HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, December 25, 2009

Islam Penyelamat Negara & Rakyat : 1

Muqaddimah :

Islam :
Formula yang dicari

1. Negara semakin rumit dan rencam untuk ditadbir dan rakyat kian sukar dan sulit untuk diurus tatkala berdepan dengan cabaran baru yang nyata komplek dan kusut .

2. Politik bergolak , ekonomi menjunam dan sosial membarah antara realiti konflik yang terpaksa didepani oleh negara dan rakyat dewasa ini .

3. Hari ini para politikus , pakar ekonomi dan aktivis sosial antara manusia paling sibuk di atas muka bumi . Mereka berfikir , bekerja dan merumus bagi menghasilkan formula pemuliharaan negara dan rakyat yang kini terancam ketenangan dan kesejahteraan hidup mereka lantaran konflik yang dihadapi . Tidak sedikit , masa , tenaga dan wang ringgit yang dilaburkan untuk tujuan tersebut . Malangnya , sehingga kini semua kaedah dan teori yang dipakai seperti gagal menghasilkan formula berkesan bagi mengatasi kemelut ummah .

4. Saya melihat kegagalan itu berpunca dari sikap degil dan babil sebahagian manusia untuk kembali berpaut pada asas dan sumber tulen dari ajaran wahyu yang merumus formula langit untuk sebuah penyelesaian abadi . Terpengaruh dengan elemen dalaman jiwa sebahagian insan yang ego dan angkuh lalu menolak mentah pelan penyelesaian yang digaris oleh al quran dan sunnah .

5. Sedang Islam adalah agama yang diutus oleh Allah swt sebagai Minhaajul Hayah [ cara hidup ] atau way of life . Ianya menepati sebuah manual yang didokumenkan sebagai satu deklarasi hidup untuk memimpin serta membimbing ummat manusia membina tamaddun dan peradaban mereka . Justeru Islam diutus oleh Tuhan yang mencipta manusia dan segala pra sarana yang menjadi keperluan manusia untuk hidup [ maka Ia lah Tuhan yang berauthoriti untuk menentu arah tuju dan peraturan hidup manusia yang diciptanya ] .

6. Umumnya manusia memerlukan kehidupan . Biarpun kematian terus meningkatkan statistik angkanya [ lantaran turut menjadi mangsa konflik serta krisis kehidupan ] , yang masih hidup dan bakal lahir memerlukan kehidupan dan merencana untuk hidup . Manusia akan bertarung , bersabung dan berjuang dengan segala sisa keupayaan yang ada pada mereka untuk sebuah kehidupan . Jelasnya kehidupan adalah sebuah perjuangan jua, tidak mungkin manusia hidup tanpanya .

7. Namun begitu , erti hidup hanyalah pada kesejahteraan dan kebahagiaan , ketenangan dan kedamaian , kegembiraan dan kejayaan . Tiada erti bagi hidup yang diselubungi penderitaan dan kesengsaraan , kesedihan dan kekecewaan , kegagalan dan kemusnahan . Sungguhpun mereka hidup , tetapi hidup yang tiada makna dan tidak bererti . Terdapat jua insan yang enggan memaknai atau menghargai kehidupan mereka lalu menjerumuskan diri mereka ke lembah binasa .

8. Islam diutus sebagai pedoman untuk memberi makna , erti dan nilai pada kehidupan yang dianugerah ini . Islam dikirim sebagai petunjuk untuk mewarnai kehidupan dan memberi cahaya yang membebaskan manusia dari perangkap kegelapan . Islam adalah cara hidup yang sesuai di semua tempat dan masa serta keadaan dan zaman .

9. Ketika berhadapan dengan An Najasyi [ Raja Habsyah ] , Jaafar bin Abi Talib sewaktu berhujjah bagi memberikan penjelasan mengenai Islam yang diragui kebenaran dan peranannya oleh Najasyi dan pembesarnya telah berkata : [ bagi memberi gambaran jelas tentang Islam dan peranannya ]

Wahai Raja , Kami dulunya adalah orang - orang jahiliyyah . Kami menyembah berhala , kami memakan bangkai , kami berzina , kami memutuskan silaturrahim , kami menyakiti jiran , yang kuat dikalangan kami menindas yang lemah , begitulah keadaan kami sehingga Allah swt mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari kalangan kami . Kami kenal keturunannya , kebenaran risalahnya , kejujuran dan ketinggian budi pekertinya .

Ia telah mengajak kami kembali kepada Allah swt supaya kami mentauhidkan dan mengabdikan diri kepadanya [ tidak menyekutukannya ] , memisahkan kami dari apa yang kami dan datuk nenek moyang kami sembah sebelum ini yang terdiri dari batu dan berhala .

Ia menyuruh kami supaya bercakap benar , menunai amanah , menghubung silaturrahim , berbuat baik terhadap jiran tetangga , berhenti dari melakukan jenayah dan menumpah darah serta melarang kami dari melakukan zina , bercakap kotor , makan harta anak yatim dan melempar tuduhan / fitnah kepada wanita yang baik .

Ia menyuruh kami mengabdikan diri kepada Allah swt Tuhan yang Maha Esa tanpa menyengutukannya dengan sesuatu pun . Ia menyuruh kami mendirikan sembahyang , membayar zakat dan berpuasa [ Jaafar menyebut beberapa perkara yang terkandung di dalam rukun Islam ] , maka kami membenarkannya dan kami beriman kepadanya . Kami melaksanakan apa yang dibawanya daripada Allah swt . ................

10. Islam bukan sebagaimana yang digambarkan oleh Amerika dan golongan orientalis . Ekstrim dan terrorist , melampau dan mencetuskan huru hara . Sempit dan prejudis , ketinggalan zaman dan anti pembangunan . Ini semua adalah fitnah dan momokan yang tidak berasas pula berniat jahat terhadap Islam . Ini juga adalah perang saraf pihak musuh yang terus menyimpan dendam kesumat dan hasad dengki terhadap Islam .

bersambung ........

8 comments:

PaNgLImA IsLaM said...

salam ustaz..
knape x hadir ceramah mlm ni kat trg?

Rhino Rin said...

Salam Ustaz;

Sungguh tepat tajuk "Islam Penyelamat Negara & Rakyat : 1"

Namun bagaimana munkin ia berlaku, padahal negara dan rakyat meletakikan Perlembagaan Islam terkebawah berbanding perlembagaan sekularisme sekarang?

jihadin82 said...

Ini tajuk asas yang wajib ditekankan dalam dewan pemuda kawasan2 dan ahli Dewan perlu menghafaz dalil2 berkaitan tajuk ini. Ustaz diharapkan kembangkan idea tarbiah ini...saya menyokong usaha ustaz. Nuruddin Bashah

Anonymous said...

Ia menyuruh kami supaya bercakap benar , menunai amanah , menghubung silaturrahim , berbuat baik terhadap jiran tetangga , berhenti dari melakukan jenayah dan menumpah darah serta melarang kami dari melakukan zina , bercakap kotor , makan harta anak yatim dan melempar tuduhan / fitnah kepada wanita yang baik .....

cakap serupa bikin...

Abu Faiq said...

Assalamu 'alaikum, sdra NHT & semua yang melayari blog ini,

Skop ajaran Islam itu mencakup dua aspek: [i] akidah & [ii] syari'at.

i] Dari segi akidah: Kita ikrarkan dengan hati, dibuktikan melalui lisan dan perbuatan bahawa: tiada Tuhan yang wajib disembah kecuali Allah. Yang selain itu, syirik. Namun, masih bertaburan perilaku syirik, [sama ada yg zahir atau tersembunyi] seumpama: saji-mensaji [kpd penjaga tanah & penjaga laut, dlm wayang kulit, kuda kepang, menora, mak yong, istidat pertabalan, tepung tawar, tangkal, azimat dan
mantera [sbg 'pendinding',
untuk memajukan perniagaan, untuk menang dalam pilihan raya], selain kepercayaan terhadap semangat & kekeramatan keris & panji-panji, kubur dan keramat, 'Dah puas aku berubat ke sana sini, kalau tak kerana tok bomoh yang satu ini, penyakit aku ni mungkin belum sembuh', bahkan ada golongan yang taksub akan pemimpin sampai ke peringkat bagaimana puak Yahudi & Nasrani menuhankan para pendeta mereka yang menghalalkan apa yang Allah haramkan dan mengharamkan apa yang Allah halalkan - hingga tanpa disedari menjadikan pemimpin maksum. Hal itu masih bersepahan di dalam kehidupan umat Islam di Malaysia.

Kenapa?

ii] Kerana politik sebagai tunjang utama ke arah menegakkan syari'at [peraturan perbuatan] tidak pernah wujud di negara ini.

Di negara ini, Islam sebagai minhaajul hayah [ad-deen, way of life] belum pernah lagi berjaya dihidupkan secara lestari dan kaffah [total] di dalam sistem yang mengurus dan mentadbir aturan kehidupan, iaitu sistem politik. Kerana politik itu sendiri merupakan sebahagaian daripada tuntutan WAJIB di dalam Islam, maka satu aspek pokok di dalam politik adalah melaksanakan tanggungjawab dakwah Islamiyah, yang matlamat khususnya adalah melakukan amar ma'ruf dan nahi minkar, bukan sahaja di dalam mengkristalkan akidah yang murni dan tulen, bahkan termasuk mengatur kehidupan hanya semata-mata berdasarkan perintah-perintah dan larangan-larangan Allah. Inilah manhaaj [jalan/kaedah] berpolitiknya Rasulullah SAW, para Khalifah ar-Rasyidin & Khalifah-Khalifah seterusnya, bermula sejak berdirinya Daulah Islamiyyah di Madinah hingga era akhir Khilafah Uthmaniyyah di Turki yang pada tahun 1924M diruntuhkan oleh British dengan bantuan laknatullah Mustaffa Kemal Attaturk. Malang, apabila politik yang diambil, digunapakai dan sedang didukung sekarang ini BUKAN politik di atas jalan politik kenabian [as-sasiyah ala min haajin nubuwwah] itu, malah sebaliknya politik yang memisahkan agama dari pengaturan kehidupan, iaitu politik yang bersumberkan ideologi SEKULARISME, maka, tidak akan terlahir satu cara berfikir bahawa politik adalah aktiviti yang tergolong di dalam amalan amar ma'ruf nahi munkar, iaitu ibadah kepada Allah. Oleh kerana bukan itu yang dijadikan tutunan & kepimpinan berfikir oleh parti-parti politik kaum Muslim di negara ini, sebaliknya ideologi SEKULARISME yang mereka jadikan tuntun berpolitik mereka, maka hakikat dan matlamat politik yg Islami
untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar itu bertukar mnjadi politik BERMAKSIAT KEPADA ALLAH, dalam ertikata politik yang menolak syari'at [hukum-hukum syara'] di dalam pengurusan kehidupan, lalu diganti dengan hukum-hukum Sivil-Sekular. Apakah ada kerja maksiat yang selamanya di dalam kutukan Allah seperti itu, dapat membuahkan kebaikan?

Bagaimanakah politik seperti ini [dengan bersumberkan ideologi Sekularisme] masih mengimpikan kebaikan daripda Allah ketika sedang bermaksiat terhadap-Nya?

Lalu, apa alternatif kita?

Anonymous said...

Ustaz,

Soalan sy :

1. Macamana nak sampaikan/fahamkan pasal ni kepada bukan islam?

2. Dalam banyak2 perundangan berlandaskan syariat ni yang mana kita perlu bagi prioriti? perlukah kita laksanakan sekali gus semuanya?

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum

Ustaz, gambar yang ustaz paparkan ni ketika program tv ke? Program apa ya? Boleh ana carik..

Anonymous said...

Banyak teori dari praktikal

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive