HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, February 26, 2010

Misi Antarabangsa DPP Pusat

Gambar kenangan bersama sahabat karib Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ Timbalan Ketua DPPP ] dan Sdr Kamaruzaman Bin Mohamad [ Setiausaha DPPP ] sejurus pulang dari Masjid Ba'Alawi Singapura menghadhiri Majlis sambutan Maulidurrasul saw. dan meninjau rangkaian Mustafa Center di Kota Singa .

Bersama Habib Ali dari Indonesia [ Asal dari Hadhral Maut Yaman ] sebagai tetamu dan penceramah undangan sempena Majlis Sambutan Maulidin Nabi saw di Masjid Ba' Alawi Singapura .

Beramah mesra dengan seorang tokoh agama terkenal di Singapura Habib Hassan bin Mohammad bin Othman al attas juga merupakan anak kepada Pengasas masjid Ba' Alawy . Beliau juga merupakan menantu kepada bekas Mufti Terengganu di era tahun 70an

Ustaz Mohamad Hasbi bin Hassan Presiden Persatuan Ulama' dan Guru - guru Agama Islam Singapura [ PERGAS ] ketika menyambut ketibaan rombongan Dewan Pemuda PAS Malaysia ke pejabatnya . PERGAS adalah sebuah badan Islam yang terpandang dan terkemuka di Singapura . Aktif mendidik dan mentarbiyah ummat Islam Singapura serta menyelaras para asatizah [ guru - guru agama ] di seluruh Singapura termasuk membantu menyediakan kurikulum agama yang berkesan di sekolah sekolah .

Berbincang dan bertukar - tukar pandangan mengenai kepentingan dan kedudukan ummat Islam serantau khasnya kedudukan ummat Islam sebagai golongan minoriti [ 16 % ] di Singapura . Agak menarik apabila kami turut membincangkan Feqh Al Aqalliyat [ minoriti ] dan bagaimana aplikasinya di Singapura .

Saling bertukar pandangan dan menjelaskan perkembangan ummat Islam di Malaysia dan Singapura serta melihat ruang dan peluang kerjasama ummat Islam antara kedua - dua negara berjiran ini . Pelbagai isu disorot dan akhirnya memberikan komitmen bersama untuk terus berjuang dan saling bekerjasama bagi menegakkan Islam di rantau ini khasnya .

Ustaz Abdul Hadi [ cucu kepada bekas Mufti Singapura yang pertama ] asyik menceritakan sejarah perkembangan Islam di Singapura dan beberapa isu semasa yang sedang dihadapi oleh ummat Islam di sana . [ bersama Akhi kamaruzaman - Setiausaha DPPP - dan Azram Musa - Bendahari DPPP ]

Bergambar kenangan di rumah Akhi Muhammad Latif salah seorang anggota PERGAS yang banyak membantu dan melayan kami sepanjang lawatan kerja dan Mahabbah ke Singapura dalam usaha memperkasa kembali AMSEC sebagai sebuah wadah pemuda Islam rantau Asia Tenggara .

[ turut hadhir : Ust Azman Syafawi Timbalan Ketua DPPP , Dr Raja Iskandar al Hiss Pengerusi lajnah Antarabangsa DPPP, Sdr Kamaruzaman Mohamad Setiausaha DPPP , Akhi Azram Musa Bendahari DPPP , Akhi Suhaizan Kaiat Ketua Penerangan DPPP , Ir Hj. Khairil Nizam Pembantu Setiausaha DPPP , Us. Firdaus Jaafar Pengarah pilihanraya DPPP , Fariz Musthafa AJK Lajnah Antarabangsa DPPP dan beberapa pengiring khas. ]

Bersiap untuk temujanji dengan Menteri Kanan [ Muslim ] Singapura MP Zainal Abidin sebagai aktiviti terakhir rombongan DPPP di Singapura sebelum kami kembali Malaysia . Malangnya saya tidak berkesempatan untuk menghadhiri pertemuan tersebut kerana terpaksa bergegas pulang bagi menghadhiri satu Majlis Pengumpulan Dana Pilihanraya DUN Kijal di Bangkok malam ini . Tugas mengetuai rombongan menemui MP Zainal Abidin saya serahkan kepada al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani .

Seketika dulu Lee Kuan Yew pernah ke Malaysia dan bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS [ al Mursyidul Am dan Presiden PAS ] dan membayangkan masa depan PAS dalam future politik yang turut memberi kesan kepada perkembangan politik serantau .

Biarpun rombongan DPPP tidak mempunyai ruang untuk bertemu dengan Lee Kuan Yew , kami memanafaatkan lawatan ini dengan mengadakan pertemuan bersama Menteri Kanan [Muslim ] Singapura bagi melihat dan meninjau perkembangan politik Singapura serta kedudukan ummat Islam minoriti di situ .

Selamat berjuang kepada semua sahabat semoga kita dikurniakan kekuatan untuk terus memartabatkan Islam di negara kita Malaysia dan juga mampu menyebarkan Islam serta memperkukuhkannya di rantau Asia Tenggara ini .

3 comments:

pemilik blog faqir said...

aslmkum ustaz...tahniah di atas lawatan kerja DPPP ke singapura...hebat juga islam di singapura,sekalipun hanya minoriti...subhanAllah.....

Anonymous said...

fashion ape tu ustaz.. tiba2 ade 'neck tie' plk. fesyen di Singapura ke? Apapun, tahniah atas ziarah penuh makna itu..

Anonymous said...

ust...baju tu org xpakai dengan tie hehe...lucu la ust ni, apa pun selamat berjuangan

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive