HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, December 5, 2009

USUS UMNO Sudah Busuk

1. UMNO kini busuk sampai ke usus .... begitulah kesat dan kerasnya kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamed terhadap UMNO parti yang dianggotainya sejak sekian lama malah 22 tahun beliau memimpinnya sebagai presiden .

2. Saya tidak terperanjat atas tamsil [ perumpamaan ] yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir terhadap UMNO . Sebelum ini seorang sasterawan negara Dato' Shahnon Ahmad pernah menulis sebuah novel kontraversi yang berjudul SHIT turut mengumpamakan UMNO seperti SHIT [ najis yang busuk ] di dalam novel tersebut .

3. Jika busuknya telah sampai ke usus ertinya UMNO kini sangat kritikal . Ianya seperti cancer di tahap 4 yang sukar lagi dirawat . Ironisnya , kritikan keras lagi kesat oleh Tun Dr. Mahathir ini di saat Dato' Seri Najib dan orang - orangnya sedang bertungkus lumus untuk menyelamatkan UMNO dan BN . Pelbagai alat bantu pernafasan digunakan malah UMNO telah diletakkan dalam unit rawatan rapi [ ICU ] sebelum ini .

4. Pengakuan Tun Dr. Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun tidak boleh dipandang sebelah mata melainkan ini adalah satu pandangan yang jelas mendedahkan kedudukan UMNO yang sangat serius dan kritikal . UMNO sedang bertarung dan berjuang untuk terus bernafas dan hidup biarpun peluangnya semakin tipis .

5. Pendedahan berani ini sekaligus meletakkan segala usaha Dato' Seri Najib sebenarnya gagal dan tidak berkesan untuk menyelamatkan UMNO . Pastinya langkah - langkah drastik yang diambil oleh Dato' Najib dan teamnya sudah terlambat . Penyakitnya telah membusuk dan busuknya telah sampai ke usus .

6. Slogan 1 Malaysia hanya mampu mempertahankan pesonanya tidak melepasi 5 bulan kepimpinan dan pentadbiran Dato Seri Najib . Sebaliknya satu persatu kerapuhan dan ketepuan slogan 1 Malaysia didedah serta terdedah kepalsuannya . UMNO membawa 1 Malaysia dalam circle minda perkauman UMNO yang masih tebal .

7. Slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan turut tercemar dengan CPI negara yang sangat teruk dan kini menjunam ke tangga 52 . Rasuah masih melata malah perasuah masih tega diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka . Penyalahgunaan dana negara sangat ketara melalui pendedahan laporan audit negara . Pengurusan kewangan yang merugikan rakyat dan negara . Akhirnya slogan itu berbunyi selayaknya iaitu : Rakyat kena dulu dan Pemimpin diutamakan .

8. Mungkin sebahagian rakyat terpukau dengan keindahan slogan baru UMNO sekaligus menguburkan Islam Hadhari yang telah menelan belanja ratusan juta ringgit untuk dipromosi dan dipaksa kepada rakyat agar menganutnya sebelum ini . Entah berapa ratus juta pula wang rakyat akan dilaburkan untuk memaksa rakyat menghayati dan memahami slogan baru yang belum ada kitab rujukan rasminya lagi .

9. Ertinya kini rakyat mula faham dan nampak dengan ainul yaqin bahawa UMNO hanya berseloka dengan slogan - slogan indah guna memujuk dan menghiburkan diri yang kini sedang berjuang menyambung sisa nyawa yang masih ada . Sambil cuba mempertahankan keegoaannya dengan meyakinkan orang ramai bahawa ia masih sihat dan kuat . Sedang slogan itu hanya mahu melindungi busuk dan buruk yang sedang menjalar sampai ke usus .

10. Tun Dr. Mahathir bukan budak jalanan UMNO juga bukan budak pejabat UMNO . Tun Dr. Mahathir juga bukan hanya tukang masak UMNO dan tidak juga budak suruhan UMNO . Tetapi Tun Dr Mahathir adalah pengasas UMNO Baru . Tun Dr. Mahathir adalah arkitek dan designer UMNO seketika dulu . Tun Dr. Mahathir adalah ahli dan pemimpin besar UMNO yang pernah bertakhta selama 22 tahun dikerusi utamanya . Maka kenyataan Tun Dr. Mahathir bukan kata - kata penjual ubat kurap dikaki lima tetapi kenyataan dari doktor pakar yang telah masak dengan pesakitnya . Begitulah mengingatkan kita kenyataan Tengku Ahmad Rithauden [ Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO ] yang menegaskan bahawa tiada jalan mahu menyelamatkan UMNO melainkan mesti putera , pemuda , wanita dan puteri UMNO dibubarkan .

Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive