HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, July 7, 2010

Ibtila' di Jalan Dakwah

1. Perjuangan Islam ini sememangnya telah dijanjikan ibtila' [ ujian\onak duri ] yang bakal merintang disepanjang jalannya. Perit , jerit dan penat lelah dalam menggalas beban amanah perjuangan menjadi sunnah.

2. Cumanya , sebagai insan yang serba dhaif ini terkadang seperti mahu mengaku kalah . Hanya aqidah perjuangan yang dibina sekian lama masih teguh membentengi diri .

3. Lebih menarik , tekanan dan halangan luaran tidaklah menjadikan diri kita lemah , tetapi apabila berdepan dengan ujian dalaman terutama atas apa yang berlaku pada diri kita sendiri sementara orang lain pastinya tidak mengetahui penderitaan yang sedang kita alami .

4. Terkadang hati pejuang ini akan menangis sendirian melepaskan berat beban yang menindih guna mencari nafas baru dan saki baki kekuatan diri . Mungkin cara ini berkesan untuk meringankan beban perasaan bila berdepan dengan susah sukar perjuangan . Saya masih ingat bagaimana bicara Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz seketika dulu semasa saya mengunjungi beliau dirumahnya .

5. Tuan Guru menceritakan pengalaman sewaktu beliau seorang diri menjadi wakil rakyat di Parlimen mewakili PAS . " Terkadang memandu seorang diri ke Kuala Lumpur untuk menghadhiri sidang parlimen dengan keadaan permukaan jalan tidaklah sebaik apa yang kita nikmati hari ini . Demikian juga ke hulu dan ke hilir memenuhi undangan ceramah seorang diri memandu kereta , balik jauh jauh malam . Menangis saya sambil memandu seorang diri , peritnya nak bawa Islam pada masyarakat melayu ketika itu . Sampai di rumah pula , buka saji , makanan tak ada dan isteri sudah nyenyak tidur .."

6. Kala terasa penat seharian dilapangan , saya segera mengingati cerita Tok Guru , terasa nyaman jiwa dan kembali segar seperti kembali dari satu sessi motivasi . Inilah juga yang diajar oleh Nabi saw : [ dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh As Samarqandi dalam musnadnya dari Ato' bin Abi Ribah ]

إذا أصاب أحدكم مصيبة فليذكر مصابه بي فإنها من أعظم المصائب

Apabila seseorang kamu ditimpa musibah maka ingatlah musibah yang turut menimpaku kerana sesungguhnya ia adalah sebesar - besar musibah .

7. Pastinya jauh langit dan bumi jika dibanding tahap tekanan dan bebanan yang kita hadapi pada hari ini dengan apa yang dihadapi oleh Rasulullah saw sebagai Rasul ulul A'zmi . Namun jelas , tatkala membaca sirah Rasulullah saw , bagai satu tamparan terhadap diri sendiri betapa tidak layak pun kita nak mengeluh dengan sedikit ujian yang kita hadapi .

8. Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancung , penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah swt sebagai kekasih yang dirindui . Sungguh dahsyat ibarat ini . Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancungan jika ia bukan terdiri dari pejuang - pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah swt .

9. Manisnya berjuang apabila kita merasai keperitannya . Seperti lazatnya orang berpuasa setelah ia melalui detik lapar dan dahaga kemudian ia berbuka dihujung hari . Indahnya hidup orang yang mendapat sijil pengajian setelah berpenat lelah saban tahun mencari ilmu . Begitulah manisnya berjuang biar difitnah dan ditohmah . Biar penat dan lelah segala anggota namun dikala ada kesempatan bertelingkuh bermunajat ke hadhrat Ilahi , terasa diri cukup bertuah .

10. Selamat berjuang buat semua biarpun payah .

9 comments:

Aku Budak Kampung said...

Salam.
Ibtila'....
ramai yang lupa tentang itu bila sudah senang. Tapi bila ianya hadir, ramai yang kecundang pula.

Dr Ummu Sulaim, Hospital Raja Perempuan Zainab II said...

jazakallah...ustaz.ana turut hiba dan ingin sahaja menangis kala ini bila membayangkan keperitan seorang pejuang agama Allah.Doakan bersama moga kita semua diberi kekuatan istiqamah agar kita dan mad'u kita kesemuanya diselamatkan dari azab Allah.Ameen.

merlimau9 said...

Asalamualaikum,

1.Benar apa yang Datuk Nik Aziz terangkan pada saudara tentang jalan yang dulunya teruk..berkat usaha kerajaan maka jalan yang dulunya teruk kini baik...dan bukan saja jalan yang di bangunkan kerajaan malah banyak lagi yang tidak di SYUKOR oleh pemimpin PAS.
2.Pejuang UMNO juga di fitnah..tapi mereka merasa nikmatnya sepertimana saudara, apabila bangsa Melayu kini lebih maju atas USAHA pejuang-pejuang UMNO daripada awal kemerdekaan dulu hingga ke hari ini.
3.PAS tiada apa yang nak dibanggakan..nak kata mendaulatkan Islam,tiada apa beza dengan negeri-negeri lain SAMA saja.
4.Saudara hanya berANGAN-ANGAN yang saudara pejuang Islam...jangan saudara rasakan ini pun cabaran....ini KENYATAAN.

Sharifah said...

MASYAALLAH..
kalau lah di jalan dakwah tidak ada ibtila', tentu tiada yg gugur dan futur. Bukan berada di jalan dakwah kalau tak ada ibtila'. Ibtila'hadiah untuk pendakwah..

Sayang Sabah said...

A;kum ustat, try dgr ayat org UMNO. Kutuk Ustat ni- ibtila'..

Thursday, July 8, 2010
Nasa Ketot Merapu Lagi...
Selepas malu di perbodohkan oleh datuk najib pasal lesen judi bola, kali ni nasa ketot dan dpp pas sekali lagi mau tunjuk hero, dalam bulan 9 atau bulan 10 ni nasa ketot dan dppnya akan berkonvoi ke genting highlands untuk mendesak tempat judi itu di tutup dan menerangkan keburukan tabiat berjudi. kenapa sampai ke genting highlands? kenapa tak buat kat depan kedai magnum, sport toto dan da ma chai yang bersepah sekitar kuala lumpur dan tempat-tempat lain?

http://darulehsantoday.blogspot.com/2010/07/nasa-ketot-merapu-lagi.html

Sayang Felda Sabah

Anonymous said...

Semoga Ustaz diberi kekuatan.
Luahkanlah perasaan Ustaz pada Yang Maha Mendengar,Dia setia mendengarnya,dan Dia berkuasa meringankan beban Ustaz... Luahkan perasaan,isi hati,keluhan,rintihan,dambaan dan sebagainya..... kerana Dia lebih&amat memahami.

merlimau9 said...

Asalamualaikum,

!.UMNO telah di uji dengan di label sebagai kafir oleh pihak PAS dan kini Syirik pula namun sedikit pun tidak mematikan semangat pejuang-pejuang UMNO.
2.UMNO adalah pejuang Islam sebenar dan diakui oleh majoriti negara-negara Islam.
3.UMNO mengamalkan Islam yang SEDERHANA lagi berHIKMAH berbanding PAS yang hanya berRETORIK tanpa menyumbang apa-apa kepada UMMAH.
4.Sila senaraikan apa sumbangan PAS kepada MALAYSIA.

saf said...

Semoga Allah memudahkan segala urusan ustaz. Ameen.

Tebang-tebas said...

Apa dah jadi ni? MP PAS ajak tengok bola.
http://tebangtebas.wordpress.com/

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive