HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, October 7, 2009

Tentera : Jangan Takut Undi PAS

1. Kebangkitan rakyat yang berlaku di sesebuah negara sebenarnya tidak meminggirkan peranan anggota tentera . Sebahagiannya anggota tenteralah yang memimpin kebangkitan tersebut .

2. Saya sebenarnya tidak bimbang sokongan anggota tentera kepada Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya tetapi malangnya kita dihambat oleh sistem undi pos yang terdedah kepada manipulasi pihak UMNO dan BN .

3. Begitu juga tekanan atau ugutan dari pegawai atasan kepada anggota tentera yang memaksa mereka mengundi UMNO dan BN seperti penggunaan borang 2 yang memuatkan data dan latar belakang pengundi tersebut . Sedang undi dalam sistem pilihanraya negara kita adalah rahsia . Apabila undi tersebut terdedah kepada pengetahuan pihak lain , ia mengganggu ketulusan dan ketelusan demokrasi .

4. Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan bahawa anggota tentera sewajarnya berada di hadapan bersama kebangkitan rakyat menuntut perubahan khasnya menentang rasuah . Inilah antara yang berlaku di negara - negara lain seperti Thailand yang akhirnya berjaya menuntut perubahan total dan meruntuhkan kerajaan rasuah .

5. Tiada apa sebenarnya yang perlu dibimbangi jauh sekali ditakuti oleh anggota tentera sesuai dengan semangat wira mereka sebagai anggota tentera yang sasa dan berani . Apatah lagi hanya sekadar untuk mengundi dan memberi sokongan kepada PAS atau Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang meskipun undi itu diketahui .

6. Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana - mana anggota tentera yang diambil tindakan semata - mata kerana ia mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak .

7. Selamat mengundi dengan penuh tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih , berwibawa dan jauh dari krisis integriti .

8. Ingat pesan al Mursyidul Am PAS , jangan sesiapa takut untuk mengundi PAS . Sayugianya demokrasi negara telah matang dan demikian juga para pengundi . Undilah dengan wajar dan waras berasas ilmu dan kepentingan masa depan negara . Bukan mengundi kerana diugut atau dibayar tetapi dengan kesedaran dan kefahaman .

9. Namun begitu , bagi memastikan perjalanan undian pos berjalan dengan baik dan selamat , Dewan Pemuda PAS akan senantiasa mengekori perkembangannya dalam jarak sejengkal dibelakang dan mendahului kawalan dan pengawasan sejengkal di hadapan agar tiada sebarang penyelewengan .

10. Kami tidak akan teragak - agak untuk mengambil tindakan undang - undang ke atas mana - mana individu yang dikesan melakukan penyelewengan atau penipuan ke atas undi pos sekalipun melibatkan pegawai - pegawai tertentu dari kalangan pemerintah anggota tentera . Harapan kita , tiada sebarang penyelewengan insyaallah .

9 comments:

jeebond said...

Macam mana tentera nak mengundi Pas kalau awal2 lagi kita dah tahu yang mereka ini hanya akan diwakilkan undian mereka kepada pegawai2 yang akan menyeleweng kertas undi mereka. Sebahagian kecil sahaja daripada tentera ini yang pernah melihat rupa sebenar kertas undi tuh..

Tidak ada cara lain untuk mengubah keadaan ini kecuali PR mesti lakukan sesuatu yang drastik untuk mengambilalih pemerintahan negara dalam PRU13 nanti. Istiqamah dengan PR sahaja. Jangan tergoda dengan hasutan dan janji manis UBN.

Anonymous said...

Macam mana hari ni Menteri Pertahanan berada dalam kem Tentera buat jamuan Hari Raya dan dia pula diiringi beberapa jeneral sebagai kain berselindung.
Ini tak adil. Mari kita gempur mereka.

Anonymous said...

Salam alaik,

baru sahaja menerima sms drpd seorang sahabat yg mana isi sms tersebut bersignaturekan ustaz Nasarudin Tantawi.

"Ustaz' mengajak semua pemuda PAS utk turun ke BP N31 utk berjihad memandangkan keadaan di sana semakin kritikal setelah ramai ahli kita telah di pukul.

Adakah sms ini benar2 datangnya drpd Ketua DPPP seperti yg dimaksudkan ?

Anonymous said...

ape pun, tahniah kpd dppp yg berusaha sedaya upaya dalam menangani masalah ini, pada pendapat saya ini merupakan usaha yang paling serius yg pernah dibuat oleh dppp dlm isu undi Pos. bak kata ketua dppp "kita kini sejengkal di depan & sejengkal di belakang"

PACA TEGAR

Anak PangLima Pencen said...

Kami tentera tidak Bodoh, Pekak, Bangang, Penzina, Pemabok malah jauh sekali jadi Perasuah.
Tengok lah nanti keputusan untuk Pos dari kami.Itupun kalau ia berseh dan tulus.
Kami menyertai Muslim dan Muslimat sejati, mencari keredaan Ilahi.
Inginkan kehidupan yang diberkati.
Ingin mati dengan Iman didalam diri.
Semoga Ilahi memberi rahmat untuk semua raayat Dinegara yang kita cintai.
Takbir.

Anonymous said...

salam...ustaz saya ingin mohon penjelasan berkenaan dengan apa perbezaan janji semasa pilihanraya yang dibuat PAS dan UMNO..adakah janji2 utk melakukan perubahan pada tempat yang dimenangi dikira sebagai rasuah..bukankah itu satu janji utk satu kemenangan...mohon penjelasan..cthnya:DSAI menyatakan jika PR menang maka ada pelabur2 luar akan melabur di Malaysia dan pelbagai lg janji2 yg diberikan..apakah perbezaanya..mengapa itu tidak dikatakan Rasuah..harap ustaz dapat postkan artikel bg menjwb isu ini..sekian

abumam said...

masih ada yg risau tentang ditandakan no siri kertas undi pada nama pengundi.mereka risau sementara tunggu pilihanraya lain,spr check sapa yang undi pembangkang.
boleh ke pembangkang usul satu cara yang betul2 selamat untuk rahsia pengundi.saya cadangkankan wakil kerajaan dan pembangkang initial pada kertas undi untuk tanda yg kertas undi itu adalah pemilik ic yg sah,jadi tak perlu tanda no siri pd list pengundi

abumam said...

masih ada yg risau sbb semasa ambil kertas undi,mereka tanda no siri pd sebelah nama list pengundi,jadi bukan rahsia lagi sbb mrk tak percaya pd spr lagi.boleh ke pembangkang usul cara yg betul confident pd pengundi,saya cadangkan wakil pembangkang dan kerajaan initial sahaja pd kertas undi yg telah pasti pemilik ic yg mengundi,tanpa rekod no siri pada list pengundi.

konpius said...

Salam ustaz...
Ustaz yang pandai berkata2, ustaz yang bijak dalam menyusun ayat. sepanjang saya melayari blog ustaz ni, saya tengok ustaz tak pernah menjawab pelbagai solan yang diberikan oleh pengunjung yang memberi komen pada ruangan ini.... kenapa tidak digunakan kebijaksanaan bertutur untuk menjawab kembali segal pertanyaan, hujan yang dilontarkan...samaada ustaz tak sempat ataupun apa yang orang katakan itu terkena hidung sendiri tu saya tak pasti. tapi saya mohon bila ada soalan sila jawab bagi mengembalikan maruah yang sering disebut2 oleh ustaz yang mulia ini. salam.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive