HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, December 9, 2009

USUS UMNO Sudah Busuk . Siri 3

Liberalisasi Ekonomi
UMNO buka ruang untuk
negara dijajah lagi

1. Beberapa minggu yang lalu Dewan Pemuda PAS Pusat menganjurkan satu sidang taklimat khas berkait isu ekonomi secara tertutup kepada semua EXCO DPPP yang disampaikan oleh pakar ekonomi dari Institut Polisi Studi Dewan Pemuda PAS Pusat .

2. Walaupun taklimat itu banyak berkisar mengenai review belanjawan negara yang dibentang oleh PM di parlimen , tetapi turut disorot beberapa isu ekonomi yang lain . Dari situ saya dapat banyak in put dan cuba membuat carian sendiri selepas itu dengan dibantu oleh sahabat - sahabat seperjuangan untuk melihat satu isu berkait liberalisasi ekonomi .

3. Saya melihat Singapura telah menurunkan kadar cukai korporat sebanyak 9 peratus sejak tahun 2000. Sedangkan cukai korporat Malaysia pada tahun 1998 adalah 28 peratus, tahun 2008 sebanyak 26 peratus dan tahun 2009 dikurangkan hanya kepada 25 peratus. Kegagalan pihak kerajaan menurunkan cukai korporat sama seperti Singapura menjadi salah satu punca kurangnya daya saing negara untuk menarik lebih banyak pelaburan.

4. Teknik liberalisasi PM Datuk Seri Najib :

Pemansuhan ekuiti bumiputera ,
kemasukan profesional luar negara ,
pemansuhan FIC
(Jawatankuasa Pelaburan Asing),

[ penjualan hartanah kepada rakyat Singapura tanpa melalui FIC dan sebagainya telah dilakukan dalam Iskandar Malaysia (IM). (FIC berperanan mengawal pelabur asing dan peratusan pemilikan mereka dalam sektor dalaman negara) ]

5. Cuba kita lihat Mengapa Kerajaan Ghairah melaksanakan liberalisasi ekonomi ?

· Di Iskandar Malaysia (IM) kerajaan telah mensasarkan RM47 bilion pelaburan, sehingga kini hampir mencapai sasaran iaitu RM41 bilion.

· Di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) kerajaan mensasarkan RM28 bilion, sehingga kini telah memperolehi RM8.36 bilion.

· Di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kerajaan mensasarkan sebanyak RM20 bilion, sehingga kini telah memperolehi lebih daripada sasaran iaitu RM22.7 bilion.

· Di Koridor Pembangunan Sabah (SDC) kerajaan mensasarkan RM16 bilion, setakat ini telah memperolehi RM3.75 bilion.

· Di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) kerajaan mensasarkan RM34 bilion, pencapaiannya sangat tinggi iaitu RM79.9 bilion.

· Jika dicampur keseluruhannya maka kerajaan mensasarkan RM145 bilion bagi lima koridor dan sekarang telah mencapai RM155.71 bilion.

6. Isi kandungan liberalisasi ekonomi negara adalah ;

· Pertama : penurunan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30% kepada 12.5%.
· Kedua : penurunan ekuiti bukan bumiputera daripada 25% kepada 12.5%.
· Ketiga : pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus.
· Keempat : pemansuhan FIC,
. Kelima : Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
· Dan yang terakhir peningkatan had nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM250,000 kepada RM500,000.

7. Kesan positif liberalisasi ekonomi : [ Pun begitu ada pihak berhujjah mengenai kesan positif dari liberalisasi ekonomi ini . Saya cuba senaraikan dulu hujjah mereka untuk dibanding dengan kesan negatifnya kelak .]

· Pertama : kesan positif daya saing negara akan meningkat. Pelabur akan datang melalui insentif yang diberikan. Ini terbukti daripada kesan liberalisasi ekonomi di lima koridor di atas.

· Kedua : adalah peningkatan 100 peratus had nilai hartanah untuk warga asing yang hendak membeli rumah di negara kita. Tentulah pemaju akan dapat keuntungan lebih dan kerajaan akan memperoleh hasil cukai yang lebih tinggi.

· Ketiga : peluang pekerjaan di negara kita akan bertambah. Maka kadar pengangguran akan berkurangan.

· Keempat : peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan mendapat limpahan daripada kehadiran pelaburan asing ini. Sektor perkhidmatan adalah sektor yang akan menerima kesan yang sangat positif.

· Kelima : eksport negara akan bertambah. Nilai ringgit boleh meningkat. Kerajaan akan mendapat pendapatan hasil daripada cukai yang berkaitan.

8. Kesan negatif liberalisasi ekonomi : [ Kita lihat pula kesan negatif dari Liberalisasi Ekonomi yang perlu dilihat secara jujur dan adil . ]

· Pertama : penurunan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30% kepada 12.5% telah mengurangkan peluang bumiputera untuk terlibat dalam sektor pelaburan di negara sendiri. Lebih malang lagi apabila pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49% kepada 70% (inilah maksud sebenar liberalisasi)

· Kedua : Najib tidak pun membantu Melayu, Cina atau India. Najib lebih mengutamakan orang asing (pelabur luar negara). Pada tahun 1970 an semasa DEB mahu digubal pegangan asing adalah 63.3%. Sekarang pegangan asing sudah 43.9%. Pegangan ekuiti bumiputera pada tahun 1970 an adalah 2.4%, sekarang 19.4%.

· Ketiga : Pada tahun 2009 dasar liberalisasi mahu menetapkan pegangan asing 70 peratus dan bumiputera 12.5 peratus (dikurangkan walaupun tahap sasaran adalah 30%) maka sebenarnya kerajaan mahu mengembalikan negara kita ke zaman sebelum DEB digubal. Jika kerajaan mensasarkan 30% pegangan ekuiti bumiputra dalam DEB, Bumiputera hanya mampu mencapai 19.4%.

[ Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 menunjukkan ekuiti Bumiputera masih berada di tahap yang rendah iaitu 18.9 peratus berbanding bukan Bumiputera (40.6 peratus) dan warga asing (32.5 peratus). Daripada keseluruhan pemilikan ekuiti Bumiputera berjumlah RM 120.4 juta, 15 peratus dimiliki oleh individu, institusi (2.2 peratus) dan agensi amanah (1.7 peratus) ]

· Keempat : Terlalu bergantung kepada pelaburan asing. Sepatutnya kerajaan membina pelabur-pelabur di kalangan rakyat Malaysia tidak kira apa jua bangsa. Kesetiaan mereka telah dipupuk dari bangku sekolah lagi. Pergantungan kepada pelaburan asing ini menjadikan ekonomi negara kita sangat rapuh.

[ Tun Mahathir juga menyatakan warga asing tidak setia. Mereka boleh keluar pada bila-bila masa sahaja. Secara logiknya, pelabur-pelabur ini adalah golongan kapitalis-kapitalis yang mementingkan untung semata-mata. Membunuh pesaing dalam ekonomi global adalah menjadi salah satu agendanya. Oleh itu negara kita sangat terdedah kepada perangkap kapitalis ini. ]

· Kelima : Jika kapitalis ini berpakat untuk keluar daripada negara kita, hanya 25 peratus pelaburan yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India sahaja.

· Keenam : Pemansuhan FIC yang ditukar sebahagian peranannya oleh EKUINAS. EKUINAS telah diberi peranan yang banyak dalam meningkatkan bumiputera dalam sektor pelaburan. Modal asas adalah RM500 juta. Dijangka akan meningkat ke pelaburan RM10 bilion. Semasa FIC berperanan dahulu nilai pelaburan bumiputera pernah mencapai RM54 bilion. Malangnya sekarang tinggal RM2 bilion. Soalnya ke manakah hilangnya RM52 bilion?

· Ketujuh : Kerajaan telah menurunkan ekuiti rakyat Malaysia daripada 55 % ( bumi 30%, bukan bumi 25%) kepada 25 peratus sahaja ( bumi 12.5% bukan bumi 12.5%). Sasaran ini terlalu rendah sekali. Berdasarkan kepada prestasi pemantauan kerajaan terhadap polisi yang telah digariskan sebelum ini maka tidak mustahil warga asing akan menjadi golongan pemodal yang kaya raya tetapi rakyat Malaysia akan menjadi golongan pekerja yang miskin.

9. Maka berlakunya jurang yang besar antara pelabur yang menguasai industri dengan pekerjanya yang terdiri daripada rakyat tempatan. Yang paling membimbangkan adalah perbezaan ini boleh membawa kesan tidak stabil dalam sosio-ekonomi dalam negara kita.

10. Negara kita terjajah kembali secara tidak rasmi !

Rejal Arbee bekas Ketua Pengarang NST berkata DEB, ekuiti bumiputera belum sampai 30% lagi sejak diperkenalkan. Hanya peruntukan 30% sahaja walaupun jumlah peribumi adalah sebanyak 60%. Walaupun belum tercapai, kini kerajaan melalui sistem liberalisasi sistem ingin pula mengurangkan kadar pencapaian bumiputera tersebut. - sumber Dewan Masyarakat Mei 2008

1 comments:

apaiiii said...

begitulah gaya pemimpin PAS... saudara pun saya golongkan dalam golongan yang rendah inteleknya... persepsi lebih penting dari kebenarannya... cuma pandai berkata-kata, andai ditakdirkan pemimpin seperti saudara memerintah negara ini, hatta sehari pun Malaysia tidak mampu bertahan dari gelombang serangan dari anasir luar...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive