HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, December 20, 2009

Memeterai Persepakatan

PAKATAN RAKYAT
KE GERBANG JAYA

1. Konvensyen Pakatan Rakyat yang berakhir petang kelmarin telah memahat sejarah negara yang menyaksikan sebuah dokumen persepakatan gandingan 3 buah parti [ PAS , PKR dan DAP ] telah dimeterai secara rasmi oleh pemimpin tertingginya.

2. Persepakatan berdokumen ini menepati sebuah janji rasmi yang diikrarkan untuk melangsungkan sebuah perjuangan mewakili rakyat berbilang kaum dan berbeda agama ke arah sebuah negara baru yang adil , telus , saksama , toleransi dan berkebajikan .

3. Jika saya analogikan dengan sebuah ikatan perkahwinan di dalam Islam , sebaik sahaja ijab qabul dilafazkan antara pasangan yang berkahwin maka menangis dan bertempiaran lari lah segala syaithan dan iblis dengan penuh kekecewaan setelah gagal memutuskan hubungan mereka serta gagal pula mendorong mereka melakukan zina .

4. Maka ijab qabul dalam tahaaluf siasi [ kerjasama politik ] PAKATAN Rakyat yang telah ditandatangani ini juga membuatkan syaithan - syaithan politik meraung kepedihan dan kekecewaan kerana gagal memecah belahkan kesatuan mereka .

5. Persefahaman semakin matang dan kerjasama semakin erat . Itulah yang boleh saya ungkapkan setelah Konvensyen Pakatan Rakyat yang julung kalinya diadakan , berlangsung dengan jayanya . Kehadhiran seluruh pimpinan utama dari ketiga - tiga parti dan duduk sebaris , turut menjawab segala tuduhan dan tanggapan yang sering dieksploit oleh media kononnya mereka selama ini hanya asyik bercakaran .

6. Selepas ini , menjadi tanggungjawab kepada setiap anggota dari ketiga - tiga parti berperanan untuk memahamkan rakyat berbekalkan satu dokumen oren yang telah ditandatangani bersama oleh ketiga - tiga pemimpin tertinggi parti . Mekanisme penyampaian maklumat mestilah berkesan dan pintar .

7. Sementara itu , anggota parti pula mesti bijak dalam mengurus maklumat yang mereka terima samaada melalui lisan , media elektronik , media cetak dan juga media baru . Kebijaksanaan anggota dalam perkara ini sangat dhoruri [ prinsipal ] agar tidak mengheret mereka ke kancah polemik dan krisis ciptaan sesama kita .

8. UMNO dan BN tentunya cemburu menyaksikan situasi ini setelah mereka terus tenggelam timbul dalam krisis yang tidak tahu dimana dan bagaimana mahu mnegurainya . Parti - parti kompenan mereka saling salah menyalahkan antara satu sama lain .

9. Kini masa berjalan malah pantas bergerak menuju era baru . Harapnya tiada yang masih tidur lena atau asyik khayal dengan gurindam lama sedang semua orang sedang berpaut pada harapan dan tekad baru untuk membina sebuah kemenangan dan kejayaan .

10. Namun kemenangan dan kejayaan pastinya bernilai tinggi dan berharga mahal . Menebusnya memerlukan wang dan kekayaan yang setimpal . Kalau sekadar mengemis di tepian penambang usah memahat cita - cita besar , kerna ia hanya menyenakkan jiwa dan menyakitkan hati . Insyaallah , tunggu pula selepas ini Konvensyen Pemuda Pakatan Rakyat memeterai sejarah .

6 comments:

rizal said...

tp kalaulah Dato Anuar masuk Pas sekali, tentu lagi besar ahli Pas.Apapun, byk2kanlah berdoa agar kita menang dlm piliharan raya nnti.. insyallah Islam akan menang di bumi Malaysia

Anonymous said...

ANAK MUDA
PENGGABUNGAN YANG DIIBARATKAN SEBAGAI IKATAN PERKAHWINAN MEMANG TIDAK MENAMPAKKAN KEKUKUHAN MEMANDANGKAN ADA PERKAHWINAN YANG BERJAYA DAN ADA PULA PERKAHWINAN YANG RUNTUH DI TENGAH JALAN. MESKIPUN SETIAP INSAN YANG MEMBINA PERKAHWINAN MEREKA MENGHARAPKAN PENGHUJUNG YANG INDAH TAPI MASIH BANYAK DUGAAN YANG PERLU DITEMPUHI DAN MUNGKIN AKAN MUSNAH DI TENGAH JALAN. JADI PERSAMAAN ANTARA PERKAHWINAN DENGAN PENGGABUNGAN PARTI TIDAK BOLEH DISAMAKAN. TIDAK LOGIK UNTUK SAMAKAN PERKARA ITU. HARAP USTAZ YANG ARIF DAPAT BERFIKIR DENGAN LEBIH JAUH DAN MATANG LAGI SEIRING DENGAN USIA DAN JAWATAN YANG USTAZ PEGANG SEKARANG. TERIMA KASIH.

Anonymous said...

JIWA POLITIK
Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh disifatkan sebagai gabungan kerana
1. PR tidak didaftarkan sebagai parti gabungan
2. Tidak memiliki perlembagaan yang sama
3. Tidak menggunakan lambang yang sama
4. Tidak berkongsi kepercayaan2 politik
5. Tidak mempunyai struktur kepimpinan yang didukung bersama dan dalam beberapa isu, berbeza pandangan dan pendekatan dan telah terbukti sebagaiman dinegeri2 yang dikuasai oleh PR.

Beberapa faktor ini menyebabkan tidak boleh wujudnya kabinet bila PR berkuasa cuma yang ada adalah KABINET BAYANGAN PR di Parlimen.

Apa yang paling tepat PR lebih disifatkan sebagai suatu peraturan politik yang longgar dan hanya anti BN.

Nahar said...

Anoy 10:47

macam teringin je nak jadi KP DPPP...tak jantan la sembunyi nama!!!

suma nk pakai logik ko je...kalau setakat ilmu tu celah2 kuku ayam,atk usahla nak lawan ngan pemimpin2 PAS ni...buang masa diaorg je...

dh le pikior yg negatif je...tu pasal la tak maju2...keja buat benda lagho je...ko pegi mesjid zikir byk2 pon dpt gak pahala...

aku bukan saja2 nk kutuk ko,nak ajak ko,kawan2 ko,sesiapa saja yg baca komen ni,termasuk aku untuk banyakkan istighfar...moga hati2 kita ni bersih bercahaya dengan hidayahNya.then,barulah senang nak terima segala benda kebaikan tanpa sangsi dan penuh prejudis ngan syak wasangka.

buat Ustaz,teruskan menyalurkan ilmu dan pandangan demi kemajuan umat Islam di Malaysia ni.

gagasan_warisan said...

Kahwin paksa....itu lah yang terjadi antara pakatan...anuar ibrahim lebih pada perjuangan diri untuk menjadi PM Malaysia....

DAp dengan Malaysian malaysia dan pas dengan negara islam kononnya.....

Sekarang ni yang berkuasa DAP dan Keadilan pas jadi isteri ke suami ke ntah laaa.....hancur...hancurr.....masih tak sedar diri walupun telah diperkudakan......insaf lah ustat oittt

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum Sdr NHT & semua pelayar blog ini,

Muhasabah seorang Muslim kepada saudara Muslimnya:

Bagi kaum Muslim, di dlam apa saja aktiviti, TIDAK BOLEH sama sekali membebaskan-lepaskan diri dari keterikatan kepada hukum syara'. Itulah tolok ukur perbuatan setiap umat Islam jika mahu dimuliakan Allah. Apatah lagi sebagai sebuah parti yang meng'claim' dirinya sebagai penjujung Islam, Anda TIDAK BOLEH bersekongkol dengan kaum kufar di dalam kekuasaan. Kekuasaan Ialam adalah kekuasaan mutlak. TIDAK PERNAH RASULULLAH SAW mengajarkan idea yang sedemikian rosak. Di sepanjang sirah baginda tidak pernah tercacat perilaku yg serendah ini. Bahkan kebenaran ketegasan Islam baginda SAW buktikan dgn metolak matahari dan bulan demi tidak berkompromi kekuasaan dan pengaruh dengan kaum Quarisy Jahiliyyah.

Kita pun mahu tahu nash mana yang Anda semua jadikan sandaran untuk membenarkan tindakan politik yang sedemikian?

Yang pasti ada larangan & amaran Allah tentang perilaku sebegini;
Lihat Surah al-Ma'idah [5]:51, Surah Ali Imran [3]:28

Usah jadikan jalan berpolitik satu amalan yang terasing daripada amalan melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar yang lain.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive