HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, January 16, 2010

Islam berpotensi besar di Sabah

1. Sejurus selesai sidang media pagi tadi di Kota Kinabalu , sessi mesyuarat khas SEPAKAT [ Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat ] pula dilangsungkan . Sementara malamnya saya dijadualkan 2 program berkembar iaitu Kuliah maghrib di Masjid Tamparuli dan Ceramah umum di Tuaran .

2. Hujan agak lebat di Tuaran namun alhamdulillah ianya tidak menghalang ummat Islam tempatan untuk keluar menuntut ilmu di masjid . Kelihatan mereka sangat gembira menerima kunjungan penceramah dari semenanjung .

[ sempat bergambar di Jambatan Tamparuli yang masyhur itu ]

3. Saya mengambil kesempatan ini untuk memberi penekanan kepada beberapa nokhtah penting buat ummat Islam di Sabah setelah saya melihat potensi besar untuk Islam bertapak dan berkembang di bumi bawah bayu ini .

4. Pertama : Soal Ubudiyyah , agar diri dibentuk dan dibina dibawah pengaruh pengabdian diri kepada Allah swt. Laksana perintah Allah dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah swt . Taat dan patuh serta taqarrub kepada Allah swt . Jauhkan syirik dan elakkan tindakan atau perkataan yang mempersenda agama dan syariat Allah swt . Yang halal dikata halal dan yang haram dikata haram .

5. Kedua : Basmi kejahilan dengan menuntut ilmu dan menguasai sumber Islam iaitu al quranul karim sebagai kitab petunjuk . Tanpa memahami al quran Islam tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik jauh sekali untuk menghayatinya . Sementara kejahilan membawa manusia menjadi derhaka dan kufur kepada Allah swt .

6. Ketiga : Sebarkan ilmu yang dimiliki kepada kaum keluarga terdekat , jiran tetangga dan masyarakat . Jangan biarkan Islam terkepong dalam 4 penjuru dinding surau dan masjid . Pastikan Islam sampai ke setiap pintu rumah dan hati manusia .

7. Keempat : Pertahankan Islam dari sebarang anasir yang cuba untuk melumpuhkan Islam dan memadam cahayanya . Jangan biarkan Islam dipersenda dan dipermain oleh mereka yang tidak bertanggungjawab .

8. Alhamdulillah , kelihatan jamaah di Masjid Tamparuli menginsafi 4 perkara yang saya tegaskan secara panjang lebar hampir satu jam sebelum saya turun ke Tuaran untuk bertemu pula masyarakat di sana . Ikrar yang mereka berikan sangat meyakinkan bahawa mereka adalah jiwa yang subur untuk Islam bertapak dan berkembang di sini .

9. Selepas menyampaikan ceramah , seperti biasa , saya mengambil kesempatan untuk bertemu dengan beberapa hadhirin khasnya anak - anak muda untuk memberi galakan dan penegasan secara personal atau direct kepada mereka bahawa negara dan masa depan rakyat banyak bergantung kepada peranan anak muda dalam membawa perubahan besar kepada negara .

10. Jiwa mereka segar dan waja . Hanya mereka perlukan bimbingan dan sentuhan kerohanian dari pemimpin laksana seorang murabbi dan mursyid. Kehadhiran mereka meyakinkan saya bahawa masa depan Islam di Sabah sangat berpotensi .

10 comments:

Unknown said...

Salam ust. Selamat datang lagi ke Sabah. Mohon tunjuk ajar dan pengalaman daripada ust khususnya di bumi Sabah ini

Anonymous said...

Salam ustaz, tahniah atas kehadiran Ustaz ke Sabah baru-baru ini. tapi sayang, kenapa ulasan ustaz di atas terlalu akademik, susah nak faham. harap dapat diberi penerangan dengan contoh yang lebih mudah. terima kasih. bekerja untuk Islam kerana Allah.

Anonymous said...

Salam ustaz,

PAS Pusat/DPPP perlu memulakan langkah menyeluruh di Sabah dan Sarawak untuk memastikan persoalan Ubudiyah, Ilmu dan penyebaran Islam subur disana. Tidak mungkin ia dapat dibuat dengan berkesan melalui lawatan tahunan da'i dari semenanjung.

Usaha melahirkan da'i-da'i tempatan yang memahami budaya mereka dan juga boleh berkomunikasi dalam 'dialect' mereka perlu dimulakan sekarang !

Amanahkan BPPNS dan kawasan berkemampuan utk menubuhkan dan menaja tahfiz-tahfiz di Sabah dan Sarawak.Insha Allah dalam 3 tahun, kita akan menyaksikan berbondong-bondong anak Sabah dan Sarawak menyampaikan Islam kepada kaum kerabat mereka.

Ini akan lebih berkesan dari da'i semenanjung yang dicurigai mempunyai niat menjajah mereka.

Masyarakat tempatan akan bertambah memahami Islam dan menyokongnya.

Hulu Kelang

Anonymous said...

Tahniah Tuan atas usaha yang tidak mengenal sempadan ini. Bagaimana pula dengan kisah yang dipaparkan di: http://jiwokelate.wordpress.com/2010/01/16/rm23-juta-huih-banyak-tu-betul-sheih-tulis/

Apa yang kami pejuang PAS bawahan nak jawab jika awam mendakwa bagi kpd PAS pun lingkup juga? Mcm 2 x 5 je. Cuma UMNO dia bantai lagi banyak je.

Abu Faiq said...

Assalamu 'alaikum, sdra NHT & semua yang melayari blog ini,

1 Pada awal lslam, logiknya Makkahlah wilayah berpotensi besar bagi lslam, sebab pendukung lslam terawal yang langsung dibina oleh Nabi SAW wujud di Makkah. Ternyata bukan Makkah, sebaliknya Madinah al-Munawwarah... sedangkan Makkah hanya di'lslam'kan sepuluh tahun selepas Hijrah. Kenapa? Sebab pra-syarat bagi berpotensinya lslam
'hidup', berkembang dan berdaulat di satu-satu wilayah hanya jika ia didukung oleh ahlul quwwah - suatu bentuk pemerintahan yang sengaja mencurahkan seluruh kekuatan & potensinya demi menerapkan [melaksanakan] sistem lslam [syari'at]. lnilah kaedah/tariqah mendukung lslam YANG BENAR, yang dicontohkan oleh Aus & Khazraj [Ansar] yang kuat-kuat mendukung cita-cita Muhajirin. ltulah Daulah lslam [pada era Nabi SAW], yang kemudian dinamakan pula Daulah Khilafah [pada era para khalifah]. Walhal, sebelumnya, jika sahaja Nabi SAW mahu menerima tawaran bersyarat daripada kafir Qurisy [supaya berhenti mendakwahkan lslam], Nabi SAW sudah bernegara di Makkah - berkongsi dengan kabilah-kabilah Quraisy kafir. Tapi, lslam bukan untuk dikompromi atau disekongkolkan dengan kaum kafir, atau dicampur-baurkan pemikiran [ideologi]-nya dengan pemikiran dan ideologi kufur.

2 Sekarang cara pendukungan lslam bukan secara jama'i [kolektif] seperti cara Daulah lslamiyyah Nabi SAW atau Daulah Khilafah, sebaliknya hanya dukungan per individu belaka. Sebab itu, kalau ada individu yang sangat takarrub kpda Allah mereka,
...alhamdulillah, dan kalau ada yang mahu jadi kaki memaksiati Allah pula,... terpulang ! Sedaihnya, inilah yang didakwahkan [walaupun bukan salah], sehingga akhirnya lslam hanya wujud di dalam diri individu, bukan di dalam umat sebagai satu jamaah [ummataan wahidah], apatah lagi secara kaffah pula.

3 Kerana itu tidak wujud lagi sekarang apa dipanggil jama'atul Muslimin yang pemikiran, perasaan dan aturan kehidupan mereka diikat oleh ikatan akidah dan syari'at. Yang ada kini hanya individu-individu Muslim... serupa apa yang berlaku di Sabah dengan apa yang terdapat di negeri-negeri lain di M'sia, itulah individu-individu Muslim, bukan jamaatul Muslimin... Serupa juga dengan yang sedang berjalan di negeri-negeri umat lslam lain di seluruh dunia yang jumlahnya lebih daripada 50; berpakat di dalam OIC, tetapi tetap kerdil, lemah, dan 'kecil-kecil' belaka di depan pemegang tali teraju dunia - AS & seluruh hadharah Kristian-sekular-kapitalis Barat.

4 Oleh itu, di samping mendakwahkan lslam untuk individu, marilah dakwahkan juga perkara yang mempastikan hukum-hukum syara' [syari'at] dapat terlaksana secara kaffah - Daulah Khilafah. Wallahu a'lam.

Unknown said...

Salam Ustaz.Ana ni Asyraf, bilalah gamaknya boleh jumpa ustaz,ana mohon maaf ustaz, ana tak pegi demo Palestin 8hb ari tu..rasa nyesal bangat, ana sekarang kerja Putrajaya, menetap di bndar Bukit Puchong, tp dalam kawasan Sepang dan Cwgn yang terdekat dengan ana Cwangan Pulau Meranti, Cwangn ni merujuk kpd seorng pakcik yg ada kat sini,hanya dia dan family dia 2,3 orang je yang ada utk mengaktifkan Cwangan ni, masa pilihan raya memang ramai dan rmah dia lah yg dibuat markas, skrag dah ada markas tp tak aktif, dia kata patutnya dah bubar cwangn ni, sebab berapa kali dah tak buat mesyurat agong sebab krg korum.ana tengok pun syiar kat tempat ana duduk ni sikit sangat. mintak tlg ustaz kalau ustaz ada kenalan kat sini, ana nak cuba hidupkan cwangn ni. tapi ana sorang je ada kat sini. dah lama dah ana tak gi usrah, rasa dah lain macam dah sekarang...moga-moga dgn doa ustaz, ana thabat dan istiqomah dalam perjuangan ni.amin...

Anonymous said...

salam..
alhamdulillah Allah hantar ustz ke negeri yg kami cinta krn Allah..sy sudah lama duduk kt semenanjung namun jiwa sy tetap mencintai hamba2 Allah di Sabah yg amat prihatin antra satu sama lain wlu berlainan agama..sy yg pakai purdah ditegur oleh pemuda pemandu bas mini kampung spy berjaga2 anak lelaki sy tidak melintas jalan sebrangan pd hal dia x nampak mcm muslim pun..wlupun luaran mereka nampak 'rock' tp mereka prihatin keselamatan org lain dn jiwa mereka sgt respect Islam dn sgt pandang tinggi guru2 agama. tips sepanjang zaman klu nak ambi hati org Sabah ni (pesanan dr arwah ayah puluhan thun dahulu) JANGAN SOMBONG dn tunjukkan kita hormati masyarakat setempat..mencbar kadang2 tu tp inilah cara yg terbaik..terlalu byk kahwin berlainan bangsa dn mualaf yg amat ramai kdang2 sukar nak ikut klu dah biasa dgn keselesaan beragama di Semnanjung ni terutama bab salam2..dahulukan akhlak mulia perlahan2 mereka dapat melihat dlm perjuangan politik Islam..insyaAllah..PASTI d kg saya tahun ni kena sewa tambahan dua rumah lagi..pelajar berlipat ganda..t kasih Allah t ksh pejuang2 Islam..maaf zahir batin..t kasih ya ustaz dan dtanglah lagi dgn rombongan yg lebih ramai khususnya muslimah dn remaja

Edaran Husna (KT 0386368-K) said...

Salam dari mansurah... sy terbuka picture mukhyam pemuda Pks indon jd sngt berharap kita dapat buat jauh lebih baik dari diorang..

biar pemuda kita mantap2 jasadnya hehe..

ni link picture diorang http://www.pk-sejahtera.org/v2/main.php?op=isi&id=8485

Anonymous said...

kalau ustaz nk islam berkmbg pest d sbh n swk, pastikn da'i2 mmpu kuasai dialek sbh n swak. bkn apa trdpt ustaz2 yg lama tggal d sbh n swak tapi msh x boleh ckp bhs tempatn. lagi satu biarlah usha dakwah 2 berterusan. satu lg nasihat, jgn asyik guna bhs x elok trhdp msyakt, mrk x tau bnyk psl agma. kena sabar dlm dakwah, insya Allah pasti org akn faham akn islam. semoga terus berjuang.

Anonymous said...

Kenapa setiap kali dikomen tidak muncul...ana berckp yg hak yg benar...jgn takut dgn kebenaran ustaz...pk1

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive