HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, August 9, 2010

Tahniah DACS DPPP dan DPP Rompin

Gigih dan Tekun : Itulah yang boleh saya nyatakan disini sebagai satu penghargaan kepada sdr Sany Hamzan @ Tantany selaku Pengerusi DACS Pusat , Presiden Alternatif Riding Club sdr Yaseer Said dan al Fadhil ustaz Nazri Hj Ahmad selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin atas kejayaan menganjurkan pertandingan CupCross di Felda Keratong baru baru ini .

Majlis perasmian dan pelancaran pertandingan CupCross perkarangan Markaz Tarbiyah PAS DUN Bukit Ibam di Felda Keratong 4 baru - baru ini .

Kaunter pendaftaran sibuk melayan penyertaan anak - anak muda yang mula jadi geng kita . Insyaallah , bukan sahaja mereka menyertai pertandingan CupCross tetapi juga sedia menyertai DACS Dewan Pemuda PAS selanjutnya berganding menghayun tangan melangkah kaki ke medan juang untuk membawa perubahan positif dan islamik dalam negara .

Siap untuk turun ke gelanggang bertarung mencari gelaran juara . Namun itu tidaklah penting bagi anak muda . Apa yang lebih penting ialah berpartisipasi bersama aktiviti yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS sebagai sumbangan ke arah mendekatkan jamaah ini dengan anak - anak muda negara .

Siap sedia menempuh segala cabaran biarpun sukar . Demikianlah sunnah berjuang . Rasulullah saw pernah bersabda agar ummat Islam mengajar anak - anak bangsanya menunggang kuda . Saya kira , hari ini sebagai ganti kuda ialah motor termasuk motor cross

Laluan sukar dan halangan yang getir tidak melunturkan semangat anak muda . Anak - anak muda seperti inilah diperlukan dalam jamaah pejuang seperti PAS . Ayuh ! Orang Muda Geng Kita .

Jalan perjuangan yang berbongkah dan cerun ini adalah merupakan mehnah dan tribulasi yang terpaksa dihadapi dan ditempuh sebelum menjulang kemenangan . mereka yang berjiwa lemah akan menarik diri dan mereka yang tidak bernafas panjang menjadi golongan gugur dari perjalanan juang ini .

Saingan di depani dengan tenang dan tabah . Kata Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi , Kita Setia pada Kawan dan Kita beradab dengan Lawan . Begitulah cara dan gaya kita bersaing samaada dengan kawan mahupun lawan .

Akhirnya yang sabar , tabah , gigih , bernafas panjang , kuat tawakkal dan doanya kepada Allah , serta bijak mendepani cabaran dan halangan akan sampai ke garisan akhir dan menjadi juara. Syabas . Selamat berjuang

4 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Assalamualaikum,
Saya ada tulis sesuatu mengenai anta dalam blog saya. Kalau sudi bacalah di sini:

http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/08/tony-pua-antara-nasruddin-dan-khalid.html

OK, hati boleh panas tetapi kepala mesti dingin.

Anonymous said...

ingatkan pas hanya anjurkan lumba unta sahaja...

Pembantu Pejuang said...

aiyya... bila Pas anjur lumba unta? Fakta mana plak.. dalam Utusan Malaysia ada cakap kot?

Anonymous said...

Tahniah. Kena masuk gambar Ketua Pemuda atas motor cross pula macam gambar di Terengganu atas mini super bike tu. Menarik dan nampak imej kepemudaan...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive