HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, December 21, 2009

Apakah Ada Sinar di Pagi Esok ?

1. Hari ini entah kali yang ke berapa saya terpaksa memanjat tangga mahkamah bersama Ustazah Nuridah Salleh [ Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat ] Dr. Lo' Lo' Dato' Ghazali [ AJK PAS Pusat ] , Dr. Hatta Ramli [ Bendahari PAS Pusat ] dan beberapa sahabat yang lain , bagi menghadapi pembicaraan yang sungguh panjang dan lama .

2. Kami ditangkap sejak beberapa tahun yang lalu di simpang jalan masuk ke parlimen sewaktu dalam perjalanan menghantar memorundum kepada speaker dewan untuk membantah tindakan kerajaan melanjutkan usia persaraan pengarah SPR pada waktu itu .

3. Saya tidak tahu pemerintahan jenis apakah negara ini ? beberapa hari lepas sahabat saya dari Angkatan Muda Keadilan [ AMK ] , sdr Jonah dan Azizi ditahan dan direman kerana mengedarkan risalah bagi mendesak agar kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah sekaligus membantah campurtangan politik dalam kes Datuk Seri Anwar yang sedang bicarakan sekarang .

4. Sebelum ini , beribu kes tangkapan dibuat oleh polis ke atas anggota PAS , PKR dan DAP atas kesalahan menghadhiri himpunan aman , mengedar risalah , ceramah umum dan kuliah agama . Kononnya mereka menyertai himpunan haram , menghasut rakyat agar membenci kerajaan dan sebagainya .

5. Persoalannya , bukankah negara ini negara demokrasi ? dan bukankah kerajaan UMNO & BN adalah penganut faham demokrasi ? sementara demokrasi itu memberi hak berhimpun dan hak rakyat bersuara .

6. ..... atau benar negara ini adalah negara demokrasi berautokrasi ? demokrasi untuk mereka dan autokrasi untuk rakyat ! Inilah antara siri kezaliman kerajaan UMNO dan BN yang memungkinkan rakyat bangkit menentang malah bertekad untuk menjatuhkan mereka di dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang setelah rakyat hampir berjaya melakukannya melalui pilihanraya umum ke 12 yang lalu .

7. Saya tidak kesal kerana ditangkap . Saya juga tidak kesal digari dan dipenjara justeru itu adalah sunnah orang yang berjuang . Sebaliknya apa yang saya kesal bagaimana UMNO dan BN yang beri mandat oleh rakyat untuk memimpin dan mentadbir negara , tergamak membantai rakyat mereka sendiri semata - mata kerana rakyat tidak bersetuju dengan mereka dalam beberapa perkara penting yang sebenarnya melibatkan kepentingan negara dan rakyat .

8. Rakyat tidak bersetuju dengan ISA kerana ia zalim menahan tanpa bicara , rakyat tidak bersetuju dengan rasuah kerana merosakkan pembangunan material dan meruntuhkan tamaddun kemanusiaan , rakyat tidak bersetuju bahasa kebangsaan digadai oleh mereka sehingga menghilangkan nilai bangsa , rakyat tidak bersetuju SPR , SPRM dan Polis menjadi "parti" kompenan UMNO dan BN .

9. Rakyat tidak bersetuju wang negara dibazirkan dengan mengadakan projek mewah yang tidak mengalirkan keuntungan kepada masyarakat marhain , rakyat tidak bersetuju harta kekayaan negara dibolot oleh beberapa kerat pemimpin sementara rakyat terus dilanda dan dihimpit kemiskinan , rakyat tidak bersetuju UMNO dan BN menyekat wang royalti minyak petroleum kepada Terengganu dan Kelantan yang kini ditukar menjadi wang ehsan .

10. Hanya kerana saya sebahagian dari rakyat yang tidak bersetuju dalam perkara - perkara tersebut , maka saya dan rakan - rakan terpaksa ditahan dan ditangkap . Kami bukan perompak , penyamun dan perogol . Kami rakyat biasa yang hanya tidak bersetuju dengan tindakan dan dasar kerajaan yang zalim dan menginaya .

11. Tidak mengapalah ! , kini kezaliman kerajaan UMNO dan BN yang telah bertindak kasar dan keras ke atas rakyat [ yang pada mulanya hanya tidak bersetuju dalam beberapa perkara ], telah melahirkan gelombang kebangkitan rakyat yang tidak bersetuju dengan batang tubuh kerajaan UMNO dan BN itu sendiri .

12. Akhirnya rakyat telah memberikan harapan mereka kepada PAKATAN Rakyat yang kini kian bersinar memancarkan cahaya masa depan baru buat rakyat yang mendambakan keadilan , ketelusan dan kesaksamaan .

6 comments:

Unknown said...

Izinkan saya link ke blog saya.

ahmad said...

semakin dekat kita dgn Allah, semakin byk ujian akan menimpa.
Kami akan sentiasa menyokong ustaz.
Allah bersama2 org yg bersabar dan beriman

Anonymous said...

Pada hemat saya dan sudah tentu majoriti pencinta demokrasi di Malaysia akan bersimpati dengan PR. Siaplah pada PRU 13 nanti. Di Kedah tumbuh lagi Cawangan PAS di Kuala Sala. Kelab Penyokong PAS pula dah bertukar nama jadi Dewan Himpunan Penyokong PAS tentulah lagi berpengaruh dan mungkin akan jadi Dewan Himpunan PR. PAS juga adalah parti politik paling senior dalam PR.Dalam PR12 lepas ada calon PRU bukan Islam bertanding. Barangkali dalam PR13 nanti lebih ramai yang berbuat demikian! Dulu hal-hal begini tak ada sama sekali.

Rhino Rin said...

Di samping bertanya "Apakah Ada Sinar di Pagi Esok?" ...

Telek juga kedalam dada dan bertanya, "Apakah ada sinar di sini" mudah-mudahan jalan jadi terang.

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji said...

semoga segala kesulitan yg us hadapi akan mnjadi bunga2 yg mngharumkan ditamn2 yg hijau.

Abu Faiq said...

Assalamu 'alaikum Sdr NHT & para pelayar blog ini,

Sepatutnya dihantar saja satu memorandum bagi membubarkan terus SPR. Kenapa? Kerana SPR merupakan agensi di dalam sistem demokrasi yang mengelola pemilihan wakil rakyat dan MP, yang akhirnya duduk di dewan-dewan legislatif untuk membuat undag-undang bagi menggantikan hukum-hukum syara'
[syari'at] untuk memerintah negeri dan mengurus semua aspek kehidupan.
Bukankah sesuatu yang memmbawa kepada keharaman juga haram?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive