HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, December 27, 2009

Islam Penyelamat Negara & Rakyat : 2

ISLAM ADALAH RAHMAT SEKELIAN ALAM

1. Islam adalah wahyu dari Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Bukan hanya manusia tetapi seluruh makhluk mengambil manafaat dari risalahnya .

2. Manusia selaku mukallaf [ yang menggalas taklif syara' ] tentu sahaja merupakan makhluk yang menerima secara langsung segala amanah perutusan syariatnya .

3. Selaku khalifah Allah di atas muka bumi , manusia dipandu seadilnya untuk mengurus dan mengatur kehidupan mereka agar berjaya dan sejahtera . Panduannya al Quran dan pemandunya Rasul saw.

4. Negara kita hari ini jelas sedang bergerak menuju kehancuran dan kebinasaan apabila Al Quran dan as Sunnah tidak diterima pakai sebagai dasar dan pedoman untuk membina tamaddun dan peradaban . Kebanjiran maksiat dan mungkar malah peningkatan indeks jenayah , rasuah , penyelewengan amanah , penyalahgunaan kuasa serta pencemaran sosial yang semakin parah sebagai petanda utama negara kian binasa .

5. Ringkasnya , pelaku segala macam mungkar dan aneka maksiat jua jenayah ini adalah mereka yang tidak tahu membezakan syurga neraka dan dosa pahala . Kedudukan mereka sangat terpisah dari cahaya al Quran dan didikan sunnah . Sedang al Quran dan as Sunnah sahajalah satu - satunya formula yang mampu membebaskan dari perangkap yang menjerumuskan mereka ke lembah yang hina .

6. Malang masih ramai yang sangsi dan keliru tentang Islam , bahkan sebahagian ummat Islam mengalami kekeliruan tersebut . Apakah Islam ini hanya agama sekadar mengucap dua kalimah syahadah , solat , puasa , zakat dan haji semata - mata ? atau Islam sebagai sebuah cara hidup yang mesti diambil segala prinsip dan syariatnya .

7. Sebahagian ummat Islam pula turut terpengaruh dengan propaganda musuh yang mengaitkan Islam dengan aktiviti terrorist dan ganas . Lantas Islam dan para pejuangnya digelar militan, wahhabi , pengganas dan sebagainya , walhal Islam adalah agama yang benar dan tepat . Sesuai dan wajar dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa membezakan warna kulit dan bahasa lidah mereka .

8. Justeru itu , langkah pertama bagi semua pihak ialah merujuk apa jua perkara berkait dengan Islam kepada mereka yang benar - benar mendalami agama Islam dan ikhlas berjuang untuk agama Islam . Jika Islam dirujuk kepada golongan Islam Liberal , Islam Hadhari , Orientalis dan seumpamanya , akan ditemui satu kekeliruan yang membingungkan mengenai Islam terutama bagi mereka tidak memiliki basic agama Islam yang baik .

9. Melihat keindahan Islam dan kehebatannya dalam menangani persoalan hubungan manusia dengan tuhan jua manusia dengan manusia ialah apabila diambil sumber yang jelas dan tulen iaitu al quran dan sunnah . Malang sekali jika Islam diambil persepsi dan perspektif mengenainya dari surat khabar jalanan . Terhasillah sebuah kecelaruan dan kekeliruan yang sukar dibetulkan kembali .

10. Islam bukan teori , fantasi dan ilusi sebaliknya Islam adalah Manhaj hidup yang praktis dan realistik untuk diamal di semua tempat dan masa jua untuk semua bangsa dan bahasa . Islam adalah cara hidup yang universal . Merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia dan menyusun kehidupan manusia dengan wahyu Allah Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Bijak . Tidak pernah diketemui satu pun peraturan dan undang - undang Islam yang zalim , kejam dan menindas dan menginaya sebaliknya ia adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan oleh manusia yang zalim dan kejam .

3 comments:

Anonymous said...

Allah yang mana satu...yang tuhan bapa ke Allah yang dalam Quran????konpius...konpius...


Celik IT

Anonymous said...

Ust minta tulis pendapat mengenai kenbenaran penggunaan nama Allah oleh the Herald .. ramai orang yang confius

Abu Faiq said...

Assalamu 'alaikum Sdra NHT & semua yang melayari blog ini,

Untuk [sedikit dulu] kali ini, mari kita lihat antara kekeliruan tentang lslam yg sudah mendarah-daging di dalam jiwa umat lslam sekarang, khususnya di M'sia.

1 Usaha ilfiltrasi [penyusupan] oleh musuh-musuh lslam, antaranya dengan memprogandakan ideologi Sekularisme, telah mengalihkan tujuan/matlamat parti-parti poltk umat lslam dari melaksanakan hukum-hukum syara' [syari'at] kepada pelaksanaan hukum-hukum sivil-sekular-demokrasi-kapitalis spt yg sdang berjalan sekarang, sekalipun majoriti pemimpin & rakyatnya Muslim. Walhal, mereka ini tidak pernah mengemukan walau satu dalil & nash syari'i pun sama ada drp al-Quran atau as-Sunnah yang menghalalkan mereka mendukung ideologi itu. Dalil [Dalih] mereka hanyalah: inilah sistem politik/ pemerintahan yang diiktiraf dunia & PBB. Dan benar-benar, umat lslam telah mereka seret masuk ke lubang biawak bersama-sama mereka, setelah terlebih dahulu mengikut jejak- langkah Yahudi & Nasrani yang mencipta ideologi tersebut.

Untuk itu, maka ideologi lslam pun diakomodasikan/dikompromikan dengan
matlamat realiti politik ikut masa dan tempat. Inilah akar kepada lahirnya lslam moderat, lslam liberal & lslam pragmatik, idea pluralisme, sekratisisme, dll. Sayangnya, yang terkeliru & ikut masuk ke dalam lubang biawak itu pun - dengan tak segan silu - ikut becakap tentang bentuk-bentuk lslam tersebut, serta ikut pula mengutuknya.

Anda NHT, kena hati-ahti juga, kerana ada ciri-ciri itu di dalam cara berfikir dan aktiviti politik Anda.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive