Merungkai Kekeliruan
1. Harap sahabat - sahabat membaca penjelasan Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di sini :
Bila mana UMNO tidak Menyerang PAS.
2. Semoga penjelasan ini dapat menjernihkan kembali salah faham dikalangan anggota jamaah dalam menangani persoalan dalaman ini .
3. Sementara itu , kita juga mesti berwaspada jarum - jarum halus musuh yang menyuntik racun perpecahan dan pergolakan dalam yang mampu merosakkan jamaah .
Bila mana UMNO tidak Menyerang PAS.
2. Semoga penjelasan ini dapat menjernihkan kembali salah faham dikalangan anggota jamaah dalam menangani persoalan dalaman ini .
3. Sementara itu , kita juga mesti berwaspada jarum - jarum halus musuh yang menyuntik racun perpecahan dan pergolakan dalam yang mampu merosakkan jamaah .
8 comments:
sibuk dengan jarum-jarum halus sedangkan kamu lebih patut menyedari jarum2 itu yang telah lama meresap masuk ke dalam hatimu.
Wahai ahli-ahli pas, jgn lah kita kucar kacirkan parti yang kita masuk ni untuk tegakkan islam. jika anda nak kucar kacirkan pas maknanya anda cuba kucar kacirkan usaha utk tegakkan islam... saya percaya keputusan jk disiplin itulah yg terbaik.. terima lah dgn berlapang dada... apa susah... kita fokus belasah umno/bn lagi byk pekdah nye....
minta maaf kalau komen saya agak kasar...ustaz tuan ibrahim memang seorang tokoh yg dihormati tapi tindakan beliau menutup sebelah mata kelakuan dr hassan sebaliknya menggantung 6 bulan ir khalid amat tidak tepat...menngapa khalid yg berusaha mengukuhkan pakatan dhukum lebih berat berbanding tindakan hassan yg jelas mencaci cela pakatan di dalam audio recording beliau dengan blogger umno....seharusnya ustan tuan ibrahim letak jawatan dari ajk disiplin...
TUAN IBRAHIM TUAN MAN:ANDA LEMBAB
Labels: SATIRA POLITIK
dalam politik,kebolehan menjangka adalah satu kelebihan, pembacaan yang baik terhadap situasi semasa dan membayangkan apa yang akan terjadi dihadapan adalah aset yang sangat bernilai tiada taranya, siapa yang melalaikannya maka bersedialah menjadi orang yang kalah disepanjang zaman.
Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?
perenggan diatas saye kutip dari kenyataan tuan man tuan ibrahim.
kalaulah ini tahap ilmu jangkaan yang ada pada pemimpin pas utama maka itu tanda sebuah kelemahan dan dimana tahap pas berada kini dan masa depannya.
ilmu yang rendah akan memudahkan musuh mempermainkan dan memenangi setiap perlawaanan yang ada,dan itu sesuatu yang malang jika kelemahan itu telah dikomsumsi pemimpin utama.
pembacaan politik selalu salah inilah punca pas tak pernah maju dan seringkali dipermainkan oleh amnow.. ada sejarahke pas mempermainkan amnow? yang ada adalah amnow yang mempermainkan pas dan menampakkan pas bodoh adalah.
mengapakah amnow harus menyerang sedangkan orang yang boleh mendatangkan kemenangan kepadanya dan memberikan pelbagai kelebihan masih ada disinggah sananya? apakah amnoe sebodoh pas?.
jika yang tergantung adalah pesuruhjaya pas yang dapat memberikan pelbagai bola tanggung buat musuh yang digantung barulah amnow akan bising, karena kelebihan mereka akan berkurang dan pelbagai agenda mereka terbantut dan tak dapat dilaksanakan baharulah demo akan bergentayangan didada akbar perdana bukankah begitu?
dengan jangkaan tersebut jelaslah jk lebih bersedia berhadapan ahli dan bukan berhadapan dengan musuh amnow dihadapan..
ahli boleh ditundukkan dengan wala' dan thiqoh.
Uat jaguar ... anda tidak mendengar sendiri tuduhan terhadap kedua2 belah,anda juga tidak mendengar keterangan ke tasa kedua-duanya,elakkan diri anda dari menjadi zalim kerana menghukum tanpa keterangan....
Briged MP segambut
ilmu ghaib Allah ta'ala sahaja yg tahu,adapun manusia hanya menjangka,kekadang tepat,kekadang tersasar,apa pun yg kita cari ialah redha Allah,sekalipun manusia benci,tapi puas hati sebab tuan punya diri redha sbb kita telah berlaku adil,jika manusia semua nak kata tak adil itu dia punya pasal la,jawab la depan Allah nanti...
terima kasih us din..
nampak sangat pengomen2 yg membantai us Tuan tak reti undang2..
1) yg buat keputusan bukan Us Tuan sorang tapi keputusan sebulat suara jawatankuasa disiplin. Diulangi, JAWATANKUASA. Dan JK ini dah dilantik pula sebulat suara oleh AJK PAS Pusat. AJK PAS Pusat pula dilantik oleh muktamar. Kalau kalian tak puas hati, bermakna tak puas hati dgn satu ijmak yg sangat kukuh. Sila keluar saja dari PAS.
2) Hasan Ali jejas PR, tapi usaha sedayanya kukuhkan PAS. Khalid kukuhkan PR tapi jejaskan PAS. Kesalahan Khalid lebih besar di peringkat PAS. Ini sangat obvious. Saudara yg mengutuk seolah berintima dan wala kepada PR mengatasi pada PAS.
assalamualaikum.nampaknya pengomen2 yang menhentam tuan ibrahim masih keliru antara pas dan amno.masih duk berfikir cara amno.memang betul kata pejuang,tuan ibrahim cuma pengerusi jk disiplin,bukan dia sorang yang memberi kata putus,tapi diputuskan oleh mesyuarat jk disiplin.oleh itu sebelum memberi apa2 komen, fikir sama adab kita dengan orang alim.kalau kita beranggapan orang seperti tuan ibrahim memang sengaja hendak berlaku zalim,maka rasanya kita perlu menilai balik ilmu dan iman kita.
Le..buat pe UMNO serang keputusan TITM.. sbb Khalid Samad tu musuh utama UMNO Selangor. So mereka berbahagia ah.. Hasan Ali plak, kawan baik sebantal UMNO.dia kan bekat PTD. sbb tu UMNO happy dia tak digantung. Bayangkan kalu Hasan Ali digantung dan PJ Selangor dilantik orang lain, tentu masa depan pakatan UMNO Selangor-PAS Selangor utk bentuk kerajaan Selangor tak menjadi kenyataan.. hehe
Post a Comment