Kempen Selamatkan Negara. Vol 5
1. Kebelakangan ini negara kita mengalami perubahan suhu panas yang agak ketara . Paras takungan air menurun dan pemanasan suhu meningkat . Ia memberi kesan kepada tahap kemarau yang membimbangkan .
2. Sebagai seorang muslim dan mukmin , kita sangat yakin bahawa fenomena ini bukanlah terjadi dengan sendiri tanpa sebarang sebab atau hikmah disebaliknya melainkan ia adalah merupakan ketentuan Allah swt sebagai
a] ibtila' [ujian untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan]
b] kaffarah [ penghapusan dosa dan menyucikan jiwa ] atau
c] musiibah [ bencana untuk manusia insaf , berfikir dan bertaubat ]
3. Kerakusan dan ketamakan manusia sekali lagi boleh menjadi faktor penyumbang kepada fenomena pemanasan suhu ini . Sebagai contoh mudah ialah , penebangan bebas dan menggondolkan bukit tanpa mengambil kira kesan ke atas alam sekitar , pembakaran terbuka , mengotor dan memusnahkan sungai . Kesan dari perbuatan tangan [ dosa ] manusia inilah mencetus musiibah . Firman Allah swt :
4. Menyedari perkara [ musibah ] ini adalah datang daripada Allah swt , maka langkah yang paling bijak ialah kembali [ taqarrub dan taubah] kepada Allah swt. Bermula dari pemimpin , rakyat , ahli politik , ahli ekonomi , aktivis sosial dan semua pihak mesti kembali tunduk dan patuh kepada syariat Allah swt .
5. Langkah yang diambil oleh YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri Kelantan menganjurkan solat Istisqa' [ sembahyang minta hujan ] adalah satu contoh yang paling bijak . Solat Istisqa' bukan sahaja berupa munajat [ memohon ] hujan tetapi turut mengandungi istighfar [ mohon ampun ] dan taubah serta tadharru' dan tawakkal [ merendah dan menyerah diri ] kepada Allah swt Tuhan yang menjadikan kemarau panjang ini .

ظهر الفساد في البر و البحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذي عملوا لعلهم يرجعون
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Surah Ar Ruum : 41
4. Menyedari perkara [ musibah ] ini adalah datang daripada Allah swt , maka langkah yang paling bijak ialah kembali [ taqarrub dan taubah] kepada Allah swt. Bermula dari pemimpin , rakyat , ahli politik , ahli ekonomi , aktivis sosial dan semua pihak mesti kembali tunduk dan patuh kepada syariat Allah swt .
5. Langkah yang diambil oleh YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri Kelantan menganjurkan solat Istisqa' [ sembahyang minta hujan ] adalah satu contoh yang paling bijak . Solat Istisqa' bukan sahaja berupa munajat [ memohon ] hujan tetapi turut mengandungi istighfar [ mohon ampun ] dan taubah serta tadharru' dan tawakkal [ merendah dan menyerah diri ] kepada Allah swt Tuhan yang menjadikan kemarau panjang ini .
6. Kaedah dan pendekatan seperti ini tidak berlaku di dalam sistem pentadbiran sekular yang memisahkan politik mereka dari agama . Akhirnya mereka akan terus sengsara dan derita bersama keangkuhan dan keegoan mereka yang enggan kembali kepada Allah swt . Tidak mustahil , kesombongan dan keangkuhan itu kelak akan membawa musibah yang lebih besar dan menjanjikan azab yang lebih pedih terutamanya diakhirat kelak .
7. Memerintah , mentadbir dan mengurus manusia serta negara , tidak hanya terhenti di atas kemahiran dan kepakaran tetapi mestilah juga berpaksi di atas kepatuhan dan ketundukan kepada syariat Allah swt .
Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk [ rakyat dan pemimpin ] negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan .

Surah Al A'raaf : 96
8. Perjuangan yang memisahkan politik dari agama [ sekular ] adalah perjuangan yang bathil malah membawa mala petaka kepada negara . Negara yang ditadbir dan diperintah tanpa agama akan melahirkan manusia yang tidak kenal dosa dan pahala bahkan wujud pelbagai budaya maksiat dan mungkar yang mengundang jenayah serta salah laku atau penyelewengan moral [ akhlak ] .
9. Logik dan rasionalnya sesuatu sistem ciptaan manusia tentunya tidak boleh mengatasi peraturan [ syariat ] ciptaan Allah swt . dan tentu sahaja Allah swt lebih tahu bagaimana mengurus manusia sebagai makhluk ciptaanNya atau siapa yang boleh menafikan bahawa manusia adalah hasil ciptaan Allah swt ?
10. Selamatkan negara kita dengan menyeru seluruh rakyat kembali kepada Islam . Sementara non muslim diseru agar menerima dan memberi kepercayaan kepada Islam untuk mentadbir dan memimpin negara [ sementara mereka tidak dipaksa menganut agama Islam . Kerana:
a] Islam agama yang adil untuk semua .
b] Islam melarang segala bentuk jenayah dan menghukum penjenayahnya
c] Islam memberi hak membela diri bagi mereka yang dituduh
d] Islam menuntut bukti kukuh bagi mereka yang mendakwa.
e] Islam mengharamkan kezaliman dan penindasan
f] Islam anti rasuah dan sistem riba yang menindas
g] Islam menganjurkan perpaduan dan silaturrahim
h] Islam mengutamakan ilmu pengetahuan dan budaya yang sihat
i] Islam memelihara hak dan memulangkan hak kepada yang berhak
j] Islam menghormati pandangan dan agama yang berbeza
k] Islam bukan agama perkauman
l] Islam tidak eksterim sebaliknya sangat toleransi]
m] Islam benci maksiat dan mungkar
n] Islam menganjurkan keamanan , kesejahteraan dan keharmonian.
o] Islam menjaga keselamatan dan memberi perlindungan
p] Islam menaja kebersihan dan kesucian
q] Islam memastikan kesihatan dan keafiatan
r] Islam mengurus tamaddun dan peradaban yang sihat dan hebat
s] Islam adalah agama rahmat [ kasih sayang ] dan berkat [ bertambah kebaikan ]
t] Islam menjanjikan ketenangan dan kedamaian
u] Islam menawarkan keampunan
v] Islam menjanjikan ganjaran pahala dan syurga atas ketaatan
w] Islam menjanjikan dosa dan neraka atas penderhakaan
x] Islam menganjurkan kebajikan dan kebaikan
y] Islam membunuh segala sifat mazmumah [ jahat dan negatif ]
z] Islam membina segala sifat mahmudah [ baik dan terpuji ]
Jika Islam tidak benar dan betul atau ada yang tidak kena dengan Islam , sila beritahu saya , dimana tidak kenanya Islam ?

7 comments:
http://dmpsa.blogspot.com/
JEMPUT LAWAT...
Salam...baca nukilan2 enta di dalam blog ni..hati rasa bangga dgn seorg Ketua Pemuda yg punyai ilmu mantap di dada..namun bila enta memberi komen ttg pilihanraya kerajaan tempatan spt yg dirancang oleh Penang dan Selangor, nampak benar enta ni dangkal politik dan masih terbayang UG....kering idea!!!
Assalaamu 'alaikum sdra NHT & yang melayari blog ini,
1 Iya .., semuanya benar, kerana selamanya TIDAK akan didapati kebenaran hakiki selain daripada kebanaran lslam. Segala wajah kerahmatan & ksejahteraan lslam itu telah baginda Rasulullah SAW zahirkan dan jayakan setelah tertegaknya 'DAULAH lSLAMIYYAH' di Madinah.
2 DAULAH ISLAMIYYAH .. itulah kerangka, wahana, prasyarat bagi menzahirkan segala kebaikan drp lslam yg Anda senaraikan itu. [Bahkan jika mahu disenaraikan semuanya, tidak berupaya Anda lakukan].
3 DAULAH ISLAMIYYAH - suatu bentuk pemerintahan dgn KEKUASAAN MUTLAK HANYA DI TANGAN KAUM MUSLIM - tanpa dukungan, tanpa pakatan, tanpa perkongsian, tanpa tawar-menawar DENGAN GOLONGAN PENDUKUNG tegar ideologi kufur Sekularisme, sama ada DAP atau PKR atau UMNO.
4 Apa kerangka yg parti Anda tawarkan kepada umat Muslim untuk menggarap kesejahteraan drp lslam melalui perjuangan politik yang bersekedudukan dengan parti-parti pendukung tegar ideologi Sekular di dalam PR sekarang?
pusingan alam....ada empat musim ...ada dua musim...tujuh tahun yang makmur...tujuh tahun yang kemarau...semua ujian Allah..tak payah la nak menyalahkan sesama manusia..
Saudara, saya menginap di Kuala Lumpur dan walaupun saya tidak seagama dengan saudara saya amat kagum dengan perjuangan PAS, namun bukan semua idealogi PAS boleh diterima oleh kaum bukan islam. Walau apapun saya berharap tuan dapat mengalih perhatian tuan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang banyak menghabiskan wang rakyat tanpa diperlihatkan impak kepada rakyat. Telitikan projek-projek ICT KPM untuk mengutarakan maklumat kepada masyarakat umum.
salam,
saya bersetuju dengan ustaz yang tiada apa yang tidak kena dengan islam.. tapi yang tidak kena adalah sikap penganutnya.. Dan sejujurnya pada pandangan Ustaz adakah pemimpin PAS semuanya baik2 dan tulus dalam perjuangan? apa yang membuatkan saya tidak tertarik dengan PAS adalah kerana sikap ahlinya... politik yang diamalkan berdasarkan kebencian dan dendam, menyebarkan dakwah dengan tidak hikmah.. menghukum orang yang tidak sealiran tanpa usul periksa... bukankah dalam islam dibenarkan perbezaan pendapat? apakah dengan perbezaan pendapat membuatkan terputusnya hubungan persaudaraan... Maaf ustaz, selagi sikap ahli PAS tidak berubah, percayalah.. adalah sukar vg yg neutral utk menyokong PAS. kemenangan besar PR dalam PRU12 adalah kerana kebencian rakyat pada BN bukan kerana kekuatan PR. Kalau boleh ustaz jelaskan pada saya, di mana rasionalnya kerjasama dengan DAP? bukankah terang dan jelas DAP anti islam? erm.. ada penyokong kuat PAS gunakan hujah fiqh auliyat, tp secara tak langsung itu juga membenarkan kerjasama UMNO MCA dan MIC selama ini.. saya tidak faham bagaimana kerjasama dengan kafir harbi lebih baik dari saudara sesama islam... apakah dengan kerjasama ini kepentingan islam xkan terjejas?
Salama,
Agama yg diredhai tuhan ialah agama nabi ibrahim spt yg tercatit di dlm al quran. Nabi di perintahkan mengikuti agama nabi ibrahim. Apakah agama nabi ibrahim? Al quran di turunkan tanpa baris dan tanda jadi perkataan Alif Sin Lam Mim tidak mungkin menemukan Islam. Alif Sin Lam Mim ialah Asalama (Kami Sejahtera), jadi agama semua nabi2 dan rasul2 ialah Asalama dan inilah agama nenek moyang org Melayu. Pernah fikir kenapa penjajah begitu bersungguh2 mencanangkan bhw org Melayu sebelum dtg Islam beragama Hindu? Mengapa sehingga kini satu2 bangsa yg masih di jajah dari segi agama ialah Bangsa Melayu? Apakah yg hendak tuan hamba perjuangkan sedang asal usul bangsa sendiri juga tidak dikenali?
Post a Comment