HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, July 14, 2010

Saman Ekor adalah ISA kedua Negara

1. ISA adalah satu akta yang zalim kerana menahan dan menghukum tanpa bicara. Begitulah dengan Saman Ekor yang yang dihantar notis samannya terus memaksa penerimanya membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah .

2. Jika seseorang ditahan dalam satu - satu sekatan jalanraya oleh pihak polis trafik ataupun JPJ dan kemudiannya surat saman dikeluarkan agar pemandunya menandatangani surat tersebut , pun tidak bermaksud pemandu itu mesti terus membayar saman tersebut .

3. Sebaliknya pemandu itu akan dihadapkan ke mahkamah . Tandatangan itu hanya persetujuan untuk hadhir ke pembicaraan di mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan dalam surat saman tersebut . Kecuali pihak pemandu mengambil langkah mahu menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan membayar kompaun . Itu pilihan yang ada .

4. Saman Ekor jelas menzalimi pengguna jalanraya . Pihak polis seperti mengendap - ngendap atau menyorok mahu mengenakan mangsa . Lalu surat saman dihantar ke rumah dan penerima mesti membayar saman tersebut jika tidak beberapa tindakan lain akan dikenakan seperti tidak boleh menyambung roadtax dan lain - lain .

5. Sepatutnya saman tersebut tidak menghukum rakyat atau pengguna jalanraya sebaliknya membawa mereka ke mahkamah untuk diadili sebab bukan satu kes kesilapan dan kekeliruan berlaku . Apa yang penting rakyat perlukan keadilan dan peluang mereka membela diri jika mereka merasakan mereka tidak bersalah .

6. Jika pihak polis mempunyai bukti yang kukuh , maka usah dirisau kerana pesalah tetap akan dihukum atau tidak terlepas dari hukuman justeru pihak polis mempunyai bukti yang kukuh . Apa yang kita maksudkan ialah memberi ruang proses keadilan itu berlaku .

7. Perkara kedua ialah kerajaan sepatutnya mengambil langkah mendidik rakyat atau pengguna jalanraya agar memandu dengan selamat dan mematuhi peraturan jalanraya . Pengalaman saya di Jepun , setiap kenderaan dibekalkan sejenis alat mengesan kelajuan dan alat itu akan mengeluarkan bunyi siren yang kuat apabila pemandunya memandu melebihi had laju yang dibenarkan .

8. Saya difahamkan bahawa kaedah di Jerman bagaimana beberapa buah kereta peronda polis akan berada di beberapa lokasi pada kadar setiap 5 ke sepuluh kilometer sebelum satu - satu sekatan atau tindakan dikenakan kepada pengguna yang masih melanggar peraturan jalanraya . Cara itu dilihat berkesan dan mengurangkan kadar saman dikeluarkan kepada pengguna jalanraya dan pengguna juga selamat .

9. Apa yang berlaku dalam negara kita seperti pihak berkuasa mahu mengenakan pengguna jalanraya . Malah perkataan " Jerangkap Laju " itu sendiri telah menggambarkan bahawa pihak berkuasa mahu memerangkap bukan mendidik pengguna jalanraya .

10. Pengamatan saya mutaakhir ini , hampir setiap kali menghadapi pilihanraya umum akan timbul isu seperti saman ekor ini . Seolah - olah kerajaan sedang memeras rakyat untuk mendapatkan wang saku kerajaan UMNO dan BN bagi menghadapi pilihanraya umum . Malanglah jika perkara ini benar . Jika begini , Saman Ekor telah menjadi ISA kedua negara untuk terus membelenggu rakyat dengan kezaliman menghukum tanpa bicara

9 comments:

musa husin said...

nak tergelak pun ada nak nangis pun ada.
apasal la ketua pemuda Pas tak berapa cerdik nak main isu ni.
apa la kaitan saman ekor dgn ISA?
apa la kaitan saman ekor dgn UMNO?
itu kerja polis. org bayar saman masuk akaun polis. akaun tu pulak akan di audit. mcm mana la nak masuk akaun umno/bn pulak.
sekolah ke tidak KP pas ni???
jgn la sebab benci umno sampai semua benda nak dikaitkan dgn umno. nanti org nampak kita tak berapa cerdik.

The Beach Boy said...

Salam Ustaz.. artikel ni ade kaitan ngn post ustaz.. sekadar igin berkongsi..
http://cursingmalay.blogspot.com/2010/06/kesimpulan-mengenai-nilai-kemanusiaan.html

The Beach Boy said...

Salam Ustaz, link ni ade kaitan ngn post ustaz.. sekadar ign berkongsi..

http://cursingmalay.blogspot.com/2010/06/kesimpulan-mengenai-nilai-kemanusiaan.html

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz

Saya adalah mangsa saman ekor. Apa yang amat dikesali adalah saya tidak pernah menerima sebarang notis berkenaan saman yang dikenakan ke atas saya. Dan saya terpaksa membayar saman tersebut sebanyak RM300 tanpa diskaun (kerana nama saya telah disenaraihitam) kerana hendak memperbaharui cukai jalan saya yang tamat tempoh.

cahaya said...

assalamualaikum,,
untuk org yg cerdik,encik musa husin,sila teliti kecerdikan anda,jika anda bekas pelajar mn2 sekolah menengah,anda akn cerdik untuk menilai satu perkaitan,,tp jika kita yg kurg cerdik,mmg xkn pndi buat perkaitan apatah lg menilainya.

Anonymous said...

tak nak kena saman ikutlah peraturan.cerdik betol ketua pemuda ni.

Anonymous said...

Salam semua,
Sejak bila pula mereka yg mendokong ameno ini cerdik? Kalo cerdik tentu mereka tahu macam mana wang negara dirompak di bawah hidung merekapun, mereka tidak tahu. Mereka terus tertipu, kesian orang Melayu.

Anonymous said...

Polis hanya pemungut kompoun setelah diperintah oleh KERAJAAN, hasil masuk akaun negara bukan akaun PDRM... akaun negara siapa yang control :)

saman ekor mcm ISA sebab yang kena tidak diberi peluang beladiri, dgn kata lain salah ke tak salah ke BAYAR JELAA WOIII!!!!

bayar = duit yang kita rakyat miskin dok keje siang malam banting tulang 4 kerat cari rezeki...

sekadar pandangan...

Anonymous said...

mmg betoi. satu notis pun kwn tak dpt. tiba2 jpj ngan polis blacklist takleh idup road tax. takde roadtax mmg sedap polis jpj saman lagi. ni namanya menzalimi rakyat. cuba la pikir gaji 600 sebulan tetiba byr saman ekor 2 tahun lepas yg tak tau bila entah. tinggai 300 nak makan apa. haRAP KERAJAAN JGN SEKSA RAKYAT

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive