HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, October 19, 2009

Kempen Jauhi Pergaulan Bebas & Zina


1 . Dewan Pemuda PAS Pusat dalam mesyuarat bulanannya [ Sabtu - 17 hb 10 2009 ] telah memutuskan satu Kempen besar - besaran akan diadakan ke seluruh negara bagi mengajak semua warga Malaysia tanpa mengira kaum , bangsa dan agama agar menjauhi pergaulan dan perlakuan seks bebas [ zina ] yang kini kian parah dan menyumbang kepada keruntuhan tamaddun manusia . [ klik di sini ]

2. Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat yang dipengerusikan oleh al Fadhil Ustaz Riduan Mohd Noor akan mengambil tanggungjawab ini untuk menyediakan " plan tindakan berkesan " bagi menjayakan kempen tersebut .

3. Insyaallah [ jika tiada apa - apa aral ] kempen ini akan bermula dengan Majlis Pelancarannya pada 14 hb 11 . 2009 [ sabtu ] jam 2.15 pm di Perkarangan [ lobby ] Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut .

4. Beberapa aktiviti dan gerakkerja akan dilakukan termasuk beberapa siri pertemuan dan penyerahan memorundum kepada kementerian dan pihak yang berkenaan bagi memastikan kempen ini benar - benar memberi kesan dan mendidik masyarakat termasuk pemimpin mereka .

5. Kerjasama erat dan sistematik juga akan diadakan dengan beberapa NGO yang aktif membenteras perlakuan sosial melampau malah mengundang kecelakaan moral dan kebejadan akhlak dikalangan masyarakat negara kita .

6. Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius perkara ini setelah mengamati keadaan sosial negara semakin teruk dan indeks pencemarannya semakin parah . Bukan sahaja melunturkan akhlak dan harga diri masyarakat tetapi juga membuatkan mereka hilang nilai kemanusiaan dan peradaban .

7. Tiada siapa mampu menafikan situasi yang dihadapi oleh negara hari ini menuju kemusnahan sosial dan moral tanpa kawal . Kelak dijangka pemimpin negara juga akan terdiri dari kalangan penagih arak dan kaki perempuan . Selain rasuah yang telah membarah , hari ini kita juga telah dapat menyaksikan sebahagian pemimpin negara turut terjebak dalam pengaruh keruntuhan akhlak , sosial dan maruah .

8. Ada pemimpin yang gemar mengunjungi kelab - kelab malam , bergaul bebas dengan perempuan murahan , kaki raba , penagih arak , mendedahkan aurat , rasuah dan 1001 maksiat serta mungkar yang dilakukan . Cuma mereka bijak menyimpan dan menyembunyikan sisa - sisa perlakuan mereka . Namun maklumat mengenai mereka ini tersimpan rapi dalam pemerhatian paparazzi dan pekerja - pekerja sosial yang terkadang terlanjur membocorkan rahsia mereka .

9. Jika pemimpin yang disanjung dan dijulang sejurus memenangi pilihanraya dengan gah dan bergaya terjebak dalam perlakuan yang jijik lagi hina ini , sedang masih terngiang - ngiang ucapan - ucapan mereka untuk membawa Malaysia tampil sebagai sebuah negara yang maju , sejahtera , bebas rasuah dan bersih dari lumpur yang bernoda ......maka , apalah yang boleh diharapkan sangat dari rakyat yang sedang dipimpin mereka . kerana tentunya cara hidup rakyat rata - ratanya akan didorong oleh cara hidup pemimpin mereka .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengharungi badai ini bagi mengambil peranan utama untuk menyelamatkan masyarakat kita dari terus terjebak dan dijebakkan dalam pengaruh mungkar dan maksiat ini . Semoga usaha ini akan mendapat sokongan padu dari semua pihak melewati kepentingan kaum , agama dan latar belakang ideologi politik justeru penyakit moral dan mungkar ini sedang melanda dengan kelajuan yang boleh meruntuhkan segala benteng kecuali iman yang benar dan kental .



Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive