HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, January 1, 2010

Himpunan Aman dan Serah Memo


HIMPUNAN AMAN DAN
SERAHAN MEMO BANTAHAN

TINDAKAN MESIR
MENYEKAT ROMBONGAN BANTUAN
“PALESTINE SOLIDARITY CAMPAIGN”


Dewan pemuda PAS Pusat membantah sekeras – kerasnya tindakan Kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza. Malangnya, kini Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh Kerajaan Mesir.

Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.

Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah. Mereka sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza pada 27 Disember 2010 sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.

Bagi membantah tindakan tersebut, Pemuda PAS akan menyerahkan satu memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir :

Tarikh : 8 Januari 2010 [ Jumaat ]
Masa : Jam 1.15 pm [ solat Jumaat di Masjid Tabung Haji ] Jalan Ampang .
[ jam 2.00 pm : berarak dan berkumpul di Kedutaan Mesir ]

Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan agar semua rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh NGO – NGO yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.

4 comments:

ainulMardhiah said...

salam ustaz.terima kasih atas info ini.mari ramai2 pegi sertai himpunan palestin...saudara kita dijajah.apa tindakan kita????takbir!!!! syukran ustaz..

Anonymous said...

ketika Puak Herald menang kes mereka tersenyum lebar, ketawa besar.... sakit hati melihatnya... hr ni guna nama allah utk tujuan terbitan di akhbar mereka.... SELEPAS INI APA PULA? Baik dicegah sekarang drpd SATU MASA NANTI digunakan perkataan Allah itu untuk memesongkan AKIDAH UMAT ISLAM TERUTAMANYA KANAK2 & ANAK2 MUDA. Saya kecewa dengan PAS mengapa masih berdiam diri, statement YB Dato Hj Taib Azimudin menjadi penawar hati.... Beliau cukup2 berani... DEMI APA... DEMI AGAMA & AKIDAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA... Cukuplah Golongan Kafir dah memperkotak-katikan Agama kita ini di seluruh Dunia, kini dah berjangkit ke Negara Kita pula.... Saya mahu tau pendirian KETUA PEMUDA PAS PUSAT YG SAYA AMAT HORMATI INI.... (Saya tau pasti komen ini xkan keluar tapi TOLONGLAH...INI BUKAN HAL POLITIK TP AGAMA KITA)... SAYA BANTAH KEPUTUSAN MAHKAMAH....

ALLAHUAKHBAR

"ANAK JATI WANGSA MAJU"

Anonymous said...

terima kasih Tuan KPP kerna menyiarkan komen saya... saya x mau kita terima nasib yg sama seperti teman kita di Indonesia... ramai anak2 muda di sana yg telah berjaya dimurtadkan dgn menggunakan Kalimah Allah...

"ANAK JATI WANGSA MAJU"

eden said...

Kalau tidak sah keislaman seseorang dengan paksaan..
Siapa lak nak mengesahkan islam ke tidak seseorang tu walaupun dia tidak dipaksa?
lagi satu ni kita kata kita islam tapi sebenarnya di sisi Allah kita tak Islam macamana tu ustaz...
walaupun kita tak tinggal sembahyang, puasa, zakat, haji. tapi disisi Allah kita tidak termasuk dalam orang yang beragama Islam camana tu ustaz...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive