HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, February 19, 2010

Kunjungan Hormat DPP ke Penang

Saya ucap terima kasih kepada pihak kerajaan Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang kerana bersedia untuk menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia . Sungguhpun short notice , kami tidak menghadapi halangan untuk menjadi tetamu kerajaan negeri Pulau Pinang . Kehadhiran kami disambut baik .

Saya mengambil kesempatan ini untuk bertukar - tukar pandangan selain rakan - rakan EXCO DPPP di samping mendapat maklum balas dari ketua Menteri Lim Guan Eng terhadap pelbagai isu menimpa negeri Pulau Mutiara itu . Umum mengetahui bahawa kini Pulau Pinang menjadi sasaran utama pihak kerajaan UMNO dan BN setelah mereka sebelumnya puas membuli kerajaan negeri Kelantan , Perak , Kedah , Selangor dan kini Pulau Pinang . Tidak bolehkah negeri - negeri ini dibiar memimpin dengan selesa dan tenang atas mandat yang mereka terima secara sah dan demokratik daripada rakyat mereka .

Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengemukakan aduan dan rasa tidak puas hati sebahagian rakyat Pulau Pinang khasnya ummat Islam di atas beberapa isu yang berlaku seperti kes perarakan maulidurrasul , roboh kedai serta rumah kediaman dan pelbagai lagi . Kesimpulannya saya menyebut bahawa pihak kerajaan negeri Pulau Pinang hendaklah senantiasa bersedia untuk turun dan mendengar sendiri aduan dan rasa tidak puas hati rakyat samaada dari pihak individu atau ngo - ngo seperti Forum Penjelasan Ummah yang menggabungkan lebih 25 buah ngo bersamanya .

Kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Ketua Menterinya Lim Guan Eng telah menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan ngo - ngo Islam jika ada perkara - perkara yang perlu diselesaikan atau timbul rasa tidak puas hati dikalangan mereka terhadap tindakan kerajaan negeri . Situasi menang - menang pastinya menjadi pendekatan dalam menyelesaikan beberapa isu yang agak rumit dan membabitkan sentimen

3 comments:

AHBAK 1963 said...

Assalamu'alaikum wr. wb.

Amat baik kiranya ustaz dapat berkongsi maklumat hasil daripada kunjungan hormat DPP ke Penang. Penjelasan terhadap isu-isu panas yang berbangkit di Penang kini perlu diberi keutamaan agar rakyat tidak dikelirukan oleh niat jahat UMNO BN.

JazakAllah.

Anonymous said...

sheikh anta kena la ikhlas bila berjumpa KM pp....sedih tgk gerai kena roboh...gerai org melayu...org melayu islam...penyokong kuat pas....dikatakan minggu hadapan akan ada lagi dirobohkan...takut ke nak cakap yg hak...jgn fikir undi je...dah la kita kena tipu hal exco...kena tipu hal ydp majlis agama....boleh ke kerjasama dgn penipu sheikh

Anonymous said...

Betul ke kena tipu..mana saudara dapat fakta?...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive