HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, August 6, 2010

Chua Soi Lek Terlampau

1. Merujuk kenyataan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek dalam Konvesyen Tahunannya ke 33 di Alor Star Kedah hari ini , jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental "Islamophobia" yang parah .

2. Tambah malang beliau membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali [ Malaysia and the club of Doom ] sebagai asas "study case"nya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar .

3. Malang berganda malah agak keterlaluan apabila Chua Soi Lek sekali lagi membuat kesimpulan bahawa negara - negara yang majoriti ummat Islam lah banyak mengamalkan rasuah . Saya lihat ini adalah kesan Chua Soi Lek berada lama di dalam BN bersama dengan UMNO yang melihat dari dekat bagaimana rasuah itu berlaku secara berleluasa sehingga rasuah itu hanya melintas dari celah paha mereka .

4. Chua Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding UMNO yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka . Sehingga satu ketika dulu UMNO kelihatan begitu parah dijangkiti virus rasuah . Sedang negeri yang ditadbir oleh PAS seperti di Kelantan hampir tiada tuduhan atau dakwaan rasuah malah belum ada satu kes pun kepimpinannya disabitkan kesalahan rasuah .

5. Chua Soi Lek juga dilaporkan bahawa beliau berkata " di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara" .

6. Kenyataan ini sangat tidak adil dan sekali lagi menunjukkan beliau tidak cermat membuat kenyataan sedang negara yang dipimpin oleh BN di mana UMNO dan MCA sebagai anggotanya sejak 50 tahun yang lalu , menyaksikan runtuhnya institusi sosial malah Datuk Chua sendiri pernah menggemparkan negara apabila turut tergelincir dalam kancah keruntuhan sosial yang beliau bimbangi .

7. Pembangunan ekonomi negara juga mengalami tahap surut yang agak mencemaskan negara dan rakyat . Fenomena ini turut menghakis keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita . Tidak hairanlah FDI negara kita merudum teruk separas lebih rendah dari Indonesia . Realitinya , negara ini masih diperintah oleh BN dan MCA adalah anggotanya . Kenapa pula beliau cuba mengheret PAS dalam keruntuhan nilai ini .

8. Saya yakin kenyataan Chua Soi Lek ini adalah satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru dan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepimpinan beliau setelah MCA mengalami ribut tsunami yang memecah belahkan kesatuan parti mereka .

9. Saya nasihatkan Chua Soi Lek terlebih dahulu mengurus MCA dengan baik serta gilap kembali nilai integriti diri agar dirinya benar - benar diterima oleh MCA dan rakyat . Langkah beliau mempertikai atau mempersoal perjuangan PAS adalah dilihat sebagai satu tindakan escapism .

10. Sewajarnya beliau merujuk terus kepada dasar perjuangan dan Kepimpinan PAS dalam membuat nilaian terhadap agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini . Janganlah beliau membaca atau menilai Islam melalui kamus UMNO walau mereka juga mengakui sebagai parti orang Islam , tetapi hendaklah melihat kepada realiti perjuangan Islam yang tulen sebagaimana yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw. dan kini ianya disambung oleh Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive