HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, February 12, 2010

Perak : Episod Malang Sebuah Demokrasi

1. Sejarah hitam negeri Perak Darul Ridzwan sedang dipahat dengan menatah ceritera keruntuhan sebuah sistem demokrasi . Lebih hitam sejarahnya apabila kebejadan sebuah drama rampasan kuasa turut dilakar .

2. Piliharaya bagai tidak memberi erti dan nilai lagi sedang ia adalah medan rakyat memandatkan pemimpin mereka untuk mentadbir dan mengurus negeri dengan penuh kepercayaan .

3. Manakan tidak , mandat yang yang diperolehi melalui sistem demokrasi [ pilihanraya ] diragut begitu sahaja sehingga meninggalkan kesan kecederaan serius pada hati masyarakat .

4. Begitu mudah bagi UMNO dan BN merampas kuasa melalui lorong belakang yang jijik lagi kotor tanpa sebarang nilai moral dan etika . Kepercayaan dan mandat yang diberi oleh rakyat melalui sistem pengundian disentap dengan begitu rakus dan haloba .

5. Beberapa hari yang lepas , mahkamah telah memutuskan bahawa Menteri Besar negeri Perak ialah Zambry dari UMNO dan BN bukan Ir. Nizar Jamaludin dari PAS dan Pakatan Rakyat . Keputusan ini jelas terlakar kekecewaan pada wajah kebanyakkan masyarakat terutama mereka yang mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu . Sementara penyokong UMNO dan BN tentu tersenyum lebar dan puas dengan keputusan tersebut .

6. Saya sendiri tidak tahu bagaimana tahap maruah dan harga diri yang dimiliki oleh UMNO dan BN apabila mereka sanggup serta tergamak melebar senyum , memimpin sebuah negeri hasil rampasan kuasa yang tidak bertamadun dan bermaruah . Tambahan pula keputusan mahkamah berpihak kepada mereka .

7. Saya melihat apa yang berlaku di Perak benar - benar menghakis kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi negara setelah mereka menyaksikan sendiri bagaimana sebuah pengiktirafan bagai diberikan kepada pencabul demokrasi yang turut menodai kepercayaan majoriti rakyat di negeri Perak .

8. Kesannya bukan hanya kepada iklim politik tanahair tetapi juga turut mengheret rasa curiga masyarakat antarabangsa terhadap kestabilan politiknya. Tentunya ketidakstabilan politik ini pula akan memberi kesan yang sangat negatif kepada pertumbuhan ekonomi negeri malah turut merosakkan pengurusan atau pentadbiran negeri serta mengganggu kesejahteraan rakyat .

9. Membawa jiwa yang kecewa dan hampa , kini apa yang boleh dilakukan oleh rakyat negeri Perak amnya dan seluruh anak - anak muda yang berkobar - kobar semangat juang mereka ialah memberi tumpuan dan fokus kepada pilihanraya umum ke 13 .

10. Teringat saya bagaimana Jepun mampu bangkit setelah negara mereka musnah teruk akibat peperangan . Segala kesungguhan , kegigihan , sistematika kerja dan konsistens menjadi formula kebangkitan semula rakyat Jepun . Harapnya seluruh rakyat negeri Perak mampu membuat kebangkitan semula menjelang pilihanraya umum 13 kelak . Justeru satu lagi mahkamah yang perlu dilalui oleh mereka iaitu Mahkamah Rakyat sebelum berdepan pula dengan Mahkamah Qadhi Rabbul Jalil Tuhan yang Maha Adil lagi saksama .


6 comments:

DACS Club said...

Hebahan Program http://dacs-club-malaysia.blogspot.com/

USD said...

Harap tulisan ini juga disiarkan jika cita2 Anwar mbentuk kerajaan pintu belakang 16 september yg lalu juga bjaya....

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

Minta maaf kerana mencelah tanpa di undang. Saya memahami apa yang ustaz rasa dan luahkan. Sebagai penyokong PAS saya juga berasa teramat kecewa dengan keputusan mahkamah.

Tetapi di dalam kita menyalahkan orang lain, kita kena merenung kembali siapakah yang memulakan permainan jijik ini. Tidak lain dan tidak bukan saudara anwar kita yang mula mencanangkan wawasan 16 september nya untuk merampas kerajaan pusat dengan memancing MP dari BN.

Mungkin perancangan Allah lebih besar dari perancangan politik kita yang tak seberapa.

aliffnajmi said...

Salam.
Inilah padahnya terlalu bongkak dan angkuh berbicara tentang 16 September.

Hari ni... apa yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran.

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Adil.

muryadi said...

Disinilah org umno ataupun yg kononnya istihar diri mereka itu ahli/penyokong PAS/PR menunjukkan kesilapan mereka dgn menyamakan usaha DSAI, dimana perancangan 16-Sep itu sama dgn kerja terkutuk rampasan kuasa oleh BN di Perak.

1. Jemputan serta panggilan DSAI kpd wakil2 Parlimen BN utk bersama PR adalah diatas dasar sukarela, tiada ugutan, tiada janji2 manis berupa imbuhan dan tiada perangkap kes rasuah dan sebagainya.
2. Meneruskan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN yg begitu dasyat di Semenanjung dimana ianya tidak berlaku di Sarawak dan di Sabah (mungkin ketika itu keberanian dan semangat perubahan masih terlalu nipis di Malaysia Timur).
3. DSAI menyarankan dgn memohon supaya PM iaitu Pak Lah ketika itu mengadakan persidangan tergempar di Dewan Rakyat di mana undi tidak percaya akan dilakukan dan ini tepat mengikut undang2 perlembagaan. Tidaklah sama seperti di Perak, dimana peralihan kuasa telah berlaku tanpa proses pengundian di Dewan Negeri kecualilah setelah pembubaran DUN atau selepas PRU-12.

Dan banyak sebab lagi dari segi dasar2 dalam perancangan 16-September, yg diterajui oleh DSAI itu.

Kepada yg benar2 ingin berfikir silalah buat lagi kajian.

Faiz Zent said...

xsuka pkr..hanya pas sahaja

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive