HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, November 21, 2009

Mukhayyam Tarbawi DPP Pusat

Senaman Tajarrud : Fokus kepada Ghayah dan Hadaf perjuangan serta membebaskan minda dari sebarang elemen yang boleh merombak ikatan ukhuwwah sesama EXCO DPP Pusat .

Senaman Isti'dad : Bersiap siaga mendepani cabaran dan serangan musuh guna membentengi perjuangan dari sebarang anasir yang merosakkannya.


Senaman Infiru : Terus mara meskipun bertongkat siku mengheret dada demi menggapai matlamat dan objektif perjuangan . Sukar , namun itulah sunnatullah yang menuntut pengorbanan dan kesungguhan .

Rapatkan Saff dan Mantapkan Ukhuwwah . Asas pengukuhan jamaah ialah sikap terbuka , bertolak ansur , saling memahami , berbaik sangka , mengelak spekulasi , lapang dada dan saling maaf bermaafan antara satu sama lain

Renjer : Menunjuk ajar kehidupan di hutan dan memanafaatkan khazanah hutan buat kebahagiaan manusia terutama saat berdepan dengan kesukaran . Interaksi yang sungguh hebat .


Biar setitis air , bumi gersang tetap diharungi demi membasahkannya dengan titisan dakwah dan tarbiyah . Nilainya seperti setitis air saat kepayahan di hutan belantara .

Melangkah gagah memikul amanah perjuangan . Terus mara ke puncak sambil memerhati waktu lantaran kewajipan lebih banyak dari masa yang ada .
Check Point Pertama : Hayatilah kehebatan Allah swt melalui pengamatan
tulus [ Basirah ] . Insaf betapa diri adalah insan kerdil yang tidak berhak mengabaikan tanggungjawab perjuangan sedang ia adalah perintah Allah swt .

Hazar : Waspada pada setiap langkah agar tidak tersadung lalu melambatkan tempo perjuangan . Namun terus melangkah biar sukar , terus berfikir biar getir dan terus berjuang biar dihalang .


Atasi halangan yang melintang walau bagaimana cara dan gaya , selama mana ia tidak bertentangan dengan syara' kerana matlamat tidaklah Menghalalkan cara . Kepantasan , kepintaran dan kekuatan adalah pakej yang diperlukan saat sebegini .


Tenang dan jangan gopoh dalam mencongak strategi dan bekerja dalam satu kolektif tanpa sebarang prejudis terhadap pandangan membina pihak luar . Pula janganlah kerana pengaruh pandangan dari luar kita menghambat dan merembat sahabat atau saudara seperjuangan kita sendiri . Awas !
Kesungguhan dan keikhlasan akan membekalkan kekuatan luar biasa dalam melaksanakan suatu tanggungjawab yang sukar . Tiada benteng yang tidak boleh diatasi asal sahaja Ikhlas , Tajarrud dan Juhud [ bersungguh - sungguh ] .
Permukaan yang licin memerlukan daya tumpu yang tinggi dan waspada . Salah langkah dan mengmabil perkiraan yang salah membuatkan kita gagal mempersadakan perjuangan . Peluang begini dinanti musuh luar dan dalam untuk "mencipta kemalangan" agar kita tewas dan mereka berlepas tangan kerana itu hanyalah sebuah tragedi atau kemalangan .
Hutan belantara menawarkan penawar dan racun . Bijaklah memilih untuk selamat dan selesa berinteraksi dengannya . Hanya yang berilmu mampu menilai antara penawar dan racun . lantaran itu , jangan sombong dan angkuh untuk menerima ilmu dari orang lain semata - mata kerana kita alim dan bijak .
Dakilah dari alif kemudian Ba' dan Ta' sehingga tamat hairaki jamaah . Usah gelojoh sebaliknya kawal disiplin diri dan akhlak berjamaah tanpa perlu mencantas . Ramaikan kawan dan sikitkan musuh ! . Pelihara jamaah bukan datangkan masaalah kepada jamaah .
Tafakkur : Mencongak masa depan perjuangan yang memerlukan sentuhan berbisa seorang pejuang . Meneliti pelan bertindak yang strategik serta menilai gambarajah besar hala tuju perjuangan suci ini . Namun apa yang pasti , perjuangan ini memerlukan gandingan mantap dari seluruh kepimpinan yang memegang amanah dan anggota yang setia .
Kami hadhir wahai ummah ! sebagai bahtera penyelamat yang membawa misi dan visi sebuah perjuangan agong . Mendaulatkan syariat dan memartabatkan Ummah . Kami sedia mengambil apa jua risiko perjuangan ini .
Halangan biarpun kecil jangan dipandang rendah . Tingkatkan kewaspadaan dan pelihara kemurnian perjuangan yang didokong justeru ia amanah yang wajib disandang . halangan kecil ini sering mengelirukan kita kerana sikap kita memandang remeh kepadanya . Hati - hati melangkah wahai pejuang !


Jangan ganggu perjuangan ini . Aku pasti senantiasa mengawasinya . Tiada takut pada jumlah musuh yang ramai . Justeru Islam menang dengan kebenaran yang diperjuangkan bukan dengan ramai orang yang menyokongnya . Menang kalah juga bukan dinilai melalui kekalahan nilai mata dalam game yang kita ambil tetapi melihat sejauh mana kita istiqamah dan thabat meneruskan cita - cita perjuangan .


13 comments:

sketsa sebuah perjuangan said...

Ni mukhayyam nie kat mana ustaz, gunung jerai atau bukit tuku? hehe..

Apapun, tahniah buat DPP kerana cari inisiatif sampingan buat program seumpama ini, sekali sekala kena turun jugak untuk beriadah, betul tak?

ustaz nampak cooolll sangat, hehe..

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum

Seronoknya..

Mn Salam said...

Salam,,
macam pernah pegi tempat ni,,
tapi xingat la Ustaz,,
kat mane ni??

Smoga mndapat kekuatan utk lebih berjuang~

pendamba syahadah said...

semoga syahid yang menjadi idaman terus utuh dijiwa kita semua..amin..tak sabar nak jupe para pejuang semua

kem aman said...

hati-hati ustaz..

nanti ade orang dengki kata DPPP buat latihan ekstrim ala al maunah.. tak pasal2 ISA.. maklumlah diaorang bukan biasa bab mukhayyam ni..

apa pun, tahniah....

Naseh Ulwan said...

wow...
subhanallah..
suke tgk pimpinan bersukan..
x tau kenapa..
btol,ust nmpk sgt cool n menarik..
huhu..

Anonymous said...

Salam...minta maaf sebab keluar tajuk n komen tak kena tempat.... tapi nak minta ustaz ulas mengenai kes http://www.malaysiakini.com/news/118128

Anonymous said...

salam perjuangan, seronok betul bersama2 dgn sahbt perjuangan beriadah.. Begitulah ukhuwwah atas perjuangan, ada kalanya mehnah dan tribulasi..

Sy mencadangkan agar Pemuda PAS lebih tertumpu mcm mne cara utk menarik minat generasi muda khususnya glgn yang bermasalah...

Mungkin adakah kem atau aktiviti yg bercorakkan santai..Mereka dilihat sekurangnya ada ikatan dengan PAS dan PAS akan mendapat sokongn daripada mereka...Wasalam, sekadar pandangn lemah

Ibnu Ali said...

Hmmm..

Ustaz Hasrizal Jamil ada sekali ke? Bukan ke dia AJK Dewan Pemuda Pusat ke?

narumi hayashida said...

salamun alaik ya ustaz!

mabruk alaikum, inilah yang dikatakan saf pimpinan pemuda tahan lasak, bukan setakat atas pentas, tetapi juga di dalam hutan belantara, semoga terus utuh dalam perjuangan, takbir!

Marwan Bukhari said...

wahh..best2..hehe

salam eid ust...
maaf atas salah silap..

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid said...

smg Allah kuat dan kekalkan ikatan aqidah ini..amin

Mohd Nazrin bin Mohd Yassin , Siti Hajar Abdullah said...

Salam Perjuangan kepada Ustaz,

Saya amat tertarik dengan penulisan dan saranan terutamanya perjuangan ekonomi umat Islam dan Bumiputra.

Ustaz mempunyai sifat perjuangan dan kepimpinan yang jelas. Di sini saya juga ingin mengajak Ustaz melihat perjuangan HPA, Produk Halal Tanggungjawab Bersama.

Sila lawati web saya utk mengetahui serta menyertai pelbagai aktiviti pembangunan ummah.

Terima kasih and jumpa lagi!
http://myhpafamily.blogspot.com/
Nazrin

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive