HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, January 10, 2010

Bebaskan Al Quds

1. Sewaktu saya menyerahkan memorundum kepada Duta Mesir Hani Abd Kader di Pejabat Kedutaannya , beliau bertanya kepada saya :

" Kamu ni Nasrudin , saya tahu kamu belajar di Mesir dan kamu kenal Mesir . Sekarang kamu nak sokong Mr. Galloway yang bukan Islam atau Husni Mubarak sedang ia seorang muslim ."

2. Kemudian dia berpaling kepada Yb. Salahuddin Ayub : Kamu tahu tahu berapa ramai orang Mesir dibunuh oleh Israel .....

3. Saya dan Yb. Salahudin cuba memberi penjelasan bahawa bantahan kita bukan untuk mempertahan dan menjulang Mr. Galloway tetapi yang kita perjuangkan ialah nasib ummat Islam di Palestine . Sementara George Galloway telah memimpin VIVA Palestine untuk membawa bekalan ubatan , makanan dan minuman kepada ummat Islam di Palestine .

4. Harapkan Mesir sebagai sebuah kerajaan besar mewakili ummat Islam di zaman ini , apakah usaha berkesan Mesir untuk memastikan penindasan dan kekejaman Israel ke atas ummat Islam di Palestine khususnya Gaza ? Sehingga hari ini entah berapa jenis perjanjian damai telah dilakukan dan dimateri di Mesir tetapi sehingga kini masih belum merubah apa - apa .

5. Sebaliknya Mesir semakin dilihat menjadi boneka kepada Yahudi dan Amerika . Menghalang rombongan VIVA Palestine dan menyusahkan usaha mereka membawa masuk sumbangan untuk ummat Islam adalah sebahagian dari tindakan yang mendapat kecaman dari seluruh ummat Islam . Tidak timbul nak sokong Galloway atau Husni Mubarak justeru isunya ialah Galloway membawa bekalan makanan dan ubat kepada penduduk Gaza sedang Kerajaan Mesir menghalang dan menyusahkannya .




5 comments:

su ha said...

Mesir lagi gila sekutu kuat Israel.

Abu Faqihah 74 said...

arab mesir ust..banyak sgt dolak dalik..sekejap ahlan wa sahlan..sekejap mamnu' dukhul...biasa la tuu...

nuruddin said...

dah nama pon keturunan firaun tuh masih melekat lagi...

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra NHT & yang melayari blog ini,

1 Al-Quds [Palestin] bukan bumi milik Mesir semata-mata, atau Malaysia, lran atau lndonesia, atau mana-mana negeri asobiyyah Arab Timur Tengah per individu. Al-Quds bumi milik seluruh umat lslam [Lihat pengakuan tegas Sultan Mohammad al-Fateh]. Oleh itu, bergantung harap kepada Mesir - yang otak politik dan dasarnya
telah jelas-jelas distiringkan oleh AS/lsrael - bagi membebaskan al-Quds dari penjajahan brutal lsrael, sampai kiamat pun mustahil terjadi [selagi tidak berlaku penjernihan di dalam otak politik negeri Hosni Mubarak itu khasnya, dan otak politik seluruh dunia lslam amnya]. Bahkan, sekadar utk membantu rakyat melarat Palestin mendapatkan bekalan air minuman sahaja Mesir menjadi begitu kecut perut hanya oleh sekali lirikan mata Yahudi. Lihat saja jawapan dutanya kepada Anda sekalian: begitu mengecil dan mengecut keberaniannya untuk dia perkaitkan
kesengsaraan rakyat Palestin dengan kezaliman order/rejim dunia global, sehingga kedatangan seorang George Galloway dilihat begitu besar ancamannya tehadap Hosni Mubarak, & meminta pula kaum Muslim ikut memusuhi usaha baiknya [terlepas daripada niat & agenda tersembunyi Galloway]. Lupa dia betapa dasar yang didukung oleh negerinyalah [baca: Hosni Mubarak] sebenarnya lebih memudaratkan lslam dan umat lslam.

2 lsrael negeri sah di sisi PBB. Negeri 'anak haram' ini [dikandung oleh British tetapi dilahirkan oleh PBB] jadi besar kepala bukan kerana dia besar, tetapi kerana dia melihat umat lslam dan dunia lslam begitu kecil; sampah saja. Dia tahu benar, apa-apa yang berkaitan lsrael, dunia lslam bukan berdepan dengan Netahyahu, atau Arial Sharon, atau Ehud Barak, tetapi dengan PBB [baca; AS dan seluruh tamadun Kristian-Barat yang menggendongnya sejak 1948]. Oleh kerana itu, bagi penyelesaian isu Palestin, once ane for all, umat lslam WAJIB bergerak sederap dan serentak bagaimana PBB telah dan sedang digunakan oleh sederap dan serentaknya seluruh kekuataan tamadun Kristian-Barat mendukung dan mampastikan survival lsrael. Bukankah itu yang telah dilaksanakan oleh Khalifah Umat al-Khaththab ra. dan panglima besar Daulah Islamiyyagh Salahuddn al-Ayubi untuk pembebasan al-Quds dari takluk Nasrani?

3 Dunia lslam kini telah terpecah-belah kepada 'kampung-kampung' kedil yang lemah. Untuk kembali membentuk 'dunia', iaitu Dunia lslam, para pemimpin umat lslam, khususnya para politikus mereka, kena ada minda besar dengan WAJIB membaca semula pelan besar agenda Khaifah Umar al-Ktathtab dan jiwa besar Salahuddin al-Ayubi. Barulah sumpah Sultan Mohammad al-Fateh dapat ditebus semula.

4 Apa agenda besar itu? Tegakkan kembali Daulah lslamiyyah - Daulah
Khilafah.

Anonymous said...

Salam Bagi pandangan saya semua ini adalah helah-helah yahudi belake...Supaya orang islam berbalah antara satu sama lain.Seluruh umat islam marah kepada Mesir Husni Mubarak
kerana sekat rombongan George Galloway.Sedangkan beliau adalah seorang ahli parlimen di salah sebuah negara di Eropah....Jadi dengan rombongan itu menampakkan Eropah ini baik ....yang Jahat adalah Mesir...Sedangkan Eropah bersekongkol dengan Israel....ini tektik belaka....cerdik sungguh Israel guna trip...orng islam termakan juga dgn mainan politik mereka....sedar2 la.....jangan mengharap bantuan dari orang kafir dan org islam(munafikin)yang bersekongkol dengan israel...Ingat...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive