HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, April 30, 2010

Tok Guru diugut Bunuh oleh Pemuda UMNO!

1. Insyaallah , Esok [sabtu / 1 Mei] jam 12.30 tengahari , Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat satu report polis [ di Balai Polis Jalan Chow Kit ] terhadap satu ugutan bunuh ke atas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat al Mursyidul Am PAS oleh Mohd Safuan Hilmi yang mengaku sebagai anggota pemuda UMNO .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat [DPPP] mengesa pihak Polis menyiasat ugutan bunuh tersebut yang disiarkan dalam laman sosial facebook .

3. Mohd Safuan Hilmi, 24 bekas pelajar UiTM yang mengaku sebagai ahli pemuda Umno membuat ugutan itu dengan berkata "aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz".

4. Sama ada beliau mempunyai niat untuk melakukan jenayah itu atau tidak pihak Polis perlu menyiasat dan jika benar ia adalah anggota pemuda Umno maka ia sangatlah dikesali kerana terdapat anggotanya yang samseng dan sanggup melakukan ugutan jenayah sebegini.

5. DPPP menyeru Pemuda PAS disemua negeri turut membuat laporan Polis bagi memastikan percubaan untuk melakukan jenayah ini dapat dihalang dan kita sesekali tidak akan membiarkan peristiwa lama berulang kembali.

6. Dalam lipatan sejarah :

a] Julai 1967, Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas Hulu, YB Abdul Samad Gul Ahmad Mianji mati ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau yang ketika itu Ketua Pemuda PAS diserang ketika sedang membuka pintu keretanya.

b] 8 Mac 1970, YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis.

c] 18 Januari 1985, tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, saudara Osman Talib syahid.

7. Serangan berulang beberapa kali lagi semasa Pilihanraya kecil Ijok dan Bagan Pinang tahun lepas hingga menyebabkan petugas PAS tercedera.

8. Jenayah yang dilakukan ini bukan hanya melibatkan mangsa dari kalangan pemimpin dan ahli PAS sahaja. Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 14 April 1982 ekoran pertelagahan mereka dalam merebut jawatan dalam mesyuarat Agung Bahagian Umno Tampin.

9. Dewan Pemuda PAS Pusat melihat Umno seperti mendatangkan ancaman kerana sentiasa melahirkan penjenayah dan samseng yang suka mengugut dan menindas rakyat hatta sanggup menggunakan kekerasan seperti membunuh .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pemuda ini disiasat dan didakwa di Mahkamah atas tindakan yang menimbulkan ancaman keselamatan kepada pemimpin PAS malah sebagai ketua kerajaan Negeri Kelantan . Andai benar ia adalah anggota pemuda UMNO sebagaimana yang didakwa , Pemimpin Umno khasnya dituntut agar memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh anggota PAS serta rakyat yang kasihkan pemimpin bertaraf ulama' ini .


12 comments:

drrita sandakan said...

Nik Aziz atau Nicky Aziz atau N.Ajis..

dia harus dibunuh..
membunuh dia adalah HALAL..
darah nya halal!!
kerana dia la..kerana fatwa-fatwa songsang dialah..umat Islam di malaysia berpecah belah..

dia adalah ketua/penasihat satu parti yang melacurkan agama Islam semata-mata politik.....

Anonymous said...

hamba rasa mat ni marah sangat ni mungkin ada yang tak kena. cuba pemimpin pas muhasabah diri. sebelum ada PR pemuda parti lawan tetap menghormati tok guru sebagai ulama tak cam ni . mungkin perjuangan terpesong dan tidak mendapat keberkatan

Unknown said...

atas dasar kasih kepada Tok Guru Nik Aziz, kami telah cipta satu page group facebook "Kami akan lindungi Tok Guru Nik Aziz"

http://www.facebook.com/group.php?gid=117576414938578

Ini janji kami Anak-anak Kelantan yang berada di IPTA/S

harap pihak admin sebar2kan laman page facebook ini demi rasa kasih kita kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ... Tok Guru kami
terima kasih...

Anonymous said...

sendiri buat artikel sendiri report sendiri mengamuk, macam YB rodziah dakwa nak di rogol.

DM said...

Moga Allah menyelamatkan TGNA dan ulama' lain dari tangan jalang manusia biadap.

Anonymous said...

lawak of the year!bravo.sendiri tulis sendiri, sendiri buat gelabah sendiri report polis sendiri mengamuk.(tolong published, takan nak published yang menyokong je!syok sendiri ke)

Anonymous said...

nik aziz diperlukan umno untuk polical gain umno. tolong jangan pecat beliau

Anonymous said...

rasanya tok guru tak gentar dengan ugutan tu.... allah sentiasa memberi perlindungan pada tok guru. ana dapat tahu budak tu kerja kat repailkl

Anonymous said...

pemuda yang ugut nak bunuh tok guru - tu kerja kat Rapid KL ,pemuda ini ada kembar dia ...perangai mereka sama aja. itu ana diberi tahu oleh rakan kerja beliau.harap2 polis tak lepas tanga dalam membuat siasatan kes ini.

garamlada said...

Salam ustaz,

Budak UMNO itu sebenarnya gila tahap kurang ajar ustaz ! Dia kata senang je nak bunuh orang, "tikam je !". A'ah dia ingat orang yang dia nak tikam tu tunggul kayu !!

Anonymous said...

MEDAN KETERANGAN
Kad Pengenalan 860607355431
Nama MOHD SAFUAN BIN HILMI
Tarikh Lahir 07 Jun 1986
Jantina LELAKI
Lokaliti 041 / 02 / 02 / 001 - LAHAR TABUT MK 4
Daerah Mengundi 041 / 02 / 02 - PERMATANG BERAH
DUN 041 / 02 - BERTAM
Parlimen 041 - KEPALA BATAS
Negeri PULAU PINANG

Anonymous said...

memalukan org penang bdk ni!!!!!

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive