HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, August 5, 2010

Karnival Belia [ Karib ] 10' DPP Gombak

Diberi penghormatan untuk melancarkan Orang Muda Geng Kita peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak sempena Karnival Belia 2010 [ Karib 10']

Bersama sahabat lama Yang diPertua PAS Kawasan Gombak Al Fadhil Ustaz Salahudin Nasir sementara menunggu detik pelancaran Orang Muda Geng Kita

Diberi peluang menyampaikan ucapan dan tazkirah kepada pengunjung Karnival Belia 2010 [Karib 10'] . Menyeru agar generasi muda membuat pilihan tepat untuk bersama Dewan Pemuda PAS.

Gimik pelancaran , saya diminta untuk menembak 5 biji belon sebelum banner Orang Muda Geng Kita terpapar disebalik belon - belon tersebut . Alhamdulillah 5 das tembakan berjaya memecahkan kesemua belon tersebut .

Sejurus selesai upacara pelancaran , saya dibawa untuk melawat gerai - gerai dibuka sempena Karnival Belia 2010 ini . Alhamdulillah disambut mesra oleh semua pengunjung dan pemilik gerai . Tahniah semoga perniagaan kalian semuanya maju dan diberkati.



Menguji kepintaran dan ketepatan menembak . Bertanding dengan Al Fadhil Ustaz Salahudin Nasir . Keputusan seri . Sama hebat kita deh !

Aduss .. yang ini gerai yang susah sekali untuk dilawati . Kena pegang ular sawa . Erm .. Ustaz Salahudin tak aci laaa . Dia tak pegang pun .

Akhi Fahmi ketawa besar melihat saya menahan nafas dibelit oleh Ular sawa . Menurut pemiliknya , ular ini jinak kalau kita berlembut dengannya . Hu hu , ular pun ada emosi macam kita jugak . Kalau ular boleh jinak kalau kita berlembut , maka kenapa perlu kita berkasar dalam dakwah kita ? Nabi saw sebut : Basysyiru wala Tunaffiru ~ baca dengan sebutan arab ~ . [ gembirakan maduu jangan membuatkan mereka lari daripada kita .]

Sukarnya mengatur tapak menuju puncak . Hampir tiba tetapi malang , kena kepala ular terpaksa turun jauh ke bawah . Bilalah agaknya mahu sampai ke kemuncak . Pastinya , nak menamatkan permainan ini memerlukan kesabaran yang tinggi . Justeru itu , kenapalah kita sering gopoh dalam perjuangan ini sedang sunnah perjuangan Islam ini jauh lebih sukar dan payah.

Jinak sungguh burung ini walau kali pertama bertemu . Alangkah damainya hidup ini andai tiada permusuhan , persengketaan dan pertelagahan . Namun sunnah hidup , pertembungan antara iman dan kufur , hak dan bathil serta Islam dan jahiliyyah senantiasa wujud sehingga ke akhir hayat . Bermula dari realiti , perjuangan dan dakwah kita tidak pernah tamat jauh sekali untuk bosan dan jemu .

Kijang ini turut mengambil bahagian di Karnival Belia 2010 . Menarik perhatian semua . Asal ia dilayan dengan baik dan lunak , ia tenang meragut rumput di tengah - tengah keriuhan orang ramai .

Bertemu dengan sahabat lama al fadhil Ustaz Zamani yang kini menjadi jurulatih pemanah pula . Cukup menguji ketajaman minda dalam aktiviti memanah ini . Benarlah Nabi saw persabda agar ummat Islam mengajar anak - anak mereka dengan kecekapan memanah . Bukan hanya dilihat pada sasaran tetapi juga pada penguasaan tumpuan minda . Sangat baik buat seorang pejuang yang memerlukan ketajaman minda .

Kombinasi antara ketajaman minda , ketepatan deria mata dan kepadatan serta kejituan anggota tangan dan lengan menjadikan aktiviti memanah ini sungguh menarik dan mencabar. Unsur kombinasi yang sama diperlukan sewaktu kita mengatur langkah menggalas tugas perjuangan ini ke garis kemenangan . Tentunya perjuangan ini tidak sesuai buat mereka yang sambil lewa dan bersikap acuh tidak acuh .

Menerima hadiah istemewa dari salah seorang pemilik gerai di Karnival Belia 2010 . Terima Kasih daun keladi , kalau ada lebih ermm ... hulur lah lagi .

Haa .. yang ini kita orang siap untuk melihat masa depan perjuangan ini . Agak - agak boleh sampai atau tidak ke Putrajaya ? Nampak atau tidak Putrajaya ini bergantung kepada 2 keadaan, samaada ia terlalu jauh sehingga sukar untuk dilihat atau ia sudah hampir tetapi kita yang tidak nampak . Untuk memastikannya , kita orang berpakat untuk buat terapi mata dulu . Kalau mata dah terang , insyaallah kabus yang tebal pun akan ditembusi oleh pandangan yang jelas dan ikhlas .

Ini dia orang muda geng kita ... siap untuk bergerak kehadapan mendepani cabaran . Tanpa lengah dan berdolak dalih . Jauh dekat perjalanan tidak dihirau lagi . Hanya menanti arahan , dengan segala ketaatan dan kepatuhan dakwah dilangsungkan dengan hikmah dan tabah .


Allahuakbar !!! [ 7 kali ]
ganti tepuk tangan deh .... :)
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive