HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, September 13, 2009

UMNO Parti Islam ?

1. Ketika ditanya komen Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] oleh wartawan mengenai kenyataan Datuk Seri Najib bahawa UMNO adalah parti Islam , spontan disambut dengan ketawa kecil oleh EXCO DPPP lantas dijawab oleh Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ Timbalan Ketua DPPP ] : " Sila buktikan ! "

2. Semua orang rasa lucu apabila Najib mengumumkan bahawa UMNO adalah parti Islam .

3. Dulu Dr. Mahathir pernah isytihar Malaysia Negara Islam demikian juga Abdullah Badawi dan menantunya Khairy turut menyokong dan mengisytiharkan Malaysia adalah Negara Islam .

4. Terdahulu saya telah mencabar Khairy berdebat dalam isu Malaysia Negara Islam tetapi malang tidak bersambut . Kali ini najib pula isytihar UMNO adalah parti Islam . Tapi kali ini malas dah rasanya nak ajak mereka ni berdebat . Jawapannya sudah pasti .... akan hilang telan masa begitu sahaja .

5. Bukanlah saya takut kerana yang mengisytiharkannya kali ini ialah Perdana Menteri Najib sendiri . Andai mereka mencabar , insyaallah sebut sahaja dimana tempat dan bila tarikhnya DPPP bersedia untuk berhujjah .

6. Mudahnya hujjah bagi menjelaskan bahawa UMNO adalah parti kebangsaan bukan parti Islam . UMNO parti yang mengamalkan faham sekularisme bukan menganut faham Islam . Terlalu banyak hujjah yang boleh disenaraikan , cuma saya nak lihat 10 bukti dan hujjah dari pihak UMNO terlebih dahulu , apakah yang meletakkan UMNO tidak segan silu untuk turut mengaku sebagai sebuah parti Islam .

7. Balai disebut balai Islam apabila Balai itu berorientasikan Islam . Pusat Islam juga disandarkan kepada Islam apabila Pusat itu mengendalikan hal ehwal Islam . University Islam kerana fakulti dan kuliahnya juga berteraskan Islam . Orang Islam kerana orang itu hidup berpaksikan ajaran Islam . Maka demikianlah parti , jika mahu disandarkan kepada Islam untuk menjadi parti Islam maka mestilah dasar perjuangan parti itu berasaskan Islam .

8. Mudahnya , kalau benar dan serius UMNO mahu menjadi parti Islam , maka UMNO mesti terlebih dahulu menukar dasar dan prinsip perjuangan mereka dari kebangsaan kepada Islam . Jadikan al Quran dan Sunnah sebagai pegangan dan sumber rujuk tertinggi dalam parti itu . Amalkan gaya hidup Islam dengan mengamalkan suruhan agama dan tegakkan syiarnya seperti menutup aurat , berlaku adil , tidak rasuah , tidak zalim dan sebagainya .

9. Saya sangat mengharapkan agar UMNO menjadi sebuah parti yang mengamalkan dan memperjuangkan Islam bukan merosakkan Islam dan meruntuhkan syiarnya . Setakat mendakwa UMNO adalah parti Islam sedang kedudukan UMNO dengan Islam terlalu jauh maka ia adalah satu penipuan dan pengkhianatan terhadap ummah khasnya ahli - ahli UMNO sendiri .

10. UMNO boleh berubah apabila mereka selalu menyebut bahawa ahli mereka orang melayu dan mereka kononnya memperjuangkan melayu . Kerana kebetulannya melayu adalah beragama Islam . Tinggal lagi UMNO mesti menghentikan slogan perkauman dan perjuangan berasaskan melayu semata - mata sebaliknya membawa Islam dan prinsip perjuangannya yang tentunya tidaklah asing dengan orang melayu . Kenapa susah sangat UMNO nak menerima Islam sebagai dasar perjuangan mereka ? kalau mereka sudah bersedia untuk mendakwa dan mengisytiharkan UMNO sebagai parti islam selayaknya mereka juga mesti bersedia untuk menukar dasar dan prinsip perjuangan mereka kepada Islam .... ada berani ke ?

23 comments:

mail lambong said...

JOM GIATKAN USAHA UBAH UMNO JADI PARTI ISLAM..

MEREKA TAK TAHU KITA SYORKAN DAN MEMBERI GARIS PANDUAN SUPAYA MEREKA MENJADI PARTI ISLAM YANG SEBENAR

Anonymous said...

Permukaan Kesat perlu kertas pasir hat kasar sket nak bg jd licin. kalau x, makan masa. Apa pun, Kalau Diizinkan Allah SWT, guna baldu pun DAH tentu licin :-)

watasikadi said...

Harap-harap UMNO belajar apa itu Parti Islam sebenarnya. Permintaan dari saya peminat setia PAS dari SABAH. Kalau diizinkan buatlah roadtour pemuda berkali-kali di sabah. saya rasa ramai pemuda sabah berminat dengan parti ini.

Anonymous said...

setuju dengan faizal di atas... PAS sebagai parti Islam wajib mengajar UMNO bersungguh2 supaya menjadi parti Islam yang tulen..

- parti jahat, kato eh -

AnakMerdeka said...

Samada disengajakan atau tidak, nampaknya komen dari tulisan Ustaz di atas nampaknya lebih positif dari posting ustaz sendiri.

Memang itulah yang diajar oleh Islam. Jika benar UMNO tidak melakukan seperti yang dikehendaki oleh Islam, maka PAS atau ustaz sendiri, tuliskanlah garis panduan bagaimanakah sebenar-benarnya sebuah parti islam?

Bagi saya sendiri PAS bukanlah parti Islam sebenar, sebaliknya PAS menggunakan islam untuk kepentingan parti. Pemimpin PAS mengajar ahlinya untuk memaki dan menyumpah seranah orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Malah PAS mengkafirkan orang yang tidak menjadi ahli PAS. Itukah ajaran Islam yang sebenar? Saya tidak meminta ustaz tuliskan sepuluh jawapan. Cukuplah sekadar menjawab soalan saya itu.

www.anak2merdeka.blogspot.com

NORAZLI BIN AZIZ said...

Salahkah memperjuangkan kebangsaan? Apakah sinonim kebangsaan UMNO dengan asobiyyah? Bukankah yang dikatakan asobiyyah itu apabila kita membantu saudara kita berbuat kezoliman?. Apabila Karpal Sigh mengatakan `over my dead` kalau nak laksanakan hudud, maka jelas DAP adalah kafir harbi. Tapi kenapa PAS masih sanggup berpadu dgn mereka? Bukankah ini salah dalam islam? Dan rata-rata ulama PAS menyokong kesalahan ini. Bukankah itu juga perjuangan berdasarkan asobiyyah?

budak buta huruf said...

Sebutan at-tantawi bunyinya lebih kurang nak sama dengan al-tantuya

suparjo@blogspot.com said...

PKR itu parti Islam atau tidak? Susah atau tak mahu jawab sebab prinsip siapa Islam atau tidak dalam politik bukan prinsip kebenaran di sisi Allah. Kerana kawan didiamkan sekalipun tidak benar, kerana lawan tentulah segera dihukum salah. Saya faham ustaz ahli politik yang bermuslihat, tetapi saya kasihan kepada orang-orang yang melihat politik sebagai wadah yang sangat jujur.

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

salam ust ana copy artikel ust ttg etika dan adab blogger dalam www.deriaislah.ning.com dalam term of services laman tersebut..syukran

Abdul Kahar Ahmad said...

Malay

JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT

'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'
(AL QURAN – Ibrahim: 4)

'Dan sekiranya mereka Kami binasakan dengan suatu azab sebelum Al Quran itu diturunkan, tentulah mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utus seorang Rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum kami menjadi hina dan rendah”.' (AL QURAN - Ta Ha: 134)

‘Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menjelaskan syariat Kami kepadamu ketika terputus pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira, maupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ (AL QURAN – Al Maidah: 19)

Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu, samada suka atau terpaksa, di;

http://rasulmelayu.blogspot.com

If;

Suka – Nikmat
Terpaksa – Azab

You make and decide your own order

Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in 'Local Malaysian Style', free of charge (FOC).

Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.

Blog kami adalah terbuka dan sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.

English

FREE FOODS OFFER – SUSTENANCE FROM HEAVEN (AL QURAN)

[20.134] And had We destroyed them with chastisement before this, they would certainly have said: O our Lord! why didst Thou not send to us an apostle, for then we should have followed Thy communications before that we met disgrace and shame. (Al Quran @ The Reading, Ta Ha, 134)

Sustenances from Heaven (Al Quran) served in Malay local style, fresh and new, clean, not bloody, nor of porks, nor dead meat, nor slayed by any other names than God alone at:

http://rasulmelayu.blogspot.com

Our blog is open for 24 hrs. Sustenances served are fresh all times, can be shared by many and can be 'tapau'(print) to bring back home for your family.

Offers are for those who are in needs, poor, orphans and in the journey; those who wants believes.

Those who reject to eat and just our dishes as 'haram' then they'll be the live-stock or the prey for others to gain the benefits out of them.

p/s - BLOG LAMA:
http://messengerofgodtoday.blogspot.com (Yang telah dihacked dan diambil alih oleh golongan penentang yang amat ingkar)


Mohd Zul Helmi Abd Kahar

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

salam ustz,jemput ustz ke laman www.deriaislah.ning.com

Anonymous said...

jika benar UMNO tidak memperjuangkan Islam, tolong berikan bukti-buktinya... menuduh tanpa bukti adalah salah..

Anonymous said...

Assalamu'alaikum ustaz...tolong komen video ni..ni betul ke fitnah??

http://www.youtube.com/watch?v=R-xaIqH2kO0&feature=related

Guntar Gemuruh said...

Assalamualaikum,Ustaz.
Apa khabar?
Saya dengar dari ayah,ustaz baru sembuh dari demam.
Mudah mudahan pulih segera, berterusan kerja dakwah Ustaz,pena dan lisanul haal..Amen
Atholallah umuurana wa umuurakum.
wa adaamallah lana wa lakumul afiah.Amen

Anonymous said...

Jangan memandang UMNO sebagai sebuah parti jahat atau tidak Islam tapi lihat diri sendiri dulu, apa yang saya lihat sekarang nie adalah kepentingan diri diletakkan di hadapan berbanding perjuangan islam itu sendiri....

azlishukri said...

pertama didik dahulu ahli pas agar jaga lidah mereka daripada suka mengumpat dan mencaci UMNO, itu sahaja, jika PAS boleh ubah itu semua, barulah nasihatkan UMNO.

~PakKaramu~ said...

Menghayati raya dengan maksud takbir

Abu Khalid said...

Salam alaik

Why not kita raikan 'semangat' mereka untuk menjadi parti islam?

Walaupun mungkin mereka sendiri tidak memahami islam dan implikasi dari perkataan mereka, tapi itulah peranan kita sebagai daei bukan?

Dari sudut siasiy-nya, ana yakin ada sahaja metode yang boleh digunapakai utk kita merubah mereka sambil prinsip kita tidak terjejas.

Sekadar sekupang di syawal ke-enam

Salam taaruf
Hussaini Malaysia.

~PakKaramu~ said...

Salan ziarah lebaran

sukajackpot said...

4 digit + 4 digit dapat bonus RM2 juta +++ .. lesen magnum baru diluskan olih DSAI atau Nik aziz ?

Anonymous said...

lesen baru MAGNUM 4 digit + 4 digit dapat RM2 juta ++ ..diluluskan olih Altantuya

Anonymous said...

Ustaz,

Saya harap pandangan saya mendapat perhatian. Saya mencari-cari alamat emel Ustaz untuk memberi maklumbalas secara langsung tapi tak terjumpa.

Mengenai pandangan Ustaz di Star -
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/27/nation/4794312&sec=nation - bahawa soal-siasat Selcat ke atas kakitangan kerajaan yang dikatakan memalukan mereka boleh menyebabkan kejatuhan kerajaan Selangor, ini satu falasi yang merbahaya, terutamanya apabila dihebohkan oleh akhbar MCA yang tidak mengenal apa maksud ketelusan dan kebertanggungjawaban, mahupun memahami hubungan antara rakyat, pemerintah dan jentera pentadbiran.

Memang Khir Toyo dibenci kakitangan kerajaan kerana perbuatannya yang sungguh biadap, tapi Selcat hanya menjalankan tugas mereka dan tidak pun melampaui apa-apa batas. Ini satu perbezaan besar antara kedua-dua kes ini yang cuba dikaitkan oleh Ustaz. Soal-siasat yang dijalankan secara tegas (nak berlembut ke atas pesalah yang bertanggungjawab atas kerugian beribu-ribu wang rakyat?) adalah satu cara untuk mendapatkan jawapan yang jujur. Penyapu hadiah Khir Toyo itu apa pula?

Kedua, tugas kakitangan kerajaan adalah untuk mentadbir negara berdasarkan amanah rakyat yang diberikan kepada kerajaan. Jika mereka menyeleweng daripada tugas mereka, maka rakyat berhak mendapat penjelasan dan keadilan melalui soal siasat dan hukuman yang sesuai jika didapati ada kesalahan. Tetapi kerana tabiat buruk pentadbiran BN, kakitangan kerajaan menganggap jawatan yang dipegang merupakan hak mereka dan bukannya tugas. Sekurang-kurangnya, mereka kena "accountable" kepada majikan mereka - kerajaan dan rakyat. Reaksi mereka yang sedang disiasat ini, yang memarahi majikan sebenar mereka kerana disoal siasat berdasarkan kedudukan mereka sebagai petugas yang diberi amanah rakyat sungguh tidak logik dan meluatkan.

Sudahlah dengan 'nilai-nilai' BN yang tidak mengenal kebertanggungjawaban. Meluat saya melihat nilai-nilai yang merbahaya ini dipropagasikan oleh media dan pemimpin BN. PAS sebagai ahli Pakatan Rakyat dilihat sebagai penjana nilai-nilai baru yang termasuk ketelusan dan keadilan.

Dan ini membawa kepada hujah terakhir saya - rakyat yang menjatuhkan kerajaan Khir Toyo, bukannya kakitangan kerajaan.

Rakyat yang meluat pada BN dan memberi sokongan kepada Pakatan.

Jika Pakatan pula mula menyerapi nilai-nilai BN, itulah yang akan menjatuhkan Pakatan. Itu hakikatnya.

- Siew Eng
(Penyokong Pakatan buat masa ini hanya kerana tidak ada alternatif lain kepada BN)

Wan Solehah al-Halbani said...

Assalamualaikum!
Demokrasi adalah agama kerana ianya adalah terdiri daripada Aqidah, Syariat dan Akhlaknya yang tersendiri.

AGAMA DEMOKRASI :

Demokrasi adalah agama yang syirik dan kufur kerana ianya adalah didasarkan kepada Aqidah, Syariat dan Akhlak yang syirik dan kufur :

1. AQIDAH DEMOKRASI adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang terdiri daripada RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH MANUSIA :

i. Rububiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan mereka mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA;

ii. Uluhiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh para pemerintah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh golongan manusia yang diperintah;

2. SYARIAT DEMOKRASI yang terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen (fasal 44 Perlembagaan Negara) adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah;

3. AKHLAK DEMOKRASI yang wujud dan berkembang di bawah kekuasaan dan undang-undang manusia adalah mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai manusia yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang manusia.

Allah melarang kita daripada mengamalkan agama demokrasi kerana ianya adalah agama yang syirik dan kufur :

Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

Ayat di atas ini memaparkan kepada kita bahawa matlamat yang suci murni tidak boleh diperjuangkan melalui jalan dan metod yang syirik dan kufur seperti jalan dan metod demokrasi .


Sekian, terima kasih.

Wan Solehah al-Halbani
Temerloh, Pahang DM

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive