HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, March 28, 2010

Kempen Selamatkan Negara. Vol 7

Maruah PDRM
Tercalar Lagi

1. Pada tahun 2007 tanggal 12 ogos , Tun Hanif Omar bekas ketua polis negara telah mendedahkan melalui ruangan khas beliau di akhbar The Star bahawa 40% pegawai - pegawai polis terlibat dengan rasuah .

[ sehingga kini tiada siasatan dan tindakan diambil terhadap kes yang didedah dan tiada juga tindakan diambil ke atas Tun Hanif Omar jika beliau membuat tuduhan palsu .]

2. Kini Tan Sri Musa Hassan Ketua Polis Negara mendedahkan betapa wujud campur tangan pihak ketiga dalam pentadbiran Polis diRaja Malaysia . Beliau turut mendakwa bahawa pihak ketiga ini telah membuat arahan terus kepada pegawai bawahan beliau . Persoalannya siapakah pihak ketiga ini ? Gengster atau ahli politik ?

3. Pendedahan seperti ini meletakkan rakyat dalam keadaan gelisah dan negara dalam bahaya . Sebelum ini pun telah wujud pertelagahan antara pegawai tinggi polis yang akhirnya membawa pendedahan demi pendedahan yang menggemparkan malah menakutkan .

4. Pendedahan seperti wujudnya hubungan pihak polis dengan kumpulan - kumpulan gengster , pertelagahan pihak polis dengan timbalan menteri dalam negeri sebelum ini yang akhirnya mendedahkan betapa wujudnya keadaan satu pihak menangkap penjenayah yang sangat dikehendaki dan satu pihak lagi membebaskan penjenayah tersebut yang telah ditangkap .

5. Justeru itu tidak hairanlah jika bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar menyebut mengenai 40% pegawai polis terlibat dengan rasuah dan pendedahan terkini dari Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sendiri mengenai wujudnya pihak ketiga yang campur tangan dan mampu mengeluarkan arahan kepada pegawai - pegawai polis .

6. Lebih malang apabila usul dari ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali agar parlimen mendapat penjelasan dari Menteri dalam Negeri mengenai kewujudan pihak ketiga yang mengeluarkan arahan kepada pegawai polis ini ditolak oleh speaker . Kenapa penjelasan enggan diberikan ? apa yang sedang disembunyikan ? perkara ini bukan remeh dan kecil sebaliknya berkait soal keselamatan rakyat dan negara !

7. Pihak Menteri Dalam Negeri dan Polis DiRaja Malaysia mesti melakukan suatu yang lebih berkesan untuk mengembalikan reputasi mereka sebagai pasukan keselamatan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan rakyat dan negara bukan membiarkan indeks jenayah meningkat dan pasukan keselamatan sendiri bergelut dengan krisis integriti .

8. Sehingga kini Suruhanjaya Penambahbaikan Polis DiRaja Malaysia masih dilihat tidak berkesan . Jelasnya PDRM hanya menonjolkan kecekapannya bertindak ke atas parti - parti politik pembangkang dan di musim - musim pilihanraya dengan ribuan polis akan ditempatkan di kawasan berlangsungnya pilihanraya . Setiap lorong dan simpang akan kelihatan pasukan polis gagah bersiapsiaga .

9. Persoalannya kenapa jumlah polis yang sedemikian ramai dan gah tidak boleh dikerahkan untuk memburu habis - habisan sehingga ke lubang cacing segala macam bentuk penjenayah dalam negara kita ? Lebih malang apabila ada balai polis yang memberi alasan kami tidak cukup kakitangan untuk bertindak apabila mereka dihubungi agar segera mengambil tindakan menangani ke samun dan rompak seperti berlaku di Maran dan beberapa tempat yang lain .

10. Kes terbaru pembunuhan Mendiang Siva dari Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak dan pembunuhan abang ipar Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam telah meningkatkan angka indeks jenayah dalam negara kita . Sewaktu pilihanraya berlangsung , negara kita seperti negara polis tetapi pada waktu - waktu lain tatkala sedang berdepan dengan penjenayah , negara kita seperti tiada polis .

1 comments:

Anonymous said...

1.Bagai mana agaknya semua orang tidak mahu jadi Polis di Malaysia?. Ada kah jenayah, perselisihan faham, masaalah lalulintas dapat di atasi secara mufakat.
2. Bagai mana agaknya kalau semua orang Islam (melayu) tiada dijabatan polis. Adakah akan di gantikan dengan Bukan Islam atau bukan Melayu?
3. Ada satu ketika seorang ustaz marahkan polis dan kata kerja polis masuk Neraka dan tak mahu rakan dan kaum kerabatnya masuk polis. Pada satu hari ada warga asing (yang mencurigakan) datang masjid hendak meminta derma, bimbangkan para jemaah tartipu, ustaz tersebut mencadangkan memanggil polis untuk memeriksa warga asing tersebut. Ini hanya sedikit keperluan polis.
4. Polis kena patuh kepada ketua.
bagai mana kalau unit amal tidak patuh kepada ketuanya?
Pohon Ustaz Ulas

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive