Tinggal Perkara Yang Tidak Bermanafaat
1. Hari ini suasana subuh agak hening. Cuaca kelihatan seperti hujan akan turun pada bila - bila masa . Namun hati ini terasa damai dan tenang . Agak sukar untuk menemui saat seperti ini .
2. Saya segera melangkah ke surau ar Raudhah untuk solat subuh berjamaah dan kemudian menyampaikan kuliah . Telah menjadi rutin hidup ini jika saya berkesempatan berada di rumah, saya akan berjamaah bersama sahabat - sahabat di surau Ar Raudhah .
3. Biarpun kedudukan surau ini hanya sepelaung sahaja jaraknya dari rumah , saya hanya berkesempatan sehari dua sahaja dalam seminggu untuk bersama sahabat - sahabat di sekitar Taman Pelindung Perdana ini . Selebihnya , masa saya banyak dihabiskan di luar kerana memenuhi keperluan dan melaksanakan tuntutan perjuangan Islam ini .
4. Masih segar dalam ingatan ini bagaimana naqib usrah saya semasa belajar di Mesir dulu , selalu mengungkapkan kalimah yang dipopularkan oleh Imam Hassan al Banna iaitu al waajibat aksara minal awqaat , iaitu kewajipan jauh lebih banyak dari masa yang ada kepada kita .

5. Justeru itu , kita diajar supaya tidak membazirkan masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah . Kebetulan kuliah subuh saya pada pagi ini membawa satu hadis Nabi saw :
Sebahagian dari keindahan Islam seseorang itu ialah meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan manafaat .
من حسن الإسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Sebahagian dari keindahan Islam seseorang itu ialah meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan manafaat .
Hadis Hasan Riwayat Imam Tarmizi , Ibnu Majah dan Imam Malik
6. Perkara yang tidak mendatangkan manafaat ini tidak semestinya hanya dari perkara haram semata - mata tetapi juga dari perkara - perkara halal menurut hukum syara' namun ia tidak mendatang manafaat kepada kita . Contoh mudah ialah berbual kosong di kedai kopi , tidur hingga mencecah 7 atau 8 jam sehari , termenung dan berangan - angan . Sungguhpun perbuatan ini tidak membawa kepada haram tetapi ia telah mengambil banyak dari masa kita yang sememangnya terhad .
7. Fenomena ini masih membelenggu sebahagian dari anggota jamaah kita . Akhirnya banyak tugasan jamaah dan tanggungjawab atau amanah tidak berjaya dilaksanakan dengan baik . Kalau pun siap , ianya disiapkan dalam keadaan tergesa - gesa mengejar waktu dan akhirnya tidak menghasilkan kualiti yang tinggi dalam prestasi kerja sebagai seorang yang bergelar pejuang .
8. Sebagai seorang pejuang , kita sewajarnya peka dalam perkara seperti ini , kerana fail kita masih bertimbun di pejabat dan ianya belum disemak . Frame work kita telah berhabuk kerana belum diterjemah dalam tindakan . Lebih malang jika pejabat kita juga telah bersawang kerana lama kita tidak beroperasi . Kita seperti tidak ada masa untuk bertindak . Tidak tahu ke mana habisnya masa kita . Namun apa yang pasti , matahari terbit dan tenggelam dengan begitu pantas sedang tanggungjawab dan amanah masih terlalu banyak yang belum dilunaskan .
9. Cuba kita hitung sejenak bagaimana masa kita berlalu sementara tugas kita sebagai pejuang menuntut komitmen terhadap masa yang begitu tinggi daripada kita . Termenung di bilik air , khayal di kusyen empuk , asyik di kaca TV , berbual kosong di kedai kopi , berangan di meja makan , leka berchatting , tidur melewati batas , alpa bermain game , melayari blog - blog yang tidak mendatangkan faedah dan maklumat , bergayut di telefon dan berSMS dalam perkara yang tidak penting .
10. Sayugianya wahai sahabat seperjuangan , Tinggalkanlah perkara yang tidak mendatangkan manafaat kepada diri mu ! demikian itu sebahagian dari keindahan dan kecantikan Islam seseorang . Begitulah terlebih wajar bagi seorang muslim meninggalkan perkara - perkara yang diharamkan oleh Allah swt lantaran ia pasti tidak mendatangkan manafaat .

6 comments:
Salam ustaz. Terima kasih atas artikel. trkena pd btg hidung. terasa betapa saya sblm ni hanya bnyk brmain2 je. apatah lg nak sebut prjuangan.
Syukran ustaz,artikel kali ni amat bermanfaat buat diri saya. Barokalloh feek :)
salam.ustaz hadis salah ejaan.sepatutnya من حسن إسلام المرء bukan الإسلام المرءwallahua'lam.
insyaAllah.baru blaja hadis tu las week. sgt simple tp sgt susah untuk practik. semoga semua pejuang dakwah islam diberi kekuatan.
salam.. ustaz bukan duduk di balok ke?sudah pindah ke pelindung?
Assalamualaikum ustaz,
Bukan semua blog tidak mendatangkan faedah.
Tidak mengapa kalau ustaz tidak menyiarkan komen saya. Asalkan ustaz seorang tahu pun sudahlah.
Kebelakangan ini rakyat amat tak puas hati dengan pemimpin Pas, dari yang paling atas hinggalah pemimpin bawahan. Pas seolah olah lembab menyampaikan maklumat. Misalnya isu Allah sehingga hari ini Pas tidak memberi penerangan kenapa ia menyokong.
Apa yang kami mahu adalah penjelasan yang nyata, jangan cakap berbelit belit .
Juga isu kucar kacir pentadbiran Kelantan. Harakah senyap membisu, pemimpin kecut tak memberi penerangan pada ahli. Ini menyebabkan kami rasa Pas adalah 2x5 dengan UMNO.
Post a Comment