HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, January 19, 2010

Hapuskan Politik Cantas

1. Sehari dua ini , sekali lagi PAS dilanda gelora dan kini isu berkait dengan politik cantas atau "cas keting" . Dalam erti kata lain ialah politik saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain dari kalangan anggota sepasukan atau sejamaah .

2. Ianya jelas kelihatan sangat negatif malah bertentangan dengan disiplin dan akhlak berjamaah justeru intima' [ penyertaan ] kita ke dalam jamaah Islam ini adalah untuk mencari keredhaan Allah swt. bukan nama , kedudukan , pangkat dan jawatan .

3. Jawatan hanyalah amanah yang mesti dipikul dengan penuh tanggngjawab . Tiada kebanggaan dari jawatan yang disandang melainkan beban yang akan dipersoal oleh Allah swt kelak . Memahami realiti ini , sewajarnya politik cantas mencantas sesama sendiri tidak berlaku sebaliknya apa yang selayaknya ialah Fastabiqul khairat [ berlumba - lumba membuat kebajikan ] .

4. Tindakan saling jatuh menjatuhkan sesama anggota jamaah Islam adalah satu pelanggaran disiplin dan akhlak jamaah yang serius . Ianya dibayangi oleh nafsu yang tidak baik dan dipengaruhi pula oleh unsur yang negatif [ mazmumah ] seperti hubbu Jaah [ gila kemasyhuran ] dan hubbu Riyasah [ gila jawatan ] .

5. Apa yang mahu dikejar dalam perjuangan ini sehingga sanggup cantas mencantas ? sedang tugas dan tanggungjawab terlalu banyak untuk dilaksanakan . Gerakan Islam bukan medan untuk mencari kemasyhuran dan bukan pula medan memburu kekayaan . Sayugianya kita bahu membahu bukan siku menyiku dan kita kuat menguat antara satu sama lain bukan cantas mencantas .

6. Jangan kita terpengaruh dengan cara musuh berpolitik dan jangan biarkan nafsu menguasai diri . Berjuanglah dengan tenang dan ikhlas . Hiasi diri dan jamaah ini dengan disiplin , akhlak dan adab berjamaah sebagaimana yang dikehendaki oleh sunnah perjuangan yang diasaskan oleh baginda Rasul saw .

7. Suka saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatan adalah beban yang mesti dipikul bukan direbut dan tanggungjawab adalah amanah yang mesti ditunai bukan untuk dibanggakan . Jangan lihat sahabat seperjuangan seperti menjeling ke arah musuh . Jangan biarkan pra sangka mendahului husnu zaan ketika kita menilai sahabat seperjuangan . Kalau hanya berbeza pandangan dan pendapat , tidak seharusnya dibaca sebagai permusuhan sehinggakan mewajarkan kita mencantas atau menjatuhkannya .

8. Sewajarnya kita memperkayakan jamaah ini dengan semangat kasih sayang [ ukhuwwah filah ] , hormat menghormati , harga menghargai , faham memahami malah percaya mempercayai antara anggota sesama anggota demikian juga pimpinan sesama pimpinan . Katakan tidak kepada curiga mencurigai dan hasad dengki atas kejayaan , kemajuan dan kehebatan sahabat seperjuangan yang lain .

9. Andai terdapat sesuatu tindakan anggota yang dianggap membawa kerosakan dan kebinasaan kepada jamaah , kita mempunyai Jawatan kuasa Disiplin parti yang menilai dan menguruskannya . Kita juga ada muktamar di semua peringkat parti untuk mengukur prestasi dan reputasi anggota . Kita juga ada majlis mesyuarat dipelbagai peringkat untuk membuat keputusan . Asaskan segala tindakan melalui prinsip amal Islami yang meletakkan syura sebagai satu mekanisme membuat keputusan dan mengawal parti .

10. Jadilah anggota atau pimpinan jamaah yang baik dan soleh .

a] Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah
b] Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang .
c] Tutup segala ruang buat syaithan menguasai minda
d] Pelihara adab dan akhlak berjamaah .
e] Patuhi peraturan dan tatacara jamaah .
f] Dengar dan taat arahan pimpinan .
g] Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri .
h] Hormati pandangan sahabat seperjuangan
i ] Urus konflik dengan bijak , adil , telus dan jujur .
j ] Memuktamadkan keputusan melalui sistem syura

9 comments:

Anonymous said...

hebat sungguh tulisan ustaz....tapi jgn cakap la pasal politik rasul savv...politik yg mengamalkan akhlak yg baik...mengamal prinsip yg di perturunkan oleh al quran kalau politik ustaz sendiri kotor...renungkanlah....saya telah bersiap dgn segala fakta pembohongan ustaz

Abu Faiq said...

Asaalamu 'alaikum sdra NHT & semua yang melayari blog ini,

1 Subha Allah! Alangklah sungguh mulia jika sahaja yang dituangkan di dalam bentuk kata-kata itu dizahirkan pula ke dalam bentuk amalan : persis dan BENAR, tanpa penyimpangan walau seurat benang sekalipun ... berjalan semata-mata di atas rel/manhaj nubuwwah...

2 Oleh kerana lslam tidak pernah menyisihkan politik drp akidah dan syari'atnya, [bahkan memang memfardhukannya supaya hukum-hukum & sistem lslam berjaya dizahirkan di dalam kehidupan sebenar bagi mengurus segala aspeknya: politik, bernegara/berpemerintahan, undang-undang, sosial, ekonomi dsb], maka politik WAJIB dijadikan wadah & wahana yang paling mulia untuk melaksanakan kewajipan amar ma'ruf nahi munkar. ltulah politik yang tsaqafah [pemikiran & tariqah/
ideologi]-nya ditegakkan di atas
kesedaran bahawa berpolitik, seperti juga amal-amal yang lain, tidak pernah sekali-kali terlepas dari 'perhatian Allah', tidak
terkecuali dari pertimbangan dosa-pahala, halal-haram, salah-bathil, syurga dan neraka.

3 Mana-mana parti politik dan ahli-ahlinya yang bersandar pada tsaqafah lslamiyyah secara benar, maka jadilah aktiviti politik sebagai ibadah kepada Allah. Jika tidak, jadilah aktiviti berpolitik itu maksiat kepada Allah - amar ma'ruf amar munkar - selain hanya penganiayaan ke atas umat yang nasib mereka sewajibnya dibela.

4 Bukankah sedang berleluasa sekarang ini aktiviti berpolitik dijadikan pintu masuknya rasuah
melempah-ruah? Politik untuk mengumpul harta dengan jalan yang tidak sah? Peruntukan menyusut, bahkan 'hilang'? Kuasa diguna
untuk merompak harta negara dan merampas hak rakyat? Politik
'merompak kuasa' [cak keting & politik cantas] untuk merompak takhta? Keadilan hilang kerana tertutup wang? Juga politik yang mendukung fikrah kufur, seperti; Demokrasi, Kapitalism, Pluralisme, Sekularisme, hak asasi manusia, kesamataraan agama, majlis/dialog antara agama, FTA? apolitik yang memunculkan mutual respect & co-existence agar seganding & sebahu dengan negara-negara kafir harbi fi'lan spt AS, Britain, Perancis, Australia atau Belanda dsb? Bahkan, bukankah juga ada politik yang mengkompromi & mensekongkolkan ideologi wahyu [lslam] dengan fikrah, ideologi & tariqah kufur? BELUM LENGKAPKAH ISLAM INI? Itu belum lagi dilihat pertelagahan politik sesama umat lslam yang akhirnya memecah-belahkan mereka di atas keharaman yang dilaknat oleh agama dan Allah mereka sendri. Anehnya, pada waktu yang sama, boleh pula mereka
'bersaudara' dengan parti-parti pendukung fikrah & ideologi kufur.

5 Malang sekali, semua kerosakan ini - yang TIDAK LAIN KERANA SALAH KAJI DAN SALAH TAFSIR TERHADAP JALAN BERPOLITIKNYA RASULULLAH SAW serta cara berpolitik Khilafaur Rasyidin & khalifah-khalifah kemudiannya ra. sehingga amat memburukkan wajah politik lslam - sedang dilakukan oleh umat lslam sendiri.

6 Yang pasti, segala bentuk
'kedangkalan' berpolitk seperti
ini tentu dapat dibersihkan dengan tertegaknya Daulah Khilafah kelak, insya Allah.

Wallahu a'lam.

Anonymous said...

assalamualaikum ust din.

ana hairan, isu umpama cantas-mencantas ni masih hidup subur ke dalam gerakan PAS sendiri?

kite takut masalah ade pada PAS sendiri yg x mampu mengawal ahli apatah lagi mendidik ahli dgn akhlak Islam dan mentarbiah mereka sbg fardu muslim..

apakah masalah pokok sebenarnye? sebab ana rase ni hanyelah simptom kepada penyakit yg kite tau atau tidak punca sebenarnye..

sekian, wassalam

p/s: kpd anon di atas, harap anda x mencaci ust membuta tuli. kalo ade bukti tolong tunjukkan. memfitnah org soleh atas perkara yg x dilakukan adalah dosa yg nyata dlm Islam..

Anonymous said...

Salam,

Moga kita akan teguh bersatu hendaknya......

----aidilbalsus.blogspot.com----

Firdauz-AMAL Indera Mahkota

Anonymous said...

salam..

Anonymous..kalau sekadar nak cakap dan rasa best..takyaj tegur la kat sini macam tu..kononnya nampak baik..padahal pengecut dan pemalas..nama sendiri pun tak letak.Orang lain nak mati dah bela Islam,anta khayal best lagi

along,rompin

Anonymous said...

maaf..tadi tu ustaz untuk anymous yang pelik2 ni..yang kata ustaz bohong.kekadang takyah postkan je yang macam2 tu..takde nilai langsung..dah la tak wat keje ape pun untuk menangkan Islam

Anonymous said...

assalamualaikum.

ana cadangkan ust bace n ulas rukun tsiqah dalam rukun baiah 10 yg disusun Imam Hassan AlBanna utk panduan ahli gerakan PAS sendiri..

ini linknya http://www.al-ikhwan.net/perspektif-ats-tsiqah-yang-diinginkan-atas-setiap-ikhwah-2782/

yes said...

Assalamualaikum,

Ya lah ustaz, terima lah cadangan mereka yang kata ulasan yang tak sehaluan dengan ustaz tu tak payah di terima di blog ini. Siarkan sahaja pandangan yang memuja memuji ustaz. Barulah sedap mata membaca dan telinga mendengar.

Mana mungkin Pas melakukan kesalahan, hanya orang UMNO sahaja yang selalu melakukan kesalahan. Tak sekali pun mereka melakukan perkara yang betul.

Pemimpin pemimpin Pas semuanya adalah terdiri dari mereka yang baik akhlaknya.

Ahli Sekaligus said...

amboi sedap tulis je.Buatnye tak. Cakap berdegar-degar, tindakannya tarak.
Aku ada cerita baik punya.
Ada seorang bekas AJK Dewan Muslimat PAS Pahang. Nama dia aku tak nak sebutlah. Dia nampak ada potensi sebab gerak-kerja dia bagus, rajin turun cawangan dan kawasan buat usrah, program dsb. Tetiba, apabila pemimpin tertinggi nampak macam nak lawan dia dalam pemilihan, segera disekat segala aktiviti. Usrah yang dibuat oleh beliau disekat. Yang aku herannya, pemimpin tertinggi lebih rela tiada usrah diperingkat bawah daripada dikendalikan oleh AJK Muslimat tadi. Pemimpin kononya tidak mahu ajk dia lebih glamour dari ketua. Begitu juga dalam hal perasmian mes agung muslimat kawasan2, orang2 yg tak sebulu dengan ketua langsung tidak diberi peluang. Benda-benda seperti ini sulah lama bersarang dalam pemikiran kebanyakan pemimpin PAS. Bimbang sangat kalau ahli lebih laju dari ketua, sedang ketua, pemimpin hanya pandai bercakap saja, buatnya tidak.
Ahli-ahli bawahan jadi meluat di sebabkan perkara2 ini. cakapnya ikhlas, tapi bila kalah dalam pemilihan mengamuk macam kena rasuk hantu.
Tolong tengok sikit, wahai pemimpin, tengok dengan mata dan mata hati.
Dalam pemudapun apa kurangnya, banyak agenda tersembunyi sudah dihidu oleh ahli2. Sekat orang tu, pecat orang ni, yang terbaru Pak Lah Karim yang kome dulu puja-puja.
Itupun berani lagi tulis macam di atas.
Aku rasa ustaz tulis ni masa tangah mabuk, tak sedar apa yang dia cakap. Tak pun masa ustaz tengah mengigau dalam tidur.
Tulisan sangat indah tapi kosong rohnya.
Kesian pemimpin2 PAS perasan dirinya baik, sedangkan ramai ahli sudah tahu yang diaorang sedang mamai.
Tengok saja keliling anda mana perginya mereka yang kuat membantu PAS dalam PRU10, tahun 1999. Kebanyakan mereka menyembunyikan kuku sekarang. Kenapa? ustaz tak pikir ke? Di Maran, di Temerloh, di Kuantan, dalam pemuda dan di mana-mana saja.
Jangan ustaz hanya pandai hukumi mereka dengan orang tercicir, tak tahan dijui dsb.
Pemimpin mesti lebih bijak, cerdik, tangkas dari ahli2. Kalau tidak mesti kena pelangkung dengan ahli2. Faham tak?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive