HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, July 5, 2010

Bebaskan Negara dari Kerajaan Tahi

1. Allah swt menyifatkan Judi dan sebahagian maksiat lain seperti arak sebagai najis atau kotoran yang jijik. Malah ia pula adalah "kerjaan" syaithan a'laihi laktullah. Menjadi tanggungjawab semua khasnya pemuda - pemuda Islam bangkit berjuang membebaskan diri dan masyarakat dari terus bergelumang dalam kubang najis atau tahi yang kotor lagi jijik .

2. Negara kita merupakan sebuah "Kubang Tahi" no 3 terbesar di dunia selepas Las Vegas di Amerika dan Macau di Hong Kong . Ianya sungguh memalukan . Malu pada Tuhan dan pada malu pada dunia . Sementara negara kita mempunyai lebih dari 10 orang mufti dan entah berapa ratus orang qadhi pula berapa ribu Imam di seluruh negara .

3. Sebahagiannya menjadi kuda kepang yang ditunggang oleh "Kerajaan Tahi" , menurut ke mana jua arah dipacu asal mulut terus dikekang dengan elaun dan gaji pokok yang lumayan . Rakyat tenggelam timbul dalam "kubang tahi" malah sebahagian mereka pula entah banyak mana yang telah tertelan tahi . Lebih malang , akibat terlalu lama bermukim di dalam kubang tahi ini , sebahagiannya mula berasa selesa dan lebih jijik apabila tahi pula dijadikan makanan rutin mereka .

4. Apa boleh buat , apabila mereka telah rasa selesa begitu . Namun sekurang - kurangnya ada usaha gigih daripada kita untuk menarik keluar insan yang terperangkap dalam kubang tahi yang besar ini . Benar apa yang diungkapkan oleh Sdr Suhaizan Kaiat bahawa kempen Membantah Judi yang digerakkan oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi [ GMJ ] adalah suatu yang ditunggu - tunggu oleh anak - anak dan juga isteri - isteri yang sering menjadi mangsa sang ayah dan sang suami yang terjerat dalam kubang tahi ini .

5. Setelah Lesen Judi Sukan ditarik balik atau dibatalkan [ setakat ini oleh : Majlis tertinggi UMNO bukan Kabinet ] , GMJ meneruskan pula kempen Tak Nak Judi sebagai satu pendidikan berperingkat dan berterusan untuk rakyat dan negara membersihkan diri dari tahi yang jijik . Setelah 50 tahun berkubang dalam loji tahi yang besar ini , satu gerakan pendidikan Tak Nak Judi mesti digerakkan secara serius dan berkesan .

6. Malaysia mempunyai sekurang - kurang 11 Loji [ baca kubang ] Tahi yang besar .

a] Perjudian Cyber
b] Perjudian Atas Kapal [ Malaysia 2 buah kapal kasino mewah 6 tingkat ]
c] Kasino di Pekan Danok Bukit Kayu Hitam
d] Perjudian bergerak [ menggunakan van - van besar ]
e] Perjudian di Kedai - kedai kopi
f] Sindiket Judi
g] Casino de Genting
h] Judi Nombor Ekor
i] Lumba Kuda dan Perlawanan bola sepak [ judi sukan ]
j] Mesin Permainan Video
k] Judi kanak - kanak [ tikam - tikam , mesin slot dan pertaruhan turap

Sumber : Industri Judi di Malaysia
Teras pengupayaan Melayu


7. Industri Judi satu penindasan , yang kaya raya ialah tauke judi [ baca Tauke Tahi ] sementara pemain judi [ baca Pemain Tahi ] akan terus menderita papa kedana . Syarikat judi [ baca Syarikat Tahi ] akan terus mengaut keuntungan jutaan ringgit . Lihat sahaja rekod yang ada . Biarpun rekod lama , tetapi menunjukkan keuntungan yang mereka kaut . Sekurang - kurangnya negara kita mempunyai 7 syarikat besar yang memiliki "Kubang Tahi" ini :

a] Genting Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 1, 101, 101,000 ]
b] Resort World Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 645, 800, 000 ]
c] Magnum Corporation Bhd [ th 99' : untung bersih : RM 519, 304, 000 ]
d] Metroplex [ th 99' : untung bersih : RM 88, 980, 000 ]
e] Leisure Managment [ th 99' : untung bersih : 78, 958, 000 ]
f ] Berjaya Sport Toto Bhd [ th 2000 : untung bersih : RM 254, 474, 000 ]
g] Tanjung Public Limited Company [ th 99' : untung bersih : RM 185, 517, 000 ]

Sumber : Industri Judi di Malaysia
Teras Pengupayaan Melayu


8. Mungkin kita tidak bermain judi [ baca main tahi ] secara langsung , tetapi sebahagian ummat Islam dalam negara kita mahu tidak mahu terperangkap dalam menerima dan mengambil manafaat dari hasil judi negara [ baca hasil tahi negara ] . Ini berlaku melalui tindakan kerajaan yang melabur dalam syarikat - syarikat tahi yang besar ini . Sebagai contoh , merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur [ KLSE - RIIAM Information System ] dicatat badan - badan yang mewakili kerajaan Malaysia menanam saham [ baca saham tahi ] dalam syarikat - syarikat judi .

a] KWSP : Jumlah saham : RM 7, 894, 800 [labur di Genting Highland & Resort World Bhd]
b] Lembaga Tabung Angkatan Tentera : RM 45, 162, 668 [ Resort World Berhad ]
c] Amanah Raya Berhad : RM 8, 828, 400 [ Metroplex ]
d] Kementerian Kewangan M'sia : RM 327,000 [ Metroplex ] & RM 20,000 [Berjaya Group]

9. Rakyat dipaksa makan hasil tahi . Lebih malang , syarikat - syarikat judi ini turut dimiliki atau dikuasai oleh orang - orang Islam yang pastinya memalukan nama baik Islam dan ummatnya. Namun ini realiti negara kita : [ rekod lama yang kita miliki dan sebahagiannya kekal sehingga sekarang ]

a] Genting Berhad : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis Negara sbg Deputy Chairman
b] Magnum Corp Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Vice Chairman
c] Resort World Bhd : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis : Deputy Chairman
d] Berjaya Group : Dato' Sulaiman Mohd Noor : Director
e] Berjaya Sport Toto : Tan Sri Dato' Jaafar Abdul : Director
f] Leisure Managment Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Director

10. Kerajaan didesak supaya ambil langkah berkesan dan bijak untuk membebaskan negara ini dari Industri Tahi agar kelak orang tidak panggil negara kita Negara Tahi ! Seperti negara memerangi dadah yang disebut sebagai najis [ tahi ] malah diisytihar sebagai musuh no 1 negara. Jua sebagaimana kerajaan menangani rokok yang dilihat sebagai merbahaya kepada kesihatan . Kenapa judi tidak dilihat merbahaya kepada kesejahteraan negara dan rakyat . Judilah yang menyuburkan budaya gengster , Along , mafia dan akhirnya menelurkan pelbagai bentuk jenayah .
11. Sekurang - kurang kerajaan mempunyai plan berkesan untuk mengurangkan judi yang kian berleluasa di negara kita . Saya tertarik dengan gesaan yang pernah dibuat oleh Yb. Leong Ngah - Ngah Adun Triang dari DAP supaya kerajaan tidak lagi menyiarkan keputusan nombor ekor di dalam surat khabar berbahasa melayu sebagai salah satu usaha membendung pembelian nombor ekor dikalangan orang Islam .

12. Semua pihak mesti serius . Bermula dengan Kerajaan Persekutuan [ pusat ] , Kerajaan Negeri - negeri [ terutama negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat ] , Badan - badan politik , Ngo - Ngo dan orang perseorangan mestilah gigih berusaha untuk mengurangkan operasi judi yang berlesen atau tidak , justeru kesemuanya membawa kesan yang serupa .

13. Kita sasarkan 50 tahun akan datang , negara kita menjadi negara yang sifar judi . Meskipun tempoh ini panjang , namun usaha terancang dan berkesan termasuk menggunakan kuasa yang dimiliki serta kempen berterusan mestilah digerakkan . Sekurang - kurangnya negara kita beransur aman kerana kita juga memahami bahawa sukar untuk menghapuskan judi secara serentak setelah indusri ini dibina sejak 50 tahun yang lalu . Ianya telah mengakar dalam negara kita .

14. Selamatkanlah anak bangsa kita , generasi muda yang bakal memimpin negara dan seluruh rakyat yang tidak bersalah agar mereka tidak dipaksa menanggung akibat perbuatan manusia yang telah hilang kewarasan dan kewibaan kerana berada di bawah pengaruh ketagihan judi yang parah .
15. Insyaallah , sedikit masa lagi saya cadangkan agar GMJ menganjurkan Konvoi Tak Nak Judi ke Genting Highland sambil mengedar risalah mendidik rakyat supaya meninggalkan aktiviti yang tidak baik malah keji ini .

Kami mewakili seluruh rakyat prihatin menegaskan bahawa :
kami Tak Nak Judi ! walau apa jenis judi tersebut .

Ya Allah ! Selamatkan kami , negara kami , generasi kami bahkan seluruh rakyat dalam negara ini daripada terjebak dalam kancah perjudian . Ya Allah ! selamatkan kami dari kemurkaanMu dan kami berlepas diri dari perbuatan manusia - manusia fujur [ jahat ] yang telah mencetus kemurkaanMu Ya Allah !

Ya Allah ! Berikan kekuatan kepada kami untuk terus berjuang , menggerakkan kempen atau dakwah murni , mengajak manusia menghindarkan diri dari maksiat besar ini .

Ya Allah ! berilah petunjuk dan keredhaanMu kepada kami dan semua rakyat agar insaf dan sedar betapa judi dan maksiat - maksiat yang lain adalah suatu yang wajar dimansukh atau dibenteras dalam negara kita .

Ameen Ya Rabbal A'lamin .

12 comments:

Anonymous said...

Kempen tuan bagus. Saya puji.

Tapi kenapa kempen tak nak judi sahaja? Bagaimana dengan arak dan pelacuran?

-Aku yang bertanya dan perlukan jawapan segera. Tq.

merlimau9 said...

Asalamualaikum,
1.Bebaskan Kerajaan Nik Aziz daripada ARAK...lesen yang telah di beri...barulah tak RETORIK.
2.Bermula dari kerajaan negeri Kelantan,setelah berjaya di Kelantan,barulah di lebarkan keseluruh negara...barulah FATANAH.
3.Saya amat berharap benar KEMPEN saudara dengan pemuda-pemuda PAS akan berjaya.
4.Sebelum ini pun telah saya cadangkan.

Anonymous said...

saudara yang bertanya..saudara ada turunka semasa kempen anti judi tu????

Anonymous said...

ugama suroh mulakan dakwah kamu dari rumah,sanak saudara,jiran, baru sekalian umat.mengapa kita tidak hapuskan kedai judi yg ada di negeri pemerentah pr dahulu,saya tetap menyokong hapus judi tapi pr cakap tak serupa bikin,kuman diseberang nampak tapi gajah didepan mata buat2 tak nampak.apa kah yg umno buat haram yg pas buat tak haram,lesem memang pusat lulus tapi kedai siapa yg lulus,apa kah kita juga ketogiri juga yg menyokong,,,,nak buat kempen buat lah,,demokrasi,,tapi dubur kita juga di penohi tahi,,,,,,,,,,

abg mokhtar said...

kekekekekek judi arak pelacuran semua kena jgn la konsentrate kat judi jer.... arak dan zina tu pun dosa besar juga.. takkan dosa ni pun nak kena diskriminasi?? kat selangor tu banyak betul cyber judi dan aktiviti pelacuran korang tak nak start kat sana ker? boleh ajak ronnie liu sekali

Anonymous said...

jangan belakon bak agama ni bos... negeri kelantan gane... bersih dari judi ke??

Anonymous said...

Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:
"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."
Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Anonymous said...

Soalan saya di atas masih belum dijawab oleh tuan.

-Aku yang masih menunggu. Tq.

merlimau9 said...

Asalamualaikum,
1.Saya mohon jasa baik Pemuda PAS untuk menarik balik lesen ARAK di Kelantan yang di tadbir oleh Datuk Nik Aziz.
2.Bebaskan DULU negeri Datuk Nik Aziz yang didakwa mengamalkan Islam dalam pentadbirannya.
3.Saya cadangkan pemuda-pemauda PAS melancarkan kempen seperti membersihkan bandar Kelantan daripada sampah sarap,membersihkan tandas-tandas masjid,longkang-longkang di bersihkan,sungai-sungai di pelihara..ini lagi bermenafaat.

Sayang Sabah said...

jangan belakon bak agama ni bos... negeri kelantan gane... bersih dari judi ke??<< KELANTAN DAH HARAMKAN JUDI BILA PAS PERINTAH..

Tapi kenapa kempen tak nak judi sahaja? Bagaimana dengan arak dan pelacuran? << Kempen salah satu cara Pas buat.. lain2 dalam Parlimen sentiasa ditegur.. memang org2 Islam dalam Parlimen ego.. ada kuasa pun tak rasa nak ubah apa yg berjalan selama ini..

Insya allah Pas & PR akan buat tindakan susulan, harap rakyat berani turun demo la.. jangan main berani jarak jauh ja...

Wakil pemuda tawau

mat said...

kepada anonymous,biar saya jawab.kat negeri kelantan takdak kedai judi.kalau ada,tolong bagitau kat mana,kita nak buat report.

Anonymous said...

tak payah kempen tu ni.buktikan dgn kerajaan yg diperintah PR.platform dh ada pakai la.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive