Perutusan Tahun Baru Cina
1. Sempena menyambut Tahun Baru Cina 2010 , saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan " semoga beroleh kegembiraan dan kebahagiaan " buat semua kaum Tiong Hua [ Chinese ] di negara ini.
2. Kegembiraan dan kebahagiaan adalah nikmat Allah swt Tuhan yang Mencipta seluruh manusia dan alam semesta ini . Ianya jua adalah manifestasi dari sebuah perpaduan yang sememangnya dianjurkan oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam Surah Al Hujurat ayat 13 :
Maksudnya : Wahai Manusia ! sesungguhnya kami [ Allah swt ] telah menciptakan kamu yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan kaum supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu [ manusia ] di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu . Sesungguhnya Allah swt Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Teliti .
3. Perjuangan Parti Islam se Malaysia [ PAS ] pula melandasi firman Allah swt tersebut , bilamana PAS menjadikan perpaduan sebagai prinsip perjuangan melewati batas kaum dan bangsa . Politik baru PAS dengan prinsip Li Taarafu [ saling kenal mengenal ] membawa slogan PAS For All sekaligus meletakkan perjuangan PAS dan dakwahnya terbuka tanpa sempadan .
4. Perkauman sempit sebagaimana yang diperjuangkan oleh UMNO dan BN adalah musuh tradisi kepada usaha mewujudkan perpaduan dan keamanan di dalam negara ini . PAS konsisten menentang perjuangan dan gerakan yang berasaskan sentimen perkauman sempit justeru perbezaan kaum dan bangsa adalah suatu ciptaan Allah swt yang menandakan keagunganNya sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta .
5. Baru - baru ini negara menjadi gempar dengan kenyataan ultra -racist dari Datuk Nasir Safar bekas Pegawai Khas YAB Perdana Menteri apabila beliau secara terbuka menyelar kaum Cina dan India sebagai pendatang dan peminta sedekah serta mengancam untuk menarik balik kerakyatan jika kaum - kaum ini gagal menuruti ketetapan dan peraturan yang dibuat oleh kerajaan UMNO dan BN .
6. Terbaru laporan dari Malaysianinsider bahawa setiausaha kerja UMNO menyebut di dalam satu ceramah beliau bersama kelab UMNO di United Kingdom bahawa Cina adalah kaum yang merempat di negara ini . Sebelum ini kenyataan Nasir Safar turut mendapat sokongan dari sebahagian kalangan pemimpin UMNO dan BN .
7. Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat kenyataan - kenyataan bersifat perkauman ini semakin ketara dan ia boleh mendorong berlakunya persengketaan antara kaum dan sekaligus mengganggu kesejahteraan rakyat malah mengancam keselamatan negara .
8. Selayaknya UMNO dan BN menghormati hak - hak orang Cina dan India di dalam negara ini dengan tidak melabelkan mereka sebagai pendatang atau merempat dan 1001 kenyataan yang mengeruhkan kedudukan antara kaum dalam negara kita sekaligus bertentang dengan semangat 1 Malaysia yang diperjuanhgkan oleh UMNO dan BN pada hari ini atau sememangnya konsep 1 Malaysia itu hanyalah retorik semata - mata .
9. Sekali lagi suka saya tegaskan bahawa kami Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat tidak senang dan sangat tidak setuju terhadap sebarang tindakan atau kenyataan yang berbau racist dan chauvinist . Sebaliknya marilah kita beramal atau menerima pakai apa yang diajar oleh Islam agar kita mewujudkan perpaduan atas semangat saling kenal mengenal antara satu sama lain . Bukan hanya kenal nama dan wajah tetapi turut mengenal budaya dan adat resam antara kaum dikalangan penduduk dan rakyat di dalam negara ini .
10. Islam menjadi dasar perjuangan PAS . Justeru itu , apa yang diperjuangkan oleh PAS ialah apa yang diajar oleh Islam . Antara ajaran Islam yang suci lagi mulia ini ialah saling hormat menghormati antara kaum , bangsa dan agama agar dapat diwujudkan suasana sejahtera , harmoni , aman dan damai . Sementara semua suasana - suasana itu bertepatan dengan nilai fitrah kejadian manusia .

4 comments:
Salam ustz..Tolong betulkan fakta dari blog yang menghasut dan memecah belahkan parti..saya sedih sgt kerana adab dengan para ulama langsung tak ada...
http://alhusseyn51.blogspot.com/2010/02/beginikah-sikap-seorang-presiden.html
penjelasan berkait isu ini boleh dapatkan dipautan berikut :
http://misabah.blogspot.com/2010/02/jangan-tuduh-presiden-pas-dengan-melulu.html
ustaz, apa komen ustaz dgn tulisan dibawah ini....saya makin keliru dan sedih bila lihat Pas semakin longgar dgn sambutan perayaan agama non muslim...
IMLEK (Tahun Baru Cina) ADALAH HARI RAYA AGAMA KHONGHUCU BUKAN SEKEDAR TRADISI TIONGHOA (Kaum Cina) : HARAM ATAS MUSLIM TURUT MERAYAKANNYA
Oleh : M. Shiddiq Al-Jawi
Pengantar
Anda mungkin pernah mendengar pernyataan begini. Bahwa Imlek itu hanyalah tradisi etnis Tionghoa dan bukan bagian ajaran agama tertentu. Karenanya umat Islam khususnya yang beretnis Tionghoa boleh-boleh saja merayakan Imlek.
Benarkah Imlek hanya tradisi? Bolehkah seorang muslim turut merayakan Imlek? Tulisan ini berusaha untuk menjawab dua pertanyaan tersebut, dengan menelaah ajaran agama Khonghucu, serta menelaah hukum syariah Islam yang terkait dengan keterlibatan kaum muslimin dalam perayaan hari raya agama lain.
Imlek Adalah Ajaran Agama Khonghucu, Bukan Sekedar Tradisi Tionghoa
Memang tak jarang kita dengar dari orang Tionghoa, termasuk tokoh-tokohnya yang sudah masuk Islam, bahwa Imlek itu sekedar tradisi. Tidak ada hubungannya dengan ajaran suatu agama sehingga umat Islam boleh turut merayakannya. Sebagai contoh, Sekretaris Umum DPP PITI (Pembina Iman Tauhid Islam), H. Budi Setyagraha (Huan Ren Cong), pernah menyatakan bahwa Imlek adalah tradisi menyambut tahun baru penanggalan Cina, datangnya musim semi, dan musim tanam di daratan Cina. H. Budi Setyagraha berkata,"Imlek bukan perayaan agama." (Lihat "Sekjen DPP PITI : Rayakan Imlek Jangan Berlebihan", Kedaulatan Rakyat, Selasa, 13 Pebruari 2007, hal. 2).
Salam ustz, sgt berbahaya tulisan anda ini. Tolong jgn sebut perkataan yg boleh membawa fitnah dan perpecahan. Sy adalah pengundi di atas pagar walaupun lebih banyak mengundi PAS dr BN. Namun sebagai pengundi atas pagar sy leibih mengutamakan kemakmuran, keamanan dan kedamaian di Malaysia. Umur sy mngkin tidak panjg lg tapi anak2 dan cucu sy akan mengharungi tanah tumpah darah mereka ini. Terus terang sy rasakn, tulisan pemimpin PAS sekarang bnyk dipengaruhi sentimen dari PKR dan DAP. Perjunagn asal semakin berubah. Lebih bnyk fitnah n pembohongandari menegakkan syiar ISlam. Legih bnyak menjaga hati org kafir dr seagama. Sya melihat ini sebagai pengundi atas pagar. Dr pandangan sy, lebih baik keadan sebelum PRU 10 dan ke bawah. Ust perlu fikirkan adakah IRAQ sekarang lebih baik berbanding di bawah Saddam Hussein? Fikir-fikrkanlah......
Post a Comment