Pantau Gerakkerja DPP di Hulu Selangor
Bersama petugas Pakatan Rakyat dari PAS Pahang yang berkampung di Felda Seoharto . Sebahagiannya telah lebih 10 hari berada di Felda ini
Motivasi sambil memberi gambaran atau perkembangan terkini kepada petugas Pakatan Rakyat di Markaz Induk Dewan Pemuda PAS Pusat .
Mendapat maklum balas dari Penyelia Markaz Induk Dewan Pemuda PAS Pusat berkait gerakkerja dan perkembangan mutaakhir di UPU Gesir Ulu Bernam .
Penat bekerja dan bertugas , mereka diraikan seketika dengan minum ringan dan mem"bedah" hamper yang disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .Mendengar sendiri taklimat khas dari Ketua Operasi Pilihanraya PAS di P 094 Sdr Jamuliddin Alias di bilik Gerakan sebelum mengadakan mesyuarat rutin sepanjang musim pilihanraya kecil ini .
Lawatan khas ke Bilik Penerangan Pilihanraya PAS di P 094 untuk meneliti perjalanan maklumat ke lokaliti selain mengambil tugas yang diamanahkan .
Bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu siri ceramah sempena kempen P 094 Hulu Selangor .Pentas bergerak [ lori ] antara medium yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat atau orang ramai . Berkesan dan mudah .
Peluang bertaaruf dan bermesra dengan petugas yang datang dari segenap ceruk negara tidak dilepaskan . Ukhuwwah tetap menjadi sendi utama kekuatan bekerja untuk perjuangan suci ini .
Melawat bilik gerakan sambil memberi tazkirah atau motivasi agar petugas memiliki kekuatan untuk berdepan dengan kuasa UMNO dan BN
Berkunjung ke pos Parti Keadilan Rakyat di UPU Gesir sambil mereka sedang membuat persiapan untuk menyambut kehadhiran Presiden PKR Datin Seri wan Azizah Wan Ismail .
Taklimat khas gerakkerja petugas di Markaz Induk Dewan Pemuda PAS Pusat . Kagum dengan kesungguhan mereka yang berjuang dan berkorban tanpa sebarang imbuhan material selain mengharapkan keredhaan Allah swt . Inilah rahsia kekuatan perjuangan ini .
2 comments:
Patutlah kalah,barangkali asyik melaram dan makan minum sahaja (rujuk gambar).
http://kalimahtayyibah.blogspot.com/2010/04/surat-aduan-pelajar-mesir.html
Post a Comment