklah secara spontan atau kebetulan melainkan segalanya adalah perancangan Allah swt Tuhan Yang Maha Bijak dan Adil .

3. Tulisan saya kali ini adalah sambungan dari artikel sebelumnya . Kalau sebelumnya saya menulis dan mendedahkan mengenai hikmah , kini saya mahu menyebut mengenai ni'mat dan nikmah . Jika hikmah pilihanraya ialah mahu mengajar UMNO dan BN erti kalah agar mereka segera insaf dan memahami kehendak rakyat masa kini maka pilihanraya kecil yang berulang kali ini juga mempunyai ni'mat dan nikmahnya yang perlu diambil iktibar .

4. Ni'mat ialah anugerah Allah swt kepada hambaNya . Kemenangan demi kemenangan dalam pilihanraya kecil adalah antara ni'mat yang perlu disyukuri . Bukan kenduri kendara dan menganjurkan keraian guna merayakan kemenangan tetapi syukur dengan melaksanakan amanah kepimpinan yang dimandatkan .

5. Asas yang paling penting ialah jauhkan diri dari maksiat dan mungkar . Rendah diri dan tunaikan segala amanah kepimpinan dengan segala kemampuan dan keupayaan yang dimiliki . Mengabaikan amanah adalah satu perbuatan khianat yang dimurkai Allah swt sedang kita berjuang lalu menyertai pilihanraya adalah kerana memburu redha Allah swt . Menang atau kalah hanya satu keputusan yang boleh sahaja kita menerimanya tetapi kemurkaan Allah swt tidak mungkin kita mampu dan boleh menerimanya .

6. Selain dari perhatian diberikan kepada perlaksanaan tanggungjawab dan amanah , jangan lupa untuk melihat kepada sikap yang mungkin berubah sebagaimana berubahnya ni'mat kepada nikmah . Sekali dua kita menang mungkin kita gembira dan bersyukur kerana kita sukar untuk menang tatkala berdepan dengan UMNO dan BN yang menguasai kerajaan persekutuan ini .

7. Kemenangan besar pula berurutan kali akan melahirkan rasa megah dan hebat . Ini satu peringatan agar kita tidak terpedaya lalu akhirnya menjadi bongkak dan sombong . Lebih malang apabila murka Allah swt menimpa kita kerana mengambil hakNya lantaran hanya Allah swt yang berhak untuk sombong dan bongkak .

8. Hari ini sudah ramai dikalangan kita menghitung kemenangan malah leka dengan kemenangan tersebut . Kerja - kerja jamaah sedikit sebanyak terabai kerana memberi penumpuan kepada pilihanraya . Bukanlah pilihanraya itu tidak penting tetapi kita mesti ingat bahawa pilihanraya hanya sebahagian dari tugas perjuangan kita . Ertinya di sana masih terlalu banyak perkara yang wajib kita lakukan .

9. Kerja - kerja amal Islami terlalu luas terutamanya gerakkerja pengkaderan anggota jamaah . Inilah gerakkerja yang paling asas dan inilah jua tunjang kekuatan jamaah kita sebagai sebuah Gerakan Islam mendepani cabaran besar era ini . Malah gerakkerja pengkaderan inilah juga yang membezakan kita dengan yang lain . Jangan abaikan atau kesampingkannya semata - mata kerana pilihanraya sedang pilihanraya ini tidak akan habis . Saya bimbang pilihanraya ini menjadi nikmah bukan lagi ni'mat .

10. Mahu tidak mahu pilihanraya terpaksa dihadapi dan kemenangan mesti dicari , cuma dalam masa yang sama kita mesti bijak bertindak dan membahagikan tumpuan . Mungkin parti mesti memikirkan bagaimana mekanisme untuk menangani fenomena ini . Sebelum ini kita tidak berhadapan dengan situasi seperti ini [ 9 kali pilihanraya dalam tempoh setahun ] , kini realiti memaksa kita bistari dalam mengatur langkah . Paling penting ialah tarbiah dan gerakkerja pengukuhan parti jauh lebih penting dari hanya semata - mata pilihanraya .

6 comments:

Tabib Haji Norjae said...

Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

abu muhammad said...

salam, ye ke tak sikap angkuh? tp nampak sangat la dh gila kuasa..
aduhai, teringat zaman salaf, ulama takut nak amik jawatan. zaman ni pulak, tergila-gila jawatan. layak ke pegang nama ulama? patut la nabi dh betau, sebelum datang dajjal bermata satu, akan tiba dajjal2 sebelumnya- ruwaibidah, hanath wa hanath, as-soghir, luka' bin luka'. harap2 ustaz tak tergolong dalam salah satunya ye..

Anonymous said...

salam.Kerja pilihanraya tu bukan sebahgian dari amal islami atau amal jamaah ke ? Bukahkah kerja pilihanraya itu sepatutnya menjadi buah dari tarbiyyah dalam jamaah ?

Nasrudin said...

sepatutnya begitulah . Pilihanraya sebahagian dari hasil kerja amal Islami tetapi realiti hari ini pilihanraya tidak menepati piawaian amal islami .

Addumyati said...

abu muhammad menikmati penglihatan melalui matanya yang dianugrah Allah kpdnya tetapi sayang seribu kali sayang dia tergolong dikalangan org2 yg buta mata hatinya...semoga Allah memberi hidayah dan pertunjuk kpd abu muhammad mudah2an abu muhammad menjadi pengikut perjuangan Rasulullah yg haqiqi..
Perjuangan ustaz Nasarudin Tantawi dan lain2 bukan atas dasar utk merebut jawatan tetapi untuk memperjuangkan dasar2 Islam yang dituntut oleh Allah dan Rasulnya.Rasulullah sendiri menyerang org2 kafir Quraisy di kota Mekah bukan kerana gila kuasa atau jawatan tetapi utk menegakkan Islam yg maha suci.. skg di Malaysia kerja para pejuang PAS termasuk Ustaz Nasarudin ni adalah semata2 untuk menegakkan agama Allah dan dasar2 Islam,kerajaan yg sedia ada adalah kerajaan yg mengamalkan dasar2 sekular yg wajib ditumbangkan sebagaimana Rasulullah dan Sahabat menumbangkan kerajaan kafir dan penentang2 agama Allah.Ya Allah lindungilah pejuang2 agamamu dari difitnah oleh musuh2mu dan musuh2 dari kalangan kami iaitu musuh2 dlm selimut.aamiin

abu muhammad said...

kepada addumyati,

insyaAllah, semoga Allah bukakan hati saya san anda.

nak main qias ye, rasulullah menentang KAFIR quraisy, tapi pemerintah sekarang ni kafir ke?
tak tagak hukum Allah kafir?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive