HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, March 26, 2010

Pinda Rukun Negara

Pinda Rukun Negara
Satu langkah yang Tepat.

1. Gesaan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ] agar Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dipinda kepada "Kepercayaan [ keyakinan ] kepada Allah" .

2.Sekurang - kurangnya 2 asas utama sebagai latar belakang yang mewajarkan pindaan tersebut dilakukan .

a] Malaysia adalah sebuah negara yang telah mengisytiharkan Islam sebagai agama Rasminya dan ia dimaktubkan didalam perlembagaan negara biarpun menyedari Malaysia adalah sebuah negara masyarakat majmuk dan ianya diperakui.

b] Masyarakat non muslim sendiri dewasa ini telah memperjuangkan hak mereka untuk menggunakan kalimah Allah dan ini menjadi satu hikmah yang terbuka untuk kita membawa mereka lebih memahami dan menghayati pengertian kalimah Allah swt tanpa syirik dan menyalahgunakan penggunaan kalimah Allah swt .

3. Suatu amalan yang telah diterima dan diakui oleh semua bangsa dan agama sebagai rakyat negara ini menyanyikan lagu negeri masing - masing dengan menggunakan kalimah Allah . Sehingga kini penggunaan kalimah Allah dalam lagu - lagu negeri ini tidak pernah dibantah dan dipersoal . [ lihat lirik lagu - lagu negeri ]

a] ...... Segala kebesaran Allah cucurkan * Darjah kemuliaan Allah tambahkan ... [ Kelantan ]

b] .....
Allah selamatkan Sultan Mahkota * Berpanjangan usia di atas Takhta .... [ Kedah ]

c] .....
Ditaati rakyat kiri dan kanan * Iman yang saleh Allah kurniakan .... [ Perak ]

d ] ..... Ya Allah yang Maha Kuasa * Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia .... [ Pahang ]

e ]
..... Allah peliharakan Raja kami * Memerintah Terengganu Negeri .... [ Terengganu ]

f ] ..... Allah lanjutkan usia Tuanku * Rakyat mohon restu ..... [ Selangor ]

g ] ..... Allah peliharakan Sultan * 'Nugrahkan Dia segala kehormatan .... [ Johor ]

4. Kerajaan Malaysia melalui pemimpin utamanya berkali - kali mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negera Islam . Justeru itu , wajarlah kerajaan tidak membantah cadangan dan gesaan Tuan Guru Presiden PAS agar Rukun Negara yang pertama itu dipinda menjadi kepercayaan kepada Allah swt .

5. Kepercayaan kepada Tuhan bukan sahaja tidak tepat malah ianya boleh membawa kepada syirik dan membatalkan aqidah ummah . Ia mungkin tidak mengapa kepada golongan non muslim tetapi jelas membawa ancaman kepada iman dan aqidah ummat Islam .

6. Kenapa tidak digunakan kalimah Allah swt di dalam rukun negara bagi menggantikan kalimah Tuhan sementara kalimah Allah swt itu telah diperakui oleh semua termasuk non muslim . Lihat Firman Allah swt dalam surah Lukman ayat 25 :

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab Allah. Ucapkanlah (wahai Muhammad) Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka itu. Bahkan kebanyaakn dari mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)”

7. Kalimah Tuhan tidak membawa kepada erti dan nilai ketuhanan yang sebenar kerana tuhan juga boleh dinisbahkan kepada pelbagai gambaran dan rupa wajah malah sebahagiannya direka cipta oleh manusia . Mana mungkin tuhan direka dan dicipta sebagaimana tuhan sewajarnya adalah yang paling berkuasa , sempurna dan esa .

8. Meminda kalimah tuhan kepada kalimah Allah swt di dalam rukun negara mampu membawa seluruh rakyat memahami dan menghayati nilai dan makna ketuhanan yang sebenar . Selain ianya [ menggunakan kalimah ALlah ] benar dan tepat dengan aqidah ummat Islam ianya juga tidak bersalahan dengan naluri dan hati kecil golongan non muslim dalam mempercayai erti ketuhanan .

9. Nokhtah yang paling penting disini ialah , Kalimah Allah swt tidak sahaja memaparkan nilai ketuhanan yang sebenar sebagai zat tuhan yang maha Esa tetapi penggunaan kalimah Allah swt yang telah diperakui dan diterima oleh semua pihak ini akan menjadi satu platform untuk menyeru atau mengajak seluruh manusia mengabdikan diri kepada Allah swt Tuhan Yang maha Mencipta tanpa lagi mensyirikkanNya .

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang menyerah diri kepada Allah swt. [ Islam ] ".

Surah Aali I'mran : 64

10. Rukun negara adalah berfungsi sebagai asas utama kepada rule rakyat dalam membentuk serta mengungguli sistem nilai dan jati diri sebagai warga negara yang baik . Lantaran itu , amatlah wajar rukun negara ini dipinda dengan menukar kalimah tuhan kepada kalimah Allah swt tuhan yang maha mencipta dan memiliki sekelian alam ini serta Dia lah tuhan yang menurunkan wahyu sebagai pekeliling rasmi buat pedoman manusia mengatur kehidupan di atas muka bumi ini dengan sejahtera dan beroleh rahmat serta berkat dariNya .

Perhatian :

[ Poll dikalangan pembaca Akhbar Sinar Harian [ pada 25 Mac 2010- khamis ] : Perlukah Rukun Negara ditukar ? 62% Setuju dan 38% tidak setuju . ]



6 comments:

Anonymous said...

salamm,saya sokong ustaz...
kalau dalam lagu negeri pom boleh guna kalimah Allah Taala,xsalah rukun negara pom menggunakan kalimah Allah ...
lagipun negara Malaysia nh digembar-gemburkan katanya negara Islam...apa yang nk dihairankan jika rukun negara menetapkan Keyakinan kepada Allah...bgs2....sy sokong ustaz...

Anonymous said...

bila pulak pas iktiraf malaysia negara islam?

Anonymous said...

memanglah pas x iktiraf....malysia nh negara umat Islam...masalah nya pemimpin negara kita nh.....yang duk ngaku malaysia negara Islam...jadi kalau guna rukun negara dengan kepercayaa kepada ALLAH..apa nk di takutkan...kan ni negara Islak kata diam borang......

Anonymous said...

salam, ustaz din. Ana nak mintak tolong. Boleh tak enta tolong promote lagu2 kawan ana kt mesir ni, peng. Lagu dia byk msg2 yg baik tapi dgn irama semasa, ade rock, metal. Iramanya sesuai dgn msg yg hendak disampaikan. Macam lagu dia yg bertajuk jihad, dia gunakan genre metal, utk bagi semangat. Lagu tudung labuh, dia selitkan ttg kasih sayang, utk popularkan tudung labuh ni. dan lagu2 lain. Lagu beliau boleh dengar kt sini --> http://www.youtube.com/watch?v=ZNnHwmamFsE Jzkk ustaz din.

UMMU HAFSIN said...

i like... >_<

Anonymous said...

saya tak faham ustaz. yang ada enam tangan, yang ada kat bawah pokok2 besar tu Allah juga ke?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive