HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, November 7, 2009

Berakhirnya Sebuah Kemelut

1. Hari ini antara hari - hari bahagia dalam sejarah hidup saya semenjak saya mewaqafkan diri buat perjuangan Islam bersama Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

2. Sungguh bahagia dan cukup gembira menyaksikan komitmen seluruh perwakilan bersama pimpinan parti untuk menamatkan segala konflik dan persengketaan demi memperkasakan parti dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat .

3. Berlabuhnya tirai Seminar Pemerkasaan Parti yang berlangsung di Taman Melewar pada hari ini bermakna tamatlah sebuah kemelut yang agak panjang melanda parti . Insyaallah , selepas ini PAS akan mengorak langkah dengan gagah bersama gandingan mantap saff pimpinan yang telah bersetuju untuk menjadikan seminar ini penamat kepada segala konflik yang melanda parti .

4. Apa pun syabas saya ucapkan kepada al Fadhil Prof Dr. Abd Aziz Bari dan Dr. Abu Hassan Hasbullah [ Dr. Google ] , dua tetamu yang diundang untuk melontarkan idea mereka . Biar pun pedas dan keras , ianya diterima dengan penuh lapang dada dan sikap terbuka . Alhamdulillah , saya sendiri menerima teguran yang cukup pedas bukan sahaja dari pembentang [ Dr. Abu Hassan Hasbullah ] tetapi juga dari rakan - rakan , antaranya dari sahabat saya Dr. Rosli Alani Exco DPPN Kelantan .

5. Saya sebenarnya sangat terbuka malah gemar di kritik jika kritikan itu membina berbanding orang memuji justeru pujian itu melekakan saya . Adapun bidasan saya terhadap Dr Aziz Bari bukan bermakna saya tidak menerima kritikan beliau .

6. Dr Abdul Aziz Bari telah mengkritik PAS dan pimpinan tertingginya secara konsisten melalui Sinar Harian dalam beberapa artikel [ 5 artikel ] beliau yang keras . Saya tidak respon sebaliknya tekun membaca baris demi baris untuk memahami dan meneliti apakah sebenarnya yang mahu diserlahkan oleh beliau . Sementara PAS membuka ruang dan memberi peluang kepada beliau untuk memberi pandangan dalam Seminar yang dianjurkan .

7. Malangnya , dalam tempoh beberapa jam sahaja sebelum seminar politik PAS berlangsung , kelihatan Dr Aziz tidak sabar dan masih menggunakan ruang di media untuk menghentam pimpinan PAS sehingga membuatkan saya hilang kepercayaan kepada beliau , apakah beliau ikhlas mengkritik atau ada sesuatu yang ingin beliau capai dengan mencipta kemelut ini .

8. Saya beritahu kepada Dr Abdul Aziz Bari tengahari tadi , sebagaimana beliau menuduh Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Pro UMNO tanpa sebarang bukti , maka saya pula menuduh Dr Abdul Aziz Bari sebagai Agent UMNO dan sememangnya saya tidak mempunyai apa - apa bukti . Dr Abdul Aziz hanya ketawa kecil mendengar penjelasan saya . Sebenarnya saya juga tidak bermaksud mahu melempar tuduhan sedemikian kepada beliau , tetapi sekadar memberi isyarat kepada beliau agar beliau tidak lagi menuduh pimpinan PAS sebagai pro UMNO .

9. Seperti mana marahnya sahabat saya Dr Rosli Alani [ Exco DPPNK ] kerana saya menuduh Dr Aziz Bari sebagai Agent UMNO , begitulah jua marahnya saya dan seluruh ahli PAS kepada Dr Abdul Aziz Bari kerana menuduh Tuan Guru Presiden PAS sebagai Pro UMNO .

10. Alhamdulillah , segalanya telah saya settle dengan Dr Abdul Aziz Bari dan insyaallah pada hari rabu ini , harian DPPP akan mengunjungi Prof Dr Agus dan saya sedang mengusahakan satu tarikh dari Dr Abdul Aziz bari untuk satu sessi diskusi tertutup antara harian DPPP dengan beliau . Begitu juga Dr Abu Hassan Hasbullah . Dewan Pemuda PAS [ DPPP ] akan terus mencari ruang dan bertemu dengan pelbagai pihak yang boleh memberi in put kepada pemuda untuk terus memacu perjuangan ini .

36 comments:

ahmadfadhli said...

guano ust din pakai serban hitam hari ni? yaumul fath ke?

Qutuz's Legacy said...

1- Semoga kemelut ini membuahkan khazanah yg bernilai. Perbezaan pendapat memang perlu.

2- Kagum dgn sikap keterbukaan Ust.Nasruddin, smoge jatidiri spt ini menjadi contoh kpd kami.

Mamat Drebar said...

Tahniah Ustaz, Tuan bersikap pejuang sejati dan tidak spt blogger2 biadap. semoga Allah merahmati dan memberkati perjuangan mu. amin!

Islam Itu Indah said...

Alhamdulillah. Terima kasih atas penjelasan ini.

Baru tadi saya bertemu dengan salah seorang murabbi PAS yang akrab dan sangat mengenali kedua-dua Tuan Guru yakni Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi. Beliau menyatakan, sepanjang mengenali dua Tuan Guru tersebut, kedua-dua mereka banyak persamaan dari sudut pandangan dan pendirian. Namun pihak musuh yang sedang terdesak sekarang begitu memanfaatkan strategi memisahkan antara dua pimpinan utama ini. Sekurang-kurangnya mahu dilihat berpecah pada pandangan umum.

Harapnya selepas ini, orang ramai bersikap lebih berhati-hati dalam menerima khabar dan membuat penilaian.

Hati orang yang beriman dan benar-benar takut kepada Allah sudah tentu tidak akan mudah membuat kesimpulan berdasarkan khabar-khabar yang tidak dapat dipastikan sumber dan kesahihannya. Apatah lagi jika kita sendiri tidak mengenali hati budi pemimpin kita.

Tajdid semula asas ukhuwwah yang dititip lewat usrah-usrah yakni taaruf, tafaahum dan takaaful. Tak kenal maka tak cinta.

cicitHJHASSANu said...

salam alaik ya ustaz....

alhamdulillah syukur seminar telah berakhir dengan sukses tanpa sebarang tindakan emosi keterlaluan...

inilah cermin sebenar sikap Pas yang sering dicemburui parti kawan dan lawan ..bukan sombong tapi memegang amanah yang agung sebagai pejuang Islam yang bertanggungjawab...

segala kritikan pedas atau maut kepada pimpinan akan menambah semangat untuk melakukan yang terbaik sebagai hamba Allah..jangan dibiarkan masalah berlalu begitu saja tanpa memberi penjelasan yang bernas dan berintegriti..

selamat meneruskan kerja-kerja Islam..

cuma saya kurang setuju percanggahan ini akan tamat dengan selesainya seminar ini,tapi sekurang-kurangnya ia berjaya merungkai sedikit sebanyak kekusutan lalu...
ia perlu digilap supaya terlerai terus..barakallahu fik

wallahua'lam.

ANAFAKIR said...

Salam tuan..dah saya bagitau jangan gelojoh.Dengar dulu apa yang bakal dibicarakan...a
walaupun Dr Aziz Bari seperti tidak sabar2 untuk membentangkan kertas kerjanya dengan meneruskan rentak kontranya kepada pimpinan PAS, belaiu juga bermain politik sebenarnya.Ini tidak, tuan awal2 lagi memukul Dr Aziz dengan kecaman dan tuduhan, ada su'ul zhan terhadap beliau, kalau macam tu tuan lebih kurang sama je dengan beliau, malahan tuan lebih teruk sebab tuan tahu agama...sekarang seolah-olah menerima apa yang dikritik oleh Dr Aziz.Sepatutnya berlapang dada dengan kritik luar.Merek mengkritik bermakna mereka sayangkan PAS.Kalau tidak mereka tidak pedulipun.Orang terpelajar dan ahli akademik jarang bersifat cemburu untuk menentang niat baik.Prof.Aziz Bari ahli akademik, pensyarah, dalam lain perkataan beliau juga seorang guru, mempunyai ramai pelajarnya yang bertaraf ijazah takkanlah dia mempunyai niat buruk dengan segala kritikan yang dilontarkan.Mungkin lontaran kritikannya itu umpama mencurah air ke muka orang yang sedang tidur nyenyak yang amat sangat.Telah berkali-kali dikejut, tidak juga jaga maka curahan air ke muka jalan terbaik..sekarang pimpinan PAS telah tersedar dari mimpi, dari lamunan, dari khayalan..perlu bangkit dan teruskan amanah yang terpikul.TGNA bukan suka-suka menegur tetapi untuk mengejutkan pimpinan PAS dari tidur kerana senario 2008 telah berubah,pimpinan PAs perlu berubah cara dan sikap.Mereka perlu peka dan sensitif kepada isu-isu semasa walupun nampak kecil tetapi perlu diambil perhatian segera andai ingin menjadi alternatif kepada rakyat sebagai tempat bergantung selain dari UBN.Pemuda PAs perlu lebih pro-aktif mendekati orang-orang seperti Dr Ziza Bari, Dr Hassan Hasbullah dan sesiapa juga yang memberi teguran terbuka serta ikhlas.Mereka bukan kalangan pimpinan PAS maka teguran melalui media adan jalan mudah untuk didengari...Pemuda perlu peka dan terus mencari peluang untuk mendekati golongan profesional kerana mereka 'memandang' PAS dari sudut yang berbeza justeru pasti ada banyak kebaikan yang diperolehi untuk meneruskan misi dan visi PAS dalam PRU13 akan datang.Pemuda PAS perlu membuka peluang untuk dikritik, dari situ kita dapat belajar.Memimpin dengan mengurus kepemimpinan ada perbezaan..yang bijaksana mampu mencungkil kebaikan di antara 2 keburukan...fikir2kanlah.Seadanya.

Anonymous said...

Salam ustaz, rasa macam kurang profesional la kalau ustaz kata ustaz tuduh dr aziz ejen umno sebab dr aziz tuduh Presiden pro umno.....tit for tat ke?

Aisey, ini macam ke?

mat kelate said...

mcm ni la kp.ade mase hentam ade mase ok.taklah hentam kromo .yg maner baik korek habis yg maner tak elok sendiri mahu ingat laaaaaaa

sketsa sebuah perjuangan said...

AlhamduliLlah.

Buang mana yang keruh, dan ambil mana yang jernih. Semoga ALlah memberkati..

Mohd. Ikram said...

Alhamdulillah, teruskan ustaz, jadikan contoh pemikiran yang matang kepada ahli2 PAS yang lain..

wallahu'alam

Anonymous said...

Salam Ustaz ,

Kami semua sayangkan PAS,Oleh itu ambillah kritikan dan pandangan orang lain sebagai mencambahkan lagi idea bagi memperkasakan PAS.

Pas perlu tegas kepada ahli2 yang menikam dari belakang jika tidak bagaimana orang luar hendak menghormati perjuangan kita.

Pantas terhadap tindakan,kreatif terhadap perancangan.orang muda pasti bersama PAS...
Khalid Mersing,Johor.

Ibnul Munzir said...

Saya berdebar dengan 'pukulan' Ust kepada Dr. Aziz pada pagi sebelum berlangsungnya seminar tu. Namun politik macam ni perlu selalu dipraktikkan.

Bila kita melenting kerana ada asbab, kemudian kita boleh reda serta merta bila asbab itu dibuang atau dijelaskan, ertinya ia adalah suatu kebijaksanaan. ini perlu bagi menutup ruang untuk pengikut bersikap sambil lewa dengan arahan dan pimpinannya dan sentiasa peka dengan peristiwa yang berlaku di sekelilingnya.

Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan contoh dengan menzahirkan amarah bila sahabatnya melanggar larangan Allah walaupun kecil hingga berubah air muka baginda.

Mohd Azlan said...

salam.....
bagi kita, kita terima pandangan ini bukan sekadar dengan hati terbuka malah,langkah kita turut dibuka untuk mengorak langkah yang lebih jauh...
pas sebagai jamaah islam pasti diuji Allah datangnya dari semua sudut.
blh jadi ahlinya sendiri blh disasarkan dan dibolak-balikkan hatinya oleh Allah lalu menjadi musuh didalam selimut.
wajar bagi PAS adakan TAMRIN kepada pimpinan pas malah YB2 jga kerana sejak akhir2 ini segelintir mereka mula tinggalkan kepayahan dan ingin berada dalam zon perjuangan yang selesa.
bagi mereka, harta adalah penting, populariti dalah penting, karisma amat bermakna....tak mahu hidup dikongkongi perasaan tawadhu.
PAS adalah JAMAAH ISLAM YANG WAJIB DIPELIHARA KEASLIAN TARBIYYAHNYA

hbo said...

Salam ustaz,
org kalau nak tegur tu maksudnya dia sayangkan pas, spy pas terutama pemuda tidak terus lena.

saya lihat pendekatan ustaz agak tak kena dimana tindakan kita perlulah berhikmah. tuduhan prof aziz bari ada asasnya manakala tuduhan ustaz agak janggal.mmg kalau dilihat tdk ada bukti mengatakan siapa yg betul, ttp tindakan kita janganla sampai menampakkan kebodohan kita.

ustaz, saya amat berharap agar kita tidak menumpukan sangat hal2 spt konsert, judi, arak kerana untuk membuang perkara itu kita perlu bertindak scr berhikmah.tarik anak muda spy dekati islam, bukan mencemuh mereka w/pun mrk silap.jgn terlalu terburu2 kerana kita akan dilihat sbg extremis oleh bukan islam.ini tidaklah bermakna saya menghalalkan yg haram dan sebaliknya, ttp pendekatan pemuda pas perlu lbh luas. dekati rakyat bawahan scr berhikmah.

contohilah dato lee lam tai dlm membantu rakyat bawahan. kita bukan sahaja perlu cerdik malah perlu dilihat cerdik dalam tindakan.

adakan aktiviti2 yg dapat mengeratkan kaum muda kepada kita,dan tegurlah scr berhikmah.saya lihat pemuda pas kurang memainkan peranan tidak spt pada zaman mat sabu yg lantang menegakkan hak rakyat.

saya juga doakan agar tuan presiden kita sedar akan kelemahan beliau dan berubah untuk kemenangan pas dlm pru13 nanti.saya sangat kasihkan tuan presiden sptmana kasih anak pd bapanya, saya amt berharap haji hadi membuka mata luas2 slps ini dan bergerak seiring dgn segala isu semasa berkaitan rakyat.

akhir kata, saya memohon maaf andainya teguran saya menyakiti hati ustaz ttp kadangkala kita perlu nyatakan kebenaran walaupun ianya pahit spt hempedu.

yaumulkiamah said...

salam.

saya sayangkan PAS dan pemimpin-pemimpin PAS yang cerdik dan tegas.
Justeru jadilah pemimpin yang memimpin umat ustaz.
Kasihan TGNA..ustaz...lama sudah belaiu berjuang memagari PAS dari seranagn babi hutan...takkan lah kita nak buka pagar atau nak potong pagar ustaz.

khalif13 said...

Ustaz, saya tidak bimbang sedikitpun dengan istilah AGEN UMNO yang di keluarkan oleh PC ustaz tu.

Ia bagai memmulangkan buah keras atas emosi PRo-STRESSOR dan menilai Pas itu atas kehendak nafsu-nafsi dia sahaja.

Hasilnya keesokannya beliau seolah membakar semua tesisnya..... Ini saya dapati kerana semua itu hanya sampah yang dihimpun untuk dibakar untuk menarik perhatian jiran dan masyarakat.

Tidak seperti Dr Abu Hasan, presentasi beliau di senangi dan antara yang paling teruk mmepersoalkan kajian centrum beliau tidaklah sampai membuat penyataan Prof Abu Hassan mempersiakan ilmunya.

Pembacaanya saya terhadap kritikan Dr Abdul Aziz Bari, beliau kritik Pas kerana Pas tak ikut selera beliau... tak campur lagi macam-mana beliau terdesak meluahkan tak puas hati kerana Presiden itu mesti nampak popular seperti pemimpin dalam movie.

Came on lah Aziz Bari, popular tu boleh buatlah. Takkanlah nak TGHH beat populariti mursyidul Am yang beliau anggap sebagai murabbi beliau. TGHH tak lah gelojoh seperti itu.

khalif13 said...

Namun saya tetap ingin nasihatkan Ustaz Din kerana saya sayangkan beliau. Tidak salah jika akhi mengambil contoh terbaik diantara pemimpin-pemimpin lain dalam Pas mahupun di kalangan pakatan rakyat sehinggakan Anwar Ibrahim itu sekali.

Harus ingat, sekarang ini pemimpin yang kita bermasalah itu (jika bermasalah) adalah sahabat kita yang kita rapatkan balik ukhuwah sekarang ini.

Perkara yang sangat penting!!!Golongan muda dahagakan persepsi dan imej yang menyinar dari pemuda Pas.

Berikan apa yang mereka mahu selagi itu tidak melanggar syariat. Ustaz Din memberi, pasti mereka menghulurkan tangan.

Di mana Plan awal ustaz Din yang dahulu ustaz Din mahu amalkan dalam kepimpinan pemuda? Pastikan apa yang ustaz Din mahu perkenalkan itu dahulu, nampak kesinambungannya sekarang.

Student Prof Aziz@Ahli PAS said...

Assalamualaikum ustaz..
A-lillah,beginilah seharusnya karakter seorang pemimpin.

Saya hampir sahaja bersikap skeptik kepada Ustaz apbl Ustaz melontarkan 'bedalan'2 (baca:bedilan) keras terhadap Prof Aziz.

Namun bila Ustaz retract balik tuduhan ustaz,a-lillah,saya kembali yakin dengan ustaz.

Seorang pemimpin diharapkan tidak cepat melatah. Walau dalam apa keadaan sekalipun. Setiap kata dan tindakan seorang pemimpin amat mempengaruhi.

Saya tidak berhasrat untuk membandingkan ustaz dengan tokoh lain. Namun,ada baiknya andai kita belajar dari tokoh2 ideolog@negarawan dalam Pas yang sangat tenang namun berbisa seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan YB Salehuddin Ayub.

Wallahua'lam. Siir 'ala barakatillah. Ana bersama Ustaz.

syairah said...

yea ust...

lebih baik kita ni jenis suka ditegur berbanding suka dipuji..

syairah said...

lebaih baik suka ditegur berbanding suka dipuji

Nasrudin said...

Assalamualaikum

Terima kasih atas segala teguran . Saya ambil berat . Sebahagiannya saya tidak siarkan kerana bahasanya terlalu kesat dan agak kasar , pun begitu saya simpan dalam folder saya untuk ambil iktibar atas segalanya .

Sewaktu saya menegur Aziz Bari , saya sebenarnya tidak marahkan beliau atau benci . Sekadar respon untuk menyentak beliau agar dalam keghairahan beliau menghentam org lain , bagaimana kalau org hentam kita pula ?

Saya berdiam diri dgn tenang terhadap 6 artikelnya . Melainkan setelah serangan akhir yg beliau buat sebelum seminar mengutuk dan mencela presiden PAS sbg seorang ulama' .

Saya respon setelah tiada seorang pun membela presiden PAS termasuk ahli - ahli PAS dari tuduhan - tuduhan liar aziz bari .

Saya ambil sikap , jawab . itu pun hanya sekali dan hanya saya seorang membalas 6 artikel aziz bari dgn 1 artikel ... itupun saya dianggap melenting ,emosi dan lain lain

tetapi sewaktu aziz bari menyerang Presiden PAS dengan artikel artikel yang begitu banyak dan tak cukup menulis artikel beliau buat satu wawancara khas di malaysia kini , tiada pula org nak kata beliau melenting dan emosi .

Sebaliknya suruh kita dengar kritikkan dia [ baca cemuhan ].. berlapang dada .. persoalannya , kalau saya jawab artikel dia kenapa pula tak timbul mesti berlapang dada ? mana hak untuk bersuara .

Atau dah jadi macam Amerika .... sewaktu israel serang Palestine , semua senyap dan berkata itu hak mrk untuk mempertahankan diri tetapi bila palestine serang balas hanya dgn lastik dan batu , ooo palestine memberontak , ektrimis dan bla bla bla .... adus dunia sekarang

Anonymous said...

salam, jangan terleka dan teruskan rasa berhati2 terrhadap musuh sejati dan musuh dalam selimut.. insyaallah PAS berjaya

MFZ said...

jawapan yg baik dri ustaz...smoga Allah menjaga jemaah islam....

p/s:terdiam mereka lps ustaz membalas komentar..

mabruk2

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz ! nampak gaya PAS diserang kanan kiri atas bawah tengah dan `dalam`. moga semangat harungi dugaan ~

Anonymous said...

Melihat "serangan balas" Ustaz terhadap Prof Dr Abd Aziz Bari kami dapati Ustaz juga seorang yang "kaki melenting" Ustaz juga tidak cermat dalam menyampaikan pandangan. Ustaz mengatakan "seluruh ahli PAS" marah kepada Prof Dr Abd Aziz Bari. Apakah itu satu kebenaran? (lihat hasil Kajian yang di buat oleh Dr Abu Hassan) Kalau itu bukan satu kebenaran.... apakah namanya itu? bukankah itu satu pembohongan?

Ustaz seolah-olah mendabik dada dengan mengatakan Ustaz seorang yang " sentiasa terbuka " Malangnya "serangan " Ustaz itu kelihatan tiada keterbukaannya. Ustaz menyalahkan Prof Dr Aziz Bari menggunakan media umum, adakah serangan ustaz melalui media ini tidak bersifat umum?

Kami juga meneliti apa yang disuarakan oleh Prof Dr Aziz Bari dan kami mempunyai pendirian yang sama seperti Mursyidul Am dalam tulisan di blog beliau. "Saya boleh bersetuju dengan sebahagian tulisan Aziz Bari....." Mengapa berlaku perbezaan begini????

khalif13 said...

Saya menyokong comment balas ustaz Din.

Memang Aziz Bari tu ada lemak berlebihan dalam komen terkahir beliau di Msia Kini.

Ada statement yang berbau maklumat sebelah pihak.

Memang saya faham mengapa Ustaz Din menghentak suasana ini dengan istilah agen UMNO tersebut. Saya sendiri berasakan hentakan tersebut memang sangat perlu.

Kalau kita kata pihak pimpinan Pas kena terima teguran. Apa salahnya kita serahkan sahaja kepada kepakaran prof aziz untuk menerima hentakan ustaz Din.

Ustaz Din tak perlu terangkan kepada mereka, kerana jika ada yang ingin memahami..... sudah lama mereka faham tanpa perlukan penjelasan.

Wan Naza said...

ustaz,
berdasarkan kpd semua komen... inilah persepsi orang lain terhadap ustaz iaitu mudah melenting & kurang bijaksana dlama tindakbalas. mungkin bg ustaz nak ajar bagaimana rasanya sebagai menjdai orang yang dituduh...

Inilah yg dimaksudkan kena menerima persepsi & bukannya membalas balik tuduhan itu...
ustaz kan dekat dgn TGNA (kalau dikira organisasi berbanding rkayat marhain).. belajarla cara TGNA kendalikan suatu tuduhan itu.. beliau memamg dilihat membalas dgn kebijaksanaan..

Persoalan saya kepada ustaz kenapa persepsi masyarakat terhadap TGNA tidak dilihat sebagai seorang ektrimis walaupun beliau memakai serban hampir sepanjang masa dihadapan khalayak....????
sedangka ustaz pun tidak selalu memakai serban tapi dilihat sebagai ekstrimis ..???

nasihat saya... belajar & ubah cara bertindakbalas supaya persepsi masyarakat melihat bahawa ia berhikmah & bijaksana...

lihatla TGNA menjawab segala tuduhan terhadap beliau sendiri...
yang terbaru mengenai menantu beliau... jawapanya ringkas & menutup segala isu itu...

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... said...

Alhamdulillah....
Baru saya faham respon keras Ustaz terhadap Aziz Bari.Pada saya Ustaz bertindak bijak dan tepat pada masanya.Sebagai Ketua Pemuda, memang selayaknya ustaz bertindak mempertahankan presiden.Melihat pemikiran Aziz Bari sebelum seminar dan respon Aziz Bari lepas seminar, sebenarnya Aziz Bari ni seorang yang dah biasa disanjung, pemikiran masih dikuasai penjajah.Dia tak berusaha nak menguasai Ilmu politik Islam.Harap Ustaz dapat mendekatinya, berdakwah dengannya, memperbaiki persepsinya dan mengenali si Aziz Bari ni betul-betul.Kalau Aziz Bari ni musuh dalam selimut, selamatkan PAS cepat dari dia, tapi kalau dia orang berkedudukan yang jahil, semoga Ustaz dapat berdakwah kepadanya dengan bijaksana. Tahniah untuk Ustaz, teruskan tindakan yang bijaksana!

nuruddin said...

prof aziz bari tuh aper kita nak heran beliau org luar lebih kurang jer ngn UMNO bebas hentam kita...

tapi tak elok lah kalau kita pulak jadi macam dia...

aper yang dia kritik tuh mana yang positive kita serap tapi mana yang negetif kita perhatikan ajer... kalau ada betul kita kaji kalau tak berasas kita buang dalam tong sampah...

tapi aku bersyukur TGNA kasi bom kat PAS kalau tak pakat duk tidoq lena memasing.

sekarang nie pada pandangan aku UMNo sedang leading dari segi sokongan masalah besar nih

aku berharap sangat agar BN tumbang pada PRU 13 nanti...

kalau boleh biar lah org dari PAS yang jadi PM tak boleh nak harap si anwar tuh... sama jer perangai ngn najib...

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan...Tahniah syabas sekali lagi Ustaz..posting kali ini benar2 membuatkan saya begitu berbesar hati , bersyukur berada di dalam jemaah Pas ini , memiliki pemimpin dan shabat2 seperjuangan yang berjiwa besar selain drp bermisi dan bervisi besar dan hebat...
Sebagai salah seorang perwakilan daripada DMPN Johor saya juga sangat berpuashati dengan perjalanan, pembentangan, perbahasan ..semuanya sepanjang seminar berjalan..mari kita semua terus memperkasakan PAS..organisasinya, pentadbirannya..perlaksanaannya di semua peringkat..Selamat berjihad..

Unknown said...

aslm...teruskan apa yg sebaiknya yg ustaz mampu lakukan...tentang kritikan kpd ustaz...ambil yg bermanafaat & tinggalkan yg selebihnya...Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kemampuannya...Hanya Allah yg Mengetahui segala yg ada didalam hati seseorang...andai kita mencari redha manusia nescaya kita akan kecewa..sedangkan Rasulullah sendiri ada aje yg tidak setuju & kritik...teruskan mencari redha Allah insyaAllah kita akan mendapat pertolongan dariNya...tahniah dari ana kerana pemuda kelihatan cergas pada hari ini..

Anonymous said...

Hidup KP! Teruskan Perjuangan. Pandangan masing-masing adalah tetap pandangan yang valid, selagi mana tidak menyalahi Al Quran dan Sunnah secara qat'ie. InsyaAllah jika pandanga ini dipelihara dengan semangat dan ukhwah berjemaah, ia kana membuahkan hasil yang bermanfaat. Teruskan Ustazku!

Anonymous said...

Salam,
Moga lepas ni ustaz dan org2 pas tidak lagi sewenang2nya menuduh sdra muslim yg ikhlas menegur pas sebagai agent umno.

PAS patut jelas dgn agenda penegakkan syariah 100% dibawah payung khilafah. Tiada demokrasi dan tiada sebarang konsep dan sistem kufur dibenarkan berada didalam daulah islamiyah.

BALOKSEJATI

Abu Zahid said...

Patut Ustaz lebih keras lagi hemtam Aziz Bari tu. Bukan soal kita tak leh terima kritikan, tapi statement aziz bari dalam Mlyskini tu BUKAN kritikan, tapi cercaan dan penghinaan.. Kita jawab pun bukan krn tak leh di kritik, tapi kalau mereka boleh hina kita, ngapa kita tak leh jawab balik cercaan mereka. Bukan saja untuk mereka tahu sikap kita, tapi untuk semua rakyat di jelaskan bahawa kita ada maruah untuk di pertahankan daripada cercaan yang sangat melampau itu..

FZY said...

BALOKSEJATI penyokong Hizbut Tahrir ke?

Budak Shah Alam said...

Harapnya Ustaz, di dalam pertemuan tertutup itu nanti jangan ada yang rekod dan kemudian simpan untuk dijadikan senjata Pakcik VOI di Shah Alam tu sudah le :-)

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive