HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, November 16, 2009

PMRAM Terus dizalimi

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia
[ MSD ] Kaherah Mesir ..
TIDAK PROFESIONAL

Menggagalkan Program Pelajar
[ Pembacaan Hadis Bukhari ]

1. Program Pembacaan Hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 19 oktober 2009 lalu telah digagalkan oleh pihak MSD Kaherah . Pengarahnya ialah Prof Dr. Jamil Hashim .

2. Program julung kali dianjurkan oleh PMRAM itu dijangka berlangsung di Al Azhar Confrence Center [ ACC ] yang mampu menampung sekitar 700 orang peserta .

3. Antara ulama' yang diundang bagi menyampaikan ucapan ialah Al A'llaamah al Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al kattani , Syeikh Jamal Farouk , Syeikh Toha Dusuqi al Hubaisy , Syeikh Dr. Yusri Rushdi Saiyyid al Hasani , Syaikh Ahmad Hajain , Syeikh Dr. Da'ad Jawish , Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober , Syeikh Usamah Mahmud al Azhari dan paling istemewa ialah al A'llamah Syeikh Dr. Ali Jumuah Mufti Mesir .

4. Pengarah MSD Kaherah telah menghantar surat rasmi kepada Syeikhul Al Azhar Dr. Sayyid Tantawi meminta agar pihak al Azhar membatalkan program tersebut di saat - saat akhir . Apa yang paling malang , alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah Agent Parti Pembangkang Malaysia .

5. Saya melihat ini sebagai taktik usang pihak MSD untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan .

6. Saya juga melihat MSD mempunyai agenda tertentu sekaligus berniat jahat terhadap PMRAM dengan tindakan mereka mengganggu urusan dan aktiviti mahasiswa . Apa hak mereka untuk mengganggu aktiviti PMRAM sedang PMRAM adalah sebuah badan kebajikan yang sah malah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir . PMRAM juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pihak kerajaan Mesir , pengurusan universiti al Azhar dan pihak keamanan Mesir .

7. Tiada alasan yang munasabah mengapa MSD mesti bertindak untuk membatalkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari yang kelak akan berakhir dengan anugerah Ijazah Sanad Hadis oleh Mufti Mesir asy Syeikh Dr. Ali Jumuah sebagaimana yang telah dijadualkan .

8. Tindakan kurang ajar dan di luar bidang kuasa mereka itu menyebabkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari ini terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5 Dewan Rumah negeri Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta sahaja . Peserta terpaksa menuntut ilmu di tangga dan kaki lima bangunan .

9. Sementara acara Majlis perasmian penutup program ini terpaksa di adakan di sebuah gelanggang bola keranjang oleh Mufti Mesir Dr. Ali Jumuah . Sebelumnya , program yang berlangsung selama 4 hari ini menyaksikan kesungguhan para ulama' sebagai tetamu undangan dan tenaga pembimbing . Ianya cukup berkesan di hati mahasiswa sementara rasa hormat mahasiswa kepada Pengarah MSD semakin luntur akibat tindakannya yang tidak profesional .

10. Mahasiswa al Azhar telah menubuhkan satu jawatankuasa khas DESAK untuk membantah tindakan MSD yang jelas tidak profesional dan menjatuhkan maruah MSD pada pandangan mahasiswa . DESAK juga menuntut agar MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM yang telah dicemarkan oleh mereka .

11. Sementara itu , kami Dewan Pemuda PAS Pusat selain menyokong jawatankuasa khas DESAK terhadap beberapa tuntutan mereka , turut mendesak supaya Pengarah MSD Kaherah Prof Dr. Jamil Hashim dipanggil balik dan ditukarkan kerana gagal memainkan peranan sebagai Pengarah MSD yang sepatutnya memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada mahasiswa bukan mengganggu dan menghalang mereka menuntut ilmu .

12. Paling ringan , Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya Prof Dr. Jamil Hashim di beri amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa .

13. Menuduh PMRAM sebagai Agent Parti Pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi mengganggu emosi mahasiswa yang menuntut di Mesir dengan penuh pengorbanan mencari sekalung ijazah . Mereka ke Mesir untuk menuntut ilmu bukan untuk MELIBATKAN DIRI DENGAN POLITIK KEPARTIAN dan ianya sesuai dengan dasar kerajaan agar pelajar tidak terlibat dengan politik kepartian apalagi di tuduh sebagi agent pembangkang .

14. Saya melihat perkara ini telah berlarutan sejak sekian lama . Sejak tahun 1991 PMRAM sering diganggu oleh MSD . PMRAM selalu dituduh sebagai agent pembangkang tanpa sebarang bukti . Persoalannya PMRAM agent Parti Pembangkang atau MSD menjadi alat UMNO dan BN ? . Mengutamakan pencapaian yang menjadi slogan kepimpinan baru kerajaan Dato' Seri Najib dituntut agar kerajaan segera bertindak menangani isu ini dengan bijak dan memberi keselesaan kepada mahasiswa untuk mereka menumpukan perhatian kepada ilmu .

15. Kepada seluruh warga PMRAM , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat menuntut ilmu di bumi Kinanah dan kelak pulang membawa ilmu guna membasmi kejahilan yang kini sedang membelenggu masyarakat negara kita .

17 comments:

Anonymous said...

salam perjuangan
mabruk buat Pemuda PAS..
kami di Mesir sentiasa menunggu keprihatinan dari tanah air berkaitan masalah yang menimpa di sini.
saya selaku peserta program Kutub Sittah ini memang berdukacita atas apa yang berlaku
Program yang kita hendak dengar Kalam Rasulullah langsung dari mashayeikh disekat dengan begitu jahat.
Sepucuk surat dari Pengarah MSD menghalang usaha murni ini berjalan lancar.
hendak tuduh kami pembangkang masalahnya peserta bersama kami pun ada yang berstatus umno
sesungguhnya kami tidak redha dengan usha jahat hendak hapuskan PMRAM
syabas dan teruskan bagitahu masyarakat usaha jahat yang hendak hapuskan kesinambungan ilmu Islam di tanah air.
di mana bekas pimpinan PMRAM yang berada dalam UMNO???
wsslmmm

md nuzul haqimi said...

assalamualaikum...
kami mahasiswa/wi selalu dihimpit tekanan yg dibuat oleh MSD bersama sekutunya nadi umno dan ismammubina..
kes yg paling meyinggungkan adalah kes kutub sittah, bkn setakat ini saja, mcm2 lagi tindakan luar kuasa MSD mesir...ana berharap, perkara ini blh disebar dan dijelaskan sebaik mungkin kpd masyarakat malysia..

Tarbus Merah said...

Ustaz,

Ana selaku mantan Setiausaha Agung PMRAM sentiasa mengambil berat tentang isu-isu mahasiswa kita di Mesir.

Semoga PMRAM dibantu.

Anonymous said...

assalamualaikum..ust din sihat erk??..terima kasih atas keprihatinan ust terhadap PMRAM..doakn kami thabat disini..moga Islam kembali mentadbir bumi kita yg tercinta..Ibarahim Dumyat..

Nasrullah Janbari said...

Isu lapuk dah Ust Din weh..lambat sgt enta posting hal ni. 1 lagi,org nampak (maaf bukan hanya PERSEPSI main-main)..Pemuda PAS kian kendur dan lemah..asyik-asyik keluarkan memo bantahan, debat, wacana, ayat-ayat..."kami membantah..".."Kami akan mempertahankan.."..sekadar ayat dan pengucapan namun PENGISIAN kosong..pe nak jadi ni Pemuda..kalu jadi la UG dulu,enta ni mungkin akan jadi Pengarah JAKIM atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri (jaga hal ehwal agama)..sebab you just know to talk only..no action..

Anonymous said...

buat Nasrullah Janbari;

salam perjuangan
anta kata isu lapuk
kiranya anta ni satu haluan dengan prof jamil lah
nak ttup isu ini dengan begitu sahaja..
ingat kami xde hati perut..
kami xkan lupa isu ini..
kami tetap ingat sampai akhirat
kami akan adu pada Rasulullah
kami akan adu pada Allah setiap masa
saya ingatkan anta..teruskan pertahan MSD dan umno
syabas anta nak menangkan batil dalam hal ni..
nak tanya anta terlibat sama ke dalam hal ni..
kalu trlibat sama malanglah pihak penganjur terima anta
pandai awk berbahasa dengan Ust din tapi dlm msa sama mencerca beliau..
anta ni ada hati perut tak
usah jadi kemuncut dlam perjuangan
wsslm...penyambung warisan perjuangan Nabi

ustazah said...

Assalamualaikum wbt..

Alfun Syukran us..kerana membangkitkan isu ini di MAlaysia.Ana yakin 'darah PMRAM' masih lagi mengalir di tubuh us.Kami di sini memerlukan sokongan insan2 yang' memahami' perjuangan untuk terus menyokong dan membela PMRAM.Mg Nusrah Allah sentiasa bersama jiwa-jiwa yang sayangkan perjuangan Islam.

p/s: Pd Nasrullah Janbari-Ini bukan isu lapuk.Perkara ini perlu dibangkitkan untuk memberi kesedaran pada kerajaan dan meyedarkan insan2 yang terlena.Ini juga melibatkan soal hak dan kebenaran.Pengisian yg cuba dibawa oleh PAS terlalu banyak.Cuba nilai dengan mata hati..Bantahan/memo yg dibuat dsbbkan suara2 PAs tidak didengar dan hak yang sebenarnya tidak diberikan..maaf..saudara boleh terus mengkaji kebenaran.
sekian..

Hassan Nasrullah said...

salam perjuangan salam perubahan.

Terdapat beza yg sungguh ketara antara mukmin dan muslim.sesungguhnya MUKMIN akan membangunkan dan mengubah bangsanya untuk menuju kepada Allah, tetapi muslim tidak semestinya mukmin, Pemimpin Hizbullah berjasa memerangi musuh Allah di Lebanon,yahudi laknatullah tetapi sang Janbari tidak ubah seperti apa yg diperangi pejuang agama Allah diserata muka bumi.

Saya percaya anda melayu(muslim),tetapi bolehla disama erti spt kemuncup di spnjg jalan dakwah.baling batu sorok tangan.kuat menempelak, tp satu habuk xdak.(maaf ckp)

Prnh tuan mengkaji kesan di atas memo bantahan, debat, wacana dll secara akademik, ilmiah & berfakta?
Do u know what is the meaning of "impact"?

Moga Allah akan kendurkan & lemahkan kamu di ats apa sahaja usaha & niat kamu utk mnganggu kerja2 dakwah.

Pertolongan Allah said...

(PERTOLONGAN)

1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,

2. dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,

3. maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

Azharian said...

salam mahabbah, ukwahfillah abadan abada.

Sebenarnya isu lapuk yg sedang kerap benar terjadi ialah orang yang tidak suka melihat bangsanya maju dan berdaya saing. Allah Taala telah memuliakan kita dgn Islam,maka jadikan ia sebagai satu benteng kukuh untuk menebat diri kita dari sebarang anasir2 yg membuat diri kita tercicir dari mendapat rahmat & kasih sayang Allah.
Individu2 yg menjadi pimpinan dihdpn kamu dtgnya drpd bangsa yg kamu warisi & paling penting dia ISLAM bersama kamu.

Sebaiknya kita koreksi siapalh kita ini,selemah2 iman adalah menbenci mungkar & maksiat di dalam hati.Menggunakan apa shj cara (bantahan/debat/wacana) utk menghapuskan ketidakadilan dikatakan lemah? kendur?

Ana malu sheikh klu nta kata enta Islam tp enta yg kuat menghentam ISLAM.enta kena tukar nama enta jd Abdullah bin Ubai.baru betul dgn pembawakan enta.

HIDUP PMRAM!!!

Anonymous said...

aku ke nAsrullah janbari..maaf lah ye ustaz din aku jawabkan..sbb tak puas hati lah..maaf yer tuan blog

paling tidak dewam pemuda ada usha nak membantah,dr kamu yg suka mengomen..kita tgk sejarah nabi Allah Ibrahim yang di banyu oleh burung.Walaupun mrk tahu yg mereka t6ak mampu..paling tidak ada usha ke arah itu..pembakang dr dulu walaupun ada di parlimen banyak hak2 y7g gagal di penuhi..hak sebagi ahli parlimen pun tidak di pandang oleh kerajaan yg memerintah..Apatah lagi suara1 pembangkang bagaikan menyimbah air ke daun keladi..kerajaan tetap dgn kezaliman nya..klu boleh sblm bercakap tu kaji dulu..

Anonymous said...

salam.. kepada nasrullah janbari.

isu ini bukan dah lapuk. isu ini ialah isu yang akan menimpa setiap orang yang hendak menyampaikan kebenaran. sekurang-kurangnya ust din posting di dalam blog yang mempunyai ramai peminat untuk membuka mata setiap orang yang membaca agar sama-sama memahami perancangan jahat musuh islam. Bukan seperti anda yang hanya membaca lalu tak buat apa-apa bahkan mengkritik usaha murni pemuda pas yang menyebelahi kebenaran. Ust Din melakukan apa yang termampu sebagai ketua pemuda dan dalam batasan. Adapun langkah yang lebih perlulah dilakukan oleh pihak yang mempunyai kuasa.

Apa cadangan Nasrullah Janbari atas isu ini selain perkara yang anda kritik terhadap Ust Din?

Anonymous said...

assalamu'alaikum...
sdr/sdri

selagi mana pmram 'menganggap' dia mewakili mahasiswa malaysia, selagi itulah msd akan campur tangan dalam urusan pmram.

setahu saya pmram adalah wakil 'melayu' di mesir yang meliputi singapura, brunei, indonesia, pattani, filipin...

adakah pmram mengambil berat sekiranya pemimpin 'selain malaysia' datang berjumpa pelajar mereka di mesir? atau pmram ambil tidak peduli?

adakah pmram memperjuangkan kebajikan pelajar 'melayu' di mesir atau hanya memperjuangkan pelajar 'melayu-malaysia' sahaja?

apa usaha pmram agar 'melayu' lain sama-sama aktif dalam program pmram?

sekiranya pmram melambangkan sebuah persatuan yang menitikberatkan kebajikan masyarakan 'melayu' di mesir dengan erti kata sebenarnya, bagaimana msd boleh melemparkan pmram sebagai 'pembangkang' kerajaan malaysia, kerana pmram adalah untuk semua 'melayu nusantara'?

atau... saya ni... wrong channel?

wassalam.

Ibnu Ali said...

To Nasrullah,

Lapuk tak lapuk la. Ianya masih berbekas di hati kami.

Yang penting ianya diperkatakan oleh pimpinan di Malaysia. Tak kiralah siapa yang sebutnya.

Masalah di Mesir ni kalau tiada sapa nak bantu. Tunggulah bencana besar di Malaysia.

Kedatangan pelajar batu juga merosot teruk. Bayangkan pelajar baru dari Johor sahaja hanya 28 orang!

Kena siasat KPI pegawai2 MSD ni. Betul ke tak depa buat kerja. Atau depa ada kerja lain???

Anonymous said...

saya kira tindakan MSD ada benarnya , kerana terlalu ramai student malaysia yang berada disini asyhik berpersatuan tanpa mengambil kira kuliah wajib di universiti , malah student azhar malaysia boleh dikatakan 70peratus tidak ke kuliah , bila balik masih lag dengan ilmu yang cetek dan tidak ada perubahan . kebanyakkan student azhar kelihatan cenderung dengan gaya hidup adat lama tanpa mengkaji islam itu dengan baik dan boleh dikatakan ramai yang bahasa arab tidak dikuasai.

dari arma buat azhari

Luqmanul Hakim said...

Salam Ustaz,
Mohon bantuan Ustaz untuk membantu meredakan suasana kurang sihat PMRAM-ISAM di Mesir berdasarkan pengaruh Ustaz yang kuat di kalangan pemimpin PMRAM sekarang.
Amat sedih bila mana melihat kedua-dua persatuan Islam memaki hamun sesama sendiri, lebih menyedihkan bilamana kutuk mengutuk dilakukan oleh pimpinan tertinggi. Jikalau di kalangan ahli biasa, mungkin masih boleh difahami, tapi bukannya di kalangan pimpinan.
Kedua-duanya mempunyai peranan. Tiada yang boleh mendabik dada mengatakan mereka terbaik.
Sikap sahabat2 kita di sana yang menyerang ISMA membawa padah kepada diri kita sendiri. Pelajar2 muda lebih mendekati ISMA, mereka mempunyai akal untuk menilai. Jika kita di tempat pelajar2 baru dan melihat semua ini,ana pasti kita pun akan tertarik dengan ISMA. Bayangkan kita di tempat pelajar2 baru ini - membaca artikel2 pimpinan tertinggi PMRAM menuduh ISMA dengan bermacam2, tapi bilamana kita mendengar pimpinan2 tertinggi ISMA berucap atau menulis ataupun menjawab tuduhan2, mereka langsung tidak memburukkan PMRAM, malah mereka mengiktiraf peranan PMRAM. Tidak hairanlah pengaruh ISMA makin kuat dalam masa yg cukup singkat.

Mohon Ustaz untuk menyampaikan pesanan kepada sahabat2 kita di Mesir untuk lebih beradab dan menangani isus2 ISMA dengan cara yang lebih matang dan berakhlak. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ana khuatir makin berkuranglah pengaruh PMRAM di sana, dan sedikit demi sedikit akan hilanglah identiti PMRAM yang sentiasa dihormati kerana ilmu dan akhlak islamnya yang selama ini melahirkan ramai tokoh2 di dalam PAS yang kita sayangi.

Memetik kata2 TG Ustaz Hadi ketika majlis makan malam ulang tahun ke-10 Jab IT PAS Pusat untuk direnungi bersama:
"Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.
Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.

Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.

Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar."

Wallahu a'lam

dari bumi anbiya said...

There must be a group, or at least someone 'behind the scene'...

Prof Jamil mungkin sekadar di kambing-hitamkan? Entah...

Basically, PMRAM tidak salah....
Cara PMRAM memberi tindak balas: Ada pro dan kontranya...

Apapaun, POINT saya: Marilah kita berdoa kepada Allah supaya memberi balasan yang setimpal kepada orang yang sebenarnya bersalah dalam hal ini...

Syak mungkin boleh, tapi menuduh belum tentu boleh, akal manusia ada kekurangannya..

Kita serah pada Allah.....

Doa orang yang dizalimi tu makbul, insyALLAH....

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive