HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, January 22, 2010

Awasi Anasir Munafiqin

1. Golongan munafiqin adalah musuh Islam dan musuh kepada orang - orang yang beriman . Malah ia juga musuh kepada Gerakan Islam dan ia dikenali sebagai musuh dalam selimut .

2. Ia menjadi musuh kerana sifatnya menjadi gunting dalam lipatan , api dalam sekam , duri dalam daging , talam dua muka , gergaji dua mata dan lidah bercabang dua . Sikapnya penuh kepura - puraan . Ia juga tergolong dari golongan opurtunis yang licik mengambil kesempatan untuk menikam dari arah belakang dan mencetus propaganda dari dalam .

3. Golongan ini menjadi ancaman kepada Gerakan Islam di sepanjang zaman . Nabi saw. pernah bersabda :"

إن أخوف ما أخاف على أمتي كل مناقق عليم اللسان

Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua munafiqin yang petah lidahnya .

Munafiqin petah menatah bicara dan mengemukakan alasan guna mewajarkan apa jua tindakan mereka . Sesekali mereka menampilkan diri melalui perwatakan yang meyakinkan bahawa mereka adalah pejuang yang tulen dan berhak dihormati serta disanjungi . Sedang segalanya adalah palsu dan hipokrit .

Firman Allah swt :

إن المنافقين يخادعون الله وهو خادعهم و إذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراءون الناس و لا يذكرون الله إلا قليلا

Sesungguhnya golongan munafiqin , mereka mahu menipu Allah swt sedang Allah yang memperdayakan mereka dan apabila mereka mendirikan solat , mereka dirikan dalam keadaan malas , mereka menunjuk - nunjuk dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit .

4. Memang sukar untuk mengenali identiti golongan munafiq terutama mereka yang telah duduk sebaris dalam satu saff . Hanya Allah swt yang mengetahui siapakah mereka di tengah - tengah kelompok para pejuang di sebalik kibaran panji perjuangan . Secara zahir , tidak siapa yang dapat membezakannya . Bahasa harakinya sama seperti kita , mereka turut memakai uniform seorang pejuang . Bahkan mereka jua mampu membaca kitab perjuangan kita . Tiada perbedaan antara kita dengan mereka tetapi juga tiada persamaan . Hanya Allah swt jua Tuhan yang Maha Mengetahui di manakah perkara yang tidak sama antara pejuang Ansoorullah dengan petualang Munafiqin .

5. Secara asasnya , Al Quran dan sunnah telah manggariskan ciri - ciri atau kriteria untuk mengenali golongan munafiq ini . Antaranya :
Italic
a ] Berpaling dari melaksanakan hukum Allah [ an Nisa' : 60 - 61 ]
b ] Jahat adabnya terhadap Allah dan Rasul saw [ al Munafiqun : 5 / at Taubah : 61 ]
c ] Wala' [ kesetiaan ] mereka kepada musuh Allah swt [ al Hasyar : 11 ] d ] Negatif terhadap jihad [ Aali Imran : 167 ]
e ] Melakukan Mungkar dan menghalang perkara makruf [ at Taubah 67 ]
f ] Matlamat mereka ialah kepentingan mereka bukan redha Allah swt. [ al Hajj 11 ]
g ] Buruk akhlaknya terhadap anggota Gerakan Islam . [ al Ahzab 57 - 58 ]

6. Kepura - puraan mereka telah dijelaskan oleh Al quran dan ianya sangat mengelirukan . Nyata mereka bijak bersandiwara , petah berkata - kata , tajam berhujjah dan pintar membuat helah .

a ] Mereka melafazkan 2 kalimah syahadah [ al Munafiqun 1 ]
b ] Isytihar keiltizaman mereka terhadap Quran dan sunnah [ an Nisa' 81 ]
c ] Mereka juga mengerjakan solat [ an Nisa' 142 ]
d ] Mereka membaca alQuran [ al Bukhari bab Fadhail al Quran ]
e ] Bersedekah dan memberi derma [ at Taubah 54 ]
f ] Turut menghadhiri majlis Ilmu [ Muhammad 16 ]
g ] Membina masjid [ at Taubah 107 ]

7. Menyedari situasi ini , kita tidak boleh memandang ringan akan kehadhiran golongan munafiq . Mereka pada bila - bila masa akan memberi ancaman besar kepada perjuangan yang kita dokongan ini lantaran mereka berkeupayaan menyerang dari dalam secara halus tanpa disedari oleh sesiapa . Langkah berwaspada mesti diambil dan bertindak secara berpasukan adalah kewajipan . Pelihara segala adab berjamaah dan senantiasa bermunajat serta melazimi doa rabitah insyaallah , kita dan jamaah kita akan selamat .

8. Menghalang kewujudan golongan munafiqin ini terlalu sukar sebab terkadang ia lahir dari kalangan kita sendiri yang mewarisi sifat dan sikap mereka . Langkah yang perlu ialah mempertingkatkan proses pembinaan aqidah , fikrah dan syakhsiah disamping mengawal jamaah dari anasir munafiqin ini melalui pemerkasaan amal tarbawi.

9. Perjuangan Islam ini suci dan ia tetap akan dipelihara oleh Allah swt namun perlu ada kesungguhan dari setiap pimpinan dan anggota agar memastikan jamaah ini tidak menjadi sarang golongan munafiqin untuk mereka bermaharajalela melaksanakan agenda mereka .

10. Sudah cukup kejayaan mereka tatkala mereka berjaya menuetralkan semangat perjuangan Islam di kalangan anggotanya . Apa yang mereka mahu ialah melunturkan semangat jihad , mencetus kekeliruan dikalangan pimpinan jamaah , beriman dengan demokrasi dan membunuh konsep syura . Meleraikan ruh kepimpinan ulama' dan mengadu domba agar wujud pertelingkahan dan persengketaan yang panjang dari kalangan anggota dan pimpinan jamaah .


7 comments:

Hamba_Tuhan said...

Salam...
itu munafiq zaman Rsaw..
Tapi munafiq zaman skrg lagi payah nak detect...
sebab..
munafiq zaman sekarang tak kenal diri dia munafiq...
tu yg bahay akhir zaman ni...
musuh islam tu jauh lebih licik..
kita sangaka kita sudah kenal musuh,
rupa2nya musuh yg cukup knl kita,
kita tak pernah kenal pun dia...huhu

Anonymous said...

terima kasih ustaz...
doakan kami kat mesir ni..macam2 dah belaku

Anonymous said...

Yang lagi syok bila simunafiq pula tolong peringat "jaga-jaga ada munafiq" macam pencuri lari kata woi kejar ada pencuri. amacam!

Anonymous said...

assalamualaikum...

kita tidak berhak mengatakan si fulan ini dan si fulan itu munafik dn sebagainya..

kerana mungkin pada diri kita juga ada sifat munafik..kita seharusnya menilai diri kita dahulu dan cuba mengislah masyarakat..

tiga ayat / tanda org munafik adalah :

1-ckp bohong..

2-janji tak tepati..

3-diberi amanah tapi khianat..

mungkin dalam seharian kita ada juga 3 sifat di atas yg kita lakukan..jadi, kita kene muhasabah diri kita juga sebelum kita menuding org lain..

jangan kerana seseorang itu mengikut PAS, lalu dengan mudah kita katakan mereka ini munafik (tidak secara lisan pun, secara hati)..jangan kerana org yg bekerja dalam PAS yg sebelum ini mereka adalah org2 jemaah2 lain lalu kita terus menilai mereka sebagai musuh dlm lipatan..barangkali mereka lebih berusaha memartabatkan islam berbanding kita semua..

isu mesir pun sama..kalau tak pmram, maka munafiklah kita..tak bersama pmram, maka pemecah belah la kita..adakah inilah nilaian seorang yang mengaku memahami manhaj dakwah rasulullah?

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra NHT & yang melayari blog ini,

1 Barangkali lebih mudah untuk menepis anasir perosak yang nyata berbanding yang datang di balik selimut; iaitu dalam bentuk fikrah [pemikiran/ideologi], dan konsep-
konsep atau amalan-amalan berupa fakta yang diambil drpada realiti. Anasir-anasir penyerang akidah umat berbentuk inilah yang telah terlalu banyak memesong dan merosakkan pemikiran umat lslam... konsep-konsep atau idea-idea spt Demokrasi, Kapitalisme,Pluralisme,
Liberalisme, Sekularisme, hak
asasi manusia [HAM], PBB, OIC, negara bangsa [nation states], FTA, undang-undang sivil dan mahkamah sivil yang tidak mengguna-pakai hukum syara', dialog antara agama [inter-faith confference/
IFC], persetaraan, co-existence, mutual respect, perjanjian internasional dengan kafir harbi fi'lan atau dengan sesama negeri umat lslam, persepakatan [coalition] dengan parti pendukung ideologi kufur, bahkan pilihan raya dalam sistem demokrasi untuk memilih wakil rakyat & MP [yang akhirnya 'mendaulatkan' manusia untuk membuat hukum sivil bagi mengganti hukum syara' [syari'at], dan banyak lagi.

2 Kerana itu, di dalam sistem bernegara & berpemerintahan yang berjalan sekarang, politikus Muslim pun telah menilai hal-hal tersebut sebagai sah-sah sahaja, take for granted, tanpa menilai apakah halal atau haram, boleh atau tidak dari kacamata atau standard [tolok ukur] lslam.

3 Ambil satu contoh yang paling dekat: DEMOKRASI. Ada politikus Muslim yang telah menamakan idea Demokrasi ini 'permata yang tercirir, yang hanya dikenal oleh
si bijaksana'. Pernyataan itu malah disandarkan pada sebuah hadis. Memang terdapat hadis tentang 'permata', tetapi sudah
tentu 'permata' dalam kerangka
pengertian lslam; ilmu lslam, fikrah lslam, tsaqafah lslam. Demokrasi itu daripada Greek, Athen, parlimen Rom kuno, Abraham Lincoln, hasil revolusi Perancis [Eropah]/ krisis teologi Kristian era Dark Ages Eropah. Tidak pernah di dalam lslam terdapat apa-apa perbincangan tentang Demokrasi - sebuah ideologi yang memberi sepenuh kedaulatan dan kekuasaan kepada manusia untuk membuat hukum yang melahirkan sekularisme. Munculnya pernyataan 'mensucikan'
Demokrasi itu umpama permata tidak lain kerana mengambil realiti sebagai sumber hukum.

4 ltu baru satu perangkap anasir 'penyesatan' fikrah -
tentang mentakrif Demokrsi .... Yang banyak lagi tersenarai itu....?

Wallahu a'lam.

Anonymous said...

kafir...taghut...munafik...fasiq

Tak habis2.

Kalau agak berlainan, ada sedikit teguran dan kritikan..untuk menutup mulut itulah perkataan yang dilabelkan..

Satu lagi ialah tak wala'.

Kemudian melarat-larat. Orang JIM, orang ABIM, orang syiah dll.

Dalam diri sendiri tidak dilihat. Mampukah aku? Betulkah aku? Ada penyelewengan ke aku? Tak cekapkah aku? Cakap tak serupa bikinkah aku? Berunding dalam gelapkah aku? Cah ketingkah aku?

Bertaqwalah...untuk orang lain. Wala'lah...untuk orang lain. Berjiwa besorlah... untuk orang lain.

Mudah2an kita sentiasa bermuhasabah diri sebagaimana Saidina Omar sering bermuhasabah sebelum beliau melelapkan mata.

Anonymous said...

alah.....bersepah si muanfik dalam pas.

dalam penulisan ustaz tantawi kita kali nih..kena baca berlapis2

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive