HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, November 15, 2009

Tok Guru Nik Aziz Jadi Mangsa

Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz
Pula Cuba di "bunuh"
oleh Politik Persepsi.


1. Setelah mereka [ musuh ] berhempas pulas untuk membunuh karektor dan kewibawaan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang melalui senjata baru yang diberi nama persepsi , kini Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz pula menjadi mangsa mereka .

2. Mereka melihat keutuhan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS sejak sekian lama adalah ditunjangi oleh ketokohan luar biasa 2 Tok Guru [ Nik Abd Aziz dan Hj. Abdul hadi ] yang bertaraf mursyid biarpun mereka berdua tidak maksum .

3. Keutuhan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara selama ini tiada siapa yang boleh menafikannya , sehinggalah akhir - akhir ini terdapat percubaan yang sangat ekstrim untuk melumpuhkannya dengan terlebih dahulu menjadikan kedua - dua Tok Guru sebagai sasaran awal direbahkan .

4. Sebelum ini kepimpinan Tok Guru Hj Abdul Hadi dipertikai teruk dengan membentuk satu persepsi yang buruk bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak berkeupayaan memimpin parti dengan menonjolkan beberapa kelemahan , sementara mereka menyembunyikan kelebihan dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang kepimpinan beliau .

5. Tidak puas mereka mengkeronyok Tuan guru Hj. Abdul Hadi sebagai Presiden PAS dengan persepsi buruk yang mereka bentuk , kini mereka cuba pula untuk membentuk persepsi negatif guna membelasah Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz kononnya mengamalkan nepotisme dan rasuah dalam kepimpinannya .

6. Matlamat mereka hanyalah satu , iaitu membentuk persepsi buruk terhadap kedua - dua Tok Guru ini dan kemudiannya menjadikan ia sebagai liabiliti kepada parti , maka secara hormat atau biadab , kedua - dua Tok Guru ini mahu disingkirkan dari pengaruh dan kerusi kepimpinan mereka . Mereka mahu PAS bergolak dan lemah sejurus itu mereka boleh menarik nafas lega .

7. Terbaru mereka masih menyerang Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz setelah Tuan Guru menyatakan pendirian tegasnya bahawa beliau membenarkan SPRM menyiasat diri dan menantunya demikian juga satu tindakan tegas , bijak dan berhemah Tuan guru apabila membatalkan hasrat mengerjakan ibadah haji ekoran isu penajaan ibadah haji beliau menjadi polemik di media .

8. Integriti yang dipertahankan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 20 tahun memimpin negeri Kelantan meletakkan beliau senantiasa bersedia membuka pintu rumahnya 25 jam sehari bagi SPRM menyiasat kes rasuah jika ada . Juga sungguh besar pengorbanan Tuan guru yang sanggup membatalkan ibadah haji beliau di saat semua orang menaruh harapan tinggi untuk ke tanah suci , semata - mata kerana mahu menjaga nilai integriti yang dipertahankan selama ini . Bijak sungguh Tuan Guru mengurus persepsi buruk yang sengaja dicipta untuk menjatuhkan maruah [ air muka ] beliau sekaligus membuat tekanan untuk menyingkirkan beliau dan melemahkan parti yang dipimpinnya .

9. Hari ini mereka masih menyerang dan melebarkan ruang persepsi buruk yang sengaja mereka cipta dengan mengambil peluang atas keadaan yang ada , setelah mereka juga tahu bahawa Tuan Guru adalah seorang insan yang bertaqwa dan tidak mungkin mengamalkan rasuah . Tidak mudah mereka mahu melumpuhkan kewibawaan Tuan Guru dengan persepsi yang mereka bentuk kerana rakyat yakin Tuan Guru juga adalah seorang yang ikhlas memimpin negeri dan rakyat ke arah membangun bersama Islam .

10. Tegas saya nyatakan disini , bahawa kami pemuda - pemuda PAS seluruh negara , senantiasa bersama dengan kedua - dua Tok Guru [ Hj. Nik Abdul Aziz dan Hj. Abdul Hadi ] sekaligus menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan mereka sambil mengutuk sekeras - kerasnya sebarang percubaan untuk menjatuhkan mereka dengan cara yang tidak berhemah dan berakhlak .

19 comments:

Anonymous said...

sudi baca ustaz

http://ziarahsufi81.blogspot.com/2009/11/reformasi-dalam-pas.html

abdrahim kassim said...

Assalamualaikum.

1. Kalau kita tidak mahu orang lain memberikan persepsi buruk kepadaa kita, jangan lakukan pekara-perkara yang boleh mengundang persepsi itu.

2. Bila kita menyerang orang lain, orang lain akan menyerang kita pula.

3. Kalau kita ada peluru untuk menyerang orang lain, orang lain pun ada peluru untuk menyerang kita.

4. Kalau kita menyerang orang lain kerana kelemahannya, orang lain pun akan menyerang kita kerana kelemahan kita.

Jadi melihat ke daalam diri itu penting, sekurang-kurang sebagai muhasabah kerana kita memegang amanah yang besar.

Sekian...

Anonymous said...

saya tak nampak dlm isu haji ni tokguru jadi mangsa umno/bn. tapi lebih kepada mangsa politik dalaman di kelantan sendiri.

itulah padahnya bila terlalu lama memerintah. minta ust tolong nasihat tokguru berundur sementara ada lagi sisa hormat masyarakat kat dia.

Anonymous said...

Yang saya nak tahu benarkah menantu tok guru mengajak tok guru pergi ka Makah dengan pakage VVIP.

ANAFAKIR said...

Salam...

Sepanjang saya mengikuti perjalanan PAS di dalam menyaingi UMNO khususnya saya dapati masih ada beberapa perkara yang mungkin terlepas pandang; dan benda ini sudah banyak kali dipertikaikan oleh banyak pihak; oleh ahli PAS sendiri, pihak UMNO juga menjadikan senjata mereka untuk meremehkan PAS dan individi 'pihak ketiga' yang melihat PAS bercakap lain, buat lain [ cakap tidak serupa bikin ]

Antara yang perlu diubah ialah;

1. Politik maki hamun
Saya dapati majoriti penceramah PAS dan pemimpin tertentu begitu ghairah memaki hamun pihak opposisi...kenapa perlu maki hamun?Mana kemuliaan dan kesederhanaan yang diamalkan obeh Nabi Besar kita?..andai betul PAS benar-benar memperjuangkan Islan, mahu tidak mahu mesti bertindak di atas kesederhanaan.Mana bukti kesederhanaan itu jika memaki hamun orang lain...mana PAS ikut politik macam ni?Siapa yang ajar?NAbi Besar kita ke?..kalau tidak, kenapa PAS membiarkan pemimpinnya memaki hamun orang lain?Betul kah PAS ni parti Islam?...atau PAS pun munafik juga menggunakan Islam untuk mencari dunia?Saya mengharapkan PAS melalui Pemudanya mengubah sikap maki hamun tersebut supaya khalayak melihat PAS memang benar-benar memperjuangkan kesederhanaan dan melihat Islam itu memang indah.Jika tidak..orang ramai bukan sahaja yang taksub UMNO terus menolak PAS tetapi juga bangsa lain

2. Sikap pemimpin PAS yang suka membuat kenyataan media...sedangkan kenyataan yang dibuat itu menambahkan masalah kepada parti.Pemimpin PAS tidak bijak mengurus isu.Contoh terbaik; Tim. Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS selangor yang membuat perjumpaan dengan blogger tetapi dibenarkan blogger dari UMNO ada bersama...mana pergi kebijaksanaan mereka berdua tu?..dahlah isu dalam selimut PAS pula yang dikeluarkan kepada yang hadir.Memang tidak bijak mereka berdua tu.Patutlah TGNA mengeluarkan kenyataan supaya mereka berdua tu dipecat atau disingkirkan.Mereka tidak amanah kepada parti.Dalam Islam..apa hukum untuk mereka yang bersikap demikian, telunjuk lurus kelingking berkait.Begitu juga dengan YB Khalid Samad, kenapa terus mengiyakan isu tersebut, kenapa tidak dipulangkan semua kepada pihak yang memulakannya?[ biar Hasan Ali dan Nasharuddin yang ulas ]

3. Kita bercakap soal Islam tetapi dalam waktu yang sama, kepimpinan PAS tidak mentarbiah pengikutnya sendiri...masih ramai pengikut PAS di kampung-kampung atau di pedalaman yang tidak solat tetapi kat warung-warung bercakap soal agama berdegar-degar..Pas kena buat sesuatu, masa ceramah tu sentuh la sikit, biar 'terasa hati' dan terasa telinga' kepada yang makan nangka dan makan lada tu...

4. Keangkuhan pemimpin PAS..seolah-olah mereka yang alim dan orang lain tidak tahu apa-apa soal agama.Rasa riak jelas wujud melalui perilaku dan penampilan mereka.Nabi Besar kita tidak ajar begitu.Perlu bersederhana...kenapa tidak ikut?.Ini bukan persepsi, memang wujud di kalangan pemipin PAS dan pengikut di kampung-kampung.Setengah tu, 'belajar agama' pun tidak kemana sangat tetapi berhujah kekadang dia sendiri pun dah sesat.Benda-benda macam ni akan membuatkan peyokong UMNO lagi meluat terutama mereka [penyokong ] juga tahu agama.bercakap bukan dengan ilmu tetapi ikut hati dan ilmu rasa sedangkan dalam agama mana boleh macam tu.


Selagi PAS tidak sensitif dengan hal yang saya kemukakan ini mungkin PAS akan terus dijauhi, mungkin menjadi 'peluru emas' untuk membunuh PAS.Saya antara yang menyokong PAS, jadi saya terasa hati bila ada cakap-cakap yang sinis dengan isu di atas.Saya amat berharap Pemuda atau pemimpin PAS harus bijak membuat 'bacaan' terhadap perkara-perkara yang pasti menjadi peluru emas untuk membunuh diri sendiri [ PAS ]kerana rakyat hari ini mempunyai pemahaman terhadap agama yang lebih baik daripada mereka yang terdahulu...

Sekian, mohon mencadangkan.

benciUMNO said...

stuju...kita sokong PAS kerana ulamak nk diangkat jadi pemimpin..cuma org sana tuh mgkin jadi tali barut dajjal kot nk musnahkan perjuangan ulamak nih..

Anonymous said...

assalamualaikum..
insyaAllah..kami mahasiswa/wi Al-Azhar akan mempertahankan kedudukan n kewibawaan kepimpinan ulama'. Kami di sini mendoakan kedua tok guru menghadapi ujian Allah dgn tabah, inilah sunnaatullah sebagai bergelar hamba Allah, kami doakan tok guru nik abdul aziz diselamatkan dan dikeluarkan daripada fitnah yg kira top di kalangan pimpinan UMNO dan kuncu2nya....ameeennn ya RABB....

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM...
kami mahasiswa/wi Al-Azhar..
mendoakan tok guru nik abdul aziz diselamatkan dan dikeluarkan daripada fitanah puak quraisy malysia...ameeennn ya RABB

Anonymous said...

Salam.

UMNO Kelantan sedang persiapkan strategi baru menyerang TGNA ekoran menantu beliau dalam PMBK. Umpama Pas tahun 1978 tumbang angkara "politik balak" dan sekarang modus sama menyerang TGNA. Memang TGNA menjadi mangsa tetapi mangsa yang beliau sendiri cipta, menantu.

Seorang tua (gambarkan dengan lojik), menyerahkan segala kepercayaan pada seseorang yang boleh diharap (seperti saya yang diharap menguruskan harta oleh ayah saya, kalau saya "nak main" saya boleh "lupakan" bahagian adik2 yang lain).

Ariffahmi adalah bekas ahli UMNO. Mungkin saudara bersetuju dengan saya. Dalam zaman wang menjadi raja, (hubungan antara insan diasaskan pada wang). Terlalu mudah orang lahir UMNO makan wang berbanding Pas.

Ariffahmi sudang jadi liabiliti bukan saja pada TGNA tetapi keseluruhan Pas. TGHH sudah menerima kelemahan dirinya lantas perbaiki persepsi itu. Kini giliran TGNA (tuhan Maha Adil).

Saya fikir tugas Dewan Pemuda (selain pihak lain) membetulkan keadaan ini. Ariffahmi harus letak jawatan. UMNO Kelantan sedang mengatur langkah.

Anonymous said...

harap tulisan ustaz kali ini bukan berbentuk reverse psycology kerana isunya sekarang isu tgna.harap ustaz faham maksud saya.kalau pembaca lain tidak faham saya akan terangkan.

sambil itu sila baca link ini, jangan dapat pandangan sebelah pihak saja :-

http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/16/jangan-kambus-tipu-dengan-tipu/

jaguar_kajang said...

pada aku isu yg dimainkan atas tgna takda isi pun....mungkin lebih menimbulkan simpati pada dia adalah...belum nampak komen dari rakan dalam pakatan yg persoalkan tindakan2 tgna...yg ada dari zaid yg yg lagi nak rekomen tgna jadi chief pakatan rakyat....lain dengan isu haji hadi yg lebih pada akibat salah strategi politik yg akibatkan pengundi dan rakan dalam pakatan mula curiga dengan haji hadi...

Anonymous said...

amno + sprm ni memang bengong & bingai.. nak gi aji pong rasuah... dapat pahala pong rasuah... nanti masuk syurga pong rasuah... yg tak rasuahnya kalau masuk neraka...

nie-zarm said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...salam sejahtera dan salam perjuangan agama.
apabila menyentuh mengenai isu Tuan Guru Menteri Besar negeri saya,saya agak terkilan apabila ada pihak yang mahu memberi tajaan Tuan Guru menteri besar buat haji,jadi kecoh 1 Malaysia,bahkan lagi kecoh dari slogan 1 Malaysia gagasan Najib tun Abdul Razak.Buat UMNO/BN,ada orang nak support Tuan Guru untuk menunaikan fardhu haji pun dijadikan isu.orang nak buat baik,kenapa nak halang?lainlah kalu duit yang Tuan Guru nak ke mekah tu duit haram,tapi ni duit yang Tuan Guru dah check.Masa tahun 1990,selepas Tuan Guru memerintah negeri Kelantan,beliau mengeluarkan wang kerajaan negeri dari bank yang menggunakan sistem konvensional dan mengajarkan kepada rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Kelantan khususnya agar menggunakan sistem kewangan Islam.itu 1990.jadi maknanya Tuan Guru pasti akan selidik dahulu kewangan yang ditaja untuk ke Mekah.lagipun haji akan jadi batal kalau guna duit haram.benda ni budak sekolah rendah tahu.tapi kerajaan persekutuan yang meluluskan duit haram dalam perjudian sama ada sport toto,judi lumba kuda,genting highland dan macam2 lagi judi tidak diendahkan.jadi kesimpulannya di sini buat UMNO/BN,cerminlah diri anda sebelum melabelkan seseorang sebagai perasuah.nak ker tayangan fitnah yang pihak UMNO/BN ditayangkan di pawagam pada hari kiamat?fikir-fikirkanlah.

gagasan_warisan said...

Sendiri cari penyakit sendiri tanggung laa....jgn duk tuduh org lain jadi quraisy nak halang Tok Guru.....

Nik aziz tak perlu samakan dia ngan Rasulullah SAW....ibarat langit dan bumi sungguh jauh....

Duit sendiri ada kan??? guna laa kalau betul2 nak pergi haji... ni harap org bagi baru nak g VVIP plak tu...lagipun tok guru keramat lagik barkat ni kan dah pernah pergi haji...

Dalam keadaan kelantan dilanda banjir elok duit tu bagi pada rakyat yang ditimpa bencana ada gak pekdahnya....

Anonymous said...

Ustaz Tantawi,
Ketua Jawatankuasa Disiplin, Ust Tuan Ibrahim dah bagi warning jangan buat tindakan yang boleh membawa kepada fitnah. Pada saya tindakan menerima tajaan ke Makah pada waktu menjadi penjawat awam adalah sangat tidak wajar dan boleh menimbulkan fitnah. TGNA ambil tindakan tepat dengan menolak untuk ke Makah pada pada tahun ini. Saya harap TGNA pergi dengan duit sendiri pada tahun depan dan dia boleh mengurangkan semua potongan derma yang kita sudah maklum sangat banyak itu. Kalau ada yang gelenya nak taja TG, minta dia masukkan duit dalam tabung yang biasa diderma oleh TG itu.

nuruddin said...

buat abd ibrahim kassim

adan kenapaham tok guru itu selain dari MB dia adalah org agama. menjadi kebiasan dan tradisi seluruh dunia bukan malaysia sahaja(harus diingat!)ada yang sudi menaja org2 agama ini menunaikan haji... jika terdapat imbuhan meminta pulangan sudah semestinya org2 agama ini menolak kerana mereka tahu itu adalah satu dosa kecuali para2 ular dalam semak...

dalam hal menantu, TGNA telah menjelaskan pemilihan dilakukan berdasarkan kelayakkan bukan nepotisme... SPRM pon dah masuk aper... tapi senyap jer sebab tak jumpa apa2... kalau rasa nak bangkang gak gi la sendiri buat report pastuh jadi pendakwaraya siasat kes tuh... nak suruh SPRM mereka dah siasat dah pon...

so kalau tak puas hati jugak gi sendiri jer la umah TGNA dia bukak 25 jam tuk sesiapa gi siasat... aku rasa rumah en abdrahim kassim pon lagi canggih dari umah TGNA.

cuma dalam isu yang bodoh sengaja digembar gemburkan ini... pendapat aku tok guru terlupa bahawa setiap muncung senapang para2 pemimpin dan ahli2 UMNO nie sedang menghala kepada beliau kerana UMNO hangin tak dapat tarik PAS join mereka...
so benda yang remeh camnie tak pasal2 jadi isu kecoh bagai nak rak...

geli geleman aku kat pemuda UMNO lahabat tuh... bapak rasuah depan mata duk guling2 ngn duit tak heran sorg tok guru yang dapat tajaan gi haji nak di sebatnya... paer punya bangsa manusia pon aku tak tau...

Asma' Abbas said...

Salam ustaz, dalam perkara tok guru dan MENANTU itu, janganlah kita mahu bertakwil lagi, tok guru nik aziz silap besar dari masa awal lagi melantik MENANTU jadi ketua di PMBK , tak kiralah COO, CEO...nepotisme jelas...dan semua orang silap besar kerana membiarkan kesilapan itu berterusan sejak lama..Pemuda Pas sepatutnya main peranan awal lagi. Janganlah kita duk salahkan orang lain sahaja bagi setiap peluru yang mereka tembak kerana kita sendiri yang menyediakan peluru itu.Berhentilah bertakwil!saya semut kecil yang menyokong Pas kesal dan bingung dengan tindakan semua orang.

dan satu lagi yang buat saya amat ralat dengan isu baiah 'talak 3' bila Muslimat Pas bersikap seolah2 tak terasa apa dengan perkara yang timbul, malah pada peringkat awal menyokong apa yang dibangkit Khalis Samad.mujurlah pimpinan atasan cepat memberitahu perkara sebenar kepada masyarakat, bahawa ia dilakukan sesetengah wakil rakyat Pas sahaja, yang pada pandangan saya hanya nak menunjuk-nunjuk betapa taatnya mereka kepada parti.sebagai seorang perempuan, saya terguris hati...

budakPasir said...

kami menyokong kepimpinan tok guru di kelantan....harap tok guru tidak berundur.....sedangkan Nabi SAW berjuang hingga akhir hayat baginda...

budakPasir said...

saya rase tok guru mengambil langkah bijak dengan mensihati menantunye melepaskan jawatan CEO PMBK...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive