Orang Muda Geng Kita
1. Tahniah saya ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dan seluruh warganya di atas kejayaan menganjurkan Karnival Orang Muda Geng Kita peringkat Negeri Pahang .
2. Meskipun hujan lebat tanpa henti sejak semalam masih berlarutan dan mengiringi majlis perasmian Karnival Orang Muda Geng Kita sebentar tadi , ternyata semangat kental anak - anak muda untuk bersama dengan perjuangan Islam ini tidak luntur bahkan himpunan mereka hari ini mencecahkan 2000 orang .
3. Kini PAS amnya dan Dewan Pemuda PAS khasnya tidak sekali - kali boleh ditohmah bahawa ia hanya parti milik tok lebai , parti orang kampung , parti primitif dan sebangainya . Justeru kini PAS mula diterima oleh semua terutama anak - anak muda yang mula menjadikan PAS sebagai wadah atau pangkalan mereka untuk berjuang menuntut sebuah perubahan di dalam negara kita hari ini.
4. PAS bagai sebuah bahtera penyelamat yang berlayar meredah gelombang ganas hasil pergolakan politik , kebiadaban manusia dan kerosakkan sistem . Semua orang digamit agar segera menaiki bahtera ini sebelum tenggelam dipukul gelombang dan hanyut dibawa arus .
5. Anak - anak muda tidak perlu teragak - agak untuk menyertai wadah perjuangan suci ini sebaliknya apa yang perlu ialah segera bertindak nekad dan yakin bersama PAS untuk mengurus sebuah perjuangan menuntut keadilan , ketelusan , kesaksamaan , kesejahteraan , kebajikan dan keamanan . Lebih bermakna , perjuangan ini adalah perjuangan yang memartabatkan syariat Allah swt Tuhan yang Mencipta sekelian alam .
6. Bersama PAS , naluri anak - anak muda tidak sekali - kali dihalang bahkan naluri mereka akan :
a] dipandu agar benar jalan yang dilalui mereka ,
b] dididik agar mampu menilai tindakan mereka ,
c] dibina agar lahir sebagai insan yang soleh dan
d] dipelihara agar selamat dari kemurkaan Allah swt .
7. Perjuangan PAS tidak semata - mata politik , pengaruh dan kuasa tetapi perjuangan PAS juga adalah :
a] memurnikan akhlak , [ keperibadian ]
b] menyantuni Insan , [ mesra rakyat ]
c] membetulkan aqidah [ pegangan hidup ]
d] membekalkan ilmu dan memantapkan fikrah [ pemikiran ]
e] merangkaikan ukhuwwah [ tali persaudaraan ]
f] mengiktiraf peranan anak muda
g] memperjuangkan hak anak - anak muda
h] memperjuangkan hak golongan yang tertindas dan dinafikan
i] wadah alternatif buat rakyat berjuang menuntut hak mereka
8. Potensi anak - anak muda dengan kekuatan fizikal , kecerdasan minda dan kecekalan semangat mereka sangat diperlukan oleh perjuangan yang mewakili rakyat seperti PAS untuk menyemarakkan angin perubahan sekaligus meruntuhkan kezaliman , penindasan , kekejaman , korupsi dan 1001 maksiat serta mungkar yang membinasakan peradaban atau tamaddun manusia .
9. Saya tidak lihat potensi anak muda musnah atau terencat apabila menyertai perjuangan ini melainkan segala potensi yang telah sedia ada akan dipertingkatkan sehingga membentuk satu prestasi yang membanggakan negara dan seluruh rakyatnya yang mempunyai anak - anak muda merdeka serta bebas tanpa dijajah jiwa dan minda mereka .
10. Orang Muda Geng Kita adalah satu slogan yang bersifat praktikal untuk menterjemah konsep perjuangan PAS bersama anak - anak muda negara dengan menyediakan wadah perjuangan buat mereka sekaligus memartabat peranan mereka dalam membangunkan negara dari seluruh aspek iaitu spiritual dan material .

1 comments:
Salam
Orang Muda Geng Kita????? Yang berzina tak kira orang tua dan orang muda!!!!
Kempen Anti Zina: Perlunya perjuangan tuntut perubahan di Harakah daily di rujuk.
17,303 anak luar nikah didaftar 2009
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.
http://ekhutbah.wordpress.com/2010/03/21/17303-anak-luar-nikah-didaftar-2009/#comment-243
So kita tunggu apa lagi?????
Firman Allah:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Nur 24:02]
Untuk mencegah anak zina kita mesti menutup setiap pintu zina dan maksiat.
Tidak syak lagi, zina telah berleluasa, maka kebajikan pun hancur dan azab seksa Allah Taala mendekati semua sebagaimana hadits-hadits menjelaskan yang demikian itu.عن ميمونة رضى الله عنها قالت: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لا تزال أمتى بخير ما لم يفش فيهم ولد الزنا، فإذا فشا فيهم ولد الزنا فيوشك أن يعمهم الله عز وجل بعقاب.
Maksudnya: Daripada Maimunah Radhiallahu anha beliau berkata: “ Aku mendengar Rasulullah Shallahu alaihi wassalam bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik sanadnya).
Hadis Nabi: “Barangsiapa yang mencari redha Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan marahnya manusia, maka Allah akan bersamanya, Manakala barangsiap yang mencari redha manusia (walaupun) dengan kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkan urusanya kepada manusia (Allah tidak peduli lagi hal individu ini di akhirat- tiada syafaat dan bantuan tentunya)”
Kita sebagai Mufti, Pemimpin Negara, Pemimpin Masyarakat, Jabatan Agama, AJK Masjid dan Surau,Guru, Ustaz,, Ibubapa dan seorang Islam, apa telah kita lakukan untuk mencegah zina dari berluasa?
Apakah yang akan kita jawab di depan Allah nanti?
http://www.youtube.com/watch?v=WnPO3GfPkTE
Mari kita sama sama berganding tenaga turun padang menasihati remaja menjauhi zina serta terus mendesak Menteri serta mereka yg bertanggung jawab agar segera menjalankan hukum Allah
Wassalam
Post a Comment