HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, December 8, 2009

USUS UMNO Sudah Busuk . Siri 2

UMNO Cabul Hak Rakyat
Rampas Royalti Minyak

1. Rakyat tidak lagi percaya kepada kepimpinan UMNO dan BN terutama merujuk kepada kenyataan TPM [ 8 Julai 2009 ] bahawa soal royalty minyak Kelantan akan dijelaskan oleh Petronas sendiri dan UMNO dan BN kononnya tiada niat menyeleweng hak Kelantan.

2. Hal ini sememangnya telah dijangkakan kerana rakyat sudah sedar bagaimana sepanjang PAS mentadbir Terengganu dahulu royalty telah dijadikan wang Ihsan .

3. Wang sebanyak RM 253.6 juta yang dibayar oleh Petronas kepada Kelantan lesap tanpa diketahui ke mana alirannya (menurut http://www.chedet.cc/). Dikatakan bayaran telah bermula sejak tahun 1976 lagi. Stok Kelantan mampu memberi pulangan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada Kelantan jika semua telaga beroperasi.

4. Diperairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut :

* Blok A18,
* Blok B17 & C19,
* PM3,
* Sub-Blok Ular,
* PM301 & PM302,
* PM303,
* PM311 & 312

5. Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

6. APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN ? Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

* Kerajaan UMNO dan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

7. Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

8. Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.

* PASKelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

9. PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

10. Sebab itulah UMNO dan BN berusaha keras untuk merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi UMNO dan BN untuk merampas Kelantan semula.

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion). Sebab itulah UMNO dan BN mahu merampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.


1 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Cerita pasal telaga minyak ni, sudah sekian lama beberapa syarikat-syarikat minyak luar pantai ni meneroka dan mengeluarkan minyak dan gas dari blok-blok yang dinyatakan seperti dalam blog Ustaz. Saya terlibat secara langsung diblok-blok tersebut sejak beberapa tahun lalu. Sejak isu royalti Kelantan tercetus, sebenarnya Umno/BN memang dah kena "check-mate" oleh Tok Guru dan seharusnyalah Najib & pihak kerajaan BN akur bagi mengembalikan hak kepada rakyat Kelantan termasuk tunggakan royalti sejak beberapa tahun lalu yang telah disembunyikan. Kebenaran ini sedang disaksikan sendiri oleh rakyat Kelantan dan rakyat negeri2 lain seperti Terengganu yang sedang bekerja diatas pelantar dan blok-blok tersebut. Tiada apa lagi yang tersembunyi. Terang-terang penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN. Tak tahulah macam mana Kerajaan BN nak menjawab dihadapan Allah di akhirat nanti. Bukan sedikit, terlalu banyak. Kalau sedikit pun kita tak sanggup, inikan pulak dosa yang terang dan tidak terhitung. Siapa yang bertanggungjawab? PM, TPM, Jemaah Kabinet? Yang Pasti UMNO & Kerajaan BN!!! Kepada penguasa, orang yang meragut handbag, memandu tanpa lesen mereka kena saman, kena tangkap dan dipenjarakan hinggakan sesetengah yg bersalah di hukum mati. Bagaimana pula yang mencuri minyak & gas yang bernilai berbilion ringgit? Kenapa mereka yang mencuri minyak itu tidak di tangkap, di penjara atau di hukum mati kalau sabit kesalan???

Apa disebalik "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"???

Soalannya: Rakyat yang mana? Rakyat yang kuat makan rasuahkah? Pencapaian apa? pencapain siapa yang paling banyak hasil rompakankah?

Wallahu a'lam.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive