HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, September 1, 2009

Zaid Tidak Faham Risalah Pemuda

1. Saya tidak terperanjat apabila Dato' Zaid Ibrahim mempertikai kenyataan saya berkait bantahan Konsert Hiburan yang diadakan di Arena Star Genting Hingland pada pertengahan Ramadhan ini . Saya melihat beliau gagal memahami risalah yang cuba dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Pusat .

2. Berkali telah kita tegaskan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] tidak anti hiburan bahkan di bawah seliaan DPPP , kita mempunyai satu agensi khas yang membawa hiburan alternatif.

3. Apa yang pemuda bantah ialah kelekaan , kealpaan , keterlaluan dalam penampilan pakaian dan gerak tari artis , pergaulan bebas dan lirik lagu yang memuja nafsu serta muzik yang hingar bingar mematikan jiwa .

4. Item yang saya sebutkan di atas tiada kena mengena dengan hiburan , sebaliknya ia adalah unsur negatif yang diterap ke dalam hiburan untuk mematikan jiwa , melemahkan aqal sekaligus menenggelamkan manusia dalam khayalan .

5. Hiburan pada konsep asalnya adalah untuk menyegar dan menyuburkan . Menceriakan hati yang gundah dengan menyajikan kepuasan yang abadi buka keseronokan yang tenggelam timbul malah membuatkan jiwa terus hanyut dibuai fantasi .

6. Justeru itu , hiburan mestilah mengambil kira pelbagai aspek seperti muzik , lirik , lagu agar tidak mendorong ke arah leka dan alpa . Sebagaimana kesesuaian hiburan juga harus diambil kira . Nabi saw pernah meminta para sahabat supaya memukul duff [ kompang ] untuk bergembira dan berhibur pada hari waliimatul urus agar hari gembira itu tidaklah menjadi sepi seperti majlis kematian .

7. Majlis kematian pula tentunya tidak sesuai untuk berhibur . Hiburan ini adalah positif tetapi jika berhibur tanpa mengira masa dan ketika ia dianggap keterlaluan . Antara masa dan ketika yang sangat tidak sesuai ialah Bulan Ramadhan sebagai bulan yang penuh dengan kemuliaan . Bulan di mana ummat Islam mengalih segala penumpuan dan mengambil segala kesempatan untuk memperbanyakkan koleksi ibadah mereka kepada Allah swt disamping merebut segala fadhilat yang diganjarkan Allah swt .

8. Saya kira tidak sukar untuk siapa sahaja untuk memahami risalah Pemuda PAS dalam perkara ini termasuk sdr Zaid Ibrahim jika dilihat dengan hati yang jernih dan semangat membangunkan jiwa ummah khasnya generasi muda hari ini dari kelalaian dan kealpaan lantaran kelalaian dan kelapaan inilah pintu kepada aneka kebinasaan .

9. Apa yang paling penting dalam sesuatu tindakan termasuk berhibur mesti jua dilihat kepada matlamat . Matlamat ini kelak akan memandu kita benar atau tidak dalam bertindak . Jika berhibur sekadar melepas lelah dan resah itu adalah suatu yang normal tetapi apabila hiburan menjadi satu kegilaan sehingga mereka sanggup meragut dan menyamun untuk mendapat wang guna ke kelab malam dan berhibur maka ia adalah musibah .

10. Peranan saya ialah menghidupkan jiwa anak muda bersama iman , amal soleh dan meruntun akhlak mereka dengan akhlak yang mulia disamping saya mendidik diri saya sendiri bersama rakan sepasukan di dalam Dewan pemuda PAS Pusat , sementara itu , tidaklah pula kami anti hiburan sehingga menentangnya secara membuta tuli .

6 comments:

Aku said...

salam,

pas cakap tak nak gabung dengan UMNO sebab UMNO bukan parti Islam walaupun fasal 3 perlembagaan UMNo islam menjadi salah satu perjuangan parti ini.

kalaulah UMNO tak islamic, tapi kenapa pulak PAS sanggup bersengkongkol dengan PKR parti bukan islam jugak tu..dan pemimpin dia org islam kan? dah tu banyak pulak org dalam pkr tu saya tengok liberal tak tentu hala. siap boleh cakap depan org cina, dia tak setuju negara ini jadi negara Islam.ini saya saksikan sendiri depan mata akan kata2 penyokong tegar anwar ibrahim.kebanyakan mereka ni pecisan dari UMNo dan mereka nilah yg buatkan UMNo nampak teruk sangat.alhamdulillah sikit demi sedikit org macam ni dah keluar.mintak2 ramai lagi melayu mcm ni keluar dari parti UMNO.

Anonymous said...

salam. Braavooo ust, beginilah sura pemuda. takbir

jab sp said...

Bukan Zaid tak paham bahasa pemuda,tetapi Nasrudin sebenarnya tak paham bahasa politik.Alangkah jauhnya mutu kepimpinan dan idealisma Salehudin Ayub dengan Ketua Pemuda semasa.
Tidak ada apa yang pelik dengan peliknya Zaid diatas sikap pemuda kecuali jika Pemuda membantah ia diadakan pada bulan puasa.
Pemuda PAS satu pasukan politik yang berpakat dengan dua parti yang tidak meletakkan Islam sebagai asas utama.Ini diketahui sewaktu ikatan pakatan hendak dilakukan.Jika mahu nada pemuda direalisasikan pemuda harus ujud sebagai identiti tersendiri yang memisahkan dengan pakatan.Tetapi siapalah pemuda tanpa PAS induk.
Kesilapan besar Nasrudin kerana ingin menunjuk wira dengan mengulas catatan Zaid yang sebenarnya tidak perlu diulas pun.Jelas tiada yang bolih dipertikai.Ternyata Zaid antara golongan tua yang memahami citarasa orang muda.Amat malang jika golongan muda sendiri gagal memahami golongan tua jika pemuada berkata ia berada dalam era politik semasa.
Adakah PEMUDA PAS hanya ditubuhkan untuk memprotes setiap konsert yang diadakan dinegara ini?.
Keahlian PAS:518250

adam said...

salam ustaz,
sekadar bertanya..tidakkah kepimpinan PAS berbincang utk bergerak sendirian?..semakin meluat saya melihat gelagat PKR dan DAP! saya ada mmbaca artikel ustaz ttg hukum2 tahaluf..adakah belum lg ke tahap HARAM bertahaluf dgn mereka, jika melihat kpd situasi sekarang? mcmana dgn masa akan dtg? saya xnampak PKR dan DAP memahami pegangan PAS yg inginkan sebuah negara Islam yg syumul!

smg PAS terus bergerak kehadapan sbg gerakan Islam!

Anonymous said...

Puak liberal ni ada nilai2 munafik dalam dirinya iaitu selalu memandang agama dengan kacamata akal semata. Itulah yang saya bimbang bila Tuan Z ini masuk Pakatan Rakyat. hARAP USTAZ2 dalam PAS boleh dakwah beliau dengan berhikmah.

Anonymous said...

ustaz dah dengar ke muzik micheal learns to rock?

jibma

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive