HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, December 5, 2009

USUS UMNO Sudah Busuk

1. UMNO kini busuk sampai ke usus .... begitulah kesat dan kerasnya kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamed terhadap UMNO parti yang dianggotainya sejak sekian lama malah 22 tahun beliau memimpinnya sebagai presiden .

2. Saya tidak terperanjat atas tamsil [ perumpamaan ] yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir terhadap UMNO . Sebelum ini seorang sasterawan negara Dato' Shahnon Ahmad pernah menulis sebuah novel kontraversi yang berjudul SHIT turut mengumpamakan UMNO seperti SHIT [ najis yang busuk ] di dalam novel tersebut .

3. Jika busuknya telah sampai ke usus ertinya UMNO kini sangat kritikal . Ianya seperti cancer di tahap 4 yang sukar lagi dirawat . Ironisnya , kritikan keras lagi kesat oleh Tun Dr. Mahathir ini di saat Dato' Seri Najib dan orang - orangnya sedang bertungkus lumus untuk menyelamatkan UMNO dan BN . Pelbagai alat bantu pernafasan digunakan malah UMNO telah diletakkan dalam unit rawatan rapi [ ICU ] sebelum ini .

4. Pengakuan Tun Dr. Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun tidak boleh dipandang sebelah mata melainkan ini adalah satu pandangan yang jelas mendedahkan kedudukan UMNO yang sangat serius dan kritikal . UMNO sedang bertarung dan berjuang untuk terus bernafas dan hidup biarpun peluangnya semakin tipis .

5. Pendedahan berani ini sekaligus meletakkan segala usaha Dato' Seri Najib sebenarnya gagal dan tidak berkesan untuk menyelamatkan UMNO . Pastinya langkah - langkah drastik yang diambil oleh Dato' Najib dan teamnya sudah terlambat . Penyakitnya telah membusuk dan busuknya telah sampai ke usus .

6. Slogan 1 Malaysia hanya mampu mempertahankan pesonanya tidak melepasi 5 bulan kepimpinan dan pentadbiran Dato Seri Najib . Sebaliknya satu persatu kerapuhan dan ketepuan slogan 1 Malaysia didedah serta terdedah kepalsuannya . UMNO membawa 1 Malaysia dalam circle minda perkauman UMNO yang masih tebal .

7. Slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan turut tercemar dengan CPI negara yang sangat teruk dan kini menjunam ke tangga 52 . Rasuah masih melata malah perasuah masih tega diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka . Penyalahgunaan dana negara sangat ketara melalui pendedahan laporan audit negara . Pengurusan kewangan yang merugikan rakyat dan negara . Akhirnya slogan itu berbunyi selayaknya iaitu : Rakyat kena dulu dan Pemimpin diutamakan .

8. Mungkin sebahagian rakyat terpukau dengan keindahan slogan baru UMNO sekaligus menguburkan Islam Hadhari yang telah menelan belanja ratusan juta ringgit untuk dipromosi dan dipaksa kepada rakyat agar menganutnya sebelum ini . Entah berapa ratus juta pula wang rakyat akan dilaburkan untuk memaksa rakyat menghayati dan memahami slogan baru yang belum ada kitab rujukan rasminya lagi .

9. Ertinya kini rakyat mula faham dan nampak dengan ainul yaqin bahawa UMNO hanya berseloka dengan slogan - slogan indah guna memujuk dan menghiburkan diri yang kini sedang berjuang menyambung sisa nyawa yang masih ada . Sambil cuba mempertahankan keegoaannya dengan meyakinkan orang ramai bahawa ia masih sihat dan kuat . Sedang slogan itu hanya mahu melindungi busuk dan buruk yang sedang menjalar sampai ke usus .

10. Tun Dr. Mahathir bukan budak jalanan UMNO juga bukan budak pejabat UMNO . Tun Dr. Mahathir juga bukan hanya tukang masak UMNO dan tidak juga budak suruhan UMNO . Tetapi Tun Dr Mahathir adalah pengasas UMNO Baru . Tun Dr. Mahathir adalah arkitek dan designer UMNO seketika dulu . Tun Dr. Mahathir adalah ahli dan pemimpin besar UMNO yang pernah bertakhta selama 22 tahun dikerusi utamanya . Maka kenyataan Tun Dr. Mahathir bukan kata - kata penjual ubat kurap dikaki lima tetapi kenyataan dari doktor pakar yang telah masak dengan pesakitnya . Begitulah mengingatkan kita kenyataan Tengku Ahmad Rithauden [ Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO ] yang menegaskan bahawa tiada jalan mahu menyelamatkan UMNO melainkan mesti putera , pemuda , wanita dan puteri UMNO dibubarkan .

6 comments:

sabri muda said...

Dr Mahathir adalah antara orang yang bertanggungjawab membusukkan usus UMNO. Sekarang ini beliau sedang menyaksikan hari2 kehancuran UMNO. Mungkin juga beliau sedang berada dalam tekanan yang teruk. Marilah kita serahkan urusannya pada Allah Taala yang maha bijaksana dalam setiap urusannya.

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum, Sdr Nasrudin & sdra-sdri Muslimin yg melayari blog ini,

Buruk sungguh kualiti diagnosis doktor yg satu ini. Setelah 4 th. tutup klinik baru sekarang tahu pesakitnya benar-benar sakit. Itu
pun baru dapat kesan simptomnya saja, belum penyakit dan kuman penyebabnya yang sebenar.

Doc, UMNO, sejak dari dalam rahim lagi sudah dipenuhi virus - VIRUS DEMOKRASI-KAPITALIS - yng dibawa oleh induknya - SEKULARISME. Perumahnya British [Barat] yang merebakkannya ke dlm
kepala-kepala agen perebaknya. Anda tak perasankah yg Anda pun salah satu agen perebaknya? Namun,22 tahun satu jangka masa yang sempat anti-body terbina di dalam badan dehingga seseorang jadi imune [lali] kepada penyakit.

Sekarang, legasi Anda - virus & penyakit bawaan Sekularisme yang Anda tinggalkan - sedang memakan setiap sel tubuh UMNO, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dan para pesakit di dalam UMNO itu pun sudah tidak memberi apa-apa reaksi kepada ubat-ubatan, kerana sudah selesa dengan keadaannya yang pesakitan beitu.

Biar si luncai terjun dgn labu-labunya!

Kami yg mengenali virus itu sejak awal, sudah sediakan kain kafan. Liang lahad sudah digali sejak dulu. Tiada talkin dan tahlil untuk Sekularisme.

Sdr Nasrudin, buat check-up untuk
diri Anda juga.

Anonymous said...

Begitulah mahathir... masa merintah nampak pencakar langit saja.. tak nampak taik d bwh... skrg dia lihat taik org lain lebih busuk dr taik dia sbb tu dia jeles...

Selangor said...

Pidato Rakyat ' Antara Royalti & Ihsan, Siapa Pengkhianat bangsa?
bersama

1- YB dato' Husam Musa ( Exco Kerajaan kelantan)
2- YB Khalid Samad ( Ahli Parlimen Shah alam)
3- YB Mohamed Azmin Ali ( Naib Presiden keADILan & Ahli Parlimen Gombak)
4- YB Dr Mohd Hatta Md Ramli ( Bendahari Agong PAS Pusat)
5- YB Saari sungib (ADUN Hulu Kelang)

pada 13/12/2009 (ahad) jam 9.00 malam di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, Lembah keramat, Hulu Kelang...

semua di jemput hadir beramai-ramai ...

tolong sebarkan demi kebenaran sejagat ...

Wish Come True said...

salam tuan, tolong jangan putar belit kenyataan dr m,
saya sertakan sedikit artikel tersebut, bukan dr m yg keluarkan kenyataan tersebut tapi seorang bekas pemimpin kanan umno ..

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

Anonymous said...

Tu la... Dah beritahu UMNO ni jenis tak boleh dibuat kawan. Busuk hingga ke dalam peruk. ada lagi ke yang teringin nak kat UMNO?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive