HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, February 3, 2010

Jangan Lunturkan Nilai Wala'

Cintailah Jamaah
Jangan Mengkhianatinya .

1. Antara prinsip keutuhan dan kekuatan berjamaah ialah perlaksanaan konsep al wala' yang betul dan benar .

2. Istilah al wala' memberi banyak erti dan nilai perlaksanaan ke arah membentuk sebuah Gerakan Islam yang mantap dan berwibawa .

3. Selain kesetiaan , kejujuran , tidak berlaku curang , tidak khianat terhadap jamaah serta kepimpinannya , al wala' juga meletakkan anggota dan pimpinan jamaah sedia akur terhadap dasar dan prinsip serta peraturan dan arahan jamaah . Dengar dan taat menjadi sebahagian daripadanya . [ bacaan lanjut boleh klik di PAS : Konsep al Wala' ]

4. Tanggapan al wala' akan menjadikan anggota jamaah terkongkong dan tidak bebas untuk memberi pandangan dan teguran terhadap pimpinan mereka , adalah satu tanggapan yang liar dan tidak berasas . Sebaliknya tanggapan itu lebih bersifat prejudis terhadap prinsip mulia ini . Ia dilihat sebagai satu percubaan untuk membebaskan diri dari ikatan al wala' bagi membolehkan ia bebas tanpa kawal , mengkritik jamaah dan pimpinan secara terbuka sekaligus melondehkan segala kelemahan dengan meng"atasnama"kan kebebasan bersuara dan hak individu [ peribadi ] dalam bertindak , menulis dan bersuara .

5. Al Wala' sebagaimana saya sebutkan diatas menjadi asas keutuhan berjamaah , justeru ia adalah manifestasi dari sebuah kesetiaan dan kejujuran berjuang dan berjamaah . Kesetiaan dan kejujuran ini pula membawa kita membina ukhuwwah fillah [ persaudaraan berasaskan iman dan taat kepada Allah swt ] . Prinsip inilah menjadikan jamaah kita utuh dan sukar ditembusi oleh "peluru" musuh untuk memporakperandakan jamaah dari dalam .

6. Al Wala' bukan mengongkong anggota jamaah tetapi mengawal dan membentenginya agar kukuh dan kuat . Jika sesebuah organisasi biarpun apa dasar perjuangannya membebaskan diri dari kesetiaan dan kejujuran lalu membiarkan anggota bebas keluar dan masuk serta bebas pula mengkritik dan melondehkan kelemahan , saya yakin organisasi itu sedang menuju kehancuran dan kemusnahan .

7. Sewajarnya diinsafi bahawa :

a ] Kesilapan adalah untuk diperbetulkan ,
b ] Kelemahan adalah untuk diperbaiki dan
c ] Kekurangan adalah untuk ditampung
.

Lantaran itu , Gerakan Islam seperti PAS sememangnya telah menyediakan saluran yang mencukupi untuk sebarang usaha

a ] memperbetulkan kesilapan ,
b ] memperbaiki kelemahan dan
c ] menampung segala kekurangan .

Ianya sayugia dilakukan oleh anggota dan pimpinan jamaah malah ia boleh dilakukan dalam prinsip al Wala' yang benar dan tepat tanpa perlu membebaskan diri dari ikatan al Wala' juga tidak perlu membuat satu usaha untuk memberi persepsi yang salah dan buruk terhadap konsep al Wala' .

8. Al Wala' tidak menghalang anggota untuk menegur pimpinan mereka demikian juga sebaliknya . Sebagaimana Al Wala' pula tidak membenarkan anggotanya mematuhi arahan pimpinan secara membabi buta sekalipun membabi celik . Apa yang dikehendaki dari al Wala' ialah bersedia untuk menegur pemimpin jika ia salah dan bercanggah tindakannya dengan syara' demi setia dan jujur kepada jamaah . [ bukankah Islam mengajar tiada dengar dan taat kepada makhluk dalam perkara yang memaksiatkan khaliq - Allah swt ]

9. Namun ia tidak bermaksud merendah dan menjatuhkan kredebiliti juga maruah pimpinan dengan kritikan dan teguran yang tidak beradab serta terbuka kepada umum seperti sengaja mahu membina persepsi buruk dan negatif terhadap pimpinan agar mudah untuk diguling dan dijatuhkan kelak . Wal'iyazubillah .

Dalam kedudukan yang sama , dengar dan taat kepada pimpinan selama mana ia tidak menyuruh ke arah melakukan maksiat dan mungkar adalah satu kewajipan dan amanah anggota terhadap kepimpinannya . [ bukankah Islam mengajar kita dengar dan taatlah kepada pimpinan sekalipun dalam perkara yang kita suka atau tidak suka .] bacaan lanjut boleh klik di Dengar dan Taat Arahan Pimpinan.

10. Prinsip tegur menegur , bina membina , nasihat menasihati dan kritik mengkritik adalah suatu yang sangat baik malah turut diajar oleh agama bahkan saya sangat setuju ianya dihidup suburkan dalam jamaah tetapi biarlah ia berlaku dalam suasana :

a ] Mahabbah fillah [ kasih sayang kerana Allah ] ,
b ] Ukhuwwah fillah [ persaudaraan kerana Allah ] ,
c ] Al Wala' [ kesetiaan dan kejujuran terhadap jamaah ]

5 comments:

UMMU HAFSIN said...

Salam. Syukran ustaz. Saya setuju dengan pandangan dan penjelasan ustaz. Sekarang saya lebih yakin dan jelas dengan setiap tindakan yang saya lakukan. Saya berpegang pada dalil ini,

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu (orang – orang yang beriman). Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. "

(Surah An-Nisa'; 4: Ayat 59)

Saya sayangkan perjuangan Islam, dan saya tak nak kesucian dan kemurnian perjuangan ni dikotori dengan perkara2 yang dianggap kecil tetapi sebenarnya menyebabkan terhijabnya redha dan pertolongan ALLAH SWT. Memperjuangkan kebenaran dan keadilan itu memang pahit dan sukar. Tapi insyaALLAH, hasilnya tetap ada. Cuma yang menentukannya cepat atau lambat sahaja. Itulah ujian ALLAH untuk melihat sejauh mana kita mampu bertahan, bersabar dan mampu berkorban hati, jiwa dan segalanya demi menegakkan kalimah LA ILAHA ILLALLAH..

Yang penting, saya ingin tekankan di sini, kita perjuangkan ISLAM, bukan perjuangkan JEMAAH. Jika perjuangan jemaah sudah lari dari matlamat asal yakni untuk memperjuangkan kemurnian ISLAM, kita perlu bersuara dan memperbetulkan perjuangan tersebut supaya kembali ke matlamat yang asal...

Alhamdulillah setakat ni yang saya lihat PAS masih memperjuangkan ketulenan ISLAM yang sebenar2nya. Dan selagi itulah saya akan tetap akan setia dengan PAS. Mungkin ada di antara pimpinan2 dan ahli2 JIK yang tidak faham atau kurang kefahaman. Tapi semua tu bukan salah pimpinan PAS, tapi merupakan proses belajar, proses pemahaman, biasalah ada yang tak faham, ada yang semangat tinggi tapi tak faham apa sebenarnya yang diperjuangkan, sekadar semangat sahaja. Kita perlu belajar daripada kesilapan. Ambil contoh setiap tindakan kita daripada sunnah dan sirah Rasulullah SAW, para sahabat dan tokoh2 gerakan Islam yang terkemuka.

Wallahua'lam. Syukran sekali lagi ustaz. Wassalam.

Anonymous said...

salam,jangan gunakan #wala# sebagai senjata untuk menyekat ahli bawahan menegur kesilapan pemimpin diatas,jangan jadi ditektor..dan pak turut..sebenar ramai ahli2 dibawah ni yang dah muak tengok gelagat pemimpin atas berasksi,tapi kerana sayangkan jamaah,telan jua walaupun pahit,tolonglah realistik dan berlaku adil....

Anonymous said...

wala yg tuan cakap tu betul semuanya.
Tetapi ketaatan pada Ulil-amri tak mutlak spt taat Allah n Rasul. Taat pada Ulil-amri terhad kepada perkara yang harus saja, tidak yang HARAM. Kalau pemimpin buat salah, takkan nak taat membabi-buta.
Yang jadi masalah sekarang Pemimpin gunakan senjata wala' untuk kunci mulut ahli bawahan, dan cas keting musuh politik mereka, sedangkan ahli2 tahu penyelewengan pemimpin. Contohnya kehilangan wang Perhubungan PAS Pahang, disalah-guna utk saham dulu kenapa disenyapkan, kohilal, kohanan, sykt dewan muslimat sdn bhd sampai kena tutup dan lain-lain tu apa hal. Kalu inilah wala yang pemimpin mahu, boleh, ahli boleh diam-diam tinggalkan pemimpin yang jenis macam ni. Tunggulah nanti bila kamu berkuasa kamu akan jadi lebih jahat dari umno, sebab sapa pun tak leh tegur, wala' punya pasal.

HJ MUHAMAD HUSAINI BIN HJ MUHAMAD MUKHTAR AL-HAFIZ said...

KENAPA ANTUM (YANG BERKENAAN)SANGAT BEREMOSI? PASTIKAN KITA IKUT ARAHAN PIMPINAN(SELALU IKUT USRAH). KALAU KITA SENTIASA BEREMOSI(TIDAK PUAS HATI), ADAKAH KITA BOLEH MENCADANGKAN SATU KEPIMPINAN YANG BOLEH MEMUASKAN HATI SEMUA JAMAAH?

KITA SEMUA HENDAKKAN APA YANG DIHAJATI DATANG DENGAN BEGITU MUDAH DAN SENANG, TADI SAYA MEMBACA ARTIKEL PERANG KHAIBAR YANG BERLAKU TAHUN 628 MASEHI. KETIKA ITU UMUR NABI 58 TAHUN MASEHI. DARI PENYEKSAAN KE ATAS ORANG ISLAM DI MAKKAH HINGGALAH DI MADINAH, TERLALU BANYAK ANCAMAN MUSUH... BAGAIMANA KALAU KITA BERSAMA DENGAN RASULULLAH PADA MASA ITU? SEKARANG KITA 'TIDAK BERGANJAK', TETAP BERSAMA DENGAN RASULULLAH(SESUDAH WAFATNYA)KERANA KITA TELAH MEMBACA SIRAHNYA.

KEPIMPINAN YANG MANA KITA KEHENDAKI? TANYALAH KEPADA ORANG RAMAI. SUKAR UNTUK DIRAIKAN PANDANGAN MEREKA.

KALAU PANDANGAN SAYA INI SALAH, ABAIKAN. INI HANYA SEKADAR PANDANGAN... AQULU QAULI HAZA WA ASTAGHFRULLAH...

Anonymous said...

orang yang beremosi dn berprasangka negetif ialah org yang sudah lama tidak berusrah. sbb tu masih lagi tk paham ttg konsep wala'. sayang jemaah tp tk joint usrah.

hanya faham konsep melalui pembacaan di blog-2 atau buku tidak menjamin anda faham konsep wala'. sbb tu kena selalu berusrah. atau cari guru untk memahami konsep wala' walaupun anda graduan dr pengajian islam.

pemimpin dlm pas dilantik oleh syura ataupun ahli melalui mesyuarat agoung. taatilah pemimpin yg taat allah dn rasul merupakan ajaran islam. tp peyokong pas masih lagi tk paham kerana ader persepsi lain dn prasangka lain.

sbb tu kembali pader usrah.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive