Saya Tidak cabar Khalid
2. Apa yang saya nak betulkan di sini ialah saya tidak mencabar tetapi meminta agar Yb. Khalid Samad mengemukakan bukti terhadap kenyataan beliau bahawa mana - mana pimpinan yang berminat dengan UMNO boleh keluar dari Pakatan Rakyat .
3. Tidak perlu ada cabar mencabar antara kita . Tajuk akhbar itu jelas satu provokasi untuk mencetus sengketa . Apa yang jelasnya ialah saya meminta agar Yb. Khalid mengemukakan bukti atas kenyataannya .
4. Siapa pimpinan yang dimaksudkan itu dan apakah bukti yang ada sehingga mendorong beliau membuat kenyataan terbuka . Jika tidak disertakan bukti sebaliknya hanya membuat kenyataan umum begitu , maka ia menjadi serkap jarang yang akan melebarkan fitnah .
5. Insyaallah , saya sendiri akan mengambil masa untuk bertemu dengan Yb. Khalid Samad esok bagi mendengar sendiri dari pihak beliau . Kerana kita tidak mahu sebarang pertuduhan dilempar ke tengah melalui media . Semoga Allah swt menjernihkan parti ini .
22 comments:
"Saya Tidak Cabar Nik Aziz"
Saya meminta agar Yb. Nik Aziz mengemukakan bukti terhadap kenyataan beliau (EGM dan orang2 yg disebutakan dalam blognya).
Apakah bukti yang ada sehingga mendorong beliau membuat kenyataan didalam blognya . Jika tidak disertakan bukti sebaliknya hanya membuat kenyataan umum begitu , maka ia menjadi serkap jarang yang akan melebarkan fitnah.
Note: Kenaper Khalid jer.... Bukan Tok Guru........
Ini bukan perjuangan.... Tapi ini menegakkan benang yang basah......
Banyaknya link ke blog tuan nih
Assalammualaikum w.b.t,
Ustaz, peranan media massa umno tentulah menghangatkan berita dengan tajuk-tajuk kontroversi.
isi berita berkenaan meminta bukti kemudian di sensasikan sebagai mencabar diberikan bukti. hampir tak jauh beza tapi salah satunya lebih value utk tatapan umum.
apa yang saya agak perasan sejak kemenangan kita dalam pilihanraya 2008 lepas semacam timbul pelbagai perubahan sikap kalangan pimpinan atas. kita lupa agaknya menang itu satu amanah dan juga dugaan besar yang mahu menguji kemampuan kita meneruskan gerakan jamaah.
minta tolong Ustaz, tolong sampaikan pada beberapa pihak dalam jamaah pimpinan, kurangkan bercakap dan ceramah politik, tumpukan kepada usaha rapatkan ukhwah antara pimpinan.
dan satu lagi, tolong jenguk-jenguklah ahli penyokong di bawah yang telah lama berkorban untuk jamaah. Jangan bila sudah jadi YB dan pegang jawatan penting dalam kerajaan negeri kita lupa diri.
Salam Ukhwah:
Zamrul Ismail
...Salam
Mengapa ustaz mencari akhbar BN untuk meluahkan kenyatan sedemikian apakah sudah terputus hubungan telefon untuk memohon khalid memberi bukti yang maksudkan.
shamsul msg
ust..dr dulu lg enta tak bijak bila berdepan dgn media..selalu memberi bola tangguk..
Dilarang meletak sebarang komen di blog ini melainkan memuji diriku.... ulamak tersohor
Ini semua propaganda nak melaga-lagakan pemimpin.
Biasalah, akhbar tu kan milik mereka?
bro.tantawi
try tanye kat ahmad awang gak.
aritu masa muktamar
dia bersuara ada pimpinan yg
mcm berminat dgn join kerajaan dgn UMNO.
Kenapa, ustaz tak percaya ke memang ada pemimpin PAS yang berminat dengan UMNO? Ustaz rasa YB Khalid itu menipu?
Jadi kenyataan Ustaz Ahmad Awang semasa Muktamar dulu pun bohong lah ya?
jangan gila kat media...
Haritu Ustaz cabar Husam bertanding jawatan presiden...
ini dah cabar khalid pulak bagi bukti... orang tu cuma cakap kepada sesiapa... siapa yg pedas dialah yg makan cili... ustaz makan cili ke?
kerja ketua pemuda bukan stakat cabar orang saja dan bukan skadar siniskan orang saja... banyak kerja kena buat kat tgh padang nun... turunlah...
kalau nak buat kenduri jangan jamu orang dengan nasik mentah...
Ust Nasarudin dah menjadi semakin mengarut...!
SAbar jer lah ustaz, ustaz tak salahpun.
Dah memang tanggungjawab ustaz untuk tegur atau peringatkan sesama pimpinan untuk bercakap dengan berfakta dan bukan emosi.
Sesetengah penyokong Pas ni kalau pemimpin mereka kena komen, berjela-jela mereka tolong lawan.
Macam UMNO yang pantang bila ditegur dengan fakta dan dalil.
Biar jerlah mereka nak ungkit hal ustaz ahmad awang ker aper ker.
mentaliti PAS .......
Bergabung bersekedudukkan dengan DAP halal ... Dengan PKR halal dengan UMNO haram ??
Kenapa ?
Hari ini buat kenyataan macam ni besok menafikan kemudian buat tuduhan pula kata itu semua propaganda UMNO . Inikah pemimpin yang dikatakan maksum oleh PAS
tak bertanggungjawaplangsung . Harapkan serban ja yang besar pemikiran ....fikir2 sendiri la .
Bersekedudukan dengan CINA DAP ok plak ...bila baru nak bincang dengan UMNO dah sibuk nak buat EGM nakpecat orang tu nak pecat orang ni .Inikah PARTI yang patut di sokong ? Hamba bukan lah orang UMNO tapi hamba malu dengan perangai PAS yang cakap macam orang munafik perbuatan macam orang tak waras .
bila dah lama sangat dididik dgn budaya bengap umno ni, sampai dah ada internet ni pun org tak cerdik2 lagi. namanya UMNO memang dulu kini selamanya tidak pernah senang dengan perkembangan PAS
kelemahan ketara atau sengaja sebilangan pimpinan pas ialah tidak menjadikan syarak sebagai panduan. sebahagian menganggap syarak sebagai panduan apabila kita mendapat kuasa walhal syarak mestilah dipatuhi sejak hari pertama kita mengisytiharkan diri sebagai muslim. begitu juga dalam amal islami, mestilah semua gerakkerja, manhaj, strategi dsb berdasarkan syarak. lebih dari itu syarak mestilah dimanifestasikan dalam strategi, istilah arrosyid istimbat istrategi.
Tahaluf adalah harus, kesatuan sof islami adalah wajib, tetapi tergamak seorang pimpinan sanggup berpecah kononnya menjaga tahaluf.
Dalam kes muzakarah dengan umno, sanggupkah kita menafikan hak dakwah terhadap ahli umno hanya menjaga tahaluf atau memang kita yakin kemenangan pakatan bermakna kemenangan islam? atau memperkuatkan lagi politik ummah?
Dalam banyak hal, yb khalid banyak tersasar dari manhaj islami. tak perlulah dilayan. biarlah anjing menyalak, kafilah dakwah tetap meneruskan perjalanan.
salam wbt,ustaz.
sebaiknya tidak perlulah kita mengeluarkan kenyataan tentang masalah dalaman dan perselisihan pendapat peribadi dikalangan pimpinan. Khuatir akan menambah perpecahan dan kecelaruan di kalangan ahli biasa dan orang awam mad'u dakwah kita. khuatir juga tindakan kita ini akan menyebabkan generasi pelapis penyambung matarantai perjuang semakin sukar.
kami doakan ustaz diberikan kesihatan dan tawfiq oleh Allah dalam gerak laku ustaz, semoga cita-cita kita yang mahukan Islam tertegak di bumi Malaysia dan dunia Amnya akan tercapai. amin...
Ustaz nak tahu apa yang Hasan Ali dan Nasharuddin Isa cerita kat blogger UMNO: tengok http://mahaguru58.blogspot.com/2009/10/rahsia-kenapa-adun-dan-mp-pas-tak.html
Ana harap orang yang bersalah akan dihukum. Jangan sampai melindungi sebab rakan sendiri. Jangan tutup kesalahan dengan kesalahan yang lain.
Assalamualaikum
Pertama , jgn jadikan blog sebagai rujukan yang muktamad atau mutlak . Harus diselidi8ki sejauh mana benarnya berita yang dibawa .
Kini rakaman ucapan ust Nasa dan Dr. Hassan Ali berada di tangan Pengerusi Lajnah Disiplin parti . so tunggu siasatan mereka
Aslkm.. Saya saya pada YB Khalid bersemangat, rajin dan sentiasa beristiqomah. Saya raya sangat rugi kalau kalau kehilangan Dr Hasan, Ust Nasha, Cikgu Pa mereka ni cukup hebat dalam merencanakan strategi politik. Saya sokong penuh kalau tuan dapat besemuka dengan nama-nama besar ni untuk minta penjelasan..supaya yang "dikeruhkan" itu dapat dijernihkan. Semuga tidak ada di kalangan mereka ini yang berpaling setelah mendapat cahaya dari Allah SWT. Itulah peranan pemuda selaku anak..kalau adalah sedikit peselisihan... biasanya anaklah yang menjadi pendamainya.Pesanan terakhir sya buat tuan berhati-hati dengan media dan jangan cepat melatah dalam blog..kita tidak tahu siapa yang menulis dalam blog..mungkin si munafik yang sentiasa mencurahkan minyak pada api kemahan kita..wallahuaalam..
saudara nas,
saya pendokong pr...tetapi tidak berparti,saudara, saya mengenali susuk politik ialah ketika pemecatan saudara anwar..saya cuba memahami perjuangan pas selepas anwar d penjara melalui ucapan2 almarhum fadzil nor..taktala waktu kecil bapa saya slalu membawa jumaat ke masjid rusila..mendgr khutbah ucapan hj hadi mmg bes..bergegar dan berdegar..itu pengalaman saya dalam politik..
sejak 98,media liputan saya beralih kpd internet,laman reformasi,harakah, dan blog2..
saya melihat saudara dan saya bersangka baik, saudara ada kekuatan...kekuatan saudara bukan d tempat ketua pemuda pas...mungkin kat tempat lain..secara terang2..saya berharap saudara bole lepaskan jawatan ketua pemuda kpd sesape yg lain yg kena pd tempatny..tak adil keadaan skrg nie..pemuda pas d bwh saudara skrg cuma pandai mencabar,memorandum shj...
undurla saudara sblm rakyat mengundur hati ke bn pada election akan datang...
saya mendoakan agar pr dpt memerintah msia nanti
lawan tetap lawan!!
Post a Comment