HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, August 2, 2010

Jenayah Rogol dan Penyelesaiannya.

1. Jenayah rogol , rogol dan bunuh serta rogol kanak - kanak mutaakhir ini semakin meningkat dan membimbangkan . Rakyat khasnya para wanita dan kanak - kanak kini tidak selamat menjalani kehidupan seharian . Bila - bila masa maruah dan nyawa mereka akan diragut kejam oleh penjenayah yang bebas bermaharajalela .

2. Faktor pendorong kepada berlakunya jenayah seksual ini terlalu banyak dan tidak ada gunanya kita saling salah menyalahkan antara satu sama lain bahkan semua pihak mestilah mengambil tanggungjawab untuk mendepani musibah atau malapetaka yang menimpa negara ini.

3. Cuma saya sangat terkilan dengan sikap sebahagian dari kalangan masyarakat kita termasuk cerdik pandai dan pihak berkuasa seperti mahu memejamkan mata terhadap syariat Islam tatkala membincangkan jalan penyelesaian terhadap isu ini .

4. Saya lihat semua orang setuju penjenayah dihukum seberat - beratnya , semua orang setuju supaya jenayah ini dibendung segera dan semua orang setuju bahawa mangsa mesti dibela sewajarnya , tetapi malang 1001 kali malang , hampir tiada yang melihat bahawa penyelesaiannya ada pada Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt .

5. Semua jenayah yang semakin meningkat indeksnya adalah berlaku dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berpaksikan kepada peraturan dan undang - undang ciptaan manusia sejak sekian lama. Ternyata sistem yang ada sekarang biarpun seberat mana hukuman itu dijatuhkan gagal membendung penularan jenayah kejam ini . [ Hukuman mati mandatori keatas pengedar dadah sebagai contoh , bukan sahaja tidak mampu membendung pengedar dadah malah empayarnya semakin berkembang dan dadah semakin mudah untuk diperolehi .]

6. Kenapa tidak memberi peluang kepada Islam ? Islam sebagai agama dan cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad saw adalah agama dan syariat yang pernah membuktikan keupayaannya membendung maksiat dan mungkar dalam sejarah pemerintahan dan pentadbirannya .

7. Islam mempunyai pakej lengkap untuk menyelesaikan isu jenayah kejam yang melanda negara hari ini . Bermula dari pendidikan , pencegahan , kawalan dan hukuman serta pembelaan dan pendakwaan. Apa yang perlu sekarang ialah negara mesti memberi peluang kepada Islam untuk membuktikan keupayaan dan keberkesanan perlaksanaannya .

8. Hukuman berkesan tidak hanya dilihat kepada beratnya hukuman tersebut kerana hukuman berat hanya mampu menyakitkan tubuh dan mendera fizikal , sedang apa yang penting dalam usaha membendung jenayah ialah keinsafan , penyesalan dan kesedaran agar jenayah itu tidak berulang dan berkembang . Bertolak dari sini lah Islam menawarkan pakej lengkap dan berkesan [ merangkumi fizikal , mental dan spiritual ] untuk tujuan membendung dan menghapuskan jenayah .

9. Justeru itu , sewaktu membincangkan penyelesaian terhadap isu seperti ini , janganlah ianya dibuat dengan mengambil pandangan atau interview orang ramai secara rambang lantaran isu ini mestilah melibatkan kajian dan penelitian orang - orang yang berilmu . Para alim ulama' yang berkaliber mestilah dilibatkan secara serius dan aktif untuk mengkaji dan menggubal peraturan berasaskan syara' .

10. Janganlah prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Mengapa perlu terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda barat . Kenapa masih mahu bertahan setelah lebih 50 tahun menyaksikan kegagalan undang - undang ciptaan manusia membendung jenayah ini ? Sementara undang - undang Islam kaya dengan hikmah [ kebijaksanaan ] dan apa yang lebih penting ialah rahmat [ kasih sayang ] dan berkat [ kebaikan yang melimpah ruah ] . Keadilan Islam adil untuk semua dan ia menyinari semua . [ termasuk pesalah , mangsa , keluarga , masyarakat dan negara ].

7 comments:

Anonymous said...

Ya ,Islam adil untuk semua.Saya teramat yakin dengan "nakalamminallah" -cegahan dari Allah,sebab Allah sahaja yang berupaya dan berkuasa ke atas jiwa-jiwa manusia,samada mencampakkan rasa takut,insaf,gementar,kasihan dan lain-lain....

Islam telah membuktikannya pada 1400 tahun yang lalu,kenapa manusia sekarang mendakwa intelek,profesional,bertamadun dan sebagainya tidak mahu melihat dan mempelajarinya ???

Muslim Haraki said...

Salam... Cuma UMNO shj yg mengaku Islam ttp x mahu unutk melaksanakan undg2 islam. Malahan UMNO juga pernah menentang Allah dgn menghalalkan judi bola. Alhamdulillah, telah pun ditarik balik kerana seluruh negara telah menentang habis-habisan lesen judi tersebut. Saya berharap kita terus istiqomah untuk menentang kerajaan sekularisme ygada pada hari ini... Takbir!!!

merlimau9 said...

Asalmualaikum,

1.Pemuda PAS telah gagal dalam berdakwah kepada rakyat Malaysia...
tak payahlah nak salahkan orang lain..anda pandai...buatlah sesuatu.
2.Maka saya cadangkan agar parti PAS kerahkan unit-unit amal untuk berkempen untuk menangani masalah sosial ini...jangan asyik berpolitik saja..sumbanglah sesuatu untuk negara.
3.Jangan nak terkilan...pemuda PAS jangan nak cakap aje...semua orang tahu apa yang anda katakan...cuma tidak ada yang turun padang menangani masalah ini...anda dah tahu apa puncanya...berhenti menulis blog sementara....pergi dekati mereka yang bermasalah...jangan dekati bila nak undi aje.

Abd Rahman Mohd Tharin said...

salam,

kenyataan dari karpal dan mahathir dlm malaysiakini.

mereka baru nampak hudud perlu dilaksanakan.

abdrahman
kaherah mesir

Anonymous said...

Bila Ustaz nak ajak kawan kawan selesaikan pelacur dan maknyah sekitar Pejabat PAS,Jln Raja Laut?

Apa pgm PAS utk Mat dan Minah rempet?

Sekolah khas pelajar hamil dibuka di Jasin, kata Ali
03/08/2010 7:45pm
MELAKA 3 Ogos - Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Beliau berkata, sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, katanya kepada pemberita pada seminar penyhayatan Ramadan Al Mubarak di Masjid Al Azim di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah.

"Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan,” kata Mohd. Ali. - Bernama

Anonymous said...

mengubati penyakit yang dihantar oleh Allah kena ikut acuan Allah... penzina kena rejam,peminum arak kena sebat,pembunuh kena qisas... nak laksanakan ini semua,mesti ada kuasa... PAS dari awal penubuhan sehingga telah konsisten menerangkan kepada masyarakat tentang hukum-hukum Allah ini... Merlimau kena yakin dengan ayat "nakalan minallah" bila Islam terlaksana... jika belum,jangan harap jenayah ini boleh ditangani...

mat said...

macam nilah yang selalu terjadi...kerajaan yang rosakkan rakyat,pastu harapkan pas yang jadi doktor.penyakit makin tenat,pas pula yang disalahkan kerana tiada tindakan..pelik2!!!

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive