Kempen Selamatkan Negara. Vol 8
1. Dewan Pemuda PAS Pusat pada Julai 2009 melalui Unit Kajian dan Maklumbalas Isu Semasanya pernah mengutarakan isu penglibatan dan pengaruh sebuah Firma Konsultan Antarabangsa [APCO Worldwide] yang berpangkalan di Amerika Syarikat dalam kerajaan negara kita .
2. Selain daripada merujuk kepada pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen , Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong gesaan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS Pusat Datuk Hj. Mahfuz Omar agar satu Suruhanjaya DiRaja segera dibentuk bagi menyiasat dakwaan ini justeru ia melibatkan soal keselamatan rakyat dan negara .
3. Kita tidak mungkin membiarkan rakyat dan negara tercinta ini begitu terdedah kepada risiko dan ancaman luar semata - mata untuk memenuhi keinginan nafsu rakus seorang Perdana Menteri . Sudahlah negara terpaksa membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 20 juta semata - mata untuk memulihkan imej sang Perdana Menteri yang rosak dan punah teruk di mata masyarakat dan dunia , Firma Konsultan [ APCO ] yang dipilih pula adalah sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan Zionis Israel alaihi laknatullah .
4. RM 20 juta adalah satu jumlah yang sangat keterlaluan untuk digunakan hanya tujuan menggilap imej seorang pemimpin dan partinya yang sekian lama terpalit dengan pelbagai dosa dan noda . Entah dari mana wang sebanyak itu diperolehi , alangkah jika ianya disuntik ke dalam pakej rangsangan ekonomi untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup rakyat tatkala berdepan dengan pertumbuhan ekonomi yang longlai dan lesu .
5. Penasihat Perdana Menteri Omar Mustafa Ong dilihat sangat berkuasa dalam hal ini sehingga mengatasi menteri dan pegawai kanan kerajaan . Beliau didakwa bertanggungjawab memperkenalkan APCO Worlwide kepada kerajaan Malaysia dan membawanya masuk malah sampai ke peringkat syarikat ini berjaya membuka "pejabat"nya di dalam pejabat Perda Menteri .
6. Kerajaan Malaysia kini sedang dilihat mempertaruhkan masa depan rakyat dan negara kerana mengizinkan syarikat konsultan seperti APCO ber"sarang" di dalam pentadbiran dan pemerintahan negara kita . Semua orang tahu bahawa APCO adalah sebuah syarikat pro Zionis yang sedang melebarkan pengaruh dan penguasaannya ke atas negara - negara luar Israel khasnya negara umat Islam di seluruh dunia . Negara kini seperti di dalam cengkaman Zionis Israel apabila pemimpin utamanya [ Datuk Seri Najib Abd Razak ] kini didalam pengaruh dan nasihat APCO Worlwide .
7. Tindakan Perdana Menteri turut dilihat sebagai satu penghinaan ke atas ummat Islam seluruh dunia amnya dan Palestine khasnya . Kenapa tidak , saat Zionis Israel mengganas dan menggila di Gaza Palestine , Perdana Menteri mengheret kerajaan pimpinannya untuk membuta hubungan langsung dengan syarikat pro Zionis tersebut . Lebih membimbangkan ialah maklumat strategik negara kini di "mulut" Zionis apabila APCO bebas menggilap dan menasihati perdana menteri .
8. Kenapa mahu bazirkan wang sedemikian banyak dengan mengenepikan syarikat konsultan tempatan jika Perdana Menteri benar - benar terdesak untuk memulihkan imejnya yang rosak teruk ? Apakah Perdana Menteri tidak yakin pada keupayaan syarikat konsultan tempatan ? sehingga tidak segan mengundang APCO yang pernah menasihati Ehud Barak agar melancarkan " One Israel " untuk memulih imej perdana menteri Israel tersebut . Apakah One Malaysia [ Satu Malaysia ] merupakan strategi serupa ? Awas negara kini dalam bahaya dengan agenda One Malaysia tajaan zionis ini .

9. Jika imej menjadi persoalan yang menghantui dan menghambat YAB Perdana Menteri , kenapa tidak beliau bina imej berasaskan akhlak Islami yang telah diwariskan oleh Nabi saw sebagai Rasul yang diutus oleh Allah swt untuk menyempurnakan keindahan akhlak dan syakhsiyah . Bahkan Islam sememangnya mempunyai skill dan skima tersendiri dalam membentuk karektor seorang pemimpin yang baik dan hebat .
10. YAB Perdana Menteri sewajarnya menghayati nilai akhlak Islami yang berasaskan iman dan taqwa . kelak ia akan meluhurkan peribadi sehingga lahir susuk seorang pemimpin yang beriman , bertaqwa , menjauhi rasuah , arak , zina , judi bahkan menjadi insan yang taat kepada Allah swt serta melaksanakan syariat dan syiar agama Allah swt . Kenapa tidak lihat kepada hebatnya karisma dan jati diri yang dibina oleh pemimpin yang beriman , berilmu dan bertaqwa seperti Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ? Mereka tidak pernah terlibat dengan korupsi , arak , judi dan sebagainya .

2 comments:
salam.
saya rasa wang 20 juta tuh di amik dari bajet2 yang sepatutnya diberi kepada rakyat tetapi di'cut' oleh kerajaan atas alasan mengurangkan bajet....
Contoh paling ketara, bajet utk sekolah. Kebanyakan pengetua/guru besar/guru kaunseling sekolah yang ditemui semuanya mengadu bajet kurang untuk tahun nih....
(saya yang bekerja dengan konsultant tempatan)
Assalaamu 'alaikum sdra NHT & yang melayari blog ini,
1 Sebab itu perkataan 'Tuhan' di dalam rukunegera enggan ditukar kpd 'Allah' agar pada masa-masa yg diperlukan, maksudnya boleh saja dimanipulasikan olh puak-puak ini; boleh sja Tuhan itu nafsu, kuasa,
wang atau rasuah, & yang terkini Tuhan itu 'lMEJ'.
2 lnilah jelmaan syaksiyyah rosak orang2 yang fobia-syariah. Dan mereka ini - dengan tidak berasa berdosa dan malu barang sedikit - mengaku sebagai pemimpin umat lslam.
3 APA MERIT mreka utk mengangkat diri mengaku menjadi pemimpin bagi orang2 yang lebih mencintai hidup dengan syariah, sedangkan dari bibir2 mereka ini tidak pernah berputik walau sekelumit kalimah untuk menegakkan pemerintahan yg berjalan di atas landasan syariah?
4 Wahai umat Muslim! Teguh kukuhlah dengan peringatan Allah bahawa kaum kuffar [dan tentu sekali berserta agen2 mereka yang juga drpda kalangan umat sendiri] pasti sentiasa menginfakkan [membelanjakan] harta dan umur mereka demi menghalangi orang dari jalan Allah. Maka, amat dituntut untuk mengenal-pastaikan siapa mereka itu yang wujud di dalam kalangan kita.
Wallahu a'lam.
Post a Comment