HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, February 17, 2016

Cintailah Jamaah Islam, Jangan Rosakkannya

“Jamaah” adalah platform atau wadah perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah di atas muka bumi ini. Fungsinya menggantikan khilafah yang telah runtuh sejak sekian lama.

Justeru itu, Jamaah ini (PAS) mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata-mata. Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi, namun ia hanyalah sebahagian dari tanggungjawab utama sebagai sebuah Gerakan Islam untuk menggunakan ruang-ruang yang ada demi merealisasikan amanah dakwah selama suasana damai dan aman boleh dicapai.

Inilah perbezaan utama PAS dengan parti-parti politik yang lain. Selain dasar dan prinsip perjuangannya ialah Islam, PAS juga mesti tegak dengan sistem perkaderan syakhsiah dan pembinaan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.

Inilah kekuatan PAS dan inilah juga sebenarnya rahsia kehebatan dan keunggulan PAS. Memisahkan PAS dari elemen-elemen spiritual dan amal tarbawi ini akan meletakkan PAS tidak ubah seperti parti-parti politik yang lain dan pastinya PAS akan hilang keistemewaan dan kewibawaannya.
Gerakkan terancang untuk menghakis nilai-nilai fundamental ini daripada PAS sekaligus untuk meletakkan PAS hanya semata-mata sebagai sebuah parti politik yang bertarung dan bergelut di medan demokrasi malah berusaha untuk meletakkan PAS sepenuhnya menganut faham demokrasi bukanlah caranya. Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan sebagai sebuah Gerakan Islam sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala’, thiqah, ukhuwah, dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS.
Wala’, thiqah dan taat membuatkan mereka tidak bebas mengatur gerak langkah dan merancang strategi berasaskan kemahuan mereka. Terma-terma ini sentiasa menghantui pemikiran dan membayangi tindakan mereka. Lantaran itu, mutaakhir ini sangat ketara idea dan tindakan yang meremehkan isu wala’, thiqah dan taat.

Segera mereka meletakkan definisi yang negatif kononnya wala’, thiqah dan taat ini membuatkan anggota parti terkongkong dan tidak bebas mengkritik pemimpin mereka secara terbuka di dalam blog atau media. Sedang cara mudah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin pada era ini ialah mengkritik mereka secara terbuka dan membentuk persepsi yang negatif terhadap mereka pada mata umum.

Sikap mengkritik pimpinan dan Jamaah secara terbuka (meskipun saluran dalaman parti luas tersedia) termasuklah mempertikai keputusan-keputusan parti kian menjadi budaya. Terdorong oleh rasa tidak puas hati dan api dendam yang tidak pernah padam, bukan sahaja kisah-kisah lama yang tidak berkepastian terus diungkit bahkan polemik-polemik baru terus dicipta reka untuk meretakkan Jamaah dan membinasakannya atas alasan yang cukup mempesona iaitu “saya buat begini kerana saya sayangkan Jamaah...”, barangkali ini juga sama sebagaimana kata pepatah “seperti tikus membaiki labu”.

Jamaah mempunyai akhlak, adab dan disiplinnya yang tersendiri . Jika ia diambil dengan tepat dan cukup melalui skema yang tepat serta manhaj yang tulen, Jamaah ini akan dihuni oleh pimpinan dan anggota yang;
  1. Erat ikatan hubungan
  2. Mantap tindakan, dan;
  3. Kukuh benteng pertahanannya
Malangnya hari ini, terdapat segelintir pimpinan dan anggota yang cepat terpengaruh dan terkesan dengan propaganda “cyber trooper” dari musuh yang kini bijak menyelinap. Berasaskan realiti inilah, usrah menjadi satu mekanisme yang masih kukuh bertahan untuk menjadi;
  1. Medan penyatuan fikrah
  2. Tali penghubung ukhuwah, dan;
  3. Kilang menghasilkan rijaal (pejuang)

23 comments:

UMMU HAFSIN said...

Salam. Ustaz, saya ingin bertanyakan 1 soalan. Bagaimana jika sekiranya jemaah itu sudah tidak mengamalkan beberapa prinsip penting dalam Islam? Contohnya sering bersangka buruk terhadap sesama ahli juga orang2 sekeliling, cepat menghukum orang, memburuk2kan / mengkafirkan jemaah2 lain, menyekat orang daripada menghadiri program jemaah lain, sedangkan program tersebut mengajak orang kepada Islam (benda yang baik dan sepatutnya kita raikan program2 tersebut).. Seringkali saya melihat Jemaah Islam Kampus (JIK) tidak jelas dengan perjuangan mereka, malah tindakan mereka bertentangan dengan apa yang disarankan dan dilakukan oleh pimpinan PAS sendiri. Apakah salah sekiranya kita menegur dan ingin memperbetulkan apa yang salah???
Kadang2 mereka sering menyatakan yang mereka mewarisi perjuangan Ikhwanul Muslimin, tetapi tindakan mereka tidak seiring dengan apa yang mereka cakapkan. Pada saya, ianya perlu diperbetulkan. Semuanya perlu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW..jika ingin memutuskan sesuatu keputusan pun,perlu syura dan keputusan syura itu perlu menepati ajaran Quran & Sunnah..perlu juga dikaji Sirah Nabi SAW..bila mana kita nampak situasi dan keadaannya seakan-akan sama, perlu kita ikuti sepertimana apa yang nabi buat. Kalau kita tengok balik sejarah para sahabat, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fatih, kesemua mereka merancang strategi peperangan mengikut sepertimana Rasulullah SAW buat.. Bagaimana jika JIK tersebut sudah tidak mengamalkan nilai2 ini? Adakah saya perlu mengikut sahaja pergerakan jemaah ini @pun perlu saya nasihati dan memberi teguran sehinggalah mereka sedar dan berubah mengikut yang sepatutnya. Saya mengambil dalil Surah Hujurat Ayat 9 dan 11 sebagai kunci tindakan saya. Bagaimana tu ustaz?

Anonymous said...

Terima kasih ustaz di atas pencerahan... insyaAllah saya tidak lupa utk mendoakan di dalam saya supaya gerakan Islam ini terus diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan,menghadapi rintangan,terselamat dari musuh terang dan munafik serta beroleh keredhaan Allah subhanallah ta'ala...

" orang muda geng kite " :)

amdang81 said...

Anggap sahaja mereka itu macam Aduka Taruna yang mahukan Islamic State, tetapi memaki hamun Ulamak... Alamak, itu mungkin terlampau...

Rasanya dalam soal menerima keputusan / arahan jemaah terutamanya pimpinan semakin longgar. Jika dulu "Kami dengar dan kami patuh", mungkin hari ini "kami dengar dan kami tangguh" atau lebih teruk "Kami dengar dan kami sanggah".

Apabila membaca Malaysiakini yang menyatakan ramai terkejut dengan keputusan Khalid digantung, rasanya Malaysiakini tidak tahu bahawa ahli-ahli terutamanya penyokong yang banyak ini tidak suka membesarkan perkara kecil. Bagi kami, keputusan tersebut kami patuhi. Jika terkurang / terlebih hukuman tersebut, ianya telah dilakukan mengikut lunas dan saluran jemaah.

Wallahua'lam..

zAlIe said...

Assalamualaikum tuan,
saya tertarik dengan e-artikel yang telah dihasilkan oleh pihak tuan. saya adalah salah seorang pemimpin mahasiswa UTM pada tahun 1999-2001.
Apa yang menyedihkan saya ialah, pada ketika ini jamaah kita diuji daripada segenap aspek, sama ada orang luar jamaah dan ada kalanya dalam jamaah sendiri. Ini amat membimbangkan saya.
Ingat saya dahulu, sebelum saya dilantik oleh Amir Kampus, saya perlu melangsaikan amanah saya dalam tamrin-tamrin tertentu. Tujuannya, untuk memberikan penjelasan jitu kepad asaya mengenai visi dam misi jamaah, dan sebab itu, bila saya ingin menolak tawaran bertanding kerusi MPPUTM, satu soalan ditanya oleh Amir Kampus, mana wala' kamu kepada jamaah, terus saya terduduk dan terkedu. Jadi saya lantas mengakui bahawa, Majlis Syura melantik saya bukan atas sebeab yang bukan munasabah, tetapi ia selepas perbincangan antara ahli majlis.
Untuk itu kesedaran saya untuk menjamin kepentingan jamaah didahulukan berbanding kepentingan peribadi, selaras dengan apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w memperjuangkan agama terlebih dahulu.
Saya ingin memberi ulasan mengenai fenomena ahli jamaah kita yang semakin lama seperti tidaksedar tentang hala tuju kepimpinan Jamaah. Persoalan yang penting, apakah Adun atau AP jamaah kita telah diberikan tamrin sebagaimana yang saya dapat dahulu? Apakah mereka tahu konsep ketaatan kepada kepimpinan jamaah. Sebab dengan adanya Majlis Syura sebenarnya, memberikan kita penjelasan kepada siapa pemimpin yang kita ikuti.
Sebagaimana ahli yang lain, apakah mereka berjuang untuk jamaah atau sebaliknya.
Apabila melihat fenomena sekarang, saya takut dengan kedudukan jamaah kita. Oleh yang demikian, saya cadangkan kepada pihak tuan, susuri kepimpinan mahasiswa era Jamaah kita kuasai, sebab mereka telah didedahkan dengan kepimpinan jamaah. Asuh mereka. Sekarang ni saya cuba mencari di mana Pemimpin Mahasiswa menerajui kepimpinan Jamaah. Saya harap jamaah terus berjuang memartabatkan Islam sebagai cara hidup kita...

abulazzam said...

salam ustaz,

krisis kepimpinan seperti wala' dan thiqah di kalangan pemimpin islam pas semakin ketara hari ini...maka tak mustahil,sekiranya ahli bawahan sendiri mengata itu dan ini..

Puncanya dari usrah yang pincang..TERUTAMA usrah pimpinan setiap peringkat..hakikatnya, tiada usrah..memang tiada usrah!
Pemuda Pas perlu menggerakkan hati dan jiwa pimpinan Pas agar menyedari kepentingan usrah..

Tumpang tanya..Khalid Samad dan Hassan Ali,depa ni usrah sekali tak??

pemuda insaf said...

ya allah

saya tidak mahu berketuakan kamu setelah membaca tulisan kamu kali ini.

sungguh tidak mengetahui realiti di bawah.

anti ug.. said...

macam mana nak walak kalau ada pemimpin gila kat umno?

Anonymous said...

cukuplah tu berbalah sesama sendiri

http://www.khalidsamad.com/2010/02/jk-disiplin-penjelasan-berhubung.html

Unknown said...

salam ustaz,

nampaknya ustaz hanya layak menjadi pendakwah.. bukannya menjadi seorang ahli ahli politik... jamaah tabligh mungkin platform yg sesuai buat ustaz.

ustaz terlalu 'jahil' sebagai ketua pemuda PAS.

apakah bilamana ada pimpinan yg pernah menipu siang hari dgn wajah yg selamba saja kita perlu juga wala' dan taat???

benar ahli jamaah perlu taat dan wala', tapi pimpinan juga perlu bijak dan cepat bertindak.

sekali lagi saya tekankan, saya amat tertarik bilamana menghadiri kuliah yg ustaz berikan...tapi saya cukup 'geleng kepala; bilamana membaca statement politik yg ustaz berikan sebagai ketua pemuda PAS.

Jamaah boleh hancur bukan hanya disebabkan ahlinya saja tapi juga krn pimpinan yg lemah....

Jamaah yg hancur akibat pimpinan yg lemah amat sukar dipulihkan...

Jauh panggang dari api.....

HYMKI said...

itulah pentingnya FAHAM.

keyman said...

Assalamualaikum wbrt...

Siapakah yang merosakkan jamaah? Ahli biasa atau pimpinan? Siapa yang menimbulkan pelbagai kepincangan kepada jamaah? Pejuang kecil atau pejuang besar?

jihadin82 said...

Ustaz, tulisaan ini tazkirah kepada saya dan sahabat yang lain juga....

Jamaah adalah wahana manifestasi syariah...bukan senagaja dicetuskan....

Dalam perjalanan bersama jamaah, kita kian matang....

Hamba Yang Faqir Terhadap Tuhan-Nya said...

Assalamualaikum wbt. mohon ustaz utk letakkan web http://dppkpg.blogspot.com/ dalam list jaringan maklumat blog ustz. kami dr pemuda pasir gudang sgt berbesar hati atas promosi. mohon izin juga utk kami dapatkan artikel dr blog ustz utk dipost dlm blog dpp pasir gudang. ini dalam usaha mendidik masyarakat johor umumnya & ahli2 pas johor ttg kefahaman Islam & jamaah. syukran - Lajnah IT DPPKPG

Anak Mek Lijah said...

Berjuta kali buat usrah pun kalau hati dah mati tak ada faedah jugak....Usrah hanya tinggal usrah...

Anonymous said...

Inilah mainan politik demokrasi, dan lihatlah bagimana Hamas dgn politik Arab dan Israel.
Pemuda patut lebih kedepan dalam tangani isu semasa dengan sikap menegakkan kebenaran dan haq. Jangan kompromi dengan kebathilan dan nampak berpihak.

Anonymous said...

Salaam buat blogger,

Ust.. untuk ahli PAS memahami susur galur Jemaah Islam ini perlu diterangkan ttg 10 prinsip yg pada awalnya adalah Al-Fahmu .......... wala' thiqah...

rasanya.. mula dari awal uzt ye.. supaya semua org faham untuk memahami konsep wala' itu...

humaira2811

Anonymous said...

Akhir - akhir ini , seperti wujud satu gerakkan terancang untuk menghakis nilai - nilai fundamental ini daripada PAS sekaligus untuk meletakkan PAS hanya sebagai sebuah parti politik yang bertarung dan bergelut di medan demokrasi malah berusaha untuk meletakkan PAS sepenuhnya menganut faham demokrasi .

---------
cukup tidak setuju dgn pandangan ust pada statement ini. Apakah kajian/finding yg ust lakukan utk mengeluarkan statement tersebut.

bagi ana ianya adalah andaian / persepsi ust sahaja. ust tiada bukti. ust tak buat survey.. tp ust mudah tulis kan.

perkataan akhir2 ini wujud seperti.. tidak boleh digunakan utk perkukuh hujah..

ust perlu sedar..

you are a leader?
satu organisasi gerakan ISLAM..

setahu ana, selaku ketua.. perlu ada bukti kukuh utk kemukan kenyataan, research yg menimbun.. bukan kata2 kedai kopi / cyber cafe..

Maaf, jika pandangan ini menempelak perasaaan ust.

humaira2811

Achok said...

kelihatanya ustaz cuba mengHUKUM ahli yang sudah muak memberikan wala kepada pemimpin seperti anda..

tapi pernah kah ustaz berfikir atau menegur pimpinan melalui tulisan ustaz agar mereka menjaga siqoh mereka???

mengapa ahli biasa yang harus dipersalahkan hanya kerana tidak mahu memberikan wala kepada pimpinan TERUTAMANYA PIMPINAN YANG SAYANGKAN UMNO???seperti kata Ustaz Ahmad Awang?

ahli 364340 said...

salam ustaz,

saya kesian kat ustaz, pegang jawatan yang tidak terdaya ustaz pikul. Nampak sangat lemahnya, pandanganya pun nampak kebudak-budakan. Si Jantan 1,2,3 lekup cakap ketua budak-budak (umno), samalah gamaknye dengan kome, ketua budak-budak PAS. Jadi matang sikit, banyakkan membaca dan berfikir, mesti berjiwa besar di samping merasa diri kerdil saja di sisi Allah. Jangan dok khayal saja, PRU13, nak bertanding di mana....!
Bacaan politik mesti cerdas dan tangkas, macam TGNA, walaupun dah berusia tapi pemikiran masih up to date bahkan beyond to date.
Dengan kedudukan sekarang, malu aku ada ketua pemuda berfikiran sempit macam ustaz.

ahli PAS 364340

Paksu Ki said...

Assalamualaikum...

La ni ustaz tak payah cakap banyak la atau tulis macam2 dalam blog. Ustaz bentuk team tarbiyah dari pusat sampai kawasan untuk mantapkan fikrah jamaee'i peringkat pemuda

Anonymous said...

wasalam ustaz,
walaupun ana hanya terlibat didalam pemuda kawasan tetapi benar ada segelintir pemimpin dan penyokong ingin mengubah dasar PAS kepada sebuah parti politik semata-mata dan bukannya atas dasar gerakan Islam, ini dapat dilihat apabila retreat kawasan ana seorang pemimpin tinggi PAS menyebut bahawa MATLAMAT PAS IALAH 'UNDI DAN KERUSI' dan di iakan oleh YB Kawasan ana sendiri dan kawasan mana dan pemimpin mana itu hanya akan ana sebut secara tertutup, walaupun ana bukan ustaz, ana sekali lagi menegaskan yang ana berada dibelakang kepimpinan Ulama'.

Ana menentang perubahan ke arah mempolitikkan PAS semata-mata yang hanya berpandukan akal fikiran.

dan kepada humaira2811, sekirnya nti totally berada dalam gerakan jamaah PAS nti akan temui buktinya dan bukan hanya menunggu untuk didatangkan bukti.

syairah said...

Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah..satu peringatan..terim kasih banyak2 atas komen dan pandangan..kalu nak berkongsi pandangan tak salah..bahkan kita selalu marah pihak lawan kalau kita tak diberi pandangan..betul apa ust cakap...tak semua keadaan sama di tempat masing...apa salahnya ust bagi pandangan..semoga Allah membetulkan niat kita semua..kalau betul2 nak tegur, bukan memalukan pimpinan macam ni...hantar lah email peribadi dan sebagainya..ana tengok banyak kemudaratan daripada kebaikan kalu buat gini deh....sahabat2 semua menegur untk kebaikan..semoga kita diberi ilham dan petunjuk daripada Allah dan dijauhkan daripada pandangan syaitan...

wallhu'alam...

syairah said...

Assalamualaikum...

apa salahnya kita untuk memberi pandangan...
biarlah..betul juga kata ust..kadang2 tak semua perkara sama di tempat masing2...

Politik ni hanya wadah sahaja..kita memang sebuah gerakan islam.... dulu kita naik sebab blog dan internet sekarang kalau shaabt2 buat gini. kita mungkin akan jatuh dengan perkara yg sama...
bagi ana tak salah memberi pandangan...bukan memalukan pimpinan macam ni... kita adab-adab islam yang perlu dipatuhi..anda mungkin beradab dengan waktu solat atau displin dalam mesyuarat dan sebagainya tapi anad mungkin tak beradab dengan isu menasihati...

sahabt2 mempunyai hasrat yang baik utk menegur..kita saling mengingati deh...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive