HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, October 25, 2009

Jangan Nyalakan Api Fitnah

1. Fitnah adalah satu malapetaka yang membinasakan . Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh .

2. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti , pra sangka tanpa asas dan persepsi yang salah . Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang - kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain .

3. Ia juga seperti harimau yang sedang tidur . Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam . Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah , ia akan menyala dan menyambar .

4. Fitnah jua boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi . Lantaran itu , berhati - hatilah kerana fitnah adalah agenda syaithan yang pastinya ingin melihat para pejuang Islam berantakan sesama sendiri .

5. Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini . Jauhi fitnah malah jangan sekali - kali berjinak - jinak dengan fitnah . Jika ingin membuat tuduhan , pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas . Jika mahu mengandai atau menyangka , pastikan andaian atau sangkaan itu baik . Jika mahu membentuk persepsi , bentuklah persepsi yang tepat dan benar .

6. Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan sahabat seperjuangan . Meskipun wujud perbedaan pandangan dan kelainan tindakan dikalangan anggota jamaah , ianya tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah . Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sahabat seperjuangan kita bahkan kesannya lebih kejam .

7. Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali membentuk sikap dan fikiran semata - mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula .

8. Padam segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara . Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak , sebaliknya jamaah akan binasa , anggota jamaah akan berpecah , masa depan perjuangan menjadi suram dan Allah swt akan murka .

9. Atas nama Allah swt kita bersyahadah , kitab suci al Quran menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita , maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah yang sama ini . Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja membuka ruang kepada agent - agent musuh untuk menyelinap masuk merosakkan jamaah dari dalam .

10. Marilah kita menghayati kembali ruh berjamaah yang berpaksi di atas semangat ukhuwwah fillah yang utuh lagi intim . Jangan pula kita seronok melihat jamaah retak dan hubungan kita rosak . Mungkin banyak perkara terpaksa kita korbankan khasnya perasaan kita agar jamaah dan ukhuwwah kita kembali pulih malah lebih baik dari sebelumnya . Ianya tidak mustahil dan kita boleh melakukannya demi Islam .



27 comments:

Abu Zahid said...

Mudah-mudahan peringatan ustaz ini mendapat perhatian semua. Pelik.. tiba-tiba je ianya menyala semula. Memang ada yang sentiasa stanby ke untuk meniupnya..?

Akademi Pejuang said...

Syabas ust. Truskan ngn meredakan sgla mehnah perjuangan. Ubati dengn bijaksana. sgalnya ada hkmah. jdikn peluru trbaru TGA utk tangkis sgala ftnah msuh. kami dmsir sntiasa thabat dlm doakan perjuangan kita dtnah air. wsslm

Anonymous said...

Selagi ada golongan Abdullah Bin Ubai dalam PAS hancurlah jemaah Islam ini...... EGM satu pendekatan yang patut difikirkan...... Kuasa dan pangkat adalah amanah dari Allah... Bila sampai masanya.... Ia berhak keatasnya.......

Anonymous said...

Zaman TDM menjadi Perdana Menteri Malaysia, ramai yang mempamerkan sikap PM knows best. Ini termasuk mantan menteri kabinet, TSLLS. Dalam PAS pun demikian juga, ramai yang bersikap pimpinan know best.

Dalam Islam, keterbukaan pimpinan menerima pendapat orang biasa-biasa terserlah. Ini termasuk dalam membincangkan bagaimana hendak menghadapi perang Ahzab. Strategi Salman diterima. Bukan semua keputusan datang dari nabi Muhamad kecuali hal-hal yang berkaitan dengan wahyu dan sunah yang khusus kepada baginda. Demikian juga dalam kes biak-baik pokok kurma. Nabi Muhamad menyerahkan kepada penanam kurma untuk menetukan cara terbaik untuk biak-baik pokok kurma.

Sultan Muhamad Al Fatih sentiasa berbincang dengan pakar-pakar kejuruteraan selain daripada Sheikh Shamsuddin dalam pemerintahan baginda.

Soalannya sekarang, adakah pimpinan PAS sedang menuju ke arah autokratik? Adakah gaya kepimpinan autokratik sebahagian daripada sunah Nabi Muhamad? Adakah gaya kepimpinan autokratik ini satu wasilah untuk memudahkan penubuhan UG dan seterusnya membawa PAS kembali bersama UBN?

Anonymous said...

Saya ada satu kemusykilan. Apakah semata-mata kerana sesuatu itu datang dari TGNA atau dari PAS Kelantan, seluruh jemaah PAS dan sekutunya terpaksa akur mengikut? Kelas lainkah mereka ini dari sisi Islam berbanding dgn ahli-ahli jemaah dan sekutunya yg lain.

Dulu kata pihak lawanlah, medialah yg menangguk di air keruh. Sekarang ni???

Anonymous said...

Sapa yang membuat fitnah? Siapa harimau yang dikejutkan?

Kalau 'fitnah' yang dimaksudkan adalah untuk orang yang mahu TG Nik Aziz bangun, saya rasa tidak sesuai kerana pengakuan bersekongkol PAS dan UMNO diluar negara sudah dinyatakan sendiri oleh orang yang bermasalah.

Kenapa takut untuk EGM kalau dipihak yang benar? Jangan ingat bahawa penyokong PAS adalah penyokong Jumud yang walak tak tentu pasal.

Sebagaimana kami sedar bahawa UMNO itu mempermainkan, begitu juga kami tidak sedar kalau di permainkan oleh pemimpin yang pro UMNO.

Kami tidak mahu di permainkan lagi dengan golongan yang mengambil kesempatan dengan sokongan kami.

Sedar lah wahai pemimpin bahawa tanggung jawab dan amanah yang kami berikan bukan untuk di permainkan. Bukan untuk mencari untung dan mengkayakan diri. Kalau ada kepentingan diri, sila ketepi.

Pengiraan undi yang dibuat pada pemilihan itu hari pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa ada nya golongan yang cuba mempermainkan golongan kami.

Kami bersama TG Nik Aziz. Kerana beliau kami di dalam PAS. Andaikata beliau sudah tiada, PAS tiada apa lagi.

Pemimpin kalian semua harus hormat padanya dan jangan mempertikaikan kalau ianya benar. Kenapa dengan EGM? Ada yang takut mungkin?

ABE JO HIJA said...

kadang-kala kita terlatah dek krn sesuatu yg suram melanda jemaah..kita lupa hikmah yg besar ada disebaliknya yg hanya Allah swt sahaja yg tahu...jgn krn kecundang di BP salah menyalah antara satu dgn lain...perjuangan Islam masih jauh ..mgkin bkn dgn pilihanraya jalannya bagi menegakkan Islam tetapi...bagi kita Allah memberikan pelbagai jalan...oleh itu jgn pecahkan jemaah dek krn menjaga sesuatu yg lain...

Dr Azhar said...

Jaga mulut di dalam bercakap tentang pemimpin kita. TGNA merupakan mursyidul am PAS.Siapa kita nak halang beliau daripada mengemukakan pandangan?

Cuba tanya,berapa banyak tahajud kita,istikharah kita berbanding tgna? Beradablah sikit.

Benda ni masih belum tamat.Jangan cepat-cepat buat kesimpulan TGNA tak betul,diperalatkan oleh orang lain. TGNA sebagai pemimpin tertinggi PAS yang wajib diberikan wala oleh ahli telah mendengar banyak pandangan dan aduan daripada ahli bawahan.Beliau mengetahui perkara yang kita tidak tahu.

TGNA sedang memberitahu ada bahaya dalam PAS yang terdiri daripada pemimpin tertinggi PAS sendiri. Sejarah PAS sendiri membuktikan berapa ramai pemimpin tertinggi PAS bahkan di kalangan ulama sendri yang belot daripada perjuangan. Dato Asri Muda, Nakhaei Ahmad, kesemuanya membelot daripada perjuangan. Siapa mereka? Mereka adalah Presiden dan Timb Presiden PAS. Adakah sejarah tidak boleh berulang?Adakah mustahil Timb Presiden PAS sekarang untuk mengambil langkah yang sama? Inilah bahaya yang hendak dikhabarkan oleh TGNA.

Kita sebagai ahli seharusnya mendengar dan meneliti pandangan TGNA, bukannya melompat dan menuduh beliau bukan-bukan.Siapakah yang mengajar ahli PAS berlaku biadap kepada Mursyidul Am/Pemimpin Tertinggi mereka sendri. Sehinggakan membakul sampahkan semua pandangan beliau bila sahaja PANDANGAN BELIAU BERTENTANGAN DENGAN PANDANGAN HASAN ALI DAN ROSLAN SMS. Mulia sangat ke Hasan Ali dan Roslan SMS sehinggakan kita membuang pemimpin tertinggi kita sendiri yang berjuang bersama-sama kita berpuluh tahun semata-mata untuk membela Hasan Ali. Siapa Hasan Ali tu? Tidak lebih bekas Timb Pengarah INTAN/BTN/PTD yang tugas mereka membrainwash orang lain agar mennyokong UMNO di atas nama Perpaduan Melayu.

Kalau Hasan Ali boleh bagi pandangan di Media tanpa melalui mesyuarat, kenapa pula Mursyidul Am kita sendiri, kita halang daripada memberikan pandangan di media.Adakah Hasan ALi lebih tinggi kedudukan dalam PAS dari TGNA? Adakah sudah sampai tahap biadap begitu ahli PAS sekarang semata-mata untuk mempertahankan orang (Hasan Ali dan Roslan SMS) yang mereka sendiri pun tidak tahu asal-usulnya.

Begitu teruk kekeliruan dan kebiadapan ahli PAS sekarang, sehingga ada yang mengatakan bahawa Mursyidul Am tidak layak untuk membuat komen tentang perkara-perkara tertentu. Tinggalkan kepada Presiden. Harus diingat,kedudukan Mursyidul Am dalam parti lebih tinggi daripada Presiden.PAS mewujudkan jawatan mursyidul ama adalah untuk mengawal kuasa Presiden sekiranya presiden yang dilantik menyeleweng daripada tugasnya. Nah, sekarang ini TGNA telah menjalankan amanahnya sebagai seorang Mursyidul Am.Kenapa kita harus melenting?

Dengar dan patuh kepada arahan pimpinan tertinggi, kerana di situ ada keberkatan perjuangan.

Razak Ahmad said...

Pandangan saya, Mustafa Ali, Ust Nasa Mat Isa dan Hasan Ali harus mengikut jejak langkah Khalid Ibn Walid untuk melepaskan jawatan, apabila pemimpin tertinggi mengkehendaki demikian. Ini adalah penting untuk menjaga perpaduan Parti. Selagi mereka memegang jawatan, dan Pemimpin tertinggi Mursyidul Am mengkehendaki sebaliknya, perpaduan tidak akan berlaku.

Mursyidul Am adalah pemimpin tertinggi parti. Dalam sebuah negara, beliau merupakan khalifah. Dilantik secara Syura. Maka, keputusan beliau adalah akhir, muktamad dan terbaik.

Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi Perjuangan tetap terus walaupun tidak ada pemimpin yang tersebut.

Jangan lah berkeras untuk tidak mahu melepaskan jawatan. Mungkin kerana sudah selesa dan kenikmatan jawatan tersebut. Kerana perkara tersebut boleh memecah belahkan parti. Itu sahaja penyelesaian total kepada kemelut sekarang ini.

Taat dan patuh kepada arahan pemimpin tertinggi syarat kemenangan jamaah Islam.

Wallahu a'lam

Nasrudin said...

Assalamualaikum

Fitnah yang saya maksudkan ialah persengketaan , perbalahan sesama sendiri , caci maki , hina nista dan tanggapan buruk terhadap sahabat seperjuangan sekali datang dari siapa jua . Jangan nyalakan api fitnah itu

Mari kita damai , bersatu , berjuang dan teguh di bawah murabbi kita Tok Guru Hj NikAbd Aziz dan Tok Guru Hj. Abd Hadi

Mohd. Ikram said...

Peringatn yang baik daripda Ustaz.. so, kalau nak dikaitkan dengan orang yang terlibat dalam politik...

Pastikan anda semua fahami penulisan ustaz tak kira la parti apa pun..masalah pemimpin, orang bawah, please jaga kata-kata dan penulisan kita.. kita bukan tau sgt pun masalah dalaman. Nanti pi ulas benda tak betul, ikut hawa nafsu, habis semua..

Kemudia, saya harap ustaz tarik balik artikel yang tulis pasal kejadian gempa dan ayat quran tu.. wallahu'alam, mungkin ustaz boleh tunjuk ajar kat saya, tapi benda tu tak betul ustaz.. Kita cakap sesuatu yang Allah tak cakap, main congak2 mcm tu je...

wallahu'alam

mat kelate said...

pada saya ini perkara biasa.tok guru seorang manusia.jadi tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.termasuklah dalam isu ini.tok guru buleh jadi betul,buleh jadi silap.begitu juga us.nasa,mustapha ali,hasan ali,mereka juga manusia.mereka juga boleh jadi silap,buleh jadi betul.jadi janganlah terlalu membela sebelah pihak sehingga menghina pihak yang satu lagi.boleh jadi kedua2nya salah,ataupun mungkin kedua2nya betul.tambahan pula perselisihan ini hanyalah soal stategi,pendekatan dan teknikal,yang rasanya tidak susah untuk diselesaikan.papepun saya sayang dan sokong tok guru,dan saya juga tidak bermasalah dengan us.nasa,mustapha ali dan dr hassan.mungkin orang lain yang sentiasa rapat dengan tokoh2 ni lebih tahu cerita yang didalam kelambu,tapi bagi saya peminat biasa yang melihat dari luar ini begitulah yang saya nampak.

muslimat said...

tulisan ini sebenarnya menggusarkan....saya sangkakan sekadar bara sahaja, rupanya api yg dah mula menyala dan tak mustahil akan marak pula.

Kenapa sudah banyak fitnah memfitnah di kalangan kita ? kerana 'dunia' sudah mula bersarang dalam dada.Sesiapa yg dah mula ada cenderung pada dunia itulah yang menjadikan mereka lemah dalam hal akhirat mereka....maka fitnah tak lagi terasa besar dosa dan natijahnya.

sam1430 said...

Agak bercelaru keadaan kebelakangan ini.Saya tidak ingin mendefinasikan keadaan ini dgn 'antara pihak ini atau pihak itu',kerana pada saya PAS hanya satu.Apa yg berlaku sekarang hanyalah satu proses 'evolusi'. Pedulikan suara2 luar yg berterusan menyerang,krn mereka2 ini akan berusaha memecah-belahkan jemaah.Yg pentingnya janganlah kita terikut-ikut menari rentak mereka.Kembali pd al-Quran dan al-Hadith,krn disana telah ada penyelesaiannya.

Rizwan said...

Fitnah terhadap:

1. Dr.Mahathir dan keluarga

sejak dulu lagi PAS selalu lakukan fitnah terhadap hamba allah ni...

sekarang, mahu bicara "jgn nyalakan api fitnah" pulak??

Ustaz,
it is not easy being on the receiving end of your own medicine, right?

it will always give u a bitter taste in your mouth...

Rizwan said...

Razak Ahmad,

Mursyidul Am PAS itu adalah manusia biasa.

Beliau tidak maksum...

Anonymous said...

Tindakan berkehendak dengan UMNO dalam gelap itulah sebenarnya amalan syaitan........Hang sokong sama kah Tantawi?

Din Jugok said...

ustaz din, tolong dengar apa yang saya nak kata,

1. Cara menguruskan parti tahun 1982 dengan 2009 amat berbeza. ini adalah fakta. 2009 memerlukan kepantasan dan ketelusan. PAS tak boleh kata "kita ada cara tersendiri selesaikan masalah parti". statement ini langsung tak boleh pakai. Politik nowadays, it is all about perception. Parti yang mendapat persepsi yang baik, yang tu akan menang time pilihanraya.

2. jangan bazirkan masa untuk nak 'tarik' pengundi melayu,bukannya tak boleh. melayu, otaknya tertutup, tak macam cina.

3. jangan terkejut jika sedikit masa lagi, PAS dilihat lebih kepada parti 'berideologikan' melayu berbanding UMNO. saya cukup 'tak sedap hati' dengan 1Malaysia ni. Saya amat-amat pelik mengapa tidak ada walaupun seorang wakil bukan melayu dan bukan islam yang menduduki AJK PAS Pusat. jangn kempenlah "pas ini parti islam,bukan parti melayu". orang takkan percaya. action speaks louder than words.

4. PAS akan dilihat lebih 'islamik' jika berjaya menarik bukan islam menyokongnya. kalau setakat orang islam je....itu taraf jaguh kampung.

cukuplah dulu untuk pusingan pertama ni....jumpa lagi...Wassalam

czackPY said...

bro. tarbiyah penting tapi gerakerja juga penting. Sampai kini menanti lawatan ketua pemuda ke negeri2 Turun ke akar umbi

Burhanuddin Mat Desa said...

Asslkm, kita tidak tahu sejauhmana kebenaran pimpinan yang pro UMNO ini.. Tok Guru pun tak tahu.Beliau pun tak jelas , tapi bila ada orang komen mengenai kekalahan di Bagan Pinang (Dr Aziz Bari) mungkin beliau agak terganggu sedikit emosi beliau..jesteru dicadangkan EGM bagi membuktikan bahawa tidak ada pro UMNO dalam pimpinan PAS. Mengikut pemahaman saya isu kerajaan perpaduan sudah selesai... Isu di Selangor Dr Hassan pro UMNO sukar untuk difahami kerana isu arak adalah ketegasan Islam dalam memerangi arak tak kira sama di Selanhor atau di mana sahaja..yang haram(batil) kita mesti katakan batil. Tak nampak pun beliau pro UMNO Jadi persoalan pro UMNO ni sebenarnya tiada . Cuma ada sesetengah pihak yang suka melambungkan isu. Lambungan tersebut disambut oleh Tok Guru dengan cara anak jantan... moh kita EGM ... nak buktikan kepada rakyat bahaya tiada pro UMNO dalam PAS . Kalau betul pun wujudnya golongan ini ianya menjadi satu advandtage pada PAS atas keberaniannya dan kalau penyelesai melalui musyawarah dapat dapat membuktikan bahawa pimpinan PAS bersih daripada pro UMNO ianya menggambarkan betapa hebatnya PAS dapat menyelesaikan tanpa EGM, bukan sebagaimana golongan bermasalah lain yang memerlukan EGM bagi menyelesaikan masalah.

Nasrudin said...

Assalamualaikum

Kepada Din Jugok [ samalah nama kite :) ]

Saya tidak bercakap soal pengurusan dan pendekatan yang tidak saya nafikan perlu kepada perubahan dan komtemporaris tetapi

saya bercakap soal aqidah perjuangan dan prinsip - prinsip perjuangan yang bersifat fundamental .

Sebagai contoh kalau kita bercakap soal ikhlas , maka ikhlas tahun 1982 sama lah dgn ikhlas 2009 . Demian soal dasar dan prinsip perjuangan Islam yang lain .....

Contoh lain , fitnah dan perpecahan , tahun 1982 pun haram maka tahun 2009 fitnah dan perpecahan ummah masih haram hukumnya .

Nasrudin said...

tahun 2009 kita perlukan ketelusan , sebenarnya 1982 juga telus kerana ia prinsip seorang muslim dan pejuang Islam .

Anonymous said...

Salam

Saya sokong apa Ridwan katakan, sedar atau tidak, pimpianan PAS sendiri melakukan fitnah dengan fitnah pemimpin ubn, tohmahan tanpa bukti - sekadar penyedap ceramah. Walaupun mungkin benar (contoh:kes altantuya-Najib) namun jika tanpa bukti kukuh, ia adalah tidak lebih kepada fitnah. Tuduhan rasuah kepada pemimpin ubn juga tidak kemana walaupun pemimpin ubn lebih cenderung kepada rasuh, namun tanpa bukti kukuh - ia adalah fitnah.

Wahai pemimpin PAS, sila muhasabah diri. Jangan hanya mencari keburukan orang lain, sedangkan PAS masih belum mampu buktikan pemerintahan PAS lebih baik dari ubn. Soal Islamic, PAS sudah jauh kehadapan dari ubn, tp soal corak pemerintahan, PAS masih belum mampu meyakinkan rakyat keseluruhan.

Ustaz, jaga lidah ok?

Mohd, Mansoura, Egypt

Din Jugok said...

Ust. Din, tolong fahami apa yang saya nampak.saya adalah peminat Pas sejak sekian lama. sedih bukan sedikit dengan apa yang melanda Pas sekarang.Apa yang boleh saya kata adalah seperti berikut:-

1. Semua orang suka kemahuannya dituruti. orang lain pun suka juga kalau kemahuannya dituruti. Baik melayu atau bukan melayu, baik islam atau bukan islam, semuanya suka kalau kehendaknya dituruti. sifat tuhanjadi manusia suka kalau dia jadi pemimpin, dengan kita-kita sekali dia nak suruh turut dia. Menyedari hakikat ini, kalau ada bukan melayu hatta bukan islam tawarkan diri jadi pemimpin, peringkat pertama, kena terima. Inilah yang gagal dimengertikan oleh sebahagian pemimpin Pas. sebab itulah dalam Pas ada 2 golongan yang berfikrah islam. satu saya namakan puak berfikrah islam-melayu dan kedua islam-tulen. golongan yang pertama inilah yang tidak faham2 dalam konteks kerjasama dalam PR.bertitiktolak dari itulah terbitnya kerisauan tok guru. So...pada pandangan saya, golongan pertama tadi perlu dibersihkan. nok pakai sabun ke, clorox ke terpulang.....

2.Golongan pertama yang perlu dibersihkan itu,saya yakin ada yang berpegang kepada hadith " pemimpin itu dari kalangan Quraish". Yang ni saya bulat2 serah pada Ust. Din. Apa maksud hadith tu??

3. Saya juga yakin ada segelintir pemimpin Pas mnyertai perjuangan kerana "ada udang disebalik mee".Zaman nabi pun ada, inikan pula Pas.Tak gitu ustaz.Terutamanya yang 'baru-baru' ni?? belum teruji lagi mereka itu.

4. Adakah kurang imannya jika 'tidak sentuh' apa-apa tentang arak ni dalam konteks di selangor. Bukankah perlawanan boxing banyak round? mohamed ali biasanya ditumbuk dulu dipusingan awal, tapi pusingan akhir dia menang. jadi lagenda lagi.

banyak lagi kalu nok tulis......dekat pukul 7 pm. jumpa lagi...wassalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz.

Saya berminat apabila mula membaca tulisan-tulisan yang dihasilkan oleh ustaz. Mennampakkan keikhlasan sebenar dalam perjuangan Islam ini.

Perjuangan menegakkan Islan ini bukanlah boleh dicapai dalam sekelip mata. Rasulullah s.a.w berjuang memakan masa yang lama. Inikan kita.

Perjuangan Islam bukanlah semata-mata berpolitik. Jika tidak, akibahnya membawa kepada fitnah menfitnah antara satu sama lain. Siapa lah kita untuk mengata orang itu buat itu dan ini tanpa ada bukti di depan mata kita.
Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya membuat perkara sebegitu. Kita ni manusia. Banyak faktor luar yang mengganggu kita. Jgn terpedaya !

Perjuangan PAS sebelum ini dilihat lebih tersusun apabila ia bersendirian. Pendiriannya pada sesuatu isu lebih jelas dan tidak diragui. Tetapi, secara ikhlas sejak kebelakangan ini apabila ber'gabung', terdapat semacam sesuatu yang tidak kena apabila sesuatu isu timbul. Dari kalangan pimpinan pun mempunyai pandangan berbeza pada isu pokok. Fitnah menfitnah seolah-olah timbul. Yang mana dulu amat kurang berlaku. Sungguh menggusarkan.

Wallahua'lam Ustaz. Mohon dibetulkan jika tersilap.

Umar.

Mohd. Ikram said...

Hmm..mungkin kena ade satu anjakan paradigma..

Gerakan Islam sepatutnya berjaya memeparkan contoh teladan yang baik di kalangan masyarakat..

Malangnya segelintir persepsi masyarakat memandang gerakan Islam PAS sebagai sesuatu yang negatif...

wallahu'alam

AHMAD said...

Assalamualaikum.
(+-)1400 tahun lalu,Renung kembali SIRAH NABI SAW.Tatkala baginda wafat,berapa dirhamkah yang ditinggalkan untuk warisnya?
Harta pun tiada kecualilah zakat yang layak untuk diterima ummul mu'minin.mungkin jauh bunyinya untuk dibandingkan dengan BAGINDA SAW.
800 tahun lalum,Ingatkah kita pada NASIR SOLAHUDDIN AL AYYUBI tatkala beliau pergi menghadap ILAHI?hingga kain kafan pun dihadiahkan oleh WAZIR nya,begitu miskinnya seorang SULTAN EMPAYAR ISLAM.miskin beliau kerana sibuk berjuang di JALAN ALLAH DAN NABINYA.
Lihatlah pula pemimpin kita hari ini.UMNO?memang parah sangat dah.PAS?sama sama la kita pakat PK.kalau ada yang ikhlas pun hanya beberapa.
WALLAHU A'LAM

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive