HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 18, 2010

Berdakwah satu Kepuasan

1. Dewan Pemuda PAS Pusat baru sahaja selesai menyempurnakan lawatan kerjanya yang pertama ke negeri Sabah bagi sessi ini .

2. Selain pertemuan dengan anggota pemuda PAS Sabah , mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat Sabah [ SEPAKAT ] dan menyampaikan kuliah serta ceramah , kami juga turun ke padang menyempurnakan misi dakwah .

3. Pengalaman saya sepuluh tahun yang lalu masih segar dalam ingatan bagaimana kami dari team Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang turun mengedar risalah dan dakwah kepada masyarakat sempena sambutan tahun baru . Pada waktu itu , saya rasa sungguh malu dan segan melakukan aktiviti sebegini . Seolah - olah semua orang memandang ke arah saya . Akhirnya saya hulurkan risalah dan kemudiannya terus lari meninggalkan mereka terpinga - pinga menerima risalah .

4. Peringkat awal , saya sendiri berasa tidak selesa , janggal dan kerdil untuk menyertai operasi dakwah sebegini . Takdir Allah swt pada sekitar tahun 2004 sewaktu menyertai operasi dakwah dan amar makruf nahi mungkar ke Teluk Chempedak Kuantan , saya di beri pengalaman berharga oleh Allah swt yang akhirnya menjadikan saya lebih yakin , berani , gembira dan puas dengan aktiviti dakwah seperti ini .

5. Pengalaman berharga yang saya maksudkan itu ialah apabila salah seorang pasangan muda lelaki dan perempuan sedang bercekerama di celah batu besar di Teluk Chempedak menerima risalah yang saya hulurkan [ berjudul : Jauhi Gejala Sosial yang Negatif ] dan kemudiannya mengekori saya tanpa disedari oleh saya sendiri sehingga selesai operasi dan saya mahu pulang ke rumah , mereka memintas dan menahan kenderaan saya .

6. Permulaannya saya jangka mereka mahu belasah saya . Rasa berdebar dan resah tetapi bersedia menerima apa jua kemungkinan . Saya hanya seorang diri pada masa itu berpisah dari kumpulan untuk pulang ke rumah . Rupa - rupa pasangan anak muda tadi menerpa saya untuk meminta maaf sambil menangis dan mencium tangan meminta saya membimbing mereka ke jalan yang benar .

7. Semenjak itu , saya yakin , seronok , gembira dan puas jika sesekali berkesempatan menyertai operasi dakwah sedemikian dan ianya bertolak dari beberapa nokhtah nilai :

a] Saya dapat berinteraksi langsung dengan sasaran dakwah [ madu'u ] yang sebenar .
b] Islam dibawa keluar dari 4 penjuru dinding masjid dan surau .
c] Gembira dapat membantu insan yang leka dan lalai agar insaf dan sedar .
d] Mempertingkatkan skil dakwah dan memperhalusi method / uslub dakwah
e] Menghubungkan saya dengan pelbagai ragam dan karenah masyarakat
f] Menunaikan perintah Allah swt dalam berdakwah
g] Bangga dan puas apabila madu'u insaf dan bertaubat malah saya sendiri turut insaf

8. Insyaallah , Dewan Pemuda PAS akan terus mengaktifkan aktiviti dakwah dengan mempelbagaikan method . Satu kursus kejurulatihan dakwah akan diadakan untuk melatih petugas - petugas dakwah agar lebih seni , halus dan berkesan dalam membuat sentuhan dakwah kepada ummah .

9. Malah satu cabaran baru akan ditangani oleh Dewan Pemuda PAS kini ialah dakwah kepada golongan non muslim . Saya sifatkan ianya baru bagi Dewan Pemuda PAS kerana ini adalah pengalaman yang belum pernah diterokai secara rasmi dan serius sebelum daripada ini . Matlamatnya ialah untuk memberi gambaran yang positif mengenai Islam setelah sebahagian besar non muslim mengalami Islamophobia .

10. Kita adalah pendakwah bukan penghukum ! , pendekatan berasaskan prinsip ini akan digerakkan sepenuhnya . Insyaallah , pada 23 dan 24 hb January ini saya bersama Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan kembara dakwah melalui jalan keretapi dari Kuala Lumpur , Melaka , dan Johor dengan pelbagai aktiviti di sepanjang persinggahan atau stesen selama 2 hari . Siapa nak ikut ... jom dakwah !

9 comments:

pemerhati said...

Saya sarankan dalam kursus dakwah nanti, jemput Ust Farhan Abdullah Pengerusi PERKID utk sama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu berdakwah terutama kepada golongan non-muslim..
Ustaz kenalkan Ustaz Farhan ni..
beliau bekas Kristian sabah dan kini sangat aktif berdakwah dan telah menubuhkan maahad tahfiz jika tak silap saya di Seri Kembangan...

Anonymous said...

kepada tuan yang bernama hasan tantawi sedarlah bahawa tuan hanya berdakwah untuk tujuan agenda politik saja ,, untuk glamour, memecah belahkan, dengan kopiah besar, isu kalimah allah kecut perut untuk bersuara takut hilang populariti, takut DAP marah, kalau masa pilihanraya hebat ajak berjihad dengan UMNO, nak fisabilillah dengan isu kalimah allah kecut, tak usah nak berdakwah lah..buat malu kepada kopiah yang dipakai saja. buang saja kopiah tu..semua isu yang panas tunding jari ke UMNO untuk di kambing hitamkan konon2 kamu orang berkopiah tak melakukan salah, penakut... kalau tuan guru boleh kata celaka untuk penulis blog... untuk apa layak dikata untuk kamu..

nazmi said...

bagaimana jika saya ingin menyertai program2 dakwah yang ustaz anjurkan? adakah kena isi apa2 borang yang perlu?

Anonymous said...

ada juga yang komen pasal penggunaan kalimah Allah disini, adakah kamu tahu hukum?? saya sarankan kamu belajar lagi.. sehigga tahu apa itu Islam.

jangan mudah menuduh orang!!

syahmi said...

nampaknya ada orang yang masih tak cukup maklumat mengenai pendirian dan pegangan jemaah terhadap isu kalimah Allah. atau beliau buat2 tak nak ambil tahu. beliau kene ingat isu ni adalah perkara khilaf. isu ni perlu lebih banyak menerang dan bukan menyerang.

saya harap ustaz dan rakan lebih bersabar. itu semua kemuncup je ustaz. nnt sama-samalah kita buang kemuncup agar laluan kita lebih lancar.

Anonymous said...

Salam..mmg ketara bza bila kita bca komen org yg btul2 mlaksanakn tugas Allah dan mngatakan prkara benar dri org yg hnya pndai cri ksalahn org lain dan brpura2 tgakkn islam demi kpntingan diri..mudah2an ustaz trus thabat dan sabar...dan bimbinglah pemuda2 ke arah mncapai mardhothillah..Doakan ana dan sahabt2 ana utk trus istiqamah dlm brdakwah...Syukran Ustaz..

JOM DAKWAH..

~alitamim88~

Anonymous said...

Assalamu'alaikum... kepada anon,hasan tantawi mana ni??? Ish2 ,lucu la kamu ni... Paling melucukan boleh baca niat orang... tak apalha,semoga kamu berbahagia dengan dunia kamu...

Ibnu Rashid said...

salam ustaz, betul la pengalaman yg ustaz lakarkan tu, saya sendiri ikut serta pada hari ustaz dan rombongan di tamu putatan tu. pertama kali, ikut dakwah mcm tu..memang rasa janggal...almaklumlah...ramai kenalan yg kita jumpa di sana tu...tapi seronok la bila dapat buat kerja2 amal mcm tu...
jom dakwah..

Pagar besi said...

kepada tuan...

tuan,dalam gerak geri dan sepanjang penglibatan tuan sehingga hari ini,,memang tepat tuan sebagai seorang ahli politik dan bukannya sebagai ahli agama..sesunguhnya peranan dan tanggungjawab tuan dalam memimpin pemuda pas,parti yang konon memperjuangkan islam adalah merupakan sayap penting untuk menengakan apa jua yang bersangkutan dengan hal ehwal agama..kerana tuan dan rakan2 selalu dan acap kali menuduh UMNO sebagai parti yang menentang hukum dan tidak Islamik..beberapa isu yang berkaitan dengan agama contoh nya rampasan arak diselangor,isu pengunaan kalimah ALLAH dan isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang,menampak kan Pemuda Pas tidak begitu kosisten dalam menagani perkara perkara ini...malahan lebih teruk dari dari pendekatan yang dibawa oleh Umno terutamanya melalui sayap pemuda nya....mungkin kepentingan politik pas membuatkan tindakan tuan agak terbatas...kerana semua isu ini dibangkitkan oleh sahabat karib pas iaitu DAP...Andai kata isu ini ditimbul kan oleh UMNO,,maka pelbagai tohmahan,kritikan dan mungkin sekali lagi kafir lah UMNO...Pemuda Pas hanya berani menghentam Pemuda UMNO yang satu kiblat,satu shahadah dan satu rumpun tetapi demi DAP semua nya manis walaupun pahit,,pahit pahit pun telan juga...agama diletakkan disebelah,,politik diambil dan diletakkan di pangkuan riba anda..Ambillah iktibar kisah kejatuhan Saidina Osman...Renung2 kan lah.....

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive