Hindari Politiking dalam Jamaah
Bukan semata - mata Parti Politik
1. Parti Islam se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita - cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia .
2. Penyertaan PAS dalam medan siasah [ politik ] adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini .
3. Siasah [ politik ] PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab , akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah . Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan . Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS .
4. Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik . Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami , PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah [ pemikiran ] , syakhsiyyah [ peribadi ] dan ruuhiyyah [ spiritual ] masyarakat .
5. Justeru itu , kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah .
6. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerakkerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan . Tidak hanya menumpukan isu - isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerakkerja dan aktiviti Amal Islami yang lain seperti pemantapan Aqidah dan Fikrah .
7. Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan . Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam .
8. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang telah mengabaikan solat berjamaah , menjauhkan diri dari majlis - majlis ilmu , tidak lagi melazimi usrah . Ucapannya pula tiada lagi hikmah sebaliknya kasar dan keras . Tindakannya gelojoh , egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai . Gemar bertelingkah dan suka memfitnah . Melakukan dosa tanpa sedar ianya berdepan murka dan kutukan Allah swt . Sebagai contoh mudah , apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut , tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal . Sebaliknya berlumba - lumba nak menyalakan lagi isu yang sedia membara .
9. Saban ketika dan waktu hanya merancang bagaimana nak jatuhkan si anu dan si anu [ saingan politiknya ] kerana ia tidak sependapat dengan aku [ atau mereka memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi " demi kebaikan jamaah ...." @ " demi masa depan jamaah ..." dan lainnya sebagai melindungi perkataan sebenar " demi kebaikan aku ..." @ " demi masa depan politik aku ......." ]
10. Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak . Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana nak menang ! bagaimana nak dapatkan undi melayu dan non malay ! tetapi malang , sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka , bagaimana nak pertahankan Islam dan memenangkan Islam ! Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap Islam kerana nanti kita kurang popular dan non muslim akan menjauhi kita .
11. Sebagai anggota Gerakan Islam , kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam . Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani semua ummat , justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia . Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam . Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam .
12. Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sedang kita tidak berusaha untuk jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka . Bangga meriwayatkan kesederhanaan 2 tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan . Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh , liar dan tidak cermat . Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal .
13. Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya . Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya . Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua , ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga - lagakan mereka . Kerana itu perbuatan insan yang nakal lagi liar .
14. Berjuang biarlah dapat pahala , jangan berjuang untuk menambah dosa . Berjuang biarlah ramai sahabat , jangan berjuang meramaikan musuh . Berjuang biarlah tenang , jangan berjuang menambah serabut . Berjuang biarlah damai , jangan berjuang untuk bergaduh . Berjuang lah jangan tidak berjuang ....
15. Kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam . Bukan membina empayar individu jauh sekali memburu kekayaan material . Lantaran itu , tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini . jangan tukar PAS sebagai Gerakan Islam kepada PAS hanya sebuah Parti Politik .
15 comments:
Assalamualaikum,
Mmg benar kata tuan tp yg saya heran sikit pemimpin2 PAS ni (termasuk sdr), 1.pantang dapat mikrofon asyik sedap mulut je nak cakap- tak kira media penipu pun dilayan. tulis mmg sedap tp nak amalnya..MasyaALLAH.
2.mengapa pemuda PAS pengecut? zaman kami yg ahli PAS nye sedikit, UMNO tak berani nak ceroboh markaz PAS.Mana pemuda junduLlah? sekali lagi tulis manyak senang!!
#. saya cadangkan sdr. kena tukar approach...cekap dan agresif, biar gementar musuh kita melihat.
Ahli PAS Tmn Kosas.
PAS dilihat telah banyak mengabaikan tanggungjawab dakwah kerana terlalu berpolitik. Sehingga generasi muda tidak kenal bahawa PAS adalah jemaah/gerakan Islam. Kini, dengan wujudnya KPP, perlu tetapkan target agar mereka memahami Islam, bukan semata-mata memahami PAS dan sasaran kita agar mereka juga mendapat hidayah dengan masuk ke dalam Ad-Deen ini agar sama-sama mendapat syurga Allah kelak.
Assalamualaikum Ustaz.
Tahniah di atas artikel yg baik ini. Inilah masalah sebenar PAS yg makin lari 'allignment' sebagai sebuah gerakan Islam. PAS seolah-olah masih tidak tahu utk berada dlm posisi sebagai gerakan Islam atau parti politik?
Kadang2 rasa diri mcm gerakan Islam tetapi tindakan banyak memperlihatkan diri sebagai parti politik semata-mata dan tidak menjadikan parti sebagai wasilah.
salam ustaz..
saya mempunyai pandangan yg berbeza tentang "politiking dalam jemaah ini"..
Pas yang mendakwa mengunakan wadah politik untuk mendaulatkan syariat islam itu benar-benar pahamkah sepak terajang dalam dunia politik? Dalam dunia politik ni, orang yang buat-buat baik, pura-pura zuhud dan pijak semut tak mati ni pasti akan melepas! Melepas kerana tempat sepatutnya oarng zuhud dapat, tak dapat.
Tak dapat kerana menunjukkan kezuhudan yg tidak bertempat.
Musuh-musuh yg alim berpolitik ini pasti akan ambil kesempatan! Dan yang baik-baik tidak bertempat ini pula menohmah tak tentu pasal padahal dia jahil dalam sepak terajang politik!.
Bukankah jahiliah yang bersistem akan mengalahkan islam yang tidak bersistem?. Anda mungkin tidak sekular kerana menolak agama dan politik tidak dapat dipisahkan TETAPI anda harus ingat MUNGKIN anda adalah sekular kerana menolak sunnatullah!. Sunnatullah dalam dunia politik adlah siapa cepat dia pasti dapat!. Tak kira siapa! Musuh ataupun anda yang baik-baik itu!.(Betulkan kefahaman saya ini!)
utk lebih lanjut sudilah kiranya ustaz mencemar duli ke teratak hina saya ini!..
http://madsha88.blogspot.com/2009/10/dari-hati-ke-hati-selamatkanlah-tok.html
Imam Ghazali berkata akal tanpa agama, sesat. Agama tanpa akal, tertipu. Jom masuk UMNO.
Mabruk ustaz!!
Artikel yang sangat kena pada masanya. Sudah tiba masanya PAS kembali pada paksi perjuangan yang sebenar. Kekerapan PRK menyebabkan ahli2 dan pimpinan terlalu asyik dengan politik, dan mengabaikan aspek-aspek lain dalam jamaah.Risau bila melihatkan gelagat dan aksi2 penyokong2 semasa PRK yang lepas2, seolah-olah akhlak islamiyah yang kita junjung selama ini sudah tercabut daripada akarnya. Wallahualam
Ustaz, satu artikel yang baik.. walaupun fikrah saya sedikit berlainan daripada orang di dalam hizbi ni.. tapi artikel Ustaz ni bagus bagi mereka yang dah lama dibuai mimpi, tido, dan leka dibuai arus perdana sekarang..
wallahu'alam
Memanglah orang yang kecewa berpolitik disebabkan gagal membuat perkiraan kemelut medan politik.lebih baik terlibat dengan tabligh@lain-lain non politisan jika sekadar untuk berdakwah.Malah berpolitik salah satu cara menegakkan dakwah dalam wadah politik.Tulisan sinis Nasar inipun menunjukkan gagalnya dalam bidang ini.
Seposen dari peminat saleem iklim,
Ustaz, saya lebih suka PAS ni jadi parti politik sahaja....Imej Islam tercalar banyak sangat bila menjadikan PAS sebagai wadah dakwah...
Dakwah ke bila ditegur melenting? Dakwah ke wat pertemuan sulit? Dakwah ke bila seorang Mufti sunnah tegur, habis melenting? Dakwah kah ini? Saya hanya mengiktiraf sebagai Parti dakwah adalah partai Keadilan Sejahtera Indo....
Saya lebih suka PAS seperti AKP...Tulus, bersih dan komited...
Salam ustaz din,
Saya ingin sampaikan ketidak puashatinya saya terhadap ustaz hasrizal jamil/ saiful islam.
Didalam ribut berlaku pada Pas yang dia sokong ini, dia memilih untuk menyebarkan keburukan kononnya pemimpin lambat dalam memberi media penerangan kepada penyokong dan ahli.
Padahal dia tidak sabar, bayangkan dia seorang yang mempunyai kesedaran yang amat tinggi, ilmu yang mendalam tetapi tidak memilih untuk mendidik pembaca dan peminatnya untuk berakhlak yang sepatutnya bila berlaku bencana dalam jemaah.
Terlalu berfikiran tektikal sehingga lupa untuk menjaga dan mendidik peminatnya.
Assalamualaikum
Buat Abu Ammar .
Apa yang saya tegaskan ialah politiking dalaman . Cantas mencantas dalaman parti tidak perlu wujud .
Bukan isu berpolitik untuk menegakkan Islam berdepan musuh . Itu suatu yg tiada khilaf padanya .
Saya sendiri turun hampir di setiap pilihanraya . Bahkan masa belajar di Mesir dulu , pantang ada pilihanraya , saya akan pulang untuk bantu PAS menang dalam pilihanraya . Itu politik dan tiada khilaf saya padanya .
Tapi apa perlunya politiking dalaman ?
bila org yg tidak sehaluan dgn ustaz buat kenyataan ustaz nampak sedikit marah tapim kalau puak ustaz yg ustaz gemari taape pulak,saya lagi tak suka org hi[pokrit.
so ustaz semalam amcam, perjumpaan dr hassan dan ust nasa kat taman tun?
bloger umno pun di panggil,berjaya tak 2 pemimpin tu me motivasi dan UG kan para bloggers?
presiden dah buat kenyataan supaya masalah diselesaikan ikut perlembagaan, dan jangan melalui media baru. So?
sudahla...
Salam,
Saya bersetuju ia satu artikel yang baik..walaupun pandangan saya sedikit berlainan..
Sebelum dulu kita belum menang dan perintah memang kita mudah bercakap dan berkuliah, cuma satu contoh jer masa tu iaitu Kelantan,tapi tahukah susah senang mereka selama 19 tahun cuba berhempas pulas menaikkan ISLAM walaupun bermacam2 tohmah dikenakan kepada kerajaan PAS Kelantan..kita cuma dengar dan lihat.Tetapi bila sekarang, kita dah mula perintah (beberapa negeri dan kawasan Parlimen) kenapa kita tak contohi dan buat macam Kelantan?
Perselisihan dalaman yang berlaku sebab ada percanggahan pendapat iaitu antara pimpinan yang masih terus lurus mahu memperjuangkan ISLAM dan antara yang sudah mula condong dengan kepentingan peribadi dan politik sendiri.Ini bukan untuk menyalakan api fitnah..tapi rakyat semua melihat dengan mata dan berfikir dengan kepala masing2..membezakan apa yang kita ucap dan janji serta bezakan dengan apa yang kita buat..adakah sama?
Sekejap kita kata umno jahat, sekejap kita kata umno boleh dirunding dan sekejap kita kata umno baik..
Siapa nak nafikan, gambar yang terserlah betapa mesranya Nasharudin Mat Isa, Haron Din dan Azman Sapawi dengan Khairi Jamaludin dalam sambutan hari raya di rumah Nasharudin di Bukit Mahkota?
Rakyat pun bijak menilai..apa yang berlaku? Adakah seorang pemimpin boleh tinggal di tempat mewah seperti itu..dia bukan bisnessman yang mampu untuk tinggal seperti itu? Dia di bayar gaji dan elaun sebagai ahli parlimen untuk bertugas kepada rakyat..
Tuan ingat cerita Abu Zarr yang menegur Muawiyah? Kalau tuan membina istana dengan wang sendiri ianya adalah membazir disisi ISLAM dan kalau pula tuan membina istana dengan wang rakyat ianya adalah haram..
Tuan sedar tak? Berapa orang pimpinan2 PAS selepas menang MAC 2008 yang tidak berkereta besar dan mewah? Masing2 bertukar taraf hidup dan imej? Hingga yang nak beli kondominium mewah yang ada kolam renang pun ada..
Tuan sendiri boleh lihat di muktamar dan apa2 program parti yang besar2..berapa orang pimpinan yang tidak menggunakan kereta besar dan mewah? ..ingat boleh dibilang dengan jari...
Dan ingat..kereta dan kenderaan kerajaan negeri bukan untuk ke program parti..kenderaan kerajaan hanya untuk tugas2 rasmi kerajaan..kalau nak guna ke program parti kena guna kenderaan sendiri..itu yang kita marahkan umno buat dulu..tapi sekarang kita juga buat..???
Saya tak kata tak boleh buat macam tu..kalau dia seorang bisnessman dan duit berlambak walau setelah dia sedekah kan hartanya banyak kepada infak untuk jamaah ..dan masih baki berlambak juga takpalah..Ini sebagai pemimpin yang digaji oleh rakyat dan ditugas untuk berkhidmat kepada rakyat..
Semuanya telah dilupakan..betul apa yang tuan tuliskan..
"Bangga meriwayatkan kesederhanaan 2 tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan. Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh, liar dan tidak cermat. Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal.."
Tuan tahu berapa ramai pemimpin2 yang telah menang sebok dengan tugas2 di tempat sendiri..DUN dan Parlimen sendiri?
Dalam pilihanraya2 kecil yang telah lalu berapa ramai di antara mereka yang turun untuk membantu kemenangan perjuangan sahabat yang lain..tak kan kerja dan tugas di tempat sendiri nak dihabiskan?..ianya takkan habis...
Sambung....
Sambungan...
Sebok dengan kemenangan sendiri dan yang sedang bertanding itu siapa?adakah bukan untuk kemenangan parti juga?
Lepas tu bila dah menang pula lupa dengan ahli-ahli bawahan yang berhempas pulas untuk memenangkan dan bertugas untuk parti serta jamaah...
Semuanya cukup mudah untuk diucap dan diluahkan samada dalam kuliah, ceramah dan usrah....tetapi bukan mudah untuk dihadapi....bila berhadapan dengan sebenar samada dengan jawatan?pangkat?darjat? dato'?projek?gelaran?kereta mewah? gaji dan elaun yang besar?apatah lagi kesemua kesenangan dan habuan dunia, bila kita menang dan perintah?
Setiap kita masing2 diuji dengan ilmu dan amal kita?begitu juga dengan parti PAS akan diuji dengan tohmah dan mihnah dan juga perselisihan ahli2, hanya masing2 kena ingat dengan tugas masing2...
Negara Kebajikan (26-10-09)
Selepas PRU 12 PAS dilihat telah
- hilang arah
- sibuk dengan Kerajaan Perpaduan- Kenapa saya mengatakan demikian? Ini kerana tindakan mereka selepas PRU 12 tidak menjurus kepada kemenangan dalam PRU 13. Tindakan Hassan Ali diSelangor jauh lebih memudharatkan perjuangan PAS daripada mencapai kejayaan sebagai pemerintah yang adil dan boleh dipercayai oleh semua bangsa. Saya sedih dengan tindakan Hassan Ali yang saya kenal sebagai Pakar Motivasi. Suatu ketika dulu Hassan Ali pernah berjuang melahirkan para professional yang beragama dan faham alquran. Sebab itu beliau mengasaskan Institut Alquran Kuala Lumpur (IQKL). Dah jadi Exco lain pula perjuangannya. Sepatutnya beliau menyambung kembali usaha besar ini khususnya diSelangor dan seluruh negeri dibawah naugan PR.Saya kira ushaha ini jauh lebih lumayan berbanding usaha pengharaman penjualan “beer” yang mana beliau tidak memiliki kuasa untuk melakukanya. Kerja memantapkan Akidah Ummah melalui ilmu adalah jauh lebih baik dari tindakan yang lain. Wawasan sebegini hanya akan berlaku kiranya seseorang itu ikhlas dalam perjuangan.
- Dulu PAS mahukan Negara Kebajikan, setelah PRU 12 apakah yang telah diperjuangkan oleh Presiden PAS untuk merealisasikan Negara Kebajikan ini. Sekurangnya lakukan di negeri dibawah PR. Jangan hanya jadikan sebagai Retorik pilhanraya sahaja. Tindakan Pemuda PAS selepas PRU 12 telah banyak melukakan hati anak muda yang telah memberi sokongan mereka kapada PAS. Pemuda Pas perlu menjadi pejuang yang melengkapi Perjuangan PAS. Pemuda PAS yang menjadi pelapis pemimpin perlu pandai menilai faedah yang akan diperolehi dari sesuatu tindakan jauh melebihi dari mudharat. PAS adalah sebuah partai politik bukan badan NGO atau badan dakwah. Makanya faedah politik harus lebih besar dari yang lain selagi tidak bercanggah dengan akidah. Sepatutnya pemuda PAS berdemonstarsi besar kerana kerajaan PR tidak cukup membuat kebajikan pada rakyat bukannya demonstrasi menentang Beyonce. Genting Highland tu kan pusat segala kekufuran, kalau mereka mahu lakukan kufur yang lebih besar lagi diGenting biarkan mereka kerana pemuda PAS tidak berkuasa menghalangnya. Jadi, Pemuda PAS lakukan yang lain misalnya usaha mengajak generasi muda kemasjid atau membawa aktivi masjid kepada jenerasi muda. Adalah lebih baik bagi Pemudan PAS bekerjasama dengan Pemuda DAP dan Pemuda PKR memperjuangkan manifesto PR supaya dilaksanakan oleh Negeri PR apa yang termampu dilaksanakan. Ubahlah corak perjuangan dan tindakan. InsyaAllah kerja yang baik untuk ummah akan dirahmati dan diberkati Allah didunia dan akhirat. Jangan lupa Allah telah menterbalikkan hati orang kufur untuk menyokong PAS dulu dan doa kan ianya berkekalan selama nya. Inilah yang perlu di Malaysia ni kalau nak menang pilihanraya.Bukan tak mahu buat Nahi Mungkar Cuma disaat dan waktu rakyat Malaysia, Islam dan Bukan Islam yang masih lagi samar tentang islam sejati yang lebih universal ini, kita tangguh dulu nahi mungkar utamakan dulu amal makruf.
- Orang PAS patut bersyukur pada Allah kerana memilik watak dan model yang boleh diterima oleh semua kaum, ikutlah dan contohilah model ini jika mahu Berjaya. Siapa model ini, ianya tak lain dari Tok Guru yang di hormati dan disayangi . Hidup Tok Guru.
Post a Comment