HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, August 3, 2010

FAM Menggalas Harapan Negara

1. Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan tahniah kepada saf kepimpinan baru FAM [ sessi 2010 - 2014 ] dengan harapan prestasi bolasepak negara akan dapat dipertingkatkan sehingga Malaysia mampu tampil kelak sebagai salah sebuah pasukan bolasepak terkuat di Asia .

2. Selain tumpuan dan kerja keras jurulatih dan pemain di padang , transformasi saf kepimpinan , pentadbiran dan pengurusan FAM turut bertanggungjawab memastikan team bolasepak Malaysia mampu "mengangkat muka" di peringkat antarabangsa dan tidak lagi sekadar digelar jaguh kampung .

3. Pastinya disiplin dan sistematika kerja mesti menjadi asas kepada transformasi yang dicetuskan . FAM mesti bebas dari pergolakan dalaman dan campur tangan politik yang merosakkan reputasi dan meruntuhkan prestasi pengurusan dan pentadbiran persatuan bolasepak negara .

4. Gandingan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa selaku Timbalan Presiden FAM , dilihat sebagai satu gandingan yang baik dan berpotensi untuk meningkatkan kualiti bolasepak negara .

5. Apa yang lebih penting ialah saf kepimpinan baru FAM mestilah mempamerkan wibawa yang tinggi dengan kebijaksaan tindakan pembaharuan yang bakal diambil serta berjiwa besar untuk mendengar pandangan dan kritikan orang ramai termasuk penganalisis dan pengkritik sukan .

6. Dewan Pemuda PAS sangat yakin bahawa pasukan bola sepak negara mampu pergi lebih jauh jika sekiranya segala kelemahan dapat diatasi dan pasukan ini dibina semula melalui satu sistem pengurusan yang lebih baik dan profesional . Formula kebangkitan pasukan bolasepak negara - negara yang dulunya seangkatan dengan Malaysia seperti Korea dan Jepun wajar dicontohi oleh Malaysia .

7. Jika pasukan mereka mampu mengatur tapak untuk meletakkan pasukan mereka sebaris dengan pasukan handalan dunia , kenapa tidak Malaysia ? Saya yakin selepas ini FAM akan menemui rumusan atau formula ke arah itu .

8. Saya turut mengharapkan agar seluruh peminat bolasepak negara memberi masa secukup dan seadilnya kepada FAM untuk melakukan "sentuhan ajaib" yang luarbiasa untuk membebaskan pasukan negara dari jolokan dan "badi" jaguh kampung . Namun FAM mesti menunjukkan komitmen mereka secara jitu dan menampakkan kegigihan , ketelusan serta meletakkan KPI yang jelas demi memulihkan harapan semua .

9. Insyaallah , selepas Aidilfitri nanti saya dan rakan - rakan EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan kunjungan hormat kepada FAM yang kini telah dibarisi oleh kepimpinan baru dan semangat baru .

10. Semoga negara juga harum namanya di pentas antarabangsa melalui sukan bolasepak yang merupakan antara sukan yang mampu menjana pertumbuhan sosial yang sihat dan memupuk semangat berpasukan yang baik . Akhirnya sekali lagi saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan syabas kepada seluruh saf kepimpinan FAM dengan ucapan selamat bertugas dan tidak lupa kepada pasukan bolasepak negara agar lebih maju dan bermotivasi memburu kejayaan demi kejayaan selepas ini , bukan sahaja di rantau asean tetapi lebih jauh ke peringkat antarabangsa .

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive